Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

A. Jawab soalan berdasarkan petikan di bawah.

Zaba terkenal sebagai pejuang bahasa. Beliau banyak menyumbang dalam bidang
bahasa dan pendidikan. Banyak buku dalam bidang tersebut telah dihasilkannya.
Nama penuh Zaba ialah Zainal Abidin Bin Ahmad. Beliau dilahirkan pada 16 September
1895. Beliau ialah anak jati KAmpung Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Zaba sangat gigih mencari ilmu. Beliau menghadapi pelbagai cabaran. Ketika itu,
bahan bacaan teramat sukar diperoleh. Namun, beliau belajar pelbagai bahasa seperti
bahasa Inggeris, Belanda dan Arab. Beliau juga mahir dalam bahasa-bahasa tersebut.
Zaba juga tekun mengarang. Beliau telah menghasilkan buku-buku tatabahasa Melayu.
Buku-buku beliau menjadi rujukan hingga kini. Antara hasil karya beliau ialah Pelita Bahasa
Melayu dan Canai Bacaan.
1. Siapakah nama sebenar Zaba?

2. Bilakah beliau dilahirkan?

________________________________________________________________________

3. Di manakah beliau dilahirkan?

________________________________________________________________________

4. Bagaimanakah sifat beliau?

________________________________________________________________________

5. Apakah sumbangan beliau?

________________________________________________________________________









B. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan petikan di bawah.

KANGAR-,Rabu- Satu Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di
Dewan Besar, Hotel Putra, di sini semalam. Sebanyak 10 orang peserta yang berjaya ke
peringkat akhir telah menunjukkan persembahan yang menarik.

Mohon a/l Siva dari SJK (T) Kangar, Perlis, telah muncul sebagai johan dalam
pertandingan tersebut. Walaupun Mohan baru berusia sembilan tahun, bakatnya begitu
menyerlah. Dia dapat menyampaikan cerita Sanga Kancil dengan Sang Buaya dengan
perasaan.

Mohan sungguh petah berbahasa Melayu. Semasa bercerita, dia tidak berasa takut dan
gementar. Dia bercerita dengan penuh yakin.

Apabila ditanya tentang cita-citanya, Mohan ingin menjadi seorang pemimpin negara.
Dia menyertai pertandingan itu untuk melatih diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

1. Apakah pertandingan telah berlangsung di Dewan Besar, Hotel Putra?
A. Pertandingan bercerita peringkat kebangsaan.
B. Pertandingan berpitado peringkat kebangsaan.
C. Pertandingan bercerita peringkat sekolah.
D. Pertandingan berpitado peringkat sekolah.

2. Berapakah peserta telah berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan tersebut?
A. 20 orang
B. 15 orang
C. 10 orang
D. 5 orang

3. Siapakah telah memenangi johan dalam pertandingan tersebut?
A. Gerudin
B. Mohan a/l Siva
C. Fadli bin Ahmad
D. Ying Xi

4. Apakah perasaan Mohan semasa bercerita?
A. Berasa takut dan tidak berkeyakinan.
B. Berasa bimbang dan gementar.
C. Berasa yakin dan gembira.
D. Berasa tidak takut dan gementar serta penuh dengan keyakinan.

5. Mengapakah Mohon menyertai pertandingan ini?
A. Melatih diri berdepan dengan orang ramai.
B. Merupakan cita-cita beliau.
C. Dia suka dengan bercerita di depan orang ramai.
D. Untuk memenangi johan dalam pertandingan bercerita.










































A. Lengkapkan cerita di bawah dengan kata berimbuhan yang sesuai.

Sang Kera ingin 1.___________________ buah-buahan. Buah-buahan itu terdapat di seberang
sungai. Sang kera 2.____________________ tolong daripada Sang Bedal untuk menghantarnya
ke 3.___________________ sungai.

Sang Bedal bersetuju 4. __________________ Sang Kera menyeberang sungai. Sang Kera
pun duduk di atas belakang Sang Bedal. Apabila tiba di tengah Sungai, Sang Bedal
5._______________________. Sang Kera hamper lemas. Sang Kera pun berkata, wahai, Sang
Bedal, mengapakah kamu menyelam?

Sang Bedal menjawab, Sebenarnya, aku hendak makan hati engkau. Sang Kera terkejut
lalu 6. _______________________ akal untuk menyelamatkan diri. Sang Kera pun berfikir.
Kemudian, dia berkata.

Aku tidak membawa hati aku pada hari ini. Aku 7. ___________________ hati aku di atas
pokok sana.

Apabila 8. ___________________ jawapan Sang Kera, sang Bedal pun berpatah balik ke
tempat tinggal sang Kera. Apabila sampai di tebing sungai, Sang Kera 9.____________________
ke atas pokok lalu berkata, Terima Kasih sang Bedal kerana 10._______________________ aku
pulang.

Akhirnya sang Kera terselamat daripada dimakan oleh sang Bedal.






Membawa
Memakan
Mendengar
Menghantar
Melompat
Menyelam
Mencari
Meminta
Menyimpan
seberang

You might also like