Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

KONSEP

PROFESION DAN
PROFESSIONAL
Ahli Kumpulan :
Ang Li Khoon
Chia Sing Yee
Chan Mei Hung

Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap
jujur, dedikasi, bertanggungjawab & bermoral
tinggi, mempunyai autonami bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya.(Mok Soon Sang ,1996 )

Ciri-ciri atau atribut yang terdapat
dalam kalangan ahli dalam suatu
profesion.




Ornstein & Levine (1993)
> 4 atribut dalam suatu profesion:

a) penguasaan ilmu yang mendalam
b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c ) kod etika
d) kebenaran/persetujuan diberi kepada
suatu profesion oleh masyarakat untuk
beroperasi.


Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu
bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas
yang mencukupi, khidmat yang diperlui
masyarakat, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod
etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan
pendidikan (Lieberman 1956).

Menurut Kamus Dewan profesion ialah
suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan
serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas.
( contohnya : perundangan, perubatan,
perguruan dan lain-lain.)

Di negara kita,perguruan ini lebih mirip
kepada pekerjaan (vocation) daripada
profesion. ( Awang Had Salleh 1980 ).

Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion
merupakan peraturan yang ditetapkan
oleh organisasi supaya setiap ahli
profesional akan mematuhinya, demi
mengawal kualiti dan nilaitara
perkhidmatan tersebut .
Jacques(2003),sesuatu kerjaya dikatakan
bertaraf profesional jika penjawatnya

mempunyai autonomi profesional
Bertanggungjawab
Berorganisasi
adil
Berpendidikan
Berkemahiran

berperaturan diri
Bebas
terbuka
Nutral
akauntabel
terpelajar.

Lieberman berpendapat bahawa:

memberi perkhidmatan penting dan mempunyai
matlamat yang jelas.
menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek
semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya.
mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi
dengan tidak mementingkan keuntungan wang
atau saraan semata-mata.
pakar dalam bidang masing-masing serta
mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan
tanggungjawabnya.

Menurut Kizlik (2000),sesuatu kerjaya yang
bertaraf profesional perlu boleh

memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
membuat keputusan ke atas pelanggan.
mempunyai bidang pengkhususan yang
tertentu.
mempunyai organisasi profesionalnya sendiri.
mempun.yai standard kriteria untuk dipenuhi
oleh ahli baru.

Musgrave(1972),pula menganggap bahawa
sesuatu kerjaya adalah bertaraf profesional
jika pengamal kerjaya tersebut
menggunakan ilmunya hanya untuk faedah
pelanggan.

Flexner(1915),kerjaya profesional adalah dirujuk
kepada enam ciri:
penglibatan operasi intelektual di dalam
tugasnya
keilmuan yang dipunyai dan dipraktikkan
kejelasan matlamat yang praktikal
kemahiran yang berasas kepada ilmu.
berorientasikan kepada keperluan
masyarakat
tidak untuk kepentingan diri sendiri dengan
mengenepikan kepentingan sosial

Menurut Hammond,Wise&Klein(1999) ,
profesion yang memberi khidmat kepada
orang awam perlu kepada kawalan
kualiti.

Perkhidmatan yang tidak sesuai yang
diberikan akan membawa akibat buruk
kepada pelanggan.

Ciri-ciri
pekerjaan
yang dianggap
profesional



1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan
yang unik dan penting.

Sesebuah pekerjaan yang profesional
mestilah merupakan pekerjaan yang unik
dan penting, sama ada kepada masyarakat
atau negara.






2.Banyak menggunakan keupayaan intelek.

Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi
untuk melakukannya.

Contohnya,Tugas guru merupakan suatu
pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi
agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu
dengan berkesan.
3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan
mempunyai autonomi semasa menjalankan
tugas.

Pekerjaan yang profesional memerlukan
seorang yang pakar dalam suatu bidang
tersebut dan benar-benar mahir dalam
bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus.

Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang
penting dan harus dilakukan dengan betul.
Latihan ikhtisas membolehkan mereka mahir
dan faham tanggungjawab yang harus mereka
pikul semasa melaksanakan tugas mereka.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi
terhadap kerja.

Bidang profesional memerlukan seseorang
pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi
terhadap kerjanya.

Sikap ini akan menjamin kualiti kerana
mementingkan mutu dan perkhidmatan yang
cemerlang merupakan ciri penting dalam
pekerjaan profesional.




6. Merupakan ahli kepada autonomi yang
menentukan nilaitaranya.
Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional
mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana
mereka bekerja.
Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan
autonomi organisasi yang akan menentukan
peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh
semua ahli organisasi.
Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi
mengawal kualiti perkhidmatan.
7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasi profesion tersebut.

Setiap jenis profesion mempunyai kod etika
tersendiri dan berlainan dengan profesion
yang lain.
Untuk membolehkan seseorang pekerja itu
mematuhi garis panduan dan dasar etika yang
telah ditetapkan oleh organisasi.


8. Bertanggungjawab terhadap semua
keputusan yang dibuatnya.

Pekerjaan yang profesional memerlukan
pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap,
malahan juga perlu ada tanggungjawab.
Tanggungjawab bermaksud merangkumi segala
keputusan-keputusan yang telah dibuat.

You might also like