Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN TAMAN HERBA

SK DATUK USMAN AWANG, KOTA TINGGI



1.0 Pengenalan
Penubuhan Taman Herba SK Datuk Usman Awang bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaannya. Herba merupakan warisan
ubat-ubatan yang kian dilupakan oleh generasi masa kini. Landskap di Taman Herba juga
dapat menambahkan keceriaan kawasan sekolah.
Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru. Kami
dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah.

2.0 Rasional
Kewujudan Taman Herba akan menjadi sumber rujukan kepada para murid dan warga
SK Datuk Usman Awang tentang kepelbagaian tanaman herba yang berada di persekitaran
mereka. Oleh itu, penyediaan Taman Herba yang ceria dan bersih adalah penting untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni.

3.0 Objektif
3.1 Mewujudkan Taman Herba yang kondusif, ceria dan bersih sebagai lokasi
P&P di luar bilik darjah.
3.2 Mengemaskini Taman Herba dengan informasi yang lebih lengkap untuk
rujukan para murid dan warga sekolah.
3.3 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menyumbang kepada pihak
sekolah.
3.4 Merealisasikan konsep Sekolah Di Dalam Taman.
3.5 Memupuk rasa cinta terhadap tumbuhan-tumbuhan herba, di samping
memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang khasiat tumbuh-tumbuhan.


4.0 Tempat pelaksanaan
Taman Herba, SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi, Johor.

5.0 Sasaran
Taman Herba, SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi, Johor.

6.0 AJK Pelaksana
Penasihat : Guru Besar
Puan Hajah Aziah bt Samsuddin
Pengerusi : Guru Penolong Kanan 1
Puan Rahmah bt Mohd Shah
Naib pengerusi : Ketua Panitia Sains
Puan Norzulinah bte Zolkefli
Setiausaha : Guru Pelatih Opsyen Sains
Muhammad Syukri bin Sapuan
Naib setiausaha : Guru Pelatih Opsyen Sains
Mohd Shafiq bin Mohd Sukardi
AJK : Guru Pelatih Opsyen Sains
Mohd Noor Faizal bin Ismail

7.0 Pelan pelaksanaan
Bil Aktiviti Tarikh Catatan
1 Mengadakan perbincangan bersama Guru
Besar dan mentor mengenai projek yang
akan dijalankan di sekolah.
Guru pelatih memberi cadangan-
cadangan projek yang ingin dijalankan di
sekolah.
Memutuskan projek-projek yang akan
dijalankan.

6 Julai 2014 Tiga projek yang
dipersetujui
- Taman Herba
- Mengemaskini
Galeri Sains
-Menghias Sudut
Bawah Tangga
2. Berbincang dengan mentor dan guru yang
terlibat untuk membantu guru pelatih
mengendalikan projek.
7 Julai 2014
3. Menyediakan kertas kerja bagi setiap projek
yang ditugaskan.
8 Julai 2014
4. Menghantar kertas kerja sebelum memulakan
projek.
10 Julai 2014
5. Menjalankan projek dengan persetujuan pihak
sekolah.
13 Julai 2014
6. Projek telah siap sepenuhnya. 7 Ogos 2014


8.0 Anggaran Perbelanjaan
Bil Bahan Kuantiti Catatan
1 Cat merah & biru 2 Mengecat batu
2 Berus cat 5 Mengecat batu
3 Thinner 1 Mengecat batu
4 Pokok herba 5
5 Kayu lapis 10 Tanda nama pokok

9.0 Sumber
Bil Bahan Sumber Catatan
1 Cat, berus cat, thinner Sekolah
2 Kayu lapis Bahan terpakai
3 Pokok herba Sumbangan


10. Rumusan
Adalah diharapkan projek ini akan membantu menceriakan Taman Herba SK Datuk
Usman Awang, sekaligus menarik minat murid dan warga sekolah untuk meningkatkan
pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaannya. Persekitaran yang bersih,
ceria dan kondusif akan membantu mewujudkan semangat kekitaan yang tinggi dalam
kalangan warganya sekolah.




Disediakan oleh:


MUHAMMAD SYUKRI BIN SAPUAN
Setiausaha,
Program Keceriaan Taman Herba
SK Datuk Usman Awang.



Disahkan oleh:


Puan Hajah Aziah bt Samsuddin
Guru Besar SK Datuk Usman Awang

You might also like