Refleksi Pengajaran Makro Matematik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Refleksi Pengajaran Makro Matematik

Pada haribulan Mac 2014 yang lepas, saya telah menjalankan pengajaran makro mengenai
topik PERWAKILAN DATA terhadap orang murid-murid Tahun 4 di Sekolah .
Pengajaran makro ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan kursus
Matematik (MTE ). Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan
pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya
melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar.
Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang merancang dan melaksanakan
pengajaran makro ini. Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan pengalaman perancangan dan
pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan, kelebihan, masalah, dan kelemahan
yang telah dikenalpasti, serta cadangan-cadangan penambahbaikan untuk pengajaran makro atau
pengajaran yang seterusnya.

Pengalaman Perancangan dan Pembelajaran
Selepas kumpulan saya menerima kertas tugasan ini pada 2014, saya telah duduk
bersama beberapa rakan sekuliah di perpustakaan institut untuk membincangkan topik dan tahun
manakah yang hendak kami ajar. Kami telah menggunakan masa yang agak lama untuk menentukan
topik yang hendak diajar kerana kami sedar bahawa tidak kira topik yang mana dipilih kami akan
menempuh kesukaran dan cabaran semasa pelaksanaan pengajaran makro kelak. Setelah lama
berbincang, akhirnya saya memutuskan bahawa saya akan mengajar topik perwakilan data bagi
Tahun . Keputusan ini diambil kerana saya berpendapat bahawa topik ini lebih menarik dan
senang diajar berbanding dengan topik-topik yang lain. Malah, saya yakin bahawa saya akan mampu
menyediakan bahan bantuan mengajar (BBM) dan lembaran kerja yang menarik bagi topik ini.
Saya pun mula mengenalpasti standard pembelajaran yang hendak saya capai pada akhir
sesi pengajaran kelak. Saya sedar bahawa adalah mustahil bagi seseorang guru untuk mengajar
terlalu banyak kandungan pembelajaran dalam masa satu jam ini. Oleh itu, saya hanya menetapkan
satu standard pembelajaran sahaja bagi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kali ini, iaitu
membandingkan data daripada piktograf, carta palang dan carta pai.
. Sepanjang merancang RPH ini, saya juga menghadapi kesukaran untuk menentukan kaedah
dan teknik pengajaran yang bakal digunakan semasa mengajar kelak. Namun, dengan mengambil
kira kelebihan dan kelemahan yang dapat saya kenal pasti terhadap semua teknik dan kaedah yang
sedia ada disamping mengambil kira kesesuaiannya terhadap topik ini, akhirnya saya bercadang
untuk menggunakan gabungan beberapa jenis kaedah agar pengajaran saya lebih berfleksibel dan
menarik.
Akhir sekali, saya juga meluangkan banyak masa untuk memikirkan bahan bantuan mengajar
dan menyediakan lembaran kerja. Saya menyediakan carta-carta yang akan digunakan semasa
pengajaran makro dengan bantuan perisian computer seperti Microsoft Word dan Powerpoint.
Penjanaan carta untuk sesi perbincangan kumpulan dan soalan pengukuhan telah mengambil masa
sangat lama tetapi saya memperoleh banyak input baru mengenai pengendalian perisian computer
tersebut. Selepas menyediakan lembaran kerja, saya telah bersedia untuk menjalankan pengajaran
makro.

Kaedah dan Teknik Pengajaran
Terdapat beberapa jenis kaedah dan teknik pengajaran yang telah saya guna pakai semasa
menjalankan pengajaran makro yang lepas. Antaranya ialah pembelajaran koperatif.
Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai sekumpulan murid belajar dalam kumpulan kecil,
biasanya seramai 4 atau 5 orang secara bekerjasama bagi mencapai matlamat pendidikan yang
dikongsi bersama. Pembelajaran ini mampu menggalakkan untuk murid mengambil bahagian dalam
PdP secara aktif di samping dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran sesuatu pelajaran.
Oleh itu, sebelum saya memulakan pengajaran makro saya pada hari tersebut, saya telah
membahagikan murid-murid Tahun kepada kumpulan, di mana setiap kumpulan terdiri
daripada 4-5 orang murid.
Saya turut menggunakan pendekatan deduktif, iaitu pengajaran dari umum ke
spesifik sepanjang pengajaran makro ini. Contohnya, saya telah memberitahu murid-murid
bahawa semasa menganalisa carta-carta, murid hendaklah memahami petunjuk terlebih dahulu
sebelum menjawab soalan. Akhir sekali, murid mencuba sendiri dan menjawab soalan-soalan yang
terdapat pada soalan kumpulan, powerpoint dan lembaran kerja.

Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran saya
dengan jayanya. Objektif yang dirancangkan juga telah dapat dicapai dengan adanya perancangan
yang teliti serta bahan bantu mengajar yang pelbagai serta bersesuaian. Saya juga dapat menarik
minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancangkan. Murid
memberi perhatian sepenuhnya dalam pengajaran guru. Murid dapat menyelesaikan masalah harian
rutin yang melibatkan perwakilan data dan membandingkan data daripada sekurang-kurangnya dua
bentuk data
Sepanjang menjalankan pengajaran makro, semua murid mengambil bahagian aktif apabila
saya mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab dalam powerpoint. Keadaan ini memberikan
ikthibar kepada saya bahawa saya harus mempunyai bbm yang menarik supaya dapat terus menarik
perhatian murid dan membolehkan proses P&P ini berjalan dengan lancar dan berjaya.
Selain itu, saya berpendapat bahawa saya mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi
sepanjang menjalankan pengajaran makro saya. Pada saya, keyakinan diri ini adalah amat penting
kerana murid hanya akan mendekati, menghormati, dan mencontohi tindakan gurunya apabila
gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan semua tugasannya. Kesannya, pengajaran saya
berjaya dan semua murid membuat apa yang saya minta tanpa menimbulkan sebarang masalah
disiplin.
Penggunaan bahan bantu mengajar carta-carta, computer dan juga lembaran kerja yang
menarik juga membolehkan murid mengekalkan minat dan motivasi mereka sepanjang pelajaran
dan menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif. Oleh itu, BBM dan juga lembaran
kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran makro yang berjaya dan berkesan.

Kelemahan
Arahan guru yang kurang jelas dan tepat menyebabkan murid tidak faham apa yang perlu
dibuat semasa dalam aktiviti kumpulan. Saya perlu memjelaskan arahan yang telah diberikan
disebabkan terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat mengikuti pengajaran saya. Kawalan kelas
perlu dipertingkatkan lagi.
Kelas yang saya ajar tersebut tidak mempunyai kemudahan ICT. Ini bermakna saya perlukan
masa yang lebih untuk menyediakan LCD, skrin dan computer. Semasa menjalankan pengajaran
makro, saya mendapati bahawa saya menghadapi masalah untuk menyempurnakan apa yang telah
dirancangkan untuk setiap langkah mengikut masa yang dirancang. Contohnya, pada peringkat set
induksi, saya mendapati saya telah menggunakan masa yang terlampau panjang, iaitu kira-kira 10
minit untuk menyempurnakannya. Ini menyebabkan saya harus mempercepat segala langkah
pembelajaran saya dan mengurangkan sesetengah langkah pengajaran saya.
Walaupun saya dapat melaksanakan pengajaran makro saya dengan berjaya, tetapi saya
mendapati bahawa murid-murid seakan-akan tertekan semasa saya mengajar. Selepas melihat
semula proses pengajaran makro saya, saya mendapati bahawa unsur humor masih kurang dalam
diri saya. Saya juga mendapati bahawa saya agak serius dan tidak senyum, dan ini mungkin
menyebabkan murid-murid beranggapan bahawa saya ialah seorang guru yang garang dan tegas.

Cara mengatasi
Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, murid terlalu aktif dan membuat bising. Oleh yang
demikian, saya perlu mempertingkatkan lagi kawalan kelas saya untuk memastikan murid tidak
terlalu bising dalam menjalankan aktiviti kumpulan. Saya perlu memberikan perhatian kepada murid
yang lambat pembelajarannya. Oleh itu, saya perlu menjelaskan penggunaan alat penimbang dan
memberikan arahan yang lebih jelas tentang aktiviti yang perlu dijalankan kepada murid supaya
mereka dapat menjalankan aktiviti mengikut arahan dan tidak membuat salah.
Setelah menjalankan pengajaran makro ini, saya sedar bahawa sebagai seorang guru, kita
perlu menyesuaikan diri dengan semua keadaan yang dihadapi dan seterusnya memikirnya
alternatif untuk menyelesaikannya.
Selain itu, saya sedar bahawa RPH yang saya hasilkan pada masa yang akan datang tidak
harus terlalu padat dengan langkah pengajaran dan aktiviti. Hal ini demikian kerana saya
perlu mengambil kira perkara-perkara yang mungkin akan timbul dengan tiba-tiba dalam bilik darjah
dan mengambil masa untuk menyelesaikannya. Tiada gunanya sekiranya saya menetapkan terlalu
banyak hasil pembelajaran, tetapi murid tidak dapat menguasai apa-apa pun pada akhir
pembelajaran. Saya juga perlu mengambil kira tahap penerimaan murid terhadap pengajaran saya
sambil menjangkakan respon daripada murid. Oleh itu, saya akan lebih berhati-hati semasa
merancang RPH dan membuat persediaan yang lebih rapi semasa menyediakan pengajaran saya
kelak.
Akhir sekali, saya sedar bahawa membuat persediaan awal yang rapi adalah perlu dan
mustahak agar dapat menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan lebih baik. Semasa membuat
persediaan awal yang lebih rapi, saya dapat memastikan bahawa saya dapat menyampaikan semua
kandungan pengajaran saya dala, masa yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, saya mempelajari banyak perkara yang tidak dapat saya pelajari dalam
kuliah daripada pengajaran makro ini. Ini memberikan keyakinan kepada saya dan dijadikan iktibar
supaya pengalaman mengajar saya akan dapat bertambah baik depan kelak.

You might also like