Surat Tuntutan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN NELAYAN

MERLIMAU PANTAI,77300 MERLIMAU,MELAKA.


Rujuk Kami : JPNMP/01/2012-(03)
Tarikh :15 JUL 2012

KEPADA,
PENGURUS,
APM BUILDING BERHAD,
(PROJEK JETI MERLIMAU PANTAI)

Tuan,

TUNTUTAN SEWAAN BALAI NELAYAN , BIL ELEKTRIK&AIR DAN KERJA-KERJA YANG
YANG SEPATUTNYA DISIAPKAN OLEH PEMAJU JETI NELAYAN MERLIMAU PANTAI.

Dengan segala hormatnya Perkara diatas adalah dirujukp.

2.Berikut adalah perkara-perkara patut pihak tuan jelaskan kepada persatuan kami
mengikut perjanjian awal semasa permulaan projek.
2.1 Sewaan penggunaan Balai Nelayan Merlimau Pantai sebagai ruang pejabat
Yang masih belum di jelaskan dari Jan 2012 hingga sekarang berjumlah
RM 100.00 sebulan x 8 bulan (Ogos 2012)
2.2Bayaran bil Elektrik dan Air Yang belum dijelaskan sehingga Bulan Ogos 2012.
2.3Saguhati kepada persatuan kami yang telah terlibat sama samaada cara
Lansung atau tidak langsung bagi menjayakan projek jeti Nelayan Merlimau
Pantai untuk mengisi tabung persatuan kami berjumlah RM 5000.0.

3.Kerja-kerja yang sepatutnya dibuat dan disiapkan oleh pihak Pemaju Jeti Nelayan
Merlimau Pantai seperti mana yang telah dijanjikan diawal projek adalah seperti berikut
3.1 Pembinaan Groyene yang belum cukup panjang binaannya seperti dalam
Pelan pembinaan.
3.2 Alat Mesin elektrik dan Chain Lock untuk menaikkan enjin bot nelaya
Hujung jeti.
3.3Alat Mesin Elektrik Penarik Perahu dan Chain Lock untuk menarik dan
Menurunkan perahu ditempat turun naik perahu.
3.4Alat untuk menutup dan membuka Perangkap Sampan menggunakan
Motor elektrik dan juga cara manual.
3.5 Kerja-kerja pembersihan dan keceriaan kawasan Jeti yang sepatutnya dibuat
oleh pihak pemaju.

3.Dengan ini diharap permohonan dan kerja-kerja diatas dapat diselesaikan sebelum
penyerahan projek dilakukan oleh pihak ruan.




Sekian terima kasih.



Yang benar,


(EN.FUAD SHAH BIN AMIN SHAH)
KETUA JAWATANKUASA NELAYAN MERLIMAU pANTAI

SK.1. PENGURUS PKNM MELAKA
ARAS 4-11 MENARA MITC ,JLN KONVENSYEN
AYER KEROH,75450 MELAKA.
2. YB EN.ROSLAN BIN AHMAD
ADUN KAWASAN MERLIMAU
JAPERUN MERLIMAU
77000 JASIN,MELAKA.
3. YAB DATUK SERI MOHD ALI ROSTAM
KETUA MENTERI MELAKA
SRI NEGERI,75450 AYER KEROH,
MELAKA.

You might also like