Penilaian Dan Rekod1

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 57

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Pn. Hjh Rohani Abdullah
Ketua Jabatan Prasekolah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
013-6310279
rohani@ipsah.edu.my
OBJEKTIF KURSUS:
v memperluaskan perspektif peserta tentang keperluan
mengadakan penilaian yang bersesuaian dalam
pengajaran dan pembelajaran prasekolah
v menyedarkan para peserta, khususnya guru-guru tadika
dan ibu bapa tentang pentingnya pengesanan awal
perkembangan kanak-kanak dijalankan
v memperkenalkan kaedah pengesanan perkembangan
kanak-kanak dalam program prasekolah

PENGENALAN
Kanak-kanak adalah unik, dinamik mempunyai
keperluan dan ciri-ciri yang berbeza. Tetapi,
bagaimana kita mengenal pasti keperluan mereka
yang berbeza? Bagaimana kita menilai
perkembangannya yang berterusan bagi memenuhi
keperluannya dan merancang pengajaran dengan
berkesan?
Penilaian kanak-kanak memerlukan strategi yang
bersepadu dan input dari pelbagai sumber.
PENGENALAN
Apabila kurikulum menggalakkan guru
menghormati hak dan nilai perbezaan (budaya,
ethnic, kebolehan dan jantina) antara kanak-
kanak dan menyediakan cara menilai kekuatan,
minat dan keperluan mereka; maka program ini
wajar dan bersesuaian dengan setiap kanak-
kanak.
(Dodge and Colker:1995)
PENGENALAN
All planning should start with observations of
each childs behaviour, developing skills, interests
and depositions, followed by the professional
interpretation of these
(Arthur et.al:1997)

Program prasekolah yang berkualiti:


Developmentally appropriate learning
experiences for children. Positive adult
interactions, staff relationships. Relationships
between the home and the center, recognition of
diversity of peoples, and the role of planning and
evaluation as an integral aspect of all programs.
(Wangman:1995)
Program prasekolah yang berkualiti:
Pengalaman dan perkembangan pembelajaran
yang bersesuaian dengan kanak-kanak;
interaksi dan hubungan yang positif antara
kanak-kanak dengan orang dewasa dan kaki
tangan; hubungan baik antara rumah dan
sekolah; pengiktirafan oleh pelbagai pihak; dan
peranan perancangan dan penilaian merupakan
aspek yang penting dalam menjayakan
keseluruhan program pendidikan prasekolah.

KONSEP PENILAIAN: (Arthur et.al.1996)
proses mengumpul bukti dan membuat
pertimbangan tentang keperluan, kekuatan,
kebolehan dan pencapaian.

proses mengumpul data dan membuat
pertimbangan tentang keberkesanan program
pengajaran, polisi dan prosedur.

KONSEP PENILAIAN: (BPK)
Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat
tentang perkembangan dan kemajuan murid
dengan menggunakan pelbagai kaedah.
sebahagian daripada proses pdp
dijalankan secara berterusan & tidak formal
bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan
dan potensi untuk dipertingkatkan dan diberi
pengukuhan
POTENSI MURID DALAM
SEMUA DOMAIN
Mengambil tindakan susulan yang berkesan bagi
mengembangkan potensi murid ke tahap maksimum
dalam semua domain:
domain kognitif ( Bahasa & Komunikasi, Kognitif)
domain afektif ( Pendidikan Islam dan Moral ;
Sosioemosi )
domain psikomotor ( Perkembangan Fizikal; Kreativiti
dan Estetika )
TUJUAN PENILAIAN
i. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
ii. mengenal pasti pelbagai potensi murid secara
menyeluruh;
iii. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa;
iv. mengesan keberkesanan pengajarannya;
v. merancang dan mengubah suai aktiviti
pengajarannya;
vi. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan
serta merta.
PELAKSANAAN PENILAIAN
MERANCANG
Menentukan hasil pembelajaran
berdasarkan senarai semak
Membina Indikator
Melaksanakan penilaian:
vPemerhatian tingkah laku
vPemerhatian Interaksi/lisan
vHasil Kerja Murid
Merekod
Menyimpan dan
Menganalisis Maklumat
Melapor
Sudahkah
murid menguasai?
Pelajaran/ Kemahiran Baru
Tindakan
susulan
aktiviti
pengayaan
Tindakan
susulan
aktiviti
bimbingan
Ya
Ya Tidak
Teruskan
MERANCANG
Sebelum menilai murid, guru hendaklah merancang:
i. Murid yang hendak dinilai
ii. Domain yang hendak diberi tumpuan
iii. Kaedah pemerhatian yang sesuai
iv. Cara pelaporan

5 W + H = What, Why, Who, Where, When, How?
MEMBINA INDIKATOR

Guru hendaklah mengambil kira
hasil pembelajaran seperti
dalamTunjang
Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan

3 CARA MENJALANKAN PENILAIAN
Kaedah Penilaian Melalui:
1. Pemerhatian tingkah laku murid
2. Pemerhatian perbualan /
interaksi murid
3. Hasil kerja murid
PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN
Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian
yang sistematik untuk mengumpul data
atau maklumat dan merekodnya dengan
tepat
1. Pemerhatian tingkah laku
2. Pemerhatian perbualan atau interaksi
3. Hasil kerja

PEMERHATIAN TINGKAH LAKU MURID
Pemerhatian Tingkah Laku Murid semasa mereka:
- Bermain pondok-pondok
- Menyusun blok bersama
rakan atau bersendirian
- Berlari & melompat
- Menyelesaikan masalah
bersama rakan
- Mengambil wuduk
- Mendirikan solat
- Mengikat tali kasut
- Membuat kolaj dalam
kumpulan
- Makan

Pemerhatian tingkah laku
Sikap
Amalan
Kemahiran sosial
Kemahiran manipulatif
Kemahiran kinestetik

Untuk menilai aspek berikut:
Pemerhatian Tingkah Laku Bagi
Mengesan Serta Merta
Tujuan:
mengesan penguasaan hasil pembelajaran
dengan serta merta dalam pengajaran harian.

Contoh:
- Memerhati sikap dan pelakuan murid
- Memerhati kemahiran murid melakukan
aktiviti

Bagaimana Pemerhatian Tingkah Laku
Bagi Mengesan Serta Merta
Dirancang jika perlu
Secara individu
Tidak memerlukan instrumen
yang khusus
Merekod dan melapor jika perlu

Tindakan Susulan
Perlu tindakan seperti membimbing,
menegur dan menasihat jika melakukan
kesilapan
Pujian terhadap kebaikan yang dilakukan
murid sebagai pengukuhan

Pemerhatian Tingkah Laku Bagi
Mengesan Kemajuan
Tujuan : mengesan perubahan dan
kemajuan selepas beberapa aktiviti
pembelajaran
Contoh Menilai:
- Kemahiran pergerakan
- Kordinasi mata-tangan
- Aspek amali dalam Pendidikan Islam
- Kemahiran manipulatif
Bagaimana Pemerhatian Tingkah Laku
Bagi Mengesan Kemajuan ?
Perlu dirancang secara individu atau kumpulan
Menggunakan instrumen tertentu seperti:
- Senarai semak
- Catatan guru
- Rekod anekdot
Merekod dan Melapor:
Hasil pengesanan direkodkan dan
dilaporkan jika perlu

Pemerhatian Tingkah Laku
Bagi Mengesan Pencapaian
Tujuan: mengesan kemajuan selepas beberapa
aktiviti pembelajaran
Contoh Menilai: - Kemahiran pergerakan
- Aspek amali dalam
Pendidikan Islam
- Kemahiran manipulatif
Bagaimana?
- Perlu dirancang secara individu
- Menggunakan instrumen tertentu seperti:
Senarai semak
PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN
PERBUALAN / INTERAKSI MURID
Contoh:
- Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru
- Perbualan atau interaksi antara murid dengan murid
- Interaksi murid dengan bahan
- Main peranan
- Bersoal jawab
- Bercerita
- Bacaan
- Nyanyian
TUJUAN: untuk mendapatkan maklumat semasa
berlakunya interaksi antara murid dengan guru; murid
dengan murid; dan murid dengan bahan pembelajaran
Pemerhatian Perbualan/Interaksi
Bagi Mengesan Serta Merta
Tujuan: mengesan penguasaan hasil pembelajaran
dengan serta merta semasa pengajaran
Contoh; Menilai kebolehan murid bertutur melalui:
- Soalan lisan
- Bacaan
- Bercerita
- Perbualan
- Nyanyian
- Hafazan
Pemerhatian Perbualan/Interaksi
Bagi Mengesan Serta Merta
Bagaimana?
- dirancang jika perlu
- secara individu atau kumpulan
- tidak memerlukan instrumen yang khusus
Merekod dan melapor:
- direkod
- dilaporkan jika perlu
Tindakan susulan:
- bimbingan dan nasihat
- pujian jika sudah menguasai kemahiran atau
apabila kanak-kanak berkelakuan baik
Pemerhatian Perbualan/Interaksi
Bagi Mengesan Kemajuan
Tujuan: mengesan kekuatan dan kelemahan
selepas melaksanakan beberapa aktiviti
pembelajaran
Contoh:
- menilai kebolehan bertutur melalui aktiviti
bercerita
- menilai kefasihan menghafaz melalui
hafazan doa atau bacaan surah pendek

Pemerhatian Perbualan/Interaksi
Bagi Mengesan Kemajuan
Bagaimana?
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti:
- senarai semak
Merekod dan Melapor:
- perlu direkod
- dilapor jika perlu
Tindakan Susulan:
- perlu tindakan susulan
Pemerhatian Perbualan/Interaksi
Bagi Mengesan Pencapaian
Tujuan:
Mengesan pencapaian selepas beberapa aktiviti
pembelajaran
Contoh:
Menilai aspek yang perlu seperti:
interaksi murid dengan bahan pembelajaran
- bacaan dalam Bahasa Melayu
- hafazan dalam Pendidikan Islam
Pemerhatian Perbualan/Interaksi
Bagi Mengesan Pencapaian
Bagaimana?
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti:
- senarai semak
Tindakan Susulan:
- perlu tindakan susulan
Merekod dan Melapor:
- perlu direkod
- dilapor jika perlu
PEMERHATIAN HASIL
KERJA MURID
Contoh Hasil Kerja yang boleh diperhati dan dinilai:
-Lukisan
-Tulisan
-Buku skrap
-Kraf tangan
-Buku kecil
-Model
Penilaian Hasil Kerja Murid
Untuk memberi maklumat kepada guru dan
membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai murni
Mengesan
Kemajuan
Mengesan
Pencapaian
Penilaian Hasil Kerja Murid
Bagi Mengesan Kemajuan
Tujuan: mengenal pasti perubahan dan kemajuan
melalui hasil kerja kanak-kanak
Contoh Menilai: usaha; kesunggguhan; minat;
kemahiran; ketelitian; kreativiti;
kekemasan; ketepatan masa
Bagaimana?
1. Kanak-kanak dengan bantuan guru memilih hasil kerja
untuk portfolio
2. Koleksi hasil kerja perlu dari pelbagai bahan seperti:
contoh tulisan; lukisan; rekod bacaan; foto/print, jurnal murid
Penilaian Hasil Kerja Murid
Bagi Mengesan Kemajuan
Merekod dan Melapor:
1. Guru memberi komen dan membuat catatan terhadap
hasil kerja murid
2. Tentukan contoh terbaik yang menunjukkan
kemajuan dan direkodkan keistimewaan murid
3. Laporkan jika perlu
Tindakan Susulan:
1. Guru memberikan bimbingan; nasihat dan
pengukuhan jika perlu
Penilaian Hasil Kerja Murid
Bagi Mengesan Pencapaian
Tujuan: mengesan kemajuan dan pencapaian setelah
mengumpulkan hasil kerja yang dipilih sendiri
oleh murid sepanjang tahun
Contoh: menentukan hasil kerja yang terbaik
Bagaimana?
1. Murid / guru memilih hasil terbaik untuk portfolio
2. Portfolio digunakan sebagai instrumen untuk menilai
kemajuan dan pencapaian murid

Penilaian Hasil Kerja Murid
Bagi Mengesan Kemajuan
Merekod dan Melapor:
1. Guru membuat catatan terhadap kemajuan
yang ditunjukkan
2. Maklumat digunakan untuk sesi konferen
antara guru dan ibu bapa untuk melihat
kemajuan yang dicapai oleh murid

Merekod
Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secata
bersistem barkaitan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat
dalam rekod perlu dikemaskini untuk
memudahkan guru membuat rujukan tentang
pembelajaran murid.
Kaedah mengumpul dan merekod maklumat melalui:
Senarai Semak; Catatan Anekdot;
Rekod Berterusan
Penyediaan Senarai Semak
Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat
Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas
dan jelas
Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam
konteks semula jadi
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak
Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat
memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin diperhati
Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati
daripada satu atau dua pemerhatian
Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian
Dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali supaya lebih tepat & tekal
Contoh Senarai Semak
SENARAI SEMAK
TUNJANG : Kurikulum Kerohanian dan Nilai
Nama Murid: ___________________ Kelas: ______________
Arahan: Sila tandakan ( ) dalam petak apabila murid sudah menunjukkan
kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai
kemahiran itu.

Tanda ()
HASIL
PEMBELAJARAN
ULASAN /
TARIKH
ULASAN /
TARIKH
ULASAN /
TARIKH
1.Aqidah
1.1.1 Menyebut Rukun
Iman
1.2.1 Menyebut
sifat Allah









Tanda ()
HASIL
PEMBELAJARAN
ULASAN /
TARIKH
ULASAN /
TARIKH
ULASAN /
TARIKH
1.5.1 Menyebut
nama rasul
1.5.4 Berselawat
kepada rasul
1.5.6 Menerangkan
cara menghormati
Al-Quran
1.6.3 Menyatakan
balasan syurga
untuk orang
berbuat baik
Contoh senarai semak
REKOD ANEKDOT
Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku
murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk
direkodkan.
Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku,
bila dan di mana berlaku.
Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid
berkenaan.
Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa
tertentu.

Langkah Penyediaan Rekod Anekdot
1. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
2. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan
kepada aspek perkembangan murid.
3. Menuliskan selepas peristiwa itu.
4. Tulis apa yang dilihat secara objektif.
5. Perkara-perkara yang direkod dalam rekod anekdot ialah
yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa
dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran
menyelesaikan masalah, dan kejayaan-kejayaan.

Panduan Merekod Secara Anekdot
1. Buat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak
tercicir.
2. Pastikan nama, tarikh. Masa dan suasana dicatat dalam
buku nota.
3. Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai
pemerhatian.
4. Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh
murid.
5. Masukkan respon orang lain sekiranya berkaitan.
6. Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
Contoh Rekod Anekdot
Nama: Maria
Masa: 9.00 pagi
Tarikh: 15.6.2002
Tempat: Di luar Kelas
Pemerhatian:
Maria dan Tina duduk di bawah pokok
sambil bermain tepuk tangan. Agus
datang menghampiri mereka dan
menunjukkan bunga raya yang telah
dipetiknya di kawasan tadika. Dia
menyepak bunga itu seolah-olah
seperti bola raga.
Maria menegur: Mana boleh buat
macam tu
Tak apa, kata Agus.
Tak reti..itu bukan bola kata Maria
lagi.
Tak apalah.. , jawab Agus lagi.
Sayang bunga tu
Maria menarik tangan Tina dan beredar
dari situ.

Interpretasi:
Maria menunjukkan bahawa dia
mempunyai perasaan untuk
menjaga dan menyayangi lam
sekitar.
- memiliki kecerdasan naturalis
Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas
individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya
sesuatu peristiwa.
Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan
dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam
tempoh
3 5 minit.

Panduan Menyediakan
Rekod Berterusan
-Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
-Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid yang difokus
satu persatu.
-Rekod hendaklah tepat dan padat.Jelaskan bagaimana
setiap aksi itu berlaku.
-Rekod hanya perkara-perkara yang sebenar berlaku dan
gunakan satu ayat untuk menerangkan setiap aksi.
-Guna bahasa yang boleh difahami.
-Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.
-Tentukan masa.
-Mesti tulus dan iklas
-Guna singkatan semasa merekod

Panduan Menulis Rekod Berterusan
Buat pemerhatian selama 10 minit atau kurang.
Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin
diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgmental.
Fokus terhad kepada murid yang ingin diperhati.
Tulis dengan lebih terperinci selepas pemerhatian.
Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak
di tempat yang strategik dan sulit.

CONTOH REKOD BERTERUSAN
Pemerhatian Ulasan
Asri masih berada diruang mengambil wuduk.
Murid lain sudah memenuhi saf hadapan. Cikgu
Mohd meminta murid berdiri betul untuk
mendirikan solat.
Asri menolak dan merempuh rakan di saf
hadapan untuk membolehkannya berada di saf
hadapan.
Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. Tadi Asri
lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat, kita
kena masuk di saf belakang yang masih kosong.
Lain kali kalau nak di saf depan kenalah cepat
ambil wuduk
Amin menyampuk ,Tadi dia main air, cikgu.
Asri mengundur masuk ke saf belakang.
Belum memahami tertib
mendirikan solat
berjemaah
Nama: Asri Umur: 5 tahun Tarikh: 24.4.2002
Guru: Mohd Masa: 11.00 pagi
MENYIMPAN MAKLUMAT
SEGALA MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DARIPADA PEMERHATIAN
YANG SISTEMATIK DIREKOD DALAM PORTFOLIO
Portfolio bukannya kaedah penilaian tetapi satu cara mengumpul
dan menyusun maklumat daripada pelbagai sumber.
- adalah satu himpunan bukti atau keterangan yang terkumpul
berkenaan perkembangan dan kemajuan murid dalam masa
ditetapkan.
- menyediakan asas untuk penilaian dan panduan untuk
pembelajaran dan perkembangan selanjutnya.
- secara fizikal, ia merupakan satu fail, kotak atau disket yang
menyimpan bukti dan maklumat murid.
- Mengandungi Dokumen: I. Rekod Peribadi Murid
2. Rekod Kemajuan Murid 3. Hasil Kerja Murid
REKOD PERIBADI MURID
Mengandungi perkara berikut:

1. Maklumat diri murid
2. Maklumat keluarga murid
3. Maklumat kesihatan murid
4. Maklumat fizikal murid

REKOD KEMAJUAN MURID
REKOD KEMAJUAN MURID
- Merupakan ulasan guru mengenai
perkembangan diri murid dari segi:

a) Pengetahuan
b) Kemahiran
c) Komunikasi
d) Sikap

HASIL KERJA MURID
Hasil kerja murid yang terpilih sahaja dimasukkan ke dalam portfolio.
Pemilihan dibuat bersama guru dan murid. Hasil kerja itu
termasuklah:
- lukisan;
- sample tulisan;
- gambar foto;
- binaan yang sudah disempurnakan;
- cerita yang ditulis;

- buku skrap.

MELAPOR
Pelaporan ialah proses menyampaian maklumat penilaian dari
semasa ke semasa
tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap
dan pencapian murid.
Maklumat untuk pelaporan diperolehi dari rekod penilaian.
Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan untuk membolehkan murid, pihak
sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya.
TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan
pengayaan setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan
perkembangan murid.
Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terus
terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula.
Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan
dan kemahiran yang telah dikuasai.
Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada
murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti,
kemahiran atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai
atau disiapkan.

Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta merta atau dirancang.

ETIKA PENILAIAN
Semua maklumat yang berkaitan dengan diri adalah sulit.
Semua rekod penilaian hendaklah disimpan mengikut
panduan berikut:
segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak yang
tertentu sahaja (ibu bapa/guru besar/pakar perubatan/pihak-pihak atau
orang-orang yang berkenaan mengikut Akta Pendidikan 1996)
Rekod murid tidak boleh dipamerkan
Minta kebenaran ibu bapa/ penjaga murid untuk mengambil gambar
dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan
Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa pada
akhir tahun.














SEKIAN

You might also like