Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-

2010 yang dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari
2007.
Muhyiddin menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia
dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima
dan 12,000 peserta ambil bahagian.
Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional.
Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu.
Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian
semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti
analisanya menepati standard antarabangsa.

11 ANJAKAN YANG DIGARISKAN KEMENTERIAN IALAH:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa:
Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun
2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk
memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu
Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran
pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid
berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat
tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam
masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan
mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris:
Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan
memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test
(CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan
akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada
murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula,
Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard
pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan
perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan
dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari
bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda
atau bahasa antarabangsa yang lain.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:
Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu
identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi
untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk
melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan
dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan
mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia.
Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi
kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai
profesion pilihan:
Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan
mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang
menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem,
Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi
tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14
sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:
Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar
berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian
pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan
pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di
kawasan-kawasan miskin bandar.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan:
Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program
Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan
Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah.
Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada
sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan
Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula
Januari 2014.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:
Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran
maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang
dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua
murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan
menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.

8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian
Pelajaran:
Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak
bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan
terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.

9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor
swasta:
Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS)untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah
secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah
kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan
pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur.

10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:
Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan
keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak
rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus
perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti
peningkatan kemahiran dan latihan guru.

11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:
Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus
berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.
Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan
ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.

Kesimpulan:
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu
anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang
berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian
akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikanuntuk memacu perlaksanaan pelan
ini.

You might also like