Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

KM 21 JALAN PUTERA, 06150 AYER HITAM, KEDAH.




KERTAS KERJA :

KERTAS KERJA PERTANDINGAN REKA CIPTA DARIPADA BAHAN KITAR
SEMULA ANJURAN GURU PELATIH INTERNSHIP BERSAMA PANITIA
KAJIAN TEMPATAN DAN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH
KEBANGSAAN AYER HITAM


TARIKH :

13 HINGGA 17 JULAI 2014


TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM



KERTAS KERJA
PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH
PISMP SEMESTER 8 / 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS, KANGAR
1.0 TAJUK:
PERTANDINGAN REKA CIPTA BAHAN KITAR SEMULA BERTEMAKAN
KENDERAAN MASA HADAPAN.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH:
Guru Pelatih PISMP Semester 8 (Pengajian Sosial)
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
01000 Kangar Perlis


3.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke
arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum disamping melahirkan
insan yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Justeru itu Kertas kerja ini
bertujuan untuk melaksanakan program pertandingan reka cipta peringkat
Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam dimana matlamat utama penganjuran ini untuk
meningkatkan semangat kerjasama secara kumpulan dan seterusnya melahirkan
pemikir yang boleh mengembangkan bakat dan daya kreativiti murid-murid.


4.0 RASIONAL

Sempena bulan ramadhan ini bagi mengisi waktu rehat murid dengan aktiviti
yang berfaedah kami telah merancang untuk mengadakan pertandingan reka
cipta bahan kitar semula bertujuan untuk mengembangkan potensi dan kendiri
yang ada dalam kalangan murid serta melahirkan murid-murid yang prihatin dan
boleh berfikir untuk penggunaan semula bahan terbuang dan terpakai agar
menjadi bahan yang bernilai dan mempunyai estetika tersendiri.






5.0 OBJEKTIF

Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memulihara sumber bahan.
asli yang semakin terhad di bumi ini.
Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Mengembangkan dan mencungkil bakat terpendam para murid.
Mengaplikasikan pengetahuan mengenai reka cipta.
Memupuk amalan mengitar semula dalam kalangan pelajar.


6.0 SASARAN

Murid-murid tahap 2 SK Ayer Hitam.


7.0 TEMPAT

Dewan Terbuka SK Ayer Hitam.


8.0 TARIKH

. 13 17 Julai 2014



9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS JUMLAH
1 Hadiah Tahun 4 Tempat pertama:
RM 20

Tempat kedua:
RM15

Tempat ketiga:
RM10

RM 45
2 Hadiah Tahun 5 Tempat pertama:
RM 20

Tempat kedua:
RM15
RM 45

Tempat ketiga:
RM10

3 Hadiah Tahun 6 Tempat pertama:
RM 20

Tempat kedua:
RM15

Tempat ketiga:
RM10

RM 45
Jumlah keseluruhan RM 135




10.0 AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM


Penasihat : En. Saari Bin Abdullah
Pengerusi : Ustazah Norashikin Bt Saad (PK1)
Naib pengerusi : En. Nor Basharuddin Bin Abdul (PK HEM)
Mentor : En. Shaheeran Bin Shaari
Ketua Projek : Mohd Faris Bin Ismail
Pen. Ketua Projek : Mohd Hafiz Bin Aduka
Setiausaha : Mohd Faris Bin Ismail
Bendahari : Mohd Hafiz Bin Aduka
Juri Pertandingan : 1) En. Saufian Bin A. Razak
2) Pn. Hasnah Binti Ali









11.0 TENTATIF PROGRAM

Bil. Aktiviti Tarikh Tindakan
1 Menghantar borang penyertaan 13 Julai 2014
-guru pelatih dan
guru-guru panitia
2
Mula menghasilkan bahan
rekacipta
14 Julai 2014
-guru pelatih dan
guru-guru panitia
2 Menghasilkan bahan rekacipta 15 Julai 2014
-guru pelatih dan
guru-guru panitia
3 Menghasilkan bahan rekacipta 16 Julai 2014
-guru pelatih dan
guru-guru panitia
4 Hasil reka cipta dihantar dan dinilai 17 Julai 2014
-guru pelatih dan
guru-guru panitia



12.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan program ini amat berguna bagi melahirkan murid-murid
yang berfikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, murid dapat mencabar kebolehan
masing-masing dalam penghasilan suatu bahan projek reka ciptaan.



Disediakan oleh :
................................
(Mohd Faris Bin Ismail )
Setiausaha Projek 1,
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Perlis, Kangar.






Disemak oleh :
..........................
(En. Shaheeran Bin Shaari)
Mentor
Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam


Diluluskan oleh :
...............................................
(En. Saari Bin Abdullah)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam

You might also like