Karangan Pa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

1

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T di atas
limpahan rahmat yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Pengajian Perniagaan saya iaitu Encik Mohamad Zaini Yaakob dan Puan
Norlina Buang yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya
untuk menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan amatlah bermakna
dan saya hargainya.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua
ibu bapa saya, Ismail bin Ahmad dan Haminah binti Harun yang telah membantu saya
dari segi kewangan untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka juga tidak jemu memberi
nasihat dan kata-kata semangat kepada saya.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi pendapat dan
memberikan tunjuk ajar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan ini. Semoga
segala usaha yang telah kita lakukan ini mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah
S.W.T.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para guru dan semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika saya menjalankan
tugasan ini. Segala bantuan yang dihulurkan amatlah bermakna dan hanya Allah
S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Semoga kita semua memperoleh rahmat dan
perlindungan dari-NYA.
Sekian, terima kasih.




2

ABSTRAK

Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mengenal pasti aktiviti perniagaan yang
telah dijalankan oleh IKEA International Group. Kajian ini dijalankan menggunakan
kaedah sekunder iaitu memperoleh maklumat daripada sumber internet. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa syarikat IKEA adalah berasal dari negara Sweden dan
mempunyai sebuah cawangan di Malaysia iaitu di Mutiara Damansara. Kini, pekerja
IKEA mencecah lebih kurang 150 000 orang dan mempunyai 332 gedung di 40
negara. Strategi yang digunakan oleh IKEA berkesan untuk menarik minat pelanggan
iaitu menyediakan katalog, laman web dan memberi diskaun kepada pelanggan yang
membeli produk mereka. Dengan menggunakan bahan yang tidak mahal dan
meminimumkan proses pengeluaran, pelanggan IKEA akan mendapat faedah iaitu
dapat membeli produk tersebut dengan harga yang rendah. Syarikat IKEA boleh
mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka lebih banyak cawangan di negara
yang berpotensi tinggi untuk meraih keuntungan.











3

KAJIAN TENTANG AKTIVITI DAN KONSEP PERNIAGAAN
ANTARABANGSA YANG DIGUNAKAN OLEH IKEA INTERNATIONAL
GROUP (IKEA).

1.0 PENGENALAN
Syarikat multinasional merupakan syarikat yang menggunakan subsidiari di setiap
cawangan negara yang beroperasi tetapi dikawal oleh syarikat induk di negara
asalnya. IKEA International Group (IKEA) merupakan salah satu syarikat
multinasional yang berpusat di Sweden dan mempunyai beberapa cawangan di
negara lain antaranya ialah negara Malaysia.

IKEA mengedarkan produknya sama seperti kedai-kedai perabot yang lain.
Syarikat ini juga mempunyai laman web untuk memudahkan pelanggan melihat
produk mereka melalui katalog. IKEA juga menggunakan teknologi yang cepat ,
kukuh dan mesra pengguna. Perkhidmatan IT yang disediakan oleh IKEA
menyokong pembangunan ini dengan menyediakan penyelesaian yang
mengekalkan aliran maklumat dengan efisyen.

Visi IKEA adalah untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk orang
ramai. Justeru itu, pasukan Sumber Manusia memulakan kerja untuk menarik
perhatian dan memberi inspirasi kepada pekerja dan mencipta persekitaran kerja
yang menyeronokkan dan meransang. Mereka amat sedar kejayaan berterusan
perniagaan IKEA bergantung kepada pembangunan berterusan pekerja IKEA itu
sendiri.

IKEA telah mewujudkan Program Kesetiaan supaya pelanggan akan terus setia
bersama mereka walaupun wujud banyak saingan dari syarikat lain. Program ini
dilaksanakan dengan menerusi sebuah kad yang digelar IKEA Family yang
memberikan layanan istimewa dan diskaun menarik untuk sebarang pembelian
produk mereka. IKEA tidak pernah memandang remeh soal pengiklanannya.
Katalog sentiasa dikemaskini dan penambah baikan konsep persembahan sentiasa
dilakukan.

4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk:

2.1 Mengenalpasti aktiviti perniagaan yang diamalkan oleh syarikat IKEA

2.2 Mengkaji pendekatan strategik yang digunakan oleh syarikat IKEA iaitu
analisis SWOT serta visi, misi dan objektif syarikat IKEA.

2.3 Menghuraikan perkaitan antara pendekatan strategik dengan konsep
perniagaan antarabangsa yang bersesuaian dengan syarikat IKEA iaitu dunia
tanpa sempadan, pasaran menimbul, selatan-selatan, globalisasi, nasionalisasi,
lokalisasi dan penswastaan.

2.4 Menganalisis strategi pemasaran yang dijalankan oleh syarikat IKEA, iaitu
penembusan pasaran, pembangunan pasaran, dan pembangunan produk.


3.0 LATAR BELAKANG

3.1 Latar belakang syarikat

Kisah IKEA bermula pada tahun 1926 dimana pengasasnya Ingvar Kamprad
dilahirkan di Smaland di selatan Sweden. Beliau di besarkan di Elmtaryd,
sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd. Sejak muda lagi Ingvar
telah tahu bagaimana mahu mengembangkan perniagaannya. Sejak berumur
lima tahun, Ingvar Kamprad mula menjual mancis dan semasa berumur tujuh
tahun, beliau telah mula merantau keluar untuk berniaga menggunakan
basikalnya. Beliau mendapati dengan membeli mancis dalam kuantiti yang
banyak di Stockholm dan menjual secara berasingan dengan harga yang
rendah masih dapat memberi keuntungan. Daripada mancis beliau
mengembangkan perniagaan dengan menjual benih bunga, kad ucapan,
dekorasi pokok Krismas, dan pensil serta pen. Semasa Kamprad berumur 17
5

tahun, bapa beliau telah memberi duit sebagai ganjaran kerana berjaya dalam
pelajaran. Beliau menggunakannya untuk membina perniagaan
sendiri menjual pen, dompet, bingkai gambar, selendang meja, jam tangan,
barang kemas dan stoking nilon. Berkat usaha gigihnya, perniagaan Kamprad
bertambah maju. Jadi beliau mula mengiklankan jualannya di dalam surat
khabar tempatan pada tahun 1948. Ia merupakan iklan pertama yang dilakukan
Kamprad sepanjang pembabitan dalam perniagaan. Beliau juga sudah mula
menggunakan van susu tempatan untuk menghantar produk ke stesen keretapi
berhampiran. Kamprad yang semakin matang mengembangkan jualannya
apabila mula menjual perabot seperti kerusi dan meja berasaskan kayu.
Perabot tersebut dihasilkan oleh pengilang tempatan di hutan berdekatan
tempat tinggalnya dengan menamakan perniagaannya itu dengan nama IKEA.
Nama IKEA adalah gabungan dari nama akronim pengasas Ingvar Kamprad
(I.K) ditambah dengan huruf pertama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A), iaitu
ladang dan kampung tempat beliau membesar.


3.2 Lokasi syarikat

3.2.1 Peta lokasi








Peta 1: Kawasan syarikat induk IKEA beroperasi
Sumber: www.googlemap.com

6

Peta 1 menunjukkan lokasi syarikat induk IKEA yang bertempat di
Kungens Kurva, Sweden. Syarikat ini terletak di tengah-tengah kawasan
bandar yang mampu membuatkan perniagaan ini berkembang dengan
pesat disebabkan penduduk setempatnya ialah dari kalangan orang yang
berpendapatan tinggi dan mempunyai kuasa beli yang tinggi untuk
membeli produk keluaran syarikat IKEA. Syarikat ini mengeluarkan
barang-barang eksklusif dan bermutu tinggi bersesuaian dan mampu
dimiliki oleh penduduk di sekitar kawasan perniagaan tersebut
beroperasi.









Pelan 1: kawasan cawangan syarikat IKEA di Damansara
Sumber: www.ikea.com


Pelan 2 menunjukkan kawasan syarikat IKEA yang terletak di Mutiara
Damansara. kawasan ini berada tidak jauh dari Bandar Utama dan
Damansara Utama. Cawangan syarikat IKEA di Damansara ini berada di
kawasan yang strategik iaitu merupakan kawasan tumpuan orang ramai.
Cawangan ini terletak di kawasan petempatan mewah dan sederhana
mewah. Dengan itu, penduduk sekitar kawasan tersebut mampu membeli
produk keluaran IKEA.
7

3.3 Carta organisasi syarikat























8

3.4 Kewangan syarikat

Dari segi keuntungan, dikatakan keuntungan bersih Kumpulan IKEA (tidak
termasuk sistem Inter IKEA) pada tahun 2010 (selepas membayar yuran
francais untuk Inter IKEA sistem) adalah 2.7billion, jumlah jualan ialah
23.5 billion. Pada 2004 dan 2005 pula, IKEA juga pernah tersenarai sebagai
satu dari 100 Syarikat Terbaik selama dua tahun berturut-turut dalam majalah
Working Mothers . IKEA juga tersenarai di kedudukan 96 di dalam Fortune's
100 Best Companies to Work For pada tahun 2006. Lebih menarik, pada 2007
pengasas Ingvar Kamprad pernah tersenarai sebagai Individu ke-4 terkaya di
dunia,menurut majalah bisnes Forbes. Beliau kekal berada di kedudukan 10
terkaya dunia sehingga tahun 2010, sebelum kedudukannya diambil alih oleh
jutawan lain.


4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang diguna untuk mendapatkan maklumat ialah

4.1 Data primer

4.1.1 Soal selidik

Soal selidik dijalankan dalam bentuk tertutup iaitu pengkaji hanya akan
mengemukakan soalan kepada responden dan responden hanya perlu
memberi jawapan yang berkaitan dengan tajuk kajian sahaja. Responden
diberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soalan yang diberikan.
Kaedah ini akan memudahkan responden kerana soalan yang diberikan
adalah mudah. Kaedah ini juga memudahkan pengkaji untuk mengkaji
jawapan. Namun pengkaji tidak menggunakan kaedah ini disebabkan
9

terdapat beberapa kekangan iaitu lokasi kajian terletak terlalu jauh dan
pengkaji tidak mampu untuk menanggung kos yang diperlukan untuk
menggunakan kaedah ini.

4.1.2 Temubual

Temubual ialah kaedah mengumpul maklumat melalui jawapan (lisan)
hasil temubual. Kaedah ini dianggap cara yang terbaik kerana
kebiasaannya manusia lebih mudah bertindak secara lisan daripada
bertulis. Selain itu, penemubual boleh menerangkan dengan jelas
maksud soalan atau kajian. Kaedah ini juga dapat mengelakkan salah
tafsir dan salah anggap. Namun pengkaji tidak dapat menggunakan
kaedah ini kerana lokasi kajian terletak jauh dari tempat tinggal pengkaji.

4.2 Data sekunder

4.2.1 Perpustakaan

Pengkaji mencari maklumat tentang syarikat yang ingin dikaji melalui
kaedah perpustakaan iaitu merujuk buku-buku yang berkenaan dengan
tajuk kajian yang telah dipilih. Kaedah ini memerlukan pengkaji untuk
mencari buku-buku yang berkaitan dengan perniagaan. Antara buku-
buku yang telah dirujuk ialah Marketing Management, Principal of
Marketing, dan International Business Second Edition.

4.2.2 Internet

Kajian juga telah dilakukan melalui laman sesawang untuk mendapatkan
maklumat yang lebih teliti tentang syarikat yang dikaji. Selain itu,
dengan adanya kemudahan internet pengkaji dapat meringankan beban
untuk mencari maklumat tentang syarikat dan pengkaji menggunakan
10

internet untuk mencari peta-peta dan gambar syarikat yang dikaji.
Pengkaji melawat portal rasmi syarikat IKEA untuk mendapatkan
maklumat yang lebih terperinci.


5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN

Syarikat yang dikaji ialah IKEA International Group. Aktiviti perniagaan
syarikat ini ialah pembuatan dan perkhidmatan. Menurut Kamus Pelajar
(2000), pembuatan bermaksud hal, cara atau proses membuat sesuatu
(terutamanya barang dagangan). Manakala perkhidmatan bermaksud perihal
berkhidmat (bertugas). Syarikat IKEA menjalankan aktiviti pembuatan
perabot untuk kegunaan banyak pihak iaitu untuk kegunaan isi rumah, pejabat
dan industri. IKEA juga menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya
iaitu kafeteria.


5.1.1 PRODUK YANG DITAWARKAN

IKEA merupakan salah satu perniagaan yang mengeluarkan perabot
terbesar di dunia. Syarikat ini amat dikenali dengan rekabentuk
arkitektural dan seni yang moden yang diaplikasikan kepada pelbagai
pilihan perabot rumah. Syarikat ini juga sering menampilkan idea-idea
ringkas yang menarik serta diselitkan dengan konsep mesra-alam. IKEA
juga merupakan pengeluar produk kayu ketiga terbesar didunia.
Pengeluar produk kayu terbesar ialah The Home Depot dan yang kedua
terbesar ialah Lowes. Pada 1991, IKEA memperoleh kilang kayu
miliknya sendiri dan menubuhkan kumpulan industri Swedwood untuk
mengeluarkan komponen perabot berasaskan kayu secara sendiri. IKEA
11

turut memperkenalkan kemudahan kafeteria di hampir setiap rangkaian
stornya di seluruh dunia. Kafeteria ini menyajikan pelbagai jenis
makanan ala Barat yang disesuaikan mengikut selera setempat.

IKEA menawarkan pelbagai jenis produk untuk kegunaan banyak pihak
antaranya ialah :-

a) Kegunaan isi rumah
Barisan produk yang dihasilkan oleh syarikat ini merangkumi
kesemua fungsi dalam kediaman sama ada di dapur, bilik tidur,
ruang makan, ruang berehat, ruang bekerja malah bilik air.
Produk yang dihasilkan adalah moden tetapi tidak bergaya
(trendy) agar ianya praktikal untuk kegunaan harian. Produk
dipelbagaikan supaya pelanggan mempunyai banyak pilihan.
Pelanggan layak untuk memilih sendiri produk yang diinginkan
berdasarkan cita rasa sendiri. Antara jenis-jenis produk yang
dihasilkan untuk kegunaan isi rumah ialah sofa, rak buku, meja
makan, katil, dan lain-lain lagi.

b) Kegunaan pejabat

IKEA juga menawarkan produk untuk kegunaan pejabat seperti
rak, meja dan kerusi. Reka bentuk produk disesuaikan dengan
tempat contohnya produk untuk kegunaan pejabat lebih elegan
dan korporat.


c) Kegunaan industri

Produk untuk kegunaan industri seperti rak, meja dan sebagainya.
Produk untuk kegunaan industry kebiasaannya dijual dalam bentu
pukal dan IKEA menawarkan harga yang lebih rendah.
12

Bungkusan produk dilakukan dalam bentuk rata iaitu flat-packs.
Konsep ini sangat lengkap dengan fungsi-murah, mampu milik,
senang dibawa, mudah disambung dan rekabentuk menarik.
Kerana usaha dan inovatif ini, ia disambut baik oleh masyarakat
dan permintaan terhadap perabot untuk kegunaan industry kian
meningkat.


5.1.2 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

IKEA turut memperkenalkan kemudahan kafeteria di hampir setiap
rangkaian stornya di seluruh dunia. Kafeteria ini menyajikan pelbagai
jenis makanan ala Barat yang disesuaikan mengikut selera setempat.
Cafeteria di cawangan Damansara, Malaysia menawarkan pelbagai jenis
makanan mengikut selera masyarakat setempat. Antara makanan yang
disediakan ialah meatballs dan daim cake yang merupakan sebahagian
dari hidangan popular yang disajikan di IKEA Cafeteria. Kewujudan
kafeteria ini dapat menarik minat pelanggan untuk dating ke gedung
IKEA kerana pelanggan bukan hanya boleh membeli-belah malahan
boleh juga menjamu selera di gedung IKEA.


5.2 PENDEKATAN STRATEGIK SYARIKAT


Pendekatan strategik merupakan kaedah yang digunakan oleh sesebuah
syarikat untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Syarikat IKEA menggunakan
Analisis SWOT senagai pendekatan strategik syarikat.


5.2.1 ANALISIS SWOT

Menurut Kotler Keller (2012), Analisis SWOT merupakan teknik asas
yang lazim digunakan dalam pengurusan strategik untuk meningkatkan
13

kecemerlangan organisasi melalui program pembangunan organisasi
serta mengenal pasti kelebihan pesaing. Analisis SWOT digunakan
untuk memastikan strategi yang digubal itu benar-benar berkemampuan
untuk merealisasikan visi, misi dan objektif syarikat. Aalisis ini terdiri
daripada empat aspek iaitu kekuatan (s), kelemahan (w), peluang (o), dan
ancaman (t).


5.2.1.1 KEKUATAN SYARIKAT
IKEA ialah satu jenama global yang tidak perlu diperkenalkan
lagi di Malaysia. Hampir setiap dari kita mengenali jenama ini
sepertimana kita mengenali jenama McDonalds dan Bata.
Syarikat ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana
mempunyai jenama yang sangat kukuh. Jenama perabot dan
kelengkapan rumah yang berasal dari Sweden ini berjaya
memperkenalkan jenamanya pada mata masyarakat tidak kira
negara.
Selain itu, IKEA juga mempunyai visi yang sangat mantap iaitu
untuk membentuk kehidupan seharian yang lebih baik untuk
semua orang. Visi yang digunakan ini membantu syarikat ini
membangun kerana ianya mampu memberi motivasi kepada
pekerja untuk menghasilkan barangan yang dapat memuaskan
hati pelanggan. IKEA mementingkan citarasa pelanggan. Kualiti
produk yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan tujuan
penggunaan produk tersebut. Dengan itu pengguna akan berpuas
hati kerana barangan yang diinginkan terdapat di gedung IKEA.
Seterusnya, syarikat IKEA mempunyai kekuatan dari segi
konsep. IKEA mengeluarkan barang berdasarkan kepada
pelbagai rekaan dan fungsi produk tersebut pada harga yang
berpatutan. Dengan menggunakan bahan yang tidak mahal, IKEA
meminimumkan proses pengeluaran, pengedaran serta harga
14

runcit. Dengan itu pelanggan IKEA mendapat faedah dengan
berpeluang membeli produknya pada harga yang rendah.
Peragaan produk di gedung IKEA tidak hanya untuk memberi
inspirasi dan idea kepada pelanggan, malah ia diperagakan agar
pelanggan boleh memegang, merasai dan menggunakannya.
Dengan cara ini, pelanggan dapat menentukan kesesuaian produk
tersebut di kediaman mereka. Sebagai contoh perabot-perabot
ruang tamu IKEA diperagakan agar menyerupai ruang tamu
sebenar yang terdapat kediaman yang lengkap dengan sofa, meja,
televisyen, rak buku, meja sisi, karpet dan sebagainya.
Untuk kemudahan seisi keluarga pula disediakan kawasan
permainan untuk kanak-kanak, surau, penganjuran aktiviti-
aktiviti khas dan restoran untuk menjamu selera. Dengan itu,
pelanggan yang datang ke IKEA tidak perlu bimbang tentang
anak-anak mereka kerana IKEA telah menyediakan tempat khas
untuk kanak-kanak bermain. Kemudahan-kemudahan lain juga
terdapat di gedung IKEA antaranya ialah surau dan kafeteria.

5.2.1.2 KELEMAHAN SYARIKAT

Saiz dan skala perniagaan antarabangsa yang diamalkan oleh
IKEA menyebabkan syarikat ini sukar mengawal standard dan
kualiti syarikat. Hal ini kerana cawangan-cawangan syarikat yang
berada di luar negara akan diuruskan oleh pengurus yang telah
dilantik. Dengan itu pengelewengan mudah berlaku dan syarikat
induk sukar mengawal aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh
cawangan di luar negara.

Syarikat IKEA menawarkan produk yang eksklusif pada harga
yang berpatutan. Namun terdapat golongan yang kurang
berkemampuan untuk memiliki produk keluaran IKEA iaitu
15

golongan berpendapatan rendah. Oleh hal yang demikian,
syarikat IKEA perlu menyeimbangkan kualiti produk yang
disediakan di samping menawarkan harga yang rendah kepada
pelanggan supaya semua pelanggan mampu untuk memiliki
produk keluaran IKEA.


5.2.1.3 PELUANG SYARIKAT
Permintaan terhadap produk yang tidak membahayakan alam
sekitar kian meningkat. Ini merupakan peluang bagi syarikat
IKEA untuk menarik minat pelanggan dengan melaksanakan
operasi syarikat tanpa menggunakan bahan yang boleh
mencemarkan alam sekitar. Contohnya syarikat IKEA telah
berjaya memperkenalkan Kempen Buang Sikap Utamakan Beg
Plastik pada Jun 2009 di mana telah berjaya mendidik
pelanggannya untuk tidak lagi menggunakan beg plastik. Usaha
ini harus diteruskan kerana ianya merupakan salah satu peluang
syarikat untuk menaikkan nama syarikat seterusnya dapat
menghasilkan produk yang mesra alam.

5.2.1.4 ANCAMAN SYARIKAT

Ancaman yang dihadapi oleh syarikat IKEA adalah kuasa
pasaran. Kini terdapat banyak pesaing yang telah menceburi
bidang pasaran perumahan dan perabot. Syarikat IKEA akan
terancam kerana pesaing menyediakan produk yang
berkonsepkan harga yang lebih rendah berbanding harga yang
ditawarkan oleh syarikat IKEA. Oleh itu, jualan pasaran IKEA
akan terancam dan pelanggan berkemungkinan akan berubah
arah dan mencari produk yang lebih murah tetapi mempunyai
kualiti yang sama. Ini merupakan cabaran bagi syarikat IKEA
16

untuk memaksimumkan kualiti produk di samping menawarkan
harga yang lebih rendah kepada pelanggan.

Seterusnya, kemelesetan ekonomi juga merupakan ancaman
terhadap syarikat IKEA kerana ianya akan mengurangkan
perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh pelanggan dalam
membeli-belah. Keadaan ekonomi yang tidak stabil akan
menyebabkan pelanggan lebih berhati-hati dan berfikir panjang
untuk berbelanja.


5.2.2 PERANCANGAN STRATEGIK ORGANISASI

Bahagian ini akan menerangkan tentang visi, misi dan objektif syarikat
IKEA.

5.2.2.1 VISI SYARIKAT
Visi syarikat IKEA adalah untuk membentuk kehidupan
seharian yang lebih baik untuk semua orang. Visi syarikat ini
menunjukkan syarikat IKEA amat mementingkan kepentingan
pelanggannya. IKEA menekankan konsep membina hubungan
yang baik dengan pelanggan. Mereka memberi layanan yang
terbaik di samping memberi diskaun yang hebat dan
menyediakan aktiviti untuk seisi keluarga. Peragaan produk di
gedung IKEA tidak hanya untuk memberi inspirasi dan idea
kepada pelanggan, malah ia diperagakan agar pelanggan boleh
memegang, merasai dan menggunakannya. Dengan cara ini,
mereka dapat menentukan kesesuaian produk tersebut di
kediaman mereka. Sebagai contoh perabot-perabot ruang tamu
IKEA diperagakan agar menyerupai ruang tamu sebenar yang
terdapat kediaman yang lengkap dengan sofa, meja, televisyen,
rak buku, meja sisi, karpet dan sebagainya. Untuk kemudahan
seisi keluarga pula disediakan kawasan permainan untuk kanak-
17

kanak, surau, penganjuran aktiviti-aktiviti khas dan restoran
untuk menjamu selera.


5.2.2.2 MISI SYARIKAT
Menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang
praktikal dan direka bentuk dengan elok pada harga yang rendah
agar seberapa ramai orang dapat memilikinya, ini merupakan
misi syarikat IKEA. Untuk meraih pelanggan yang ramai, IKEA
menawarkan pelbagai jenis produk pada harga yang berpatutan
agar pelanggan mampu memilikinya. Kualiti produk yang
dihasilkan IKEA bersesuaian dengan tujuan penggunaan produk
tersebut. Sebagai contoh, bagi rak buku IKEA, panel belakang
rak buku tersebut akan diperbuat dari bahan yang lebih rendah
harganya tapi masih memenuhi tujuannya iaitu melindungi buku
dari kotoran dan dari terjatuh ke belakang. Produk-produk IKEA
juga perlu melalui ujian yang ketat dan lasak bagi memastikan
ianya mencapai piawai (standard) keselamatan antarabangsa dan
sesuatu negara. Ini menunjukkan IKEA amat mementingkan
kualiti barangan yang dihasilkan untuk kepuasan semua
pelanggan.


5.2.2.3 OBJEKTIF SYARIKAT
Syarikat IKEA mengemukakan beberapa objektif syarikat
antaranya ialah menyediakan pelbagai produk yang dapat
menarik perhatian setiap orang yang datang ke gedung IKEA,
dan membina hubungan yang rapat dengan pembekal agar
produk yang dihasilkan adalah berkualiti.
18

Barisan produk yang dihasilkan merangkumi kesemua fungsi
dalam kediaman sama ada di dapur, bilik tidur, ruang makan,
ruang berehat, ruang bekerja malah bilik air. Produk yang
dihasilkan adalah moden tetapi tidak bergaya (trendy) agar ianya
praktikal untuk kegunaan harian.
IKEA komited dalam membina hubungan yang rapat dengan
pembekal-pembekalnya agar produk yang dihasilkan mereka
berkualiti, dihasilkan dengan kaedah pengeluaran yang
ekonomikal dan dibeli dalam jumlah yang banyak untuk
mengurangkan kos. Untuk merendahkan lagi kos agar harga
kekal rendah, majoriti produk perabot IKEA diceraikan dan
dibungkus dengan teknik pembungkusan rata (flat-packed).
Dengan cara ini, lebih banyak produk perabot dapat diangkut
dalam satu lori dan ini menurunkan kos pengangkutan dan
pemasangan untuk setiap produk (cost per product).


5.3 KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang telah dilaksanakan oleh
syarikat multinasional ialah dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul,
selatan-selatan, globalisasi, lokalisasi, nasionalisasi dan penswastaan.
Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa syarikat yang dikaji
iaitu syarikat IKEA hanya mengamalkan empat konsep perniagaan
antarabangsa. Konsep-konsepnya adalah seperti berikut :-


5.3.1 DUNIA TANPA SEMPADAN

Menurut Blog Cikgu Karthik, dunia tanpa sempadan bermaksud satu
konsep dimana syarikat-syarikat multinasional boleh membuka
cawangan di negara lain yang berada dalam blok perdagangan yang
19

sama. Contoh-contoh blok perdagangan yang ada ialah AFTA,
NAFTA dan EU.

Oleh kerana IKEA menjadi anggota EU, maka banyak syarikat-
syarikat IKEA ditubuhkan di negara-negara Eropah. Oleh itu, IKEA
boleh berdagang dengan bebas dan tidak dibatasi oleh sempadan
negara. Urusniaga import dan eksport yang dijalankan oleh syarikat
IKEA dijalankan tanpa halangan. Malahan cukai yang dikenakan
adalah rendah.


5.3.2 PASARAN MENIMBUL

Menurut Blog Cikgu Karthik, pasaran menimbul merupakan
kawasan atau negara-negara yang baru dikenal pasti sebagai negara
yang mempunyai ekonomi yang mampu dan boleh menyediakan
pasaran bagi eksport pengeluaran dunia dan antarabangsa.

IKEA telah membuka cawangan di negara-negara yang baru muncul
dan mempunyai kuasa beli yang tinggi seperti China, dan negara-
negara Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil dan Jerman.
Negara-negara ini merupakan negara yang membangun dan
kebanyakan rakyatnya terdiri daripada golongan yang berpendapatan
tinggi. Oleh itu, cawangan syarikat IKEA yang ditubuhkan di negara
ini mempunyai peluang yang besar untuk meraih keuntungan yang
tinggi. Konsep perniagaan yang dijalankan oleh syarikat IKEA ini
adalah sangat berbaloi kerana kemampuan pelanggan untuk memiliki
barangan keluaran IKEA adalah tinggi.






20

5.3.3 GLOBALISASI

Menurut Blog Cikgu Karthik, globalisasi merupakan usaha
meluaskan penglibatan perniagaan ke pasaran dunia, mempiawai
operasi secara meluas dan mengintegrasi pengeluaran firma.
Contohnya membuka perniagaan di seluruh dunia.

Syarikat IKEA boleh didapati di seluruh dunia. Sehingga kini, IKEA
mempunyai 332 gedung di 40 buah negara. Oleh kerana IKEA
mempunyai banyak gedung dan pejabat di 40 buah negara dengan
nilai dan idea perniagaan yang sama di seluruh dunia, berpindah dari
sebuah negara ke negara lain adalah perkara biasa. Pelanggan boleh
mendapatkan produk atau perkhidmatan dari syarikat IKEA walau di
manapun. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalag sama di
setiap cawangan dan hanya mengalami beberapa perubahan seperti
rekabentuk produk, jenis hidangan makanan dan lain-lain lagi
mengikut kesesuaian budaya dan agama di negara-negara tertentu.


5.3.4 LOKALISASI
Menurut Blog Cikgu Karthik, lokalisasi ialah usaha mengubah
subsidiary asing ke dalam organisasi tempatan supaya bersesuaian
dengan ciri-ciri tempatan di mana ia beroperasi. Lokalisasi terbahagi
kepada dua bentuk seperti berikut :-

I. Lokalisasi Produk

IKEA menjalankan konsep lokalisasi produk supaya produk
boleh diubahsuai mengikut negara yang beroperasi. Antara
perubahan yang boleh berlaku ialah dalam bentuk ukiran,
bentuk dan saiz. Contohnya, produk yang terdapat di negara
China mungkin ukirannya berbeza dari negara-negara lain.
21

Negara China terkenal dengan seni ukiran. Jadi pelanggan di
China lebih cenderung kepada produk yang mempunyai
ukiran.

Selain itu, kafeteria IKEA juga berbeza dari segi jenis menu
mengikut negara ia beroperasi. Sebagai contoh, kafeteria di
Damansara, Malaysia menyediakan makanan yang sedikit
berbeza mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan di
Malaysia. Oleh kerana Malaysia merupakan negara islam,
makanan yang disediakan haruslah menepati syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan di cawangan
Damansara, Malaysia.

II. Lokalisasi Pasaran

Cawangan-cawangan syarikat IKEA yang terdapat di negara
lain akan diubahsuai bentuk pengurusan mengikut budaya
tempatan. Pihak pengurusan perlu mengubahsuai waktu
bekerja, cuti perayaan, waktu sembahyang, dan cara
pemakaian pekerja mengikut budaya tempatan.

Sebagai contoh, pihak pengurusan di cawangan Damansara
telah mengubahsuai bentuk pengurusan. Memandangkan
Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, maka
banyak perayaan yang akan disambut di negara ini. Dengan
itu, pihak pengurusan perlu memberikan cuti untuk
pekerjanya menyambut hari perayaan.

Selain itu, di Malaysia waktu bekerja disesuaikan mengikut
waktu sembahyang. Sebagai contoh, pada hari jumaat pekerja
lelaki akan diberi waktu rehat yang lebih panjang untuk
mengerjakan solat jumaat serta makan tengah hari. Pakaian
pekerja juga berbeza dari negara lain. Majority pekerja di
22

Malaysia adalah beragama islam dan mempunyai aurat dan
etika pemakaian yang tersendiri.

5.4 STRATEGI PEMASARAN SYARIKAT

Menurut Fairul Halim, Hasnizam Shaari dan Shahrin Saad (Prinsip
Pemasaran, 2011), strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh
sesebuah syarikat adalah seperti penembusan pasaran, pembangunan
pasaran, pembangunan produk, dan pempelbagaian. Namun hasil
daripada penyelidikan, pengkaji mendapati bahawa syarikat IKEA hanya
menggunakan beberapa strategi seperti yang berikut :-

5.4.1 PENEMBUSAN PASARAN
Menurut sumber daripada Slideshare, penembusan pasaran ialah
peningkatan jualan produk sedia ada dalam pasaran semasa tanpa
menukar produk.


5.4.2 PEMBANGUNAN PRODUK
Menurut Fairul Halim, Hasnizam Shaari dan Shahrin Saad (Prinsip
Pemasaran, 2011), pembangunan produk ialah penawaran produk
baru kepada pelanggan sedia ada.





23

6.0 PENUTUP

6.1 RUMUSAN KAJIAN

Konklusinya, IKEA merupakan syarikat pengeluar perabot ketiga terbesar di
dunia yang mampu menarik ramai pelanggan daripada seluruh negara bagi
membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pelbagai kemudahan
telah dilaksanakan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan. Selain itu,
syarikat IKEA sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan
perkhidmatan agar ia menjadi sebuah syarikat yang terkemuka berbanding
pesaing yang lain seperti The Home Depot dan Lowes. Di sebalik
peningkatan kualiti produk, IKEA sentiasa mengekalkan harga yang murah
seiring dengan misi syarikat iaitu menawarkan pelbagai produk kelengkapan
rumah yang praktikal dan direkabentuk dengan elok, pada harga yang rendah
agar seberapa ramai orang dapat memilikinya. IKEA juga sentiasa berpegang
teguh dengan visi syarikat iaitu untuk membentuk kehidupan seharian yang
lebih baik untuk semua orang melalui penawaran produk yang berkualiti
tinggi dan perkhidmatan kafetera yang dapat memuaskan hati semua
pelanggan. Di bawah kepimpinan yang berkaliber seperti Ingvar Kamprad,
setiap konsep perniagaan dan strategi pemasaran yang diamalkan pasti akan
memberi pulangan yang besar kepada syarikat. Oleh itu, tidak hairan jika
IKEA menjadi sebuah syarikat pengeluar perabot yang lebih dipercayai dan
terkenal seantero dunia pada masa hadapan.

6.2 CADANGAN
Pengkaji telah mengenalpasti beberapa cadangan yang difikirkan mampu
membantu IKEA meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya.

6.2.1 MENINGKATKAN PERKHIDMATAN ONLINE

24

IKEA perlu menyediakan perkhidmatan online yang lebih cekap tanpa
sebarang gangguan sambungan internet atau kegagalan sistem untuk
memproses data. Contohnya, sebarang perubahan atau keluaran produk
yang baharu haruslah dikemaskini dengan segera di dalam portal rasmi
syarikat IKEA. Langkah ini adalah untuk memberi kemudahan kepada
pelanggan untuk mengetahui tentang produk terbaharu yang dikeluarkan
syarikat IKEA tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.
Tambahan pula, syarikat perlu menerangkan secara terperinci tentang
kualiti produk yang dihasilkan kepada pelanggan supaya mereka dapat
menilai kualiti barangan yang dihasilkan. Harga produk yang dihasilkan
juga perlu dimaklumkan kepada pelanggan supaya mereka dapat
membuat pertimbangan awal.

6.2.2 MENGEKALKAN TAWARAN HARGA TERENDAH

Pihak pengurusan IKEA perlu sentiasa merangka strategi baru bagi
meningkatkan keuntungan dan mengekalkan penawaran harga yang
terendah walau dalam apa keadaan sekalipun agar pesaing tegar seperti
The Home Depot dan Lowes tidak dapat menyaingi dan IKEA akan
muncul sebagai sebuah syarikat pengeluar perabot terbesar yang paling
terkemuka di mata dunia.

6.2.3 MENINGKATKAN PROMOSI

IKEA perlu meningkatkan pasaran melalui promosi yang lebih giat bagi
membolehkan IKEA mengaut keuntungan modal untuk membuka lebih
banyak cawangan di negara-negara membangun yang boleh memberi
keuntungan kepada syarikat.

You might also like