Pernyataan Profesional

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012


(SEBELUM INTERNSHIP)

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan
sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksana dan
menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat
kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada
seorang mentor.

Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu taklimat oleh
unit praktikum telah diadakan pada 25 Jun 2014 bersamaan hari Rabu di Taza IPG
Kampus Batu Lintang. Saya telah didedahkan dengan apa itu internship dan projek
yang boleh dijalankan di sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh
sepanjang hari taklimat dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan
Internship dengan lancar.

Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan
seperti penyediaan portfolio, menyediakan kertas kerja untuk setiap projek atau
program yang telah dirancang serta cara untuk menguruskan sesuatu program dengan
lancar dan berkesan. Penyediaan portfolio adalah wajib bagi pelajar untuk menyimpan
bahan bukti dan bahan proses pendokumentasian sepanjang menjalankan Internship.
Sebelum menjalani Internship, saya bersama enam orang rakan saya telah merancang
projek yang akan dilaksanakan di sekolah kelak berdasarkan pemerhatian yang telah
dilakukan sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Satria Jaya.
Kami telah mengambil kata putus untuk menghias taman bunga sekolah yang terdapat
di sekolah tersebut sebagai projek utama.
INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
Selain itu, semasa di sekolah nanti, saya juga perlu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Namun, waktu pengajaran pada kali ini
telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu sahaja untuk memberi ruang masa
melaksanakan dan menyiapkan segala projek yang telah dirancang sebelum
memulakan Internship di sekolah masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran
pada kali ini juga adalah lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan
rancangan mengajar dalam bentuk bertaip. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa
bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik dan lancar.
Sepanjang menjalani Internship, saya juga telah bercadang untuk mengumpul data bagi
Kajian Tindakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu
di sekolah.

Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba pengalaman
sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan sesuatu program atau aktiviti
yang akan menjadi kebiasaan kepada saya apabila menjadi bakal guru yang sebenar
kelak. Saya juga berharap agar dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada
sepanjang menjalani praktikum pada semester yang lalu terutama dari aspek
komunikasi antara saya dengan murid serta guru-guru.

Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi peluang dan
membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan tahap keyakinan diri,
ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran sebagai seorang bakal guru
kelak, membentuk sifat kepemimpinan serta akhlak yang baik serta dapat memupuk
dan menerapkan nilai profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan bakal guru
yang produktif serta efektif kepada bangsa dan negara.






INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 1

Pada minggu pertama menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Satria Jaya,
Kuching, saya bersama enam orang rakan saya telah melaporkan diri terlebih dahulu di
pejabat dan kami telah berjumpa dengan Guru Besar iaitu Encik Hussen Bin Haji Ali
untuk membincangkan mengenai projek internship. Selepas itu, kami juga
membincangkan mengenai projek yang akan dijalankan sepanjang menjalani Internship
selama sebulan di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah menyampaikan hasrat
untuk melakukan projek utama yang merupakan projek bersama iaitu menghias taman
bunga sekolah tersebut dan bersyukurlah hasrat tersebut disambut baik oleh guru besar
kerana beliau juga mempunyai hasrat yang sama. Saya juga telah membincangkan
mengenai projek individu yang akan dijalankan di sekolah tersebut iaitu penghasilan
pop-up serta projek pasangan iaitu menambahbaikkan bilik matematik sekolah.

Pada hari pertama, saya dan rakan saya telah bertungkus lumus merancang dan
memulakan proses untuk membuat kertas kerja bagi projek utama kami. Kami telah
melawat taman bunga terlebih dahulu untuk melihat keadaan taman tersebut. Rakan
saya telah melakar semula kedudukan taman tersebut untuk menjadikan tamantersebut
lebih kondusif dan selesa digunakan oleh para guru dan murid semasa menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Kami juga telah berbincang untuk melakukan
perubahan kepada taman tersebut iaitu menyusun semula bunga-bunga yang
berselerak, membersihkan taman dan membuang pasu bunga yang tidak boleh
digunakan lagi serta melabelkan bunga. Pada hari pertama juga, kami telah melantik
badan pelaksana untuk projek ini.

Proses pelaksanaan menambahbaikkan berlangsung pada hari kedua. Pada hari
kedua, saya bersama dua orang rakan saya telah mengemas dan membersihkan
taman. Kami telah memindahkan dan mengeluarkan segala pasu bunga yang terdapat
INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
di dalam bengkel tersebut serta menyusun semula supaya kelihatan lebih teratur dan
kemas. Proses pembersihan taman ini juga telah dibantu oleh beberapa orang pekerja
di sekolah berkenaan dan kami berasa berbesar hati dengan pertolongan yang telah
diberikan. Kerja pembersihan taman tersebut selesai pada pagi hari tersebut.

Projek menghias taman ini diteruskan pada hari ketiga iaitu kami telah
memulakan proses untuk membersihkan taman dengan mencamput ramput yang
panjang. Saya dan rakan saya telah bekerjasama dengan baik dan dapat menyiapkan
proses membersihkan taman dengan lancar dan baik. Setelah selesai membersihkan
taman tersebut, kami meletakkan kembali pasu bunga yang telah dipindahkan ke
tempat asal.

Pada hari keempat, kami telah menyusun pasu bunga mengikut spesies untuk
menjadikan bengkel kelihatan lebih besar dan luas. Proses menyusun bunga ini
mengambil masa yang agak lama kerana memerlukan masa untuk menyusun bunga
dengan cantik dan kemas. Walaubagaimanapun, proses menyusun bunga ini telah
disambung pada keesokan harinya.

Pada hari kelima menjalani Internship, saya rakan saya telah meneruskan
proses menyusun bunga mengikut spesies. Proses menyusun pasu bunga dan
membersihkan bengkel pada masa yang sama ini mengambil masa sepanjang waktu
persekolahan pada hari tersebut dan bersyukurlah akhirnya proses menyusun pasu
bunga selesai selepas empat hari bekerja keras untuk membersihkan taman bunga.
Minggu pertama di sekolah telah banyak memberikan pengalaman berharga kepada
saya dalam usaha meningkatkan pelbagai kemahiran yang belum saya cuba sebelum
ini.





INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 2

Program Internship di sekolah ternyata telah banyak membantu saya terutama
dalam aspek pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah di samping meningkatkan
kemahiran saya dalam pelbagai perkara. Di minggu kedua, saya dan rakan-rakan saya
telah meneruskan projek kedua kami iaitu projek individu iaitu melukis dan mewarna
mural bertemakan Budi Bahasa Budaya Kita seperti yang telah diminta oleh pihak
sekolah. Sebelum memulakan projek ini, saya telah menyiapkan kertas kerja pada
minggu pertama untuk memudahkan pelaksaan projek ini. Saya dan rakan saya telah
merancang pelbagai cara untuk melukis tiga buah mural pada dinding yang sama,
tetapi perancangan tersebut tidak dapat dilakukan kerana terdapat masala teknikal
yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, kami telah sepakat untuk melukis sebuah mural
yang besar di dinding utama sekolah berkenaan.

Proses melukis mural ini dimulakan dengan mengikis sisa cat lama pada dinding
supaya permukaan dinding apabila melukis dan mewarna mural tidak mengalami
masalah. Kemudian dinding telah dicat dengan cat berwarna putih untuk mencantikkan
dinding. Selepas selesai mengecat, kami telah cuba untuk melukis mural pada dinding
menggunakan teknologi LCD. Walaubagaimanapun, proses untuk melukis mural pada
waktu pagi tidak dapat dilakukan kerana pencahayaan telah menghalang LCD untuk
memancarkan gambar pada dinding. Akhirnya kami telah berbincang untuk melukis
mural tersebut pada waktu malam.

Pada hari pertama di minggu kedua ini juga, kami telah menyiapkan projek
mengecat meja di bengkel Kemahiran Hidup selepas berbincang dengan beberapa
orang guru untuk menjadikan bengkel tersebut lebih menarik. Kami juga telah mencuci
bengkel tersebut selepas selesai segala proses mengecat di bengkel tersebut.
INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama
daripada pelbagai pihak.

Proses melukis mural telah dilakukan pada waktu malam hari kedua di minggu
kedua menjalani Internship. Keadaan cuaca yang tidak menentukan menyebabkan
kami terpaksa menangguh proses melukis mural yang sepatutnya dijalankan pada hari
Isnin. Justeru, saya dan rakan saya telah menyiapkan projek individu masing-masing
iaitu melukis mural di hadapan bengkel Kemahiran Hidup, menyiapkan papan
kenyataan dan juga menyiapkan label untuk tumbuhan di taman herba berhampiran
bengkel Kemahiran Hidup. Proses melukis mural pada malam tersebut telah berjalan
dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan dengan bantuan seorang guru dan
seorang staf. Kami juga telah melukis mural berbentuk perkataan pada dinding di
sepanjang kelas berhampiran dewan tertutup sekolah. Proses melukis mural tamat
pada jam 11.30 malam.

Pada hari ketiga, kami telah memulakan proses mewarna mural seawal jam 8.00
pagi. Proses mewarnakan mural bertemakan Budi Bahasa Budaya Kita ini telah
mengambil masa yang sangat lama kerana masalah dari aspek kekurangan warna dan
juga kekurangan tenaga untuk menyiapkan mural tersebut. Walaubagaimanapun,
segala proses mewarna mural telah dibantu oleh beberapa orang guru, pekerja sekolah
serta murid-murid yang majoritinya berasa teruja apabila melihat mural tersebut. Projek
mural ini akhirnya telah berjaya disiapkan dalam masa satu hari sahaja dengan bantuan
daripada pelbagai pihak. Selain itu, pada hari ketiga juga, kami telah mengikuti latihan
rumah sukan masing-masing yang telah dijalankan pada jam 2.00-3.00 petang.

Pada hari keempat, kami telah menyiapkan projek mural Budi Bahasa Budaya
Kita secara keseluruhannya dan telah menambah mural berbentuk tulisan iaitu pantun
budi di sebelah mural Budi Bahasa Budaya Kita. Kami juga telah mewarna mural
berbentuk kata-kata hikmah sebagai mural sampingan di dinding pada setiap kelas.
Pada hari keempat ini juga, saya telah menjalankan projek individu saya iaitu gotong-
royong bersama lapan orang ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Gotong-royong selama
INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
satu jam itu bertujuan untuk membersihkan persekitaran bengkel Kemahiran Hidup.
Alhamdulillah objektif projek yang telah dijalankan telah berjaya dicapai dan murid-
murid telah memberikan kerjasama yang baik serta mereka sangat komited dalam
melakukan kerja.

Pada hari kelima, kami telah melukis mural sampingan di dinding yang
berhampiran dengan tangga sekolah dan mewarnakan mural tersebut. Mural tersebut
dapat disiapkan hanya dalam masa satu hari dengan bantuan daripada guru-guru dan
pekerja sekolah. Pengalaman di minggu kedua menjalani Internship di sekolah sangat
membantu saya dapat pelbagai aspek terutama kemahiran berkomunikasi.





















INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 3

Pada minggu ketiga menjalani Internship, kami telah bertungkus lumus untuk
menyiapkan kesemua projek di sekolah termasuk projek individu. Kami juga sibuk
menyiapkan portfolio Internship. Saya juga telah melukis gambar mural alatan tangan
pada dinding bengkel Kemahiran Hidup. Selesai melukis, saya telah mewarna mural
tersebut dan telah dibantu oleh rakan saya. Projek ini telah berjaya disiapkan dalam
masa satu hari sahaja.

Pada hari kedua telah diadakan Senamrobik Serentak 1 Murid, 1 Sukan 1
Malaysia. Saya dan dua orang rakan saya telah ditugaskan untuk menjadi instruktor
sepanjang senamrobik tersebut dan itu merupakan pengalaman pertama saya menjadi
instruktor dan Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan dengan bantuan daripada
guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan. Program senamrobik tersebut
merupakan program yang dijalankan serentak di seluruh sekolah dan semua institusi
pendidikan di Malaysia untuk dimasukkan dalam Malaysian Book of Record. Walau
bagaimanapun, program ini perlu penambahbaikan dari aspek tempat pelaksanaan
kerana kawasan dewan yang digunakan semasa senamrobik dijalankan adalah tidak
sesuai kerana terlalu sempit. Selain itu, saya dan rakan saya juga telah melukis dan
menyiapkan logo sekolah sebagai projek sampingan sewaktu menjalani Internship.

Pada hari ketiga, saya telah mengajar di kelas 5 Delima dan mengumpul data
yang diperlukan untuk kajian tindakan saya. Maklumat yang dikumpul adalah
berdasarkan latihan menulis lima ayat berpandukan gambar menggunakan Kaedah
Segitiga yang telah diperkenalkan oleh saya sewaktu menjalani praktikum fasa ketiga di
sekolah berkenaan. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar kerana
murid-murid telah dapat mengaplikasikan kaedah tersebut semasa membina ayat.
INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
Selain itu, saya juga telah memulakan proses penulisan draf laporan bagi setiap projek
yang telah dilakukan bermula pada minggu pertama menjalani Internship.

Pada hari keempat, saya telah mengemaskini portfolio Internship seperti menulis
pernyataan professional untuk minggu kedua dan minggu ketiga. Saya juga telah telah
menyiapkan beberapa lampiran bagi setiap projek yang telah dilaksanakan. Pada hari
keempat juga, saya telah meneruskan proses mengumpul data murid-murid taun 5
Delima untuk kajian tindakan saya.

Pada hari kelima, saya telah mulakan proses menulis laporan selepas kesemua
projek yang dijalankan selesai.




















INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 4

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalani Internship di Sekolah
Kebangsaan Kampar. Hari pertama pada minggu terakhir ini dimulakan dengan
perhimpunan yang pada kebiasaannya dijalankan pada hari Isnin. Guru-guru telah
menyampaikan nasihat dan peringatan kepada murid-murid terutama berkaitan dengan
pelajaran mereka.

Pada minggu terakhir ini, pelbagai perkara perlu diselesaikan terutamanya saya
perlu menyiapkan portfolio Internship dan proses dokumentasi yang akan dijadikan
bahan bukti sepanjang menjalankan program Internship di sekolah sebelum diserahkan
kepada mentor dan guru besar sekolah untuk disemak. Pada minggu ini, saya perlu
menyiapkan kajian tindakan serta mengumpul data yang terakhir untuk dianalisis.

Selain itu, pada minggu ini juga saya diberikan peluang untuk menggantikan
beberapa orang guru yang tidak hadir ke sekolah dan peluang ini telah saya gunakan
sebaik yang mungkin untuk membantu murid-murid terutamanya murid tahun 6 yang
bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September dari aspek kaunseling dan
memberi nasihat kepada mereka untuk berusaha dalam peperiksaan tersebut. Melalui
sesi kaunseling yang telah dijalankan di salah sebuah kelas tahun 6, saya telah dapat
mengenalpasti beberapa masalah dalam kalangan murid yang perlu diatasi dengan
segera supaya prestasi mereka tidak merosot.

Tuntasnya, segala pengalaman yang telah ditimba sepanjang menjalankan
Internship selama sebulan di sekolah, saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan
segala ilmu dan kemahiran apabila menjadi bakal guru kelak.


INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SELEPAS INTERNSHIP)

Selepas sebulan menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Kampar, terdapat
banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh. Melalui projek yang telah
dilaksana telah banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran saya dalam
pelbagai aspek. Sepanjang menjalani Internship, segala proses pelaksanaan projek
telah dapat dilakukan secara efisien dan lancar bermula daripada proses merancang
projek yang akan dijalankan di sekolah sehinggalah selepas tamat projek. Kerjasama
daripada rakan-rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi pelaksanaan
program selama sebulan ini.

Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang, mengurus dan
melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses
tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berada di
sekolah kelak. Selain itu, melalui projek yang dirancang juga telah membantu
meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak
sekolah.

Di samping itu, melalui Internship juga, saya telah dapat meningkatkan tahap
keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan orang lain. Ini sekaligus dapat
mengeratkan ukhuwah saya bersama guru-guru dan juga warga sekolah.

Sebulan berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat banyak
perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang menjalani Internship
terutamanya menyiapkan projek yang telah dirancang bermula minggu pertama
menjalani Internship. Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan walaupun terdapat
banyak kekangan yang terpaksa dihadapi oleh saya dan rakan saya.


INTERNSHIP | SK SATRIA JAYA (2014)
Kesimpulannya, program Internship telah banyak membantu saya daripada
pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman
daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan sangat baik dan
memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala pengalaman
yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada
masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.

You might also like