Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1

1.0 PENGENALAN
Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek yang bermakna manusia atau
bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang
mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka
mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya,
struktur dan sistem nilai.
Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau
masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah
sistem politik yang sama. Dalam mengeratkan hubungan antara etnik dalam kalangan
masyarakat Malaysia, kerajaan dan masyarakat itu sendiri telah berusaha untuk
membangunkan beberapa program untuk meningkatkan perpaduan antara kaum di
Malaysia. Usaha-usaha ini dilakukan secara berperingkat-peringkat dan berterusan
agar ianya di jadikan budaya yang murni yang mampu di jadikan role model kepada
Negara-negara serantau untuk menjadikan Malaysia suatu Negara yang unik dan
aman.
Untuk itu, kerjasama daripada masyarakat perlu ada untuk menjayakan lagi misi
Negara kita iaitu membentuk perpaduan antara kaum agar krisis perkauman dan krisis
ekonomi mampu di atasi dengan jayanya. Bak kata pepatah melayu, duduk sama
rendah berdiri sama tinggi, iaitu bermaksud apapun jua yang terjadi penduduk Malaysia
sama ada berbangsa Melayu, cina atau India, haruslah Sama setaraf iaitu dari segi
ekonomi, pendidikan dan sosial.

2

2.0 PERANAN DAN CABARAN PIHAK SEKOLAH DALAM MENGERATKAN
HUBUNGAN ETNIK
Malaysia adalah sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan sememangnya
penting untuk difikirkan. Perbezaan dapat dilihat bukan sahaja dari segi etnik malahan
dari segi aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Ia telah dijadikan sebagai
pemangkin untuk mencapai perpaduan. Oleh itu, sekolah merupakan satu pusat
integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Integrasi di peringkat sekolah rendah adalah
penting untuk perpaduan.
Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan ataupun RIMUP ialah satu program
yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan bagi menggalakkan penglibatan
masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam menjalankan
beberapa kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan,
serta kepakaran dalam hal yang tertentu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan
aspek-aspek psikomotor, kognitif dan afektif para murid di samping dapat mengeratkan
hubungan kerjasama di antara guru-murid dan juga murid-murid.
Selain itu, matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang
berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah
dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ia dapat dilihat
melalui kerjasama antara murid ketika aktiviti ini dilaksanakan. Contohnya seperti
permainan bola sepak. Melalui permainan jenis ini,seseorang itu akan dilihat dari segi
karakternya ketika memimpin pasukan untuk menang dalam sesuatu perlawanan.

3

Selain itu juga, program ini juga mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada dalam diri
murid-murid yang belum lagi menonjol sebelum itu.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja
yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan
pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi
penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk
menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk
dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan
masyarakat.
Selain daripada itu, sukan juga telah menjadi salah satu daripada alat perpaduan
di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga
untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah
mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar
sekolah. Perancangan setiap karnival sukan bermula dengan mesyuarat ahli
jawatankuasa. Guru-guru perlu mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi
memastikan perjalanan karnival ini berjalan dengan lancar. Selepas mengadakan
mesyuarat antara guru, libatkan pelajar untuk menjadi sebahagian daripada
jawatankuasa. Misalnya dalam jawatankuasa hadiah, tempatkan murid melayu, cina
dan india untuk bekerjasama menggerakkan kerja yang mereka perlu laksanakan.
Guru-guru perlu membimbing agar mereka dapat melaksanakan kerja yang diberikan

4

dan dalam masa yang sama dapat bekerja secara berkumpulan walaupun mereka
mempunyai perbezaan yang nyata.
Melalui pengalaman terlibat dalam mengurus karnival sukan seperti ini, mereka
akan lebih menghargai pengetahuan yang telah mereka perolehi. Selain itu, mereka
juga akan belajar bertanggungjawab, bertolak ansur dan bersikap terbuka dalam
melakukan sesuatu. Dengan ini, secara tidak langsung mereka akan belajar untuk
menerima idea dan pandangan orang lain. Bukan itu sahaja, mereka juga akan
mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan pentadbiran, guru, rakan-rakan dan
warga sekolah yang lain.
Oleh yang demikian, terdapat banyak faedah apabila murid menyertai kegiatan
kokurikulum. Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-
anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan
pelajar yang cemerlang.







5

3.0 KESIMPULAN
Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha memainkan banyak
peranan dalam mancapai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Walaubagaimana pun, sebahagian daripada peranan itu lebih banyak menumpukan
kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya yang sememangnya
tidak boleh diketepikan.
Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan
ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Perpaduan dan integrasi nasional yang
seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk
hidup secara harmoni dan sejahtera.
Namun, penerapan mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional
hendaklah dilakukan dari peringkat awal lagi, iaitu ketika di usia kanak-kanak dan
remaja. Ini lebih mudah dilakukan kerana pada peringkat ini mereka mudah dididik dan
diasuh untuk hidup dalam harmoni di antara satu sama lain. Pada peringkat ini juga,
mereka masih lagi tidak didedahkan kepada perjalanan hidup yang kompleks yang
memberikan kesan sama ada positif atau negatif.
Oleh itu, pihak komuniti sekolah memang sangat penting dalam memainkan
peranan dalam mengeratkan hubungan etnik dan perpaduan kaum. Walaubagaimana
pun, adalah lebih penting jika semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing
dalam membentuk generasi yang harmoni dan bertoleransi serta bersatu padu.


6

4.0 REFLEKSI
Setelah menyiapkan tugasan kerja kursus subjek Hubungan Etnik (WAJ 3106)
ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Tugasan Hubungan Etnik ini telah
memberikan maklumat kepada saya betapa pentingnya perpaduan serta kita perlu
memelihara, memupuk dan menjamin kelangsungan hubungan etnik yang harmonis di
Malaysia. Pada mulanya saya dan rakan-rakan berkumpul dan berbincang soalan
kumpulan di mana kami mencari bahan dari buku dan maklumat dari dan internet. Pada
peringkat awalnya kami menjadi kabur dan tidak memahami kehendak soalan. Setelah
berbincang dan terus berbincang akhirnya kami berjaya menyiapkan kerja kumpulan.
Tugasan individu agak susah juga bagi saya kerana perlu memikirkan seorang
diri. Akhirnya setelah saya bertanya kepada rakan-rakan lain serta ahli kumpulan, saya
telah memahami apa kehendak tugasan yang perlu dilakukan. Tugasan yang diberi ini
memerlukan saya untuk mencari maklumat mengenai peranan kerajaan dan
masyarakat dalam mengeratkan hubungan etnik. Membuat tugasan ini membolehkan
saya memahami peranan masyarakat dan kerajaan untuk mengeratkan lagi hubungan
etnik di negara ini. Apa yang dapat saya fahami sepanjang melaksanakan tugasan ini
ialah, perpaduan haruslah disemai dari peringkat bangku sekolah lagi.
Ini kerana, apabila perpaduan di sekolah tidak lagi wujud, maka berlakulah
pertelingkahan atau perbalahan di sebabkan kurangnya sifat kenegaraan dan
perpaduan sebagai rakyat Malaysia, maka tercetuslah protes, pertelingkahan,
pergaduhan dan lain-lain lagi kerana tiadanya ikatan perpaduan yang kukuh di antara
rakyat Malaysia terutamanya pelajar sekolah.

7

Terima kasih saya tujukan kepada En. Zubaidillah Bin Sulaiman di atas
penerangan, bimbingan, dan tunjuk ajar yang diberikan. Ucapan terima kasih juga
kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu dan memberi pandangan serta
sokongan moral kepada saya. Jasa baik Pensyarah dan kawan-kawan hanya Tuhan
yang boleh membalasnya.

You might also like