Titas Petempatan Kekal

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tamadun Mesir banyak bergantung kepada hadiah Sungai Nill kerana sebahagian

besar bentuk muka buminya adalah padang pasir yang tidak produktif dari segi
kegiatan pertanian. Ramai penduduk tertumpu di kawasan sekitar Lembah Sungai
Nill yang subur itu. Kedudukan Mesir dianggap starategik kerana di bahagian utara
Mesir letaknya Laut Mediterranean yang memisahkan benua Eropah dan benua
Mesir. Tanaman bijiran yang menjadi tanaman utama ialah gandum dan barli. Petani
Mesir juga menternak kambing dan biri-biri. Kepesatan dalam kegiatan pertanian
dan penternakan Berjaya menampung keperluan jumlah penduduk yang ramai.
Kawasan yang kurang subur telah ditebus guna manakala kawasan yang terletak
jauh daripada Sungai Nill, dibina empangan untuk mengairi kawasan pertanian.
Pekan-pekan kecil yang ditadbir oleh seorang ketua suku kaum, akhirnya muncul
kota yang bertanggungjawab terhadap kawasan Sais. Pada zaman sejarah, telah
wujud beberapa wilayah di mesir, dan terdapat ibu kota yang menjadi pusat
pentadbiran di setiap wilayah. Oleh kerana orang Mesir amat percaya terhadap
tuhan-tuhan mereka, sebuah rumah ibadat didirikan di setiap bandar. Selain itu,
terdapat juga istana raja, bangunan- bangunan kerajaan seperti mahkamah, penjara
dan perbendaharaan didirikan di setiap wilayah.
Tamadun Mesopotamia pula terletak di antara lembah Sungai Tigris dan
Sungai Euphrates, di negara Iraq sekarang. Petempatan di Mesopotamia diasaskan
oleh orang Sumeria, orang Babylon dan orang Assyria. Kesuburan kawasan di
kedua-dua batang sungai itu membolehkan penduduk di sekitarnya mengusahkan
pertanian secara besar-besaran dan meningkatkan produktiviti hasil pertanian. Ini
membolehkan kawasan ini menampung keperluan jumlah penduduk yang ramai.
Para petani menanam gandum dan barli di samping menternak lembu, khinzir,
kambing dan biri-biri. Penemuan kilang mengisar bijiran membuktikan bahawa
penduduk di sini menjalankan aktiviti pertanian. Kepesatan yang berlaku dalam
kegiatan pertanian dan penternakan telah menyebabkan kawasan di sekitarnya turut
digunakan. Kawasan yang kurang subur telah ditebus guna sementera kawasan
yang terletak jauh kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates diairi dengan
bantuan terusan yang dibina. Antaranya termasuklah di Tell Uqair. Sistem pengairan
yang dibina turut membangunkan kawasan tersebut. Petempatan terawal yang
dikesan ialah di Jarmo dan Hassuna. Terdapat lebih kurang 20 hingga 25 buah
rumah yang dibina di Jarmo, dengan menggunakan tanah liat dan batu. Turut
dikesan di Jarmo ialah pembinaan tembok di sekeliling petempatan serta
penggunaan peralatan tembikar. Bangunan rumah ibadat dan bengkel membuat
tembikar telah ditemui di Hassuna. Tembikar yang ditemui mempunyai ukiran dan
corak yang berwarna. Antara petempatan utama dalam tamadun Mesopatamia
termasuklah Eridu,Ubaid dan Uruk.
Manakala kegiatan pertanian di India telah dikesan sejak tahun 5000 S.M.
Menjelang tahun 3500 S.M, petempatan telah berkembang di kawasan Lembah
Sungai Indus. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan di
kawasan Sungai Indus menyebabkan ahli sejarah menamakan tahap ini sebagai
Kebudayaan Harappa Awal. Kebudayaan ini bermula lebih kurang tahun 3000 S.M
sehinggalah tahun S.M. Perkembangan di kawasan ini meliputi kawasan seluas 500
000 batu persegi. Terdapat beratus-ratus tapak petempatan di kawasan ini. Rumah-
rumah ini diperbuat daripada bata bakar yang dilekatkan dengan tanah lumpur.
Rumah ini dilengkapi dengan bilik mandi dan longkang. Beberapa petempatan awal
di Lembah Sungai Indus ialah di Banawali, Kalibangan dan Mithatal. Kampung-
kampung ini berkembang menjadi bandar-bandar besar iaitu tiga bandar utama di
kawasan Mohenjo-Daro, Harappa, dan Kalibangan. Antara ciri yang terdapat pada
ketiga-tiga kota tersebut ialah mempunyai reka bentuk yang sama walaupun terletak
lebih 300 km antara satu sama lain. Keadaan ini mungkin persamaan budaya dan
bukannya persamaan unik politik. Seni bina Bandar-bandar ini mempunyai kaitan
dengan agama Hindu. Persamaan lain ialah terdapat kubu dan tembok di luar kota.
Perkembangan terawal di China dikatakan bermula dengan kebudayaan
Yangshao yang terletak di Dataran Tinggi Loes. Kesuburan dataran ini dipergunakan
oleh para petani untuk menanam millet dan sayur-sayuran. Petempatan mereka
tidak kekal kerana corak pertanian mereka dijalankan secara berpindah-randah.
Rumah-rumah mereka mempunyai tempat menyimpan bijiran di bawah tanah. Di
kawasan kampong ini terdapat bengkel-bengkel membuat tembikar dan penduduk di
sini juga sudah mencipta jarum,mata kail dan penebuk. Satu lagi kawasan yang
menjadi petempatan di China ialah di kawasan Lembah Sungai Hwang Ho yang
terletak di bahagian utara China. Lambakan lanar yang subur yang ditinggalkan oleh
banjir membantu kepesatan pertanian yang Berjaya memenuhi permintaan
penduduk.

You might also like