a) Pengwujudan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi MAGERAN ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 Pada 1 Julai 1969, dibawah seliaan MAGERAN, Jabatan perpaduan Negara telah diwujudkan untuk menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Selepas MAGERAN dibubarkan, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada 23 Februari 1971. Ia bertanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara Kerajaan telah merangka pelbagai dasar semenjak selepas merdeka sehingga kini bagi menjamin perpaduan hubungan pelbagai etnik. Dasar yang dimaksudkan ialah dasar Pendidikan Kebangsaan, dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar2 ini diperkukuhkan dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi Kebangsaan.
PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK b) Strategi Politik : Persefahaman Melalui perlembagaan Malaysia persetujuan termaktub dalam bentuk lambang-lambang negara, hak setiap kaum, kuasa kerajaan negeri & persekutuan. Ia sebagai wahana bagi segala pemupukan identiti nasional, perpaduan antara kaum dan keturunan serta integrasi antara wilayah Apabila kesedaran wujud, bangsa Malaysia semakin mantap dan semangat perkauman dan kewilayahan menjadi cair, dengan sendirinya pertubuhan kebangsaan yang mempunyai keahlian merentasi kaum akan muncul. Mempercepatkan proses pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu Langkah keselamatan dan undang-undang memainkan peranan penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat kestabilan politik dan negara Pembentukan parti-parti politik antara kaum dalam satu acuan perikatan. Cthnya BN dianggotai oleh beberapa parti komponen yang lain dari pelbagai kaum dan etnik. PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK c) Strategi Ekonomi
Objektif utama ke arah pencapaian perpaduan adalah mengimbangi kedudukan dan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah serta mengurangkan pengenalan kaum dalam satu- satu sektor ekonomi. Beberapa perkara harus diambil kira dalam strategi ekonomi ;- 1) Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya salah anggapan dapat diperbetul dan dapat dibendung 2) Program pembasmian kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum
3) Sektor swasta digalakkan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha mengimbangi kedudukan sosioekonomi antara kaum & mengurangkan pengenalan kaum dengan kegiatan ekonomi PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK d) Strategi Pendidikan Peranan sistem pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan sosialisasi di kalangan sebilangan rakyat Malaysia
Dalam mencapai usaha itu beberapa aspek perlu diberi perhatian :- 1) Menggalakkan wujud sistem satu persekolahan dari peringkat pra hingga universiti, satu bahasa perantaraan, kurikulum dan kokurikulum yang seragam serta peperiksaan yang sama sekaligus jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama 2) Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara ini di peringkat sekolah menengah dan rendah 3) Sekolah satu kaum sahaja (SJK) diberi peluang untuk berinteraksi dengan pelajar serta guru sekolah kebangsaan melalui penyertaan acara sukan dan kokurikulum, acara sosial, khemah kerja dan sbgnya. 4) Kurikulum sekolah rendah dan menengah diberi tumpuan dalam aspek pembinaan negara bangsa dan sejarah negara, budaya dan adat resam kaum2 di Malaysia, agama dan kepercayaan utama negara 5) Pendidikan dan kokurikulum menerapkan sikap dan nilai yang mendokong kepada pencapaian perpaduan negara.
6) Pendidikan sepanjang hayat melalui program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai pihak dan agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK e) Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan Penggunaan satu bahasa merupakan satu strategi yang amat berkesan bagi memupuk rasa harmoni dan perpaduan antara berbilang kaum Ia dapat membantu semua kaum dapat berkomunikasi dengan baik tanpa sebarang prasangka Perlembagaan memperuntukkan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan & akan terus dilaksanakan bagi mengembangkan kemajuan dan penggunaannya dalam semua bidang
PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK f) Strategi Agama Semua rakyat bebas menganut agama masing-masing walaupun islam dijadikan agama rasmi dan persekutuan Ia selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan dan Rukun Negara Sensitiviti agama haruslah dipelihara dan pengembangan sesuatu agama kepada penganut agama lain tertakluk kepada peruntukan mengenainya dalam Perlembagaan dan undang-undang PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK g) Strategi Kebudayaan Lahirnya kebudayaan nasional akan membangkitkan kebudayaan yang menjadi hak milik bersama rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dan wilayah Ia menjadi asas kepada pembinaan jati diri nasional dan perpaduan negara Kebudayaan nasional berteraskan kepada 3 prinsip dalam DKK :- 1) Kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini 2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang dianggap wajar dan sesuai boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan 3) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK h) Strategi Integrasi Wilayah Kedudukan geografi serta nilai sejarah yang sama melahirkan integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat S&S & SM Penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan, perluasan sistem radio dan televisyen nasional di S&S, penubuhan pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan program lawatan pemimpin masyarakat Masih wujudnya masalah centre-periphery dan salah tanggapan dalam usaha mengintegrasi wilayah Tumpuan khusus akan terus diberi kepada penyatuan wilayah Atrnya pergaulan dan interaksi yang lebih luas antara rakyat kedua wilayah, pengetahuan yang lebih mendalam mengenai adat resam dan kebudayaan masing-masing, penjelasan salah tanggapan dan masalah yang timbul dalam bidang sosioekonomi Pengintegrasian antara badr dan luar bdr turut diberi perhatian agar kemajuan ekonomi dan prasarana dpt dikongsi secara adil dan saksama
PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK i) Strategi Keselamatan Meliputi 2 aspek :- a)Pencegahan dan pemulihan - melibatkan usaha mencegah daripada berlakunya ancaman keselamatan negara ataupun ketenteraman awam yang terbit daripada konflik antara kaum, agama dan perhubungan persekutuan dan negeri - Aspek pencegahan merangkumi penguatkuasaan sekatan-sekatan di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan, tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan, kawalan akhbar, buku dan penerbitan melalui undang-undang berkaitan. - Melibatkan angkatan tentera, polis, Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Rukun Tetangga dan pengisytiharan darurat. PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK j) Strategi Pembangunan Kawasan Pemajmukan penduduk di sesuatu kawasan kediaman Penubuhan Jawatankuasa Penduduk seperti Rukun Tetangga dan penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama Prasarana spt dewan serbaguna, dwn komuniti dapat membantu penganjuran aktiviti bersama-sama, memudahkan program dianjurkan & dapat menyemai semangat perpaduan dan interaksi antara kaum Pengwujudan perumahan pelbagai kos bagi mengurangkan jurang sosial di kalangan masyarakat.
PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK k) Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Majikan tidak harus mengambil pekerja berdasarkan bangsa, budaya dan agama. Pemilihan haruslah berdasarkan keadilan dan kelayakan. Majikan harus menerapkan pelaksanaan dasar syarikat dan aktiviti yang bersifat perpaduan Bertanggungjwb melaksanakan setiap dasar yang telah digubal oleh kerajaan seperti penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan syarikat Interaksi atr pekerja harus digalakkan bagi mengelakkan sebarang prejudis. Pemupukan nilai-nilai murni di tempat kerja
PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK l) Strategi Media Massa Perkembangan media berlaku dengan pesat Memainkan peranan penting mewujudkan perpaduan dengan penyampaian maklumat yang benar dan tepat Wadah internet juga harus digunakan sebaik mungkin
Syarikat swasta mempunyai tanggungjawab sosial dalam memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional. Pengawalan etika kewartawanan; sikap bertanggungjawab dan peka apabila menyentuh dan melapor perkara
PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Bagi membolehkan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, profesion keguruan dipertingkatkan dengan program pensiswazahan guru-guru di peringkat sekolah rendah dan menengah
Semangat perpaduan di peringkat sekolah dengan memperkasakan sekolah kebangsaan boleh dijalankan seperti berikut :- MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN 1) Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil 2) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik 3) Mengadakan lebih banyak aktiviti dengan golongan etnik 4) Mengadakan progran interaksi antara sekolah dengan lebih banyak lagi;meningkatkan kemahiran berinteraksi PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK SEKOLAH WAWASAN Salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional. Pembinaan beberapa sekolah yang mempunyai bahasa pengantar yang berbeza di sebuah kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan yang sama (dewan, padang kantin dan sebagainya) Memberi peluang yang luas untuk bergaul dan berinteraksi antara etnik