Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU


KARNIVAL KOKURIKULUM 2012
Masa Cue Ann
Syam Sebaik
sahaja
tetamu tiba
di stadium


Mengumumkan, ketibaan:

1. Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan Melayu,

2. Tn. Hj. Hassan Bin Pardi, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Perempuan Melayu diiringi ketua-ketua jabatan dan para
pensyarah.


Syam Nyanyian
lagu-lagu
rasmi



Selepas
nyanyian
tamat
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta, marilah
sama-sama kita singkap Majlis Penutupan Minggu Karnival
Kokurikulum dengan berdiri tegak untuk menyanyikan lagu
negaraku, Lagu negeri Melaka dan Lagu IPGM dengan penuh
bersemangat.
-------------------
Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.

Perbarisan
keluar
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Kita baru sahaja menyaksikan
perbarisan keluar anggota unit beruniform Kadet Remaja Sekolah
dan juga pengakap . Perbarisan ini disertai seramai 30 orang ahli
KRS yang diketuai oleh Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah,
Saudari Siti Aisyah dan 30 orang ahli Pengakap yang diketuai oleh
Saudari
______________________________________________________
____.
2




Ainun
Aluan










Bismillah..
Assalamualaikum W.B.T, Salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Adat kita menyambut tetamu,
Salam dihulur mesra bertamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu,
Pemanis bicara aluan didahulu.

1) Yang Berbahagia Puan Tumerah Binti Rosmin,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
Melayu

2) Yang Berusaha, Tn. Hj. Hassan Bin Pardi,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu

3) Yang Berusaha, En. Zaini Bin Abd. Aziz,
Ketua Unit, Unit Kokurikulum

4) Yang Berusaha, Dr. Hj. Mihat bin Dolah,
Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar

5) Yang Dihormati Saudari Siti Umairah Binti Othman,
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

6) Pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, ketua -
ketua unit, para pensyarah, barisan Jawatan Kuasa
Perwakilan pelajar seterusnya siswi guru sekalian.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke majlis
Perasmian Penutupan Minggu Karnival Kokurikulum bagi tahun
2012 peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu.
Hadirin sekalian,

3

Minggu Karnival Kokurikulum bertujuan memberi pengiktirafan dan
penghargaan kepada sumbangan siswi guru dalam bidang
kokurikulum di peringkat institut, SIPMA, IPT Melaka, SUKMA dan
sebagainya. Karnival ini juga bertujuan untuk mencungkil dan
mengembangkan bakat siswi guru dalam bidang sukan, unit
beruniform, dan berpersatuan yang terpendam dalam kalangan
pelajar.
Selain itu, karnival ini juga menggalakkan pengaplikasian
pengetahuan dalam pengurusan dan kepegawaian yang telah
dipelajari dalam kokurikulum serta memberi pengalaman langsung
kepada siswi guru untuk mengelolakan sesuatu pertandingan.

Syam Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis sentiasa selamat.

Sidang hadirin sekalian,

Bagi mendapat keberkatan dan keredhaan,marilah sama- sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd
Nasri bin Abdullah, Ketua Unit Pembangunan Insaniah, Jabatan
Hal Ehwal Pelajar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(pause)

Amin-amin ya rabbal alamin
Terima kasih diucapkan kepada
Ustaz Mohd Nasri bin Abdullah atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

4


Syam

Deklamasi
sajak

Hadirin yang budiman,
Sebagai pembuka tirai persembahan, majlis dengan ini menjemput
saudari Amirah Asyikin Binti Isni, siswi guru dari unit PISMP PK 3
Semester 8 untuk mendeklamasikan sajaknya yang bertajuk
Menjunjung Perjuangan
Dipersilakan.

(pause)

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.
Syam


Kawad
formasi
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan persembahan kawad formasi
yang akan dipersembahkan oleh kadet Remaja Sekolah dari PISMP
semester 4 dibawah bimbingan Mejar KRS Azman Bin Kanil dan
Mejar KRS Zainal Abidin Bin Samsudin. Marilah sama-sama kita
saksikan persembahan tersebut.

Begitulah tadi persembahan kawad formasi yang dipersembahkan
oleh kadet Remaja Sekolah dari PISMP semester 4. Kesemua
anggota Kadet Remaja Sekolah tersebut telah ditauliahkan sebagai
Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah.

Syam Persembaha
n Nyanyian
Irama
Hadirin Sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian irama malaysia
yang akan disampaikan oleh Finalis Pertandingan Irama Malaysia
iaitu Saudari Amirah Asyikin , Alizatul Aisyah , Nabila Huda dan
pasangannya Natasya Anisha dengan lagu mereka, Nirmala..
Dipersilakan

(pause)

5


Terima Kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar
tadi.
Syam Senam robik Meneruskan agenda persembahan pada pagi ini, dipersilakan siswi
guru dari PISMP semester 6 untuk mempersembahkan senamrobik
mereka. Dipersilakan.

(pause)

Demikianlah tadi persembahan senamrobik oleh siswi guru PISMP
semester 6. Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu
bertenaga.
Syam Pendidikan
pergerakan
Hadirin yang budiman,

Untuk persembahan terakhir kita pada hari ini, majlis dengan ini
menjemput siswi guru PPISMP PK Jun 2012 untuk membuat
persembahan mereka.
Dipersilakan

(pause)

Terima kasih diucapkan kepada siswi guru PPISMP PK Jun 2012
atas persembahan yang sangat kreatif sebentar tadi.
6

Sya
m
Ucapan
Ketua Unit
Kokurikulum


Selepas
ucapan tamat
Hadirin sekalian,

Persada ucapan pada pagi ini dimulakan dengan En. Zaini Bin Abd.
Aziz, Ketua Unit,Unit Kokurikulum merangkap pengerusi Minggu
Karnival Kokurikulum
Untuk tampil kehadapan bagi menyampaikan ucapan.

(pause)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Sya
m
Ucapan
pengarah









Selepas
ucapan tamat
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang merasmikannya

Sidang hadirin sekalian,

Untuk menyempurnakan majlis pada hari ini, dipersilakan Puan
Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPGK PM bagi menyampaikan
ucapan seterusnya menutup rasmi Minggu Karnival Kokurikulum
bagi tahun 2012.
Majlis dengan penuh rasa takzimnya mempersilakan.

(pause)

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Tumerah
Binti Rosmin atas ucapan perasmian sebentar tadi

7







Ainun






Penyampaia
n hadiah
kemenanga
n














Selepas
tamat
penyampaia
n hadiah
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan penyampaian hadiah
sempena Minggu Karnival Kokurikulum peringkat IPG Kampus
Perempuan Melayu. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Minggu
Karnival Kokurikulum ini telah berlangsung selama satu minggu
bermula dari 8 Oktober hingga 12 Oktober 2012.

Pelbagai pertandingan telah dijalankan bagi mencungkil bakat dan
memberi peluang kepada guru pelatih untuk melibatkan diri dalam
bidang kokurikulum.

Antara pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Minggu
Karnival Kokurikulum ini ialah pertandingan kawad kaki, bantu mula,
bola jaring, hoki, squash, bola baling, bola tampar, badminton,
nyanyian lagu irama malaysia, dan nyanyian lagu puisi.

Bagi menyempurnakan majlis,
dipersilakan Puan Tumerah Binti Rosmin, pengarah IPG Kampus
Perempuan Melayu diiringi En. Zaini Bin Abdul Aziz, Ketua Unit
Kokurikulum untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan
penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Sebagai tanda terima kasih, Unit Kokurikulum berbesar hati memberi
penghargaan kepada pengelola program di atas komitmen dan
kerjasama yang diberikan.

1) Oleh itu, dijemput wakil dari kawad farmasi KRS semester 4
untuk mengambil hadiah.

2) Seterusnya dijemput pengarah program Malam Irama
Malaysia untuk mengambil hadiah

3) Wakil dari Pasukan Senam Aerobik

8

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi
pertandingan yang telah berlangsung sepanjang karnival
kokurikulum.


1) Bagi pertandingan bola jaring,
Naib Johan disandang oleh unit DPLI Sejarah Ambilan
Disember 2011
Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Seterusnya Johan bagi pertandingan bola jaring dimenangi
oleh
unit DPLI Pra Sekolah Ambilan Disember 2011


2) Bagi pertandingan hoki,
Naib Johan disandang oleh unit
PISMP Bahasa Inggeris 2 Ambilan Januari 2012
Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan hoki menangi oleh
unit PISMP Matematik Ambilan Januari 2012


3) Seterusnya bagi pertandingan bola baling,
Naib Johan disandang oleh unit
PISMP Pendidikan Seni Visual Ambilan Januari 2012
Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan bola baling dimenangi oleh
unit PISMP Matematik Ambilan Januari 2010


9


4) Bagi pertandingan bola tampar,
Naib Johan disandang oleh unit
PISMP Bahasa Inggeris 1 Ambilan Januari 2012
Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan bola tampar dimenangi oleh unit
PISMP Pengajian Agama Ambilan Januari 2012



5) Seterusnya bagi pertandingan kawad kaki,
Naib Johan disandang oleh unit beruniform Kadet Remaja
Sekolah semester 4
Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan kawad kaki dimenangi oleh
Unit beruniform pengakap semester 4. Untuk pengetahuan
hadirin sekalian, Johan bagi pertandingan Kawad Kaki ini
akan menerima Piala Pusingan.


6) Seterusnya bagi pertandingan Pertolongan Cemas/
bantuan permulaan,
Naib Johan disandang oleh KRS DPLI Ambilan Disember
2011
Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan Pertolongan Cemas/ bantuan
permulaan dimenangi oleh
Pengakap Semester 4


10


Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Pentauliahan
dan Tamat Kursus kepada
7) Leftenan Muda KRS dari PISMP Semester 4 yg diketuai oleh
_______________________________
8) Seterusnya Leftenan Muda KRS dari kumpulan DPLI yang
diketuai oleh
______________________________________________
9) Bagi unit beruniform pengakap, dijemput wakil PISMP
Semester 4 bagi menerima Sijil Pentauliahan dan Tamat
Kursus, Kursus Manikayu Peringkat 3.
10) Dijemput juga wakil dari kumpulan DPLI Ambilan Disember
2011 yang juga telah berjaya dalam Kursus Manikayu
Peringkat 3.

Diminta Puan Pengarah, Puan Tumerah binti Rosmin untuk terus
berada di bawah bagi penyampaian hadiah seterusnya.

Sebagai tanda penghargaan kita,
Kepada mereka yang telah berbakti,
Anugerah dan penghargaan terus dicipta,
Untuk meraikan kecemerlangan yang dikecapi.

Kini tibalah masa yang di tunggu-tunggu, Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum bagi tahun 2012. Anugerah ini
dibahagikan kepada tiga kategori,
Kategori pertama Sukan dan permainan
Kategori kedua Unit beruniform,
Kategori ketiga Persatuan dan seni budaya.




11

Bagi kategori pertama Sukan dan permainan, guru pelatih ini telah
menjadi
1) Johan Bola Baling bagi Minggu Kokurikulum bagi tahun 2011
2) Mendapat tempat ketiga dalam Festival Hoki Guru Muda 2011
3) Beliau juga pernah menjadi pegawai teknik olahraga
Kejohanan Trek dan Padang di MSSC Penggaram, MSSD
Batu Pahat, World 100th Athletics Day 2012 dan 70th Negeri
Sembilan Open Athletics Championship 2012.
4) Ekoran itu, beliau telah mendapat pengiktirafan Pegawai
Teknikal Olahraga Peringkat Kebangsaan
5) Selain itu, beliau juga memperolehi Sijil Kejurulatihan Bola
Jaring Level O.
6) Beliau juga merupakan sukarelawan Minggu Karnival
Kokurikulum 2012 dengan menjadi pengadil bola tampar dan
bola baling.
7) Beliau juga merupakan Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi
JPP IPGK Perempuan Melayu. Hal ini membuktikan bahawa
beliau bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, malah
beliau juga cemerlang dalam Kepimpinan Sukan di peringkat
IPG.

Anugerah kecemerlangan kokurikulum bagi kategori Sukan dan
Permainan disandang oleh insan yang dilahirkan pada 10 Disember
1989, dijemput Saudari AZIMAHTUL NADIAH BT UMORUDDIN
dari unit PISMP Pendidikan Khas 3 Ambilan Januari 2009.








12

Bagi kategori unit beruniform, guru pelatih ini merupakan
1) Pengerusi Unit Beruniform Pengakap bagi tahun 2010
2) Pengerusi Kursus Penerangan Peringkat l dan Kursus
Manikayu Peringkat ll.
3) Beliau juga merupakan pengerusi Perkhemahan unit
beruniform PISMP Ambilan Januari 2009 bagi tahun 2010.
4) Selain itu, beliau juga menyertai Jambori Pengakap Peringkat
Kebangsaan bagi tahun 2010 di Tanjung Laboh, Batu Pahat,
Johor.


Anugerah kecemerlangan kokurikulum bagi kategori Unit Beruniform
disandang oleh insan yang memegang no kad pengenalan 890624-
03-5584. Dijemput Saudari NUR AMALINA BINTI MAT JUSOH dari
unit PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Januari 2009.

Seterusnya bagi kategori persatuan dan seni budaya, guru pelatih ini
merupakan
1) Wakil IPGK Perempuan Melayu ke Pertandingan Pantun Sirih
Berlipat Pinang Berkacip bagi tahun 2009 dan Johan Zon
Tengah dan Selatan bagi tahun 2010. Beliau juga telah
dinobatkan sebagai pemantun terbaik dalam pertandingan
tersebut.
2) Seterusnya, beliau juga merupakan wakil IPGK PM bagi
Pertandingan Syair Negeri Melaka
3) Beliau juga pernah menyandang tempat ketiga Pertandingan
Seni Suara Peringkat IPGK PM bagi tahun 2011
4) Selain itu, beliau juga mewakili IPGK PM ke KAGUM Teater
Muzikal dan Mono Drama pada tahun 2010 dan 2012.
5) Beliau juga merupakan Pengerusi Biro Sastera dan Budaya
JPP IPGK PM bagi tahun 2010/2011.


13


6) Pencapaian terbaharu beliau ialah beliau telah mengungguli
tempat pertama bagi pertandingan Nyanyian Irama Malaysia
Peringkat IPGK PM yang telah berlansung pada Selasa yang
lalu.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Saudari Amira
Ashikin binti Isni dari unit PISMP Pendidikan Khas 3 Ambilan
Januari 2009 selaku pemegang Anugerah kecemerlangan
kokurikulum tahun 2012 bagi persatuan dan seni budaya.
Ainu
n


Tamat
penyampaian
hadiah

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengarah atas kesudian
menyempurnakan majlis penganugerahan sebentar tadi.

Syabas dan tahniah diucapkan, kita berikan tepukan yang gemuruh
kepada penerima-penerima Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum 2012.

Semoga anugerah yang diterima akan menjadi pembakar semangat
untuk menabur bakti dan jasa apabila bergelar seorang guru kelak.

Syam Persembaha
n nyanyian








Hadirin sekalian,
Untuk memeriahkan lagi anugerah kecemerlangan Kokurikulum
2012, dipersilakan saudari Syaidatul Nadira Binti Shaharom, siswi
guru dari PISMP MT JAN 2010 dengan persembahan nyanyian
Gemuruh Suara. Dipersilakan.

(pause)



14



Selepas
persembahan
tamat
Terima kasih diucapkan kepada Saudari Syaidatul Nadira Binti
Shaharom atas persembahan sebentar tadi. Kelunakan suara
beliau membuktikan sememangnya beliau layak menyandang
gelaran Juara Pertandingan Bintang Klasik Nasional Peringkat Asia
pada tahun 2010, dan juga Pertandingan Bintang Radio Klasik
Peringkat Asia tenggara di Indonesia pada tahun yang lalu.


Syam Jamuan /
bersurai
Terang memancar sinar mentari,
Mega berarak cuaca pun teduh;
Berakhir sudah majlis dirai,
Hanya menanti tirai dilabuh.

Sidang hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan nyanyian sebentar tadi, maka
berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan
----------------------------------
Sesungguhnya yang buruk itu adalah kelemahan kami sendiri, dan
yang baik itu datang dari-Nya Yang Maha Esa. Sekian sahaja majlis
kita pada hari ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan
kalam suci wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum w.t.b
Majlis mempersilakan dif dif jemputan untuk menikmati jamuan
yang telah disediakan.

Mengumumkan Puan Pengarah serta dif-dif jemputan meninggalkan
persada majlis.

You might also like