Graf 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Graf 1.

1: Jumlah Kes Ulser Peptik Berdasarkan Kumpulan Umur dan Jantina Di Klinik Kesihatan
Engkilili Pada Tahun 2014.

Graf 1.1 menunjukkan jumlah kes Ulser Peptik berdasarkan kumpulan umur dan jantina
yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Engkilili pada
tahun 2014. Kes Ulser Peptik didapati kerap berlaku di kalangan golongan berumur 10
19 tahun, iaitu seramai 20 orang. Golongan berumur >60 tahun pula mencatatkan
kadar kes kedua tertinggi iaitu seramai 19 orang. Sehubungan itu, seramai 14 orang
golongan berumur 20-59 tahun mendapat penyakit Ulser Peptik, sekaligus mencatat
kes Ulser Peptik ketiga tertinggi pada tahun 2014. Golongan berumur melebihi <10
tahun mencatatkan kes terendah iaitu seramai 5 orang sahaja. Secara keseluruhan, kes
Ulser Peptik di Klinik Kesihatan Engkilili pada tahun 2014 ialah seramai 68 kes.

0
2
4
6
8
10
12
14
Lelaki Perempuan
Jumlah Kes Ulser Peptik Berdasarkan Kumpulan Umur dan
Jantina Di Klinik Kesihatan Engkilili Pada Tahun 2014
<10 tahun 10-19 tahun 20-59 tahun >60tahun
Bagi jumlah kes berdasarkan jantina, golongan wanita berumur 10 19 tahun
mencatatkan kes tertinggi iaitu seramai 12 orang, diikuti golongan berumur 20 59
tahun yang mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu seramai 10 orang. Seramai 6 orang
golongan berumur >60 tahun menghidapi Ulser Peptik, diikuti golongan berumur
dibawah 10 tahun yang mencatatkan kes terendah bagi golongan wanita iaitu 1 orang
sahaja.

Bagi golongan lelaki, golongan berumur >60 tahun mencatatkan kes tertinggi iaitu
seramai 13 orang. Seramai 8 orang menghidapi Ulser Peptik bagi golongan berumur 10
19 tahun, sekaligus mencatatkan kes kedua tertinggi bagi kaum lelaki pada tahun
2014. Selain itu, golongan berumur di bawah 10 tahun dan 20-59 mencatatkan kes
ketiga tertinggi iaitu seramai 4 orang sahaja yang menghidapi Ulser peptic sekaligus
mencatatkan kes terendah bagi golongan lelaki pada tahun 2014.

79%
14%
6%
1%
Bilangan Pesakit Luar Mengikut Etnik Yang Mendapatkan
Rawatan Di Klinik Kesihatan Engkilili.
Iban
Cina
Melayu
Bidayuh
Lain- Lain
Carta 1.2 : Bilangan Pesakit Luar Mengikut Etnik Yang Mendapatkan Rawatan Di Klinik
Kesihatan Engkilili Pada Tahun 2014.
Carta pai 1.2 di atas menunjukkan bilangan pesakit luar mengikut etnik yang
mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Engkilili pada tahun
2014. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, golongan etnik Iban mencatatkan
kedatangan yang tertinggi iaitu seramai 6176 orang. Golongan etnik Cina pula
mencatatkan kedatangan kedua tertinggi iaitu seramai 1050 orang. Golongan etnik
Melayu pula mencatatkan kedatangan ketiga tertinggi iaitu seramai 504 orang, diikuti
seramai 52 orang etnik Bidayuh yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Engkilili
pada tahun 2014 . Lain- lain golongan etnik Peribumi Sarawak pula mencatatkan
kedatangan terendah iaitu seramai 7 orang sahaja.
Secara amnya, etnik Iban mencatatkan kadar kedatangan yang tertinggi kerana
majoriti masyarakat tempatan yang berada di bawah seliaan Klinik Kesihatan Engkilili
berbangsa Iban. Melalui jumlah kedatangan pesakit seramai 7789 orang yang
mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Engkilili pada tahun
2014, seramai 68 orang pesakit telah didiagnos dengan penyakit Ulser peptik. Statistik
ini menunjukkan Penyakit Ulser peptik merupakan antara penyakit kronik yang kerap
berlaku di Klinik Kesihatan Engkilili pada tahun 2014.
Melalui statistik ini, kadar kes Ulser Peptik masih boleh dikawal daripada terus
menular. Di samping itu, statistik ini juga menyarankan kakitangan kesihatan di Klinik
Kesihatan Engkilili agar aktiviti pencegahan dan kawalan Penyakit Ulser Peptik dapat
dipertingkatkan lagi melalui aktiviti-aktiviti kesedaran seperti pendidikan kesihatan,
amalan pemakanan yang sihat dan rawatan yang sesuai.
Penyebab Penyakit Ulser Peptik
Penyakit Ulser peptik merupakan penyakit kronik yang sering menjangkiti masyarakat
kita kini tanpa mengira umur, bangsa, jantina dan agama. Penyakit Ulser Peptik
merupakan keadaan dimana hakisan pada lapisan mukosa trek pencernaan oleh
pepsindan asid, ulser peptik biasanya berlaku pada gaster dan duodenum. Penyakit
Ulser peptic boleh berlaku pada 3 bahagian di dalam badan iaitu pda duodenum iaitu
bahagian pertama usus kecil. Keadaan ini dipanggil ulser duodenal. Kedua, dibahagian
perut atau gaster dan diberi nama ulser gaster. Ketiga, ialah dibahagian esophagus
iaitu esophageal ulser.
Punca- punca penyebab berlakunya Ulser peptik ialah punca utamanya adalah
keradanagan pada lapisan gaster yang disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu
Helicobacter pylori yang merupakan sejenis bakteria gram negative yang meyebabkan
kerandangan pada system penghadaman. Seterusnya adalah ubat- ubatan seperti ubat
anti kerandangan yang bukan steroid Non Steroid anti-inflammatory drug(NSAID).
Ubat ini akan menghalang tindakan cyclooxygenase 1 iaitu sejenis enzim dalam perut
yanf berperanan untuk menghasilkan prostaglandin dimana prostaglandin berfungsi
sebagai pelindung kepada lapisan perut. Punca ketiga berlakunya ulser peptic adalah
merokok. Merokok dan mengambil alkohol juga merupakan salah satu punca ulser
peptic berlaku tetapi merokok dan mengambil alkohol sahaja tidak begitu berisiko untuk
mendapat ulser peptic melainkan seseorang itu juga menghidapai jangkitan bakteria
Helicobacter pylori. Selain dari itu, pemakanan juga salah satu faktor penyebab
berlakunya ulser peptik. Makanan- makanan seperti makanan yang pedas dan tidak
makan mengikut masa yang betul merupakan punca berlakunya ulser peptik. Punca
yang terakhir sekali adalah gastrinomas iaitu lebih dikenali sebagai Zollinger Ellison
Syndrome iaitu sejenis ketumbuhan atau tumor yang jarang berlaku tetapi boleh
menyebabkan berlakunya ulser peptik. Apabila ulser peptik berlaku disebab keadaan ini
ia amat sukar untuk dipulih.

Pencegahan dan pengawalan penyakit ulser peptik
Penyakit ulser peptik boleh dielakkan sekiranya cara pencegahan dan pengawalan
penyakit ulser peptik dilakukan dengan betul dan tepat. Antaranya adalah mengambil
makanan yang mengandungi fiber yang tinggi seperti sayur- sayuran yang kaya dengan
beta karoten contohnya lobak merah. Tidak ketinggalan juga pengambilan buah-buahan
seperti buah oren, epal dan sebagainya kerana buah-buahan seperti ini kaya dengan
kandungan vitamin c yang dapat mengelakkan seseorang mendapat penyakit ulser
peptik. Selain itu, makanan yang mengandungi kandungan zink yang tinggi contohnya
makanan laut terutamanya tiram dan bijiran seperti oat dapat mengelakkan dari
berlakunya ulser peptik.
Penyakit ulser peptik juga dapat dicegah apabila kita makan mengikut masa yang betul
seperti bersarapan sebelum melakukan apa- apa aktiviti atau sebelum pergi bekerja
contohnya mengambil makanan ringan bagi mengelakkan perut daripada kosong.
Selain itu, kita perlu menjauhkan diri daripada perkara- perkara yang boleh
memburukkan lagi ulser seperti stress. Kita perlu belajar mengawal stress dengan
melakukan aktiviti beriadah atau melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan stress.
Sehubungn itu, kita perlu mengelakkan daripada merokok dan mengambil alkohol
kerana pengambilan alkohol boleh menyebabkan hakisan pada dinding sistem
penghadaman yang menjadi punca berlakunya ulser peptik. Ahkir sekali, elakkan
pengambilan ubat- ubatan seperti ubat steroid dan ubat- ubatan anti keradangan seperti
ubat mefenamic acid kerana ubatan ini akan menyebabkan peningkatan jus gaster yang
menyebab berlakunya ulser peptik.

Rawatan Penyakit Ulser peptik
Ulser peptik yang dicetuskan oleh asid yang berlebihan dalam sistem penghadaman
dapat dirawat dengan menggunakan ubat- ubatan yang berjenis antacid sepeti tab.
Actal iaitu alexitol sodium 360mg diberikan sebanyak 1-2 biji 3 kali sehari atau
sekiranya perlu. Cara pengambilan ubat ini adalah seperti cara makan gula-gula. Selain
itu, ubat mist. Magnesium tricilicate (MMT) juga diberikan sebanyak 10-20mls 3 kali
sehari atau sekiranya perlu. Tab. Gelusil iaitu campuran ubat magnesium trisilicate
500mg dan aluminium hydroxide 250mg diberikan kepada pesakit sebanyak 1-2 biji 3
kali sehari atau sekiranya perlu. Cara pengambilan ubat ini adalah seperti cara makan
gula-gula.
Selain itu, ubatan acid reduction agent iaitu Histamine 2 receptor blocker seperti ubat
tab. Ranitidine(Zantac) 150mg diberikan sebanyak sebiji kepada pesakit 2 kali sehari
atau alternative lain sekiranya tiada tab. Ranitidine ubat tab. Cimetidine(Tagamet)
400mg diberikan sebanyak 1 biji 2 kali sehari atau setengah biji 3 kali sehari.
Sekiranya ulser peptik yang disebabkan oleh infeksi dilapisan mukosa oleh bakteria
helicobacter pylori ubatan yang sesuai diberikan adalah triple Therapy dengan
histamine 2 antagonist dan dua antibiotik. Contohnya adalah tab. Omeprazole 20mg,
tab. Metronidazole 400mg dan tab. Amoxycillin 500mg. Semua ubat tersebut diberikan
sebiji 2 kali sehari kepada pesakit selama 1 minggu.
Selain itu, pembedahan juga boleh dilakukan sekiranya rawatan ubat- ubatan tidak
berkesan atau terdapat sebaran komplikasi.
cadangan
Pelbagai cadangan dan komitmen yang perlu dipertingkatkan bagi membuka minda dan
pandangan masyarakat mengenai penyakit ulser peptik ini. Pelbagai kaedah boleh
dilakukan, untuk membantu masyarakat yang berada diluar bandar dan kawasan
pendalaman agar mereka boleh mendapatkan maklumat yang betul dan tepat
mengenai penyakit ini. Antara cadangan- cadangan yang boleh diberikan dalam
mengelakakan berlakunya peningkatan dalam kes penyakit ulser peptik ini adalah:-

1. Pendidikan kesihatan
Paramedik seperti penolong pegawai perubatan seharusnya memberikan
pendidikan kesihatan dalam bentuk ceramah mengenai simptom dan
komplikasi serta cara pengawalan penyakit ulser peptik kepada
masyarakat yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan
iaitu di Unit Pesakit Luar.

2. Kempen
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Penerangan Malaysia perlu
bekerjasama dalam mengadakan kempen untuk memberi informasi yang
penting kepada masyarakat tentang penyakit Ulser peptik. Kempen ini
boleh dilakukan sama ada melalui iklan yang boleh dipaparkan di
televisyen dan juga mengedar risalah kepada masyarakat ataupun
memaparkan poster megenai penyakit ulser peptik secara ringkas.

3. Merujuk kes segera ke hospital berdekatan dengan segera
Merujuk kes ulser peptik dengan segara ke hospital berdekatan sebelum
keadaan pesakit menjadi semakin kronik bagi memberikan rawatan awal
kepada pesakit agar komplikasi yang tidak diingini dapat dielakkan.

Rumusan
Sebagai rumusan, Penyakit Ulser peptik merupakan penyakit kronik yang sering
menjangkiti masyarakat kita kini tanpa mengira umur, bangsa, jantina dan agama.
Penyakit Ulser Peptik merupakan keadaan dimana hakisan pada lapisan mukosa trek
pencernaan oleh pepsindan asid, ulser peptik biasanya berlaku pada gaster dan
duodenum. Secara keseluruhan, kes Ulser Peptik di Klinik Kesihatan Engkilili pada
tahun 2014 ialah seramai 68 kes.
Penyakit ini berlaku disebabkan oleh kurangnya pendedahan mengenai penyakit ini
kepada masyarakat mengenai amalan pemakanan yang mengikut tidak masa yang
tepat dan juga amalan- amalan lain seperti megambil minuman beralkohol yang kurang
dititik beratkan oleh masyarakat kita.
Dengan langkah pencegahan dan pengawalan serta rawatan yang diberikan dengan
segera penyakit ini masih lagi mampu di kurangkan daripada terus meningkat.
Walaubagaimanapun, masyarakat setempat perlu memainkan peranan yang penting
dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga masing- masing bagi mengurangkan kadar
berlakunya penyakit ulser peptik.

You might also like