Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik

Edward Sapir (1884 1939) seorang sarjana linguistik struktural


dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan
pemikiran manusia dari aspek psikologi.
Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam
sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang
menentukan sturktur pemikiran manusia.
Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu
bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau
bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi
yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.
Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,
bahasa akan sentiasa berubah.

2.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik
Bloomfield (1887 1949) merupakan ahli linguistik yang
mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam
menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan
yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam
otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.
Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca
daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak
balas ataurespons terhadap rangsangan itu.
Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku
manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang
menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara
empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

2.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik
Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah orang pertama yang
mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik
Moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam
bidang bahasa secara moden.
Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang
pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari
sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji
bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang
dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri
bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan
buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah
hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-
bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris pada tahun 1959.

You might also like