Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,


31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
Laman web: http://www.ipgipoh.info


Telefon/Emel:
YDP : 017-3597958
NYDP : 019-4010114
PEJABAT : 05-5331311
05-5333509
FAX : 05-5332743
EMEL :

PEMANGKIN MAHASISWA BERKETERAMPILAN


Kepada:

Yayasan Perak
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No.111, Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Melalui,

Tuan Haji Abd. Kadir Bin Basiran
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
31150 Hulu Kinta
Perak Darul Ridzuan. 7 Ogos 2012


Tuan ,

MEMOHON SUMBANGAN RM 1000.00 UNTUK MENGANJURKAN KARNIVAL
KEUSAHAWANAN DAN MAHABBAH 2012

Dengan segala hormatnya, perkara diatas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh ingin
memohon sumbangan kewangan untuk menganjurkan Karnival Keusahawanan dan Mahabbah
2012.

3. Berikut dikemukakan butiran tentang perkara tersebut:

Tarikh : 7,8 dan 9 September 2012
Tempat : Padang Hoki IPG Kampus Ipoh
Anggaran Pembelanjaran : Rujuk Lampiran

4. Untuk makluman pihak Tuan, sumbangan ini adalah untuk menampung kewangan kami
dalam melaksanakan program ini. Program ini adalah bertujuan memberi input dan pendedahan
kepada Mahasiswa Pendidik Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia mengenai
keusahawanan dan nilai-nilai agama yang semakin hari semakin luntur dalam diri generasi hari
ini. Saya selaku Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh memohon jasa baik tuan agar dapat menyumbangkan peruntukan ini untuk
membantu meningkatkan ilmu Mahasiswa Pendididik IPG Kampus Ipoh. Sumbangan bolehlah
dibuat dalam bentuk tunai atau cek yang dibuat atas nama Jawatankuasa Surau Nurul Hidayah
Maktab Perguruan Ipoh atau dimasukkan terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (No.
Akaun: 08013010044004).

5. Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak
tuan dalam menjayakan Karnival Keusahawanan dan Mahabbah IPG Kampus Ipoh.
Persetujuan, kerjasama, keprihatinan dan sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.







JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,
31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
Laman web: http://www.ipgipoh.info


Telefon/Emel:
YDP : 017-3597958
NYDP : 019-4010114
PEJABAT : 05-5331311
05-5333509
FAX : 05-5332743
EMEL :

PEMANGKIN MAHASISWA BERKETERAMPILAN


Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi ketua program Karnival Keusahawanan &
Mahabbah 2012 IPG.Kampus Ipoh iaitu Saudara Syed Zul Hafidz 014-5170991 atau Saudari
Umi Syafiqah 013-5118642.



Sekian.
PEMANGKIN MAHASISWA BERKETERAMPILAN
Saya yang menjalankan tugas,


.................................................................
( MOHAMAD HAZIQ BIN ABDUL HARIS )
Yang Dipertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Ipoh.

You might also like