Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012


(SEBELUM INTERNSHIP)

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan
sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksana dan
menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat
kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada
seorang mentor.

Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu taklimat oleh
unit praktikum telah diadakan pada 25 Jun 2014 bersamaan hari Rabu di Taza IPG
Kampus Batu Lintang. Saya telah didedahkan dengan apa itu internship dan projek
yang boleh dijalankan di sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh
sepanjang hari taklimat dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan
Internship dengan lancar.

Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan
seperti penyediaan portfolio, menyediakan kertas kerja untuk setiap projek atau
program yang telah dirancang serta cara untuk menguruskan sesuatu program dengan
lancar dan berkesan. Penyediaan portfolio adalah wajib bagi pelajar untuk menyimpan
bahan bukti dan bahan proses pendokumentasian sepanjang menjalankan Internship.
Sebelum menjalani Internship, saya bersama enam orang rakan saya telah merancang
projek yang akan dilaksanakan di sekolah kelak berdasarkan pemerhatian yang telah
dilakukan sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Satria Jaya.
Kami telah mengambil kata putus untuk menghias taman bunga sekolah yang terdapat
di sekolah tersebut sebagai projek utama.
INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
Selain itu, semasa di sekolah nanti, saya juga perlu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Namun, waktu pengajaran pada kali ini
telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu sahaja untuk memberi ruang masa
melaksanakan dan menyiapkan segala projek yang telah dirancang sebelum
memulakan Internship di sekolah masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran
pada kali ini juga adalah lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan
rancangan mengajar dalam bentuk bertaip. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa
bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik dan lancar.
Sepanjang menjalani Internship, saya juga telah bercadang untuk mengumpul data bagi
Kajian Tindakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu
di sekolah.

Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba pengalaman
sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan sesuatu program atau aktiviti
yang akan menjadi kebiasaan kepada saya apabila menjadi bakal guru yang sebenar
kelak. Saya juga berharap agar dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada
sepanjang menjalani praktikum pada semester yang lalu terutama dari aspek
komunikasi antara saya dengan murid serta guru-guru.

Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi peluang dan
membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan tahap keyakinan diri,
ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran sebagai seorang bakal guru
kelak, membentuk sifat kepemimpinan serta akhlak yang baik serta dapat memupuk
dan menerapkan nilai profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan bakal guru
yang produktif serta efektif kepada bangsa dan negara.






INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 1

Pada minggu pertama menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Satria Jaya,
Kuching, saya bersama enam orang rakan saya telah melaporkan diri terlebih dahulu di
pejabat dan kami telah berjumpa dengan Guru Besar iaitu Encik Hussen Bin Haji Ali
untuk membincangkan mengenai projek internship. Selepas itu, kami juga
membincangkan mengenai projek yang akan dijalankan sepanjang menjalani Internship
selama sebulan di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah menyampaikan hasrat
untuk melakukan projek utama yang merupakan projek bersama iaitu menghias taman
bunga sekolah tersebut dan bersyukurlah hasrat tersebut disambut baik oleh guru besar
kerana beliau juga mempunyai hasrat yang sama. Saya juga telah membincangkan
mengenai projek individu yang akan dijalankan di sekolah tersebut iaitu penghasilan
pop-up serta projek pasangan iaitu menambahbaikkan bilik matematik sekolah.

Pada hari pertama, saya dan rakan saya telah bertungkus lumus merancang dan
memulakan proses untuk membuat kertas kerja bagi projek utama kami. Kami telah
melawat taman bunga terlebih dahulu untuk melihat keadaan taman tersebut. Rakan
saya telah melakar semula kedudukan taman tersebut untuk menjadikan tamantersebut
lebih kondusif dan selesa digunakan oleh para guru dan murid semasa menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Kami juga telah berbincang untuk melakukan
perubahan kepada taman tersebut iaitu menyusun semula bunga-bunga yang
berselerak, membersihkan taman dan membuang pasu bunga yang tidak boleh
digunakan lagi serta melabelkan bunga. Pada hari pertama juga, kami telah melantik
badan pelaksana untuk projek ini.

Proses pelaksanaan menambahbaikkan berlangsung pada hari kedua. Pada hari
kedua, saya bersama dua orang rakan saya telah mengemas dan membersihkan
taman. Kami telah memindahkan dan mengeluarkan segala pasu bunga yang terdapat
INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
di dalam bengkel tersebut serta menyusun semula supaya kelihatan lebih teratur dan
kemas. Proses pembersihan taman ini juga telah dibantu oleh beberapa orang pekerja
di sekolah berkenaan dan kami berasa berbesar hati dengan pertolongan yang telah
diberikan. Kerja pembersihan taman tersebut selesai pada pagi hari tersebut.

Projek menghias taman ini diteruskan pada hari ketiga iaitu kami telah
memulakan proses untuk membersihkan taman dengan mencamput ramput yang
panjang. Saya dan rakan saya telah bekerjasama dengan baik dan dapat menyiapkan
proses membersihkan taman dengan lancar dan baik. Setelah selesai membersihkan
taman tersebut, kami meletakkan kembali pasu bunga yang telah dipindahkan ke
tempat asal.

Pada hari keempat, kami telah menyusun pasu bunga mengikut spesies untuk
menjadikan bengkel kelihatan lebih besar dan luas. Proses menyusun bunga ini
mengambil masa yang agak lama kerana memerlukan masa untuk menyusun bunga
dengan cantik dan kemas. Walaubagaimanapun, proses menyusun bunga ini telah
disambung pada keesokan harinya.

Pada hari kelima menjalani Internship, saya rakan saya telah meneruskan
proses menyusun bunga mengikut spesies. Proses menyusun pasu bunga dan
membersihkan bengkel pada masa yang sama ini mengambil masa sepanjang waktu
persekolahan pada hari tersebut dan bersyukurlah akhirnya proses menyusun pasu
bunga selesai selepas empat hari bekerja keras untuk membersihkan taman bunga.
Minggu pertama di sekolah telah banyak memberikan pengalaman berharga kepada
saya dalam usaha meningkatkan pelbagai kemahiran yang belum saya cuba sebelum
ini.





INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 2

Program Internship di sekolah ternyata telah banyak membantu saya terutama
dalam aspek pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah di samping meningkatkan
kemahiran saya dalam pelbagai perkara. Di minggu kedua, saya dan rakan-rakan saya
telah meneruskan projek kedua kami iaitu projek individu iaitu penghasilan pop-up.
Sebelum memulakan projek ini, saya telah menyiapkan kertas kerja pada minggu
pertama untuk memudahkan pelaksanaan projek ini. Saya telah merancang langkah-
langkah yang diperlukan untuk menunjukkan cara kepada murid-murid tentang cara
penghasilan pop-up.

Proses penghasilan pop-up ini dimulakan dengan menyediakan bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan pop-up sebelum masuk ke dalam kelas. Kemudian
menunjukkan contoh-contoh pop-up kepada murid. Selepas menunjukkan contoh, saya
telah cuba untuk menunjukkan cara-cara penghasilan pop-up menggunakan teknologi
LCD. Akhirnya murid menghasilkan pop-up dengan tunjuk ajar guru.

Pada hari pertama di minggu kedua ini juga, kami telah menyiapkan projek
menghias taman bunga selepas berbincang dengan beberapa orang guru untuk
menjadikan taman tersebut lebih menarik. Kami juga telah menghias taman dengan
meletak bata sebagai hiasan. Bersyukurlah segalanya berjalan dengan lancar dengan
bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Proses penghasilan pop-up telah diteruskan pada hari kedua di minggu kedua
menjalani Internship. Keadaan ketidakfahaman sesetengah murid menyebabkan saya
terpaksa menangguh proses yang sepatutnya dijalankan pada hari Isnin. Justeru, saya
telah menyiapkan projek individu pada hari kedua minggu ini dengan melakukan
penjelasan proses dengan cara yang lambat. Selain itu, saya turut menyuruh mereka
INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
untuk menghias hasil mereka dengan mewarnakan pop-up yang dihasilkan. Selepas itu,
saya menyuruh mereka untuk menghasilkan pop-up dengan kreativiti mereka di rumah
sebagai bahan untuk pertandingan di dalam kelas.

Pada hari ketiga, murid telah menghantar hasil kerja pop-up sendiri dengan
kreativiti sendiri. Murid-murid telah menghasilkan kerja mereka dengan baik dan
semuanya amat kreatif. Walaubagaimanapun, saya hanya memilih hasil kerja murid
yang lebih baik untuk pertandingan di IPG KBL.

Pada hari keempat, saya telah menyiapkan projek penghasilan pop-up dengan
memilih hasil siapa yang lebih baik. Bersyukurlah objektif projek yang telah dijalankan
telah berjaya dicapai dan murid-murid telah memberikan kerjasama yang baik serta
mereka sangat komited dalam melakukan kerja.

Penghasilan tersebut dapat disiapkan hanya dalam masa satu hari dengan
bantuan daripada guru-guru. Pengalaman di minggu kedua menjalani Internship di
sekolah sangat membantu saya dapat pelbagai aspek terutama kemahiran
berkomunikasi.













INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 3

Pada minggu ketiga menjalani Internship, kami telah bertungkus lumus untuk
menyiapkan kesemua projek di sekolah termasuk Projek Pasangan. Kami juga sibuk
menyiapkan portfolio Internship. Saya dan rakan saya juga telah menghasilkan pelbagai
carta untuk ditampal pada dinding bilik matematik sekolah. Selesai menghasilkan carta-
carta, saya telah mewarna carta tersebut dan telah dibantu oleh rakan saya. Projek ini
telah berjaya disiapkan dalam minggu ini.

Pada hari kedua, saya dan rakan saya telah meneruskan projek pasangan
dengan membersihkan bilik matematik kami. Selain itu, kami menyusun semula buku-
buku serta bahan bantu mengajar yang berselerak. Di samping itu, kami juga telah
menghasilkan pelbagai bahan bantu mengajar seperti bentuk-bentuk 3D untuk
kegunaan guru matematik di sekolah.

Pada hari ketiga, saya telah mengajar di kelas 5 Mutiara dan mengumpul data
yang diperlukan untuk kajian tindakan saya. Maklumat yang dikumpul adalah
berdasarkan latihan mempermudahkan pecahan dalam bentuk termudah berdasarkan
Buku Sifir yang telah diperkenalkan oleh saya sewaktu menjalani praktikum fasa ketiga
di sekolah berkenaan. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
kerana murid-murid telah dapat mengaplikasikan kaedah tersebut semasa membina
ayat. Selain itu, saya juga telah memulakan proses penulisan draf laporan bagi setiap
projek yang telah dilakukan bermula pada minggu pertama menjalani Internship.

Pada hari keempat, saya telah mengemaskini portfolio Internship seperti menulis
pernyataan professional untuk minggu kedua dan minggu ketiga. Saya juga telah telah
menyiapkan beberapa lampiran bagi setiap projek yang telah dilaksanakan. Pada hari
INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
keempat juga, saya telah meneruskan proses mengumpul data murid-murid tahun 5
Mutiara untuk kajian tindakan saya.

Pada hari kelima, saya telah mulakan proses menulis laporan selepas kesemua
projek yang dijalankan selesai.


























INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 4

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalani Internship di Sekolah
Kebangsaan Satria Jaya. Hari pertama pada minggu terakhir ini dimulakan dengan
perhimpunan yang pada kebiasaannya dijalankan pada hari Isnin. Guru-guru telah
menyampaikan nasihat dan peringatan kepada murid-murid terutama berkaitan dengan
pelajaran mereka.

Pada minggu terakhir ini, pelbagai perkara perlu diselesaikan terutamanya saya
perlu menyiapkan portfolio Internship dan proses dokumentasi yang akan dijadikan
bahan bukti sepanjang menjalankan program Internship di sekolah sebelum diserahkan
kepada mentor dan guru besar sekolah untuk disemak. Pada minggu ini, saya perlu
menyiapkan kajian tindakan serta mengumpul data yang terakhir untuk dianalisis.

Selain itu, pada minggu ini juga saya diberikan peluang untuk menggantikan
beberapa orang guru yang tidak hadir ke sekolah dan peluang ini telah saya gunakan
sebaik yang mungkin untuk membantu murid-murid terutamanya murid tahun 6 yang
bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September dari aspek kaunseling dan
memberi nasihat kepada mereka untuk berusaha dalam peperiksaan tersebut. Melalui
sesi kaunseling yang telah dijalankan di salah sebuah kelas tahun 6, saya telah dapat
mengenalpasti beberapa masalah dalam kalangan murid yang perlu diatasi dengan
segera supaya prestasi mereka tidak merosot.

Tuntasnya, segala pengalaman yang telah ditimba sepanjang menjalankan
Internship selama sebulan di sekolah, saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan
segala ilmu dan kemahiran apabila menjadi bakal guru kelak.


INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SELEPAS INTERNSHIP)

Selepas sebulan menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Satria Jaya,
terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh. Melalui projek
yang telah dilaksana telah banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran
saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani Internship, segala proses
pelaksanaan projek telah dapat dilakukan secara efisien dan lancar bermula daripada
proses merancang projek yang akan dijalankan di sekolah sehinggalah selepas tamat
projek. Kerjasama daripada rakan-rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi
pelaksanaan program selama sebulan ini.

Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang, mengurus dan
melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses
tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berada di
sekolah kelak. Selain itu, melalui projek yang dirancang juga telah membantu
meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak
sekolah.

Di samping itu, melalui Internship juga, saya telah dapat meningkatkan tahap
keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan orang lain. Ini sekaligus dapat
mengeratkan hubungan saya bersama guru-guru dan juga warga sekolah.

Sebulan berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat banyak
perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang menjalani Internship
terutamanya menyiapkan projek yang telah dirancang bermula minggu pertama
menjalani Internship. Bersyukurlah, segalanya telah dipermudahkan walaupun terdapat
banyak kekangan yang terpaksa dihadapi oleh saya dan rakan saya.


INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
Kesimpulannya, program Internship telah banyak membantu saya daripada
pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman
daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan sangat baik dan
memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala pengalaman
yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada
masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.

You might also like