Linus Dan Kia2m

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LINUS dan KIA2M

KIA2M
KIA2M ialah akronim kepada Kursus Intervensi Awal Membaca & Menulis.
Diperkenalkan pada tahun 2004. Fungsinya untuk membolehkan murid-murid
menguasai 2M.
LINUS
LINUS pula akronim daripada LIterasi dan NUmerasi. Diperkenalkan pada tahun 2010.
Fungsinya juga membolehkan murid-murid menguasai 3M. Jika diperhalusi, tidaklah
banyak perbezaan antara 2 makhluk ini. Untuk membolehkan murid menguasai 2 / 3 M.
(Membaca, Menulis dan Mengira).

PERBEZAAN ANTARA PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PROGRAM LINUS

Dalam proses pendidikan pemulihan, pemulihan ialah sesuatu perkhidmatan
yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran
khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis, dan mengira
sebagai kemahiran asas yang menjadi focus KBSR. Definisi LINUS adalah boleh
terbahagi kepada dua bahagian iaitu numerasi dan literasi. Definisi numerasi adalah
kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang
mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam
kehidupan harian. Definisi Literasi adalah kebolehan membaca, menulis dan
memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan
kata hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran
serta komunikasi harian.
Terdapat beberapa banyak objektif Pendidikan Pemulihan. Antaranya ialah
membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran
asasdengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan
keupayaandan potensi serta minat mereka, memberi khidmat layanan dan perhatian
individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak
yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Memperkembangkan potensi murid-
murid semaksimum mungkin,menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama
bagi murid-murid yang datangdaripada keluarga yang bermasalah serta memberi
peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di
atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai. Malahan objektif Program LINUS adalah
terbahagi kepada dua bahagian juga iaitu objektif program pencapaian literasi dan
objektif program pencapaian numerasi. Obejektif program Pencapaian Literasi
adalah mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup, membaca dan
menulis perkataan daripada suku kata tertutup serta membaca dan menulis serta
memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata
hubung dan. Objektif program pencapaian Numerasi pula membaca, menulis
membilang dan menyusun nombor hingga 1000 ,membilang dua dua, lima lima dan
sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor, menyatakan
fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi, mengaplikasikan pengetahuan operasi
asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan mengukur dalam sentimeter.

Matlamat Program Pendidikan Pemulihan adalah untuk membantu murid
menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh
masa yang ditetapkan tetapi matlamat program LINUS adalah memastikan semua
murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan
numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas.Ini menunjukan bahawa
Program LINUS lebih mengutamakan pendidikan kanak-kanak dari tahap peringkat
permulaan banding dengan Program pemulihan.

Kumpulan sasaran Murid pemulihan adalah khusus untuk murid-murid yang terpilih
dari Tahun 2 hingga Tahun 6 tetapi keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid
tahun satu hingga tahun tiga. Kumpulan sasaran Murid Program LINUS adalah Murid
Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Strategi pelaksanaan program pendidikan pemulihan dan program LINUS dari segi
status adalah wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Penentuan
jadual waktu juga adalah sama dalam kedua-dua program ini iaitu hendak
dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu
sedia ada. Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini
mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan
dan pencapaian matlamat kedua-dua program ini.

Murid yang akan dicalonkan dalam Program Pemulihan adalah melalui ujian
saringan pemulihan atau calonan daripada gurubesar, ibu bapa, serta guru mata
pelajaran tertentu. Secara lebih mendalam, guru kelas boleh mencalonkan murid-murid
untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas 3M, hasil
kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan,
semester atau ujian setiap kemahiran. Guru besar boleh mencadangkan murid-murid
berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di
sekolah atau di luar sekolah. Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak
mereka untuk mengikuti Program Pemulihan Khas berdasarkan masalah pembelajaran
anak mereka. Murid tahun satu akan terus kekal di kelas mereka tetapi mengikuti
program pemulihan apabila tahun dua dan seterusnya baru mereka akan mengikuti
program pemulihan khas sekiranya masih belum menguasai kemahiran asas
3M Pengumpulan Maklumat juga salah satu cara pencalonan murid pendidikan
pemulihan.
Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami
murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program
pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat mengetahui tentang
kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid. Maklumat tersebut boleh didapati daripada
Guru besar berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan, guru Kelas boleh
menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran, ketepatan masa kesekolah
dan perhubungan dengan murid-murid lain serta Ibubapa boleh memberitahu tentang
tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya
terhadap pelajaran.Perbincangan dengan ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan
pelaksanaan program pemulihan khasberjalan lancar. Malahan pencalonan
murid untuk Program LINUS adalah Murid tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid
yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai
tahap penguasaannya.Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan
kepada empat kelompok utama iaitu murid yang mendapat markah 10 hingga 60
kategori belum menguasai kemahiran asas membaca, murid yang mendapat markah 10
hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis, murid yang mendapat
markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira, murid yang
mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan
Kementerian Kesihatan), murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan
doktor boleh dimasukkan dalam program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data
serta murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini
akan diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru
yang telah dipilih. Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian
LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober.
Guru yang akan mengajar pendidikan pemulihan adalah guru ijazah pendidikan
pemulihan. Mereka akan mempunyai surat pekeliling seperti berikut :

Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V (34) bth. 30 Jun 1989.
Guru KhasPemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas
Pemulihan Di Sekolah Rendah.

Malahan guru program LINUS adalah terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru
Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan. Guru yang sedia ada sebagai guru
Bahasa Malaysia dan guru Matematik yang akan melaksanakan program ini akan
diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani
masalah ini. Murid di dalam kelas pendidikan pemulihan dan kelas Program LINUS
tidak boleh melebehi lima belas orang.

Kesimpulanya, Program LINUS telah dikendalikan kerana Masalah murid
yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran
asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah
melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya ialah Program KIA2M untuk
murid Tahun satu yang mula dilaksanakan pada tahun 2006, Program pemulihan untuk
murid Tahun dua dan tiga yang dikendalikan oleh guru pendidikan pemulihan di sekolah
masing-masing, Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira
(PROTIM) untuk murid Tahap II serta PROTIM selepas UPSR. Oleh itu, Program
KIA2M telah digantikan dengan Program Linus pada masa sekarang di semua sekolah
rendah. Program pendidikan pemulihan iaitu khasnya untuk murid-murid Tahun dua dan
Tahun tiga dijalankan seperti biasa di sekolah.Program ketiga iaitu Protim sedang
dijalankan macam biasadi sekolah untuk semua murid Tahun 6.Semua program-
program di atas yang dilaksanakan disekolah tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi
kehendak National Key Result Areas (NKRAS). Kementerian Pendidikan Malaysia
berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah
literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawall Tahap satu. Perkara ini
perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasaikemahiran asas
3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengankesukaran
memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Akhir sekali, Komitmen semua
pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran
NKRAs.

You might also like