Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

KOH ING TAI 820818135897 Page 1

ABSTRAK


Mengikut Pallergini, (1995), main ialah sukarela, main bermotivasi intrinsik,
main melibatkan penglibatan dan pergerakan fizikal yang aktif serta
mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi. Kanak-kanak sememangnya
suka bermain. Oleh itu pengintegrasian keadah main peranan dalam
pelajaran harian membolehkan saya mengatasi masalah lalai dan mudah
terganggu murid yang saya hadapi di dalam kelas saya. Tujuan kajian
tindakan ini adalah untuk menentukan keberkesanan menggunakan kaedah
main peranan dalam meningkatkan minat murid dalam pembelajaran konsep
wang. Kumpulan sampel terdiri daripada 20 murid Tahun Satu di SJK (C)
Tong Hua. Mereka mudah terganggu dan sering tidak memberi perhatian
semasa pembelajaran. Murid-murid Tahun Satu di sekolah ini perlu diberikan
satu penambaikan untuk meningkatkan minat dan kualiti semasa
pembelajaran. Kaedah ini dijalankan selama beberapa minggu secara
berturut-turut dan cubaan demi cubaan kaedah main peranan dilakonkan oleh
murid untuk mendapatkan hasil yang lebih sahih dan jitu. Data-data yang
diperoleh dikumpul melalui borang soal selidik, rakaman video dan
pemerhatian oleh pengkaji dan guru kelas. Semasa temu bual, murid-murid
ditemu bual secara individu untuk mengelakkan kesamaan jawapan dan
sebab yang diberikan. Akhirnya, semua data yang dikumpul akan disusun dan
dikaji sebab untuk mencari keberkesanan penggunaan strategi yang dipilih.










KOH ING TAI 820818135897 Page 2


Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 2

Mata Palajaran : Matematik
Tahun : 2
Bilangan Pelajar : 22 orang
Tarikh : 30 Julai 2014
Masa : 1030-1130
Tajuk : Nombor dan Operasi
Subtajuk : Wang Hingga RM 100
Hasil Pembelajaran : i) Menambah hingga tiga nilai wang, hasil tambah
hingga RM 10 000
Objektif : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :
Kognitif : mengenalpasti mata wang kertas RM 1, RM5, RM10,
RM50, RM100
Afektif : Memupuk sikap suka menabung
Psikomotor : i) Murid dapat memadankan nilai mata wang dengan
gabungan beberapa keping mata wang dan duit
syiling.
ii) Murid bekerjasama menyelesaikan soalan yang diberi
untuk mencari jawapan yang betul.
Konsep : a) Mengenal pasti mata wang kertas RM50
b) Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang
memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100
Nilai : bekerjasama, patuh arahan, memberi perhatian,
menghormati
KBKK :
Pengetahuan sedia ada : i ) murid telah mempelajari tajuk wang semasa
Tahun 1.
ii ) Murid telah mengenal wang dan nilainya.
iii) Murid biasa menggunakan wang untuk
berbelanja.
Bahan-bahan : Wang kertas sample, duit syiling sample, lembaran kerja.

KOH ING TAI 820818135897 Page 3


Langkah /
Masa
Isi pelajaran Aktiviti / Kaedah penyampaian Catatan
Set
Induksi
( 5 minit )
8.1 Mengenal dan
menyebut nilai mata
wang Malaysia
Mengenal pasti
mata wang kertas
RM 50 dan RM
100

1. Guru menunjukkan sebuah sampul
duit Angpow yang mengandungi
wang kertas..
2. Murid cuba meneka isi yang
terkandung di dalam sampul Angpow
tersebut.
3. Empat orang murid dipanggil ke
hadapan untuk mengeluarkan isi
dalam sampul Angpow tersebut dan
mempamerkan kepada rakan yang
lain serta menyebut nilai wang yang
dikeluarkan oleh setiap seorang.
4. Guru tunjukkan beberapa keping
contoh wang kertas yang bernilai
RM1, RM2, RM5, RM10, RM50 dan
RM100 dan memperkenalkan kepada
murid.

BBM:
Sampul
Angpow
Wang RM
100, RM50,
RM10,RM5,
RM1

Nilai : Berani

Strategi/
Teknik:
Penyoalan
seluruh kelas
menggunaka
n Kartun
Konsep.
Contoh-
contoh wang
kertas
Malaysia.
KOH ING TAI 820818135897 Page 4


Guru :
i. Apakah yang kamu lihat?
ii. Sebutkan nilai-nilai wang kertas
yang kamu lihat?
iii. Apakah perbezaan ciri-ciri wang
kertas RM100 dan RM50?
iv. Apakah perbezaan cetakan
wang lama dengan cetakan
wang baru?
5. Guru memperkenalkan tajuk
pembelajaran pada hari itu.

( 15 minit )
8.1 Mengenal dan
menyebut nilai mata
wang Malaysia
Menyatakan
gabungan
beberapa keping
wang yang
memberikan
1. Guru membahagikan murid kepada 5
kumpulan dan setiap kumpulan
diberikan wang contoh pelbagai nilai.
2. Guru memberi arahan dan murid
perlu berkerjasama dengan secepat
mungkin mencari jawapan yang di
soalkan oleh guru dengan gabungkan
wang kertas untuk membentuk nilai
BBM:
Contoh-
contoh wang
kertas
Malaysia.

Nilai :
Bekerjasama
KOH ING TAI 820818135897 Page 5

jumlah nilai yang
tertentu hingga RM
100.

8.2 Menambah nilai
wang
Menambah dua
nilai wang yang
melibatkan
Ringgit
Sen
Ringgit dan
sen,
Dan jumlahnya
tidak melebihi
RM 100
yang disebut di atas meja dan
tuliskan jawapan di atas kertas yang
disediakan.
Contoh:
i) RM5 + RM5 + RM10 + RM10 +
RM10 + RM10 = RM50.
ii) RM1 + RM1 + RM5 + RM5 +
RM10 + RM10 + RM50 = RM82
3. Guru minta 4 orang murid tampil ke
hadapan untuk mengenalpasti nilai-
nilai wang yang dipaparkan dan
menyatakan jumlah wang tersebut.
4. Guru memberi penerangan dan
pemurnian terhadap jawapan yang
diberi oleh murid.
5. Guru membimbing murid menyatakan
gabungan beberapa keping wang
yang memberikan jumlah nilai yang
tertentu hingga RM 100

Strategi/
Teknik:
Kerja
berkumpulan
untuk
mencari
jawapan
Penstrukt
uran
Semula
Idea
( 20 minit )
8.4 Menyelesaikan
masalah harian yang
melibatkan operasi
tambah dan tolak.
Menyelesaikan
masalah harian
yang melibatkan
operasi tambah
dan tolak berkaitan
dengan wang.
1. Guru memberi arahan kepada murid
dan mengenalpasti arahan-arahan
dan langkah-langkah yang perlu
dilakukan dalam aktiviti seterusnya.
2. Guru menyediakan 2 meja sebagai
kaunter penukaran wang dan 5 meja
stesen membeli belah.
3. Guru membekalkan wang bernilai
RM1, RM5, RM10, RM20 di kaunter
penukaran wang.
a. Setiap orang murid akan
dibekalkan jumlah wang bernilai
RM 100.00
b. Setiap orang murid dibekalkan

Sikap murid :
Penglibatan
yang aktif
KOH ING TAI 820818135897 Page 6

senarai semak barang-barang
yang perlu dibeli daripada stesen-
stesen.
c. Murid perlu menukar wang
daripada kaunter penukaran wang
untuk mendapatkan jumlah wang
kecil yang diperlukan untuk
membeli.
d. Masa 10 minit ditetapkan untuk
murid melengkapkan tugasan.
4. Guru menyemak keberjayaan murid
dalam menjalankan tugas.

Aplikasi
Idea
( 10 minit )
Memadankan nilai
wang dengan
gabungan wang
kertas dan duit syiling
yang betul.
1. Guru membahagikan murid kepada
5 kumpulan dan setiap kumpulan
diberi kad nilai wang dan contoh
wang kertas dalam pelbagai nilai.
2. Murid dikehendaki memadankan
lembaran nilai wang dengan
gabungan contoh wang yang betul.
3. Ketua kumpulan mempamerkan
hasil jawapan mereka yang betul
kepada kumpulan lain.
BBM:
Kad Nilai
wang.

Nilai dan
sikap :
Bekerjasama
, ketelitian,
cermat,
kekemasan
Refleksi /
Penutup
( 5 minit )
Lembaran kerja
sebagai pengukuhan.
(Lembaran kerja 1).
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
sebagai latihan pengukuhan di
dalam kelas.
2. Guru membimbing murid
menyiapkan latihan pengukuhan
yang diberikan guru.
BBM:
Lembaran
Kerja




KOH ING TAI 820818135897 Page 7

REFLEKSI PENGAJARAN

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu

Apabila terimbas kembali, murid-murid Tahun 2 keseluruhannya agak
sederhana dalam menguasai pembelajaran terutamanya suatu tajuk atau
konsep yang baru didedahkan kepada mereka semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas semasa mereka dalam Tahun 1.
Hanya sebahagian kecil murid yang menguasai kemahiran Matematik dapat
menumpukan perhatian dan minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kelas Matematik. Semasa murid mempelajari topik-topik awal seperti nombor
bulat, operasi penambahan dan operasi penolakkan, hasil pembelajaran agak
memuaskan dan dapat ditunjukkan dalam keputusan ujian akhir semester.
Akan tetapi bila menyentuh kepada tajuk wang, minat murid-murid menjadi
kurang, malahan banyak murid gagal menjawab soalan berkaitan dengan
wang dengan betul. Murid menghadapi masalah dalam membaca nilai wang.
Daripada ujian itu juga didapati murid-murid tidak tahu membezakan nilai
wang dan sen. Malah tidak tahu gabungan nilai-nilai wang dalam membentuk
satu jumlahnya.


Pemilihan Jurnal Pendidikan Matematik

Oleh yang demikian, saya telah merujuk kepada guru-guru yang
berpengalaman di sekolah saya untuk menyelesaikan masalah yang saya
hadapi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Salah seorang guru
Matematik sudi berkongsi Jurnal Pendidikan Matematik beliau kepada saya
sebagai panduan dan rujukan yang penting dalam kaedah pengajaran
Matematik. Tajuk jurnal beliau adalah Keberkesanan Kaedah Pembelajaran
Main Peranan dalam meningkatkan minat murid dalam pembelajaran wang
untuk murid Tahun Satu. Setelah saya membaca dan meneliti jurnal beliau,
saya dapati kaedah pembelajaran main peranan amat sesuai untuk
diaplikasikan untuk murid Tahun 2. Salah satu lagi faktor saya memilih jurnal
ini kerana saya boleh memperolehi pakar rujuk dengan mudahnya iaitu
daripada beliau dengan secara langsung.
KOH ING TAI 820818135897 Page 8

Isu / perkara yang difokuskan

Kajian ini fokus kepada keberkesanan kaedah-kaedah yang
diperkenalkan dalam jurnal dan pencapaian murid menguasai hasil
pembelajaran. Menurut jurnal beliau, saya telah mengaplikasikan kaedah
main peranan dalam mengajar tajuk wang hingga RM100 di kelas Tahun 2.
Secara umumnya, kaedah ini menekankan penglibatan murid secara aktif
dalam pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang sememangnya biasa
dilakukan dalam kehidupan seharian dan dipraktikannya dalam bilik darjah
untuk meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman mereka dalam
penggunaan gabungan wang ringgit Malaysia. Hasil pembelajaran dikesan
melalui aktiviti berkumpulan serta latihan pengukuhan yang diberi pada akhir
sesi pengajaran.


Keberkesanan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati kaedah ini
adalah amat sesuai untuk peringkat sekolah rendah terutamanya murid
Tahap 1 yang berupaya meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Pada permulaan pengajaran, murid aktif melibatkan
diri terhadap soalan yang saya kemukakan pada awal pengajaran iaitu set
induksi. Ini menunjukkan bahan visual presentation dapat merangsang
minat murid dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka dan
menunjukkan murid dalam keadaan bersedia untuk meneruskan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid dalam menjalankan aktiviti
adalah aktif dan menunjukkan semangat kerjasama dalam perbincangan
menyiapkan aktiviti dengan baik. Murid-murid juga amat tertarik dan
melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti main peranan yang
dijalankan dalam mengajar tajuk wang yang sememangnya kurang menarik
minat mereka sejak Tahun 1 lagi. Daripada maklum balas soal selidik
daripada beberapa orang murid, kesemuanya murid memberi maklum balas
positif terhadap kaedah ini.

KOH ING TAI 820818135897 Page 9

Kekuatan dan Kelemahan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Kekuatan : Sesi pengajaran saya pada hari ini dapat dilaksanakan
seperti mana yang dirancangkan dalam rancangan pengajaran harian dan
murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dengan penuh disiplin. Pendekatan
pengajaran dan pembelajatran yang berpusatkan murid telah digunakan bagi
memastikan penglibatan maksimum murid semasa menjalankan aktiviti
berkumpulan atuapun aktiviti individu. Penglibatan murid dari awal hingga
akhir sesi pengajaran adalah aktif dan mereka semua amat berminat.

Kelemahan : Perancangan pembahagian masa awal sesi pengajaran
dan pembelajaran tidak dapat diikuti dengan tepat sekali dan masa yang lebih
diperlukan pada peringkat penstrukturan semula untuk memastikan murid-
murid betul-betul berjaya melengkapkan tugasan yang diberi dan menguasai
kefahaman tentang gabungan wang. Oleh kerana penggunaan masa yang
berlebihan pada peringkat pentrukturan semula malah penutup yang dibuat
adalah tergesa-gesa disebabkan kesuntukkan masa.


Cadangan penambahbaikkan

Pada pengajaran yang akan datang saya akan menyediakan aktiviti
yang lebih menarik menggunakan bahan-bahan yang lebih menarik lagi. Saya
juga akan menggunakan kemudahan IT yang terdapat di sekolah. Contohnya
membuat persembahan multimedia menggunakan power point yang menarik
penuh dengan pelbagai contoh-contoh yang menarik. Saya juga dinasihatkan
supaya menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud untuk
membolehkan murid mendalamkan lagi penguasaan kefahaman gabungan
wang dalam ingatan mereka demi membantu murid-murid dalam mencapai
objektif pembelajaran.




KOH ING TAI 820818135897 Page 10

Lembaran Kerja Matematik Tahun 2

Nama : ________________
A) Sila Lukiskan wang kertas yang secukupnya
yang dapat membeli barangan sebelah
Harga Lukisan Wang kertas

RM 13







RM 25







RM 3








RM 48







Lampiran 1
KOH ING TAI 820818135897 Page 11

Gambar gambar semasa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
dijalankan di Kelas Tahun 2

































Aktiviti kumpulan :
Mencari Gabungngan
wang yang betul


Aktiviti kumpulan :
Mencari Gabungngan
wang yang betul


Aktiviti kumpulan :
Mencari gabungan wang
yang betul


Set Induksi: Seorang
murid dipanggil ke hadapan
untuk meneka kandungan
wang dalam Angpow dan
sebutkan nilainya.

Lampiran 2
KOH ING TAI 820818135897 Page 12






.





























Kaedah Main Peranan : Membeli belah

Kaunter penukaran wang
Kaunter penukaran wang
Setelah murid menukar wang kertas RM100 kepada duit kecil
daripada kaunter penukaran, urusniaga dijalankan.
Lampiran 2
KOH ING TAI 820818135897 Page 13




































Penutup :
Lembaran kerja
diberikan kepada murid
untuk pengukuhan.


Penutup :
Lembaran kerja
diberikan kepada murid
untuk pengukuhan.

Lampiran 2
KOH ING TAI 820818135897 Page 14

Rujukan dan Bibliografi

Abdul Razaq Ahmad & Ahmad Ali Seman. (2000). Menangani kepelbagaian pelajar
dalam pendidikan Sejarah. Seminar Prosiding Pendidikan Kebangsaan 2000.


Alessi S. M. & Trollip, S.R. (2001). Multimedia for learning: Methods and
development (3rd Ed.). (214, 254-257). Boston: Allyn & Bacon.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap
Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian
Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1)
(2009): 53 66, Fakulti Pendidikan, UKM.


Beyer, B. (1987). Practical strategies for the teaching of thinking. Boston: Allyn and
Bacon.


Beaty, J.J (2006). Observing Development of the Young Child (sixth ed.). Ohio:
Merrill/Prentice Hall.


Bransford, J.D.,et al. (2000). How People Learn: Brain, Mind Experience, and School
(expanded Edition). Washington, National Academy Press


Burton,W.H. (1963). Basic Principles in a Good teaching-Learning Situation.
Readings in Human Learning. L.D. and Alice Crow (eds.). New York:McKay,
p.7-19


Chan, B. How to Teach Money Management for Kids 12 Years Old and Below. From:
http://www.ehow.com/how_ 5835112_teach-12-years-old-below.html


Charlie S (2010), Math Learning Disability
From: http://www.buzzle.com/articles/math-larning-disability.html


Clark, R. E., & Voogel, A. (1985). Transfer of training principles for instructional
design.Educational Communication and Technology Journal, 33(2), 113123.

Dick, W.dan Carey,L(1996). The systematic design of instructions ( 4th ed.) New
York, Holts, Rinehart and Winston


KOH ING TAI 820818135897 Page 15

Roulet, R.G. 1998. Exemplary mathematics teacher: Subject conceptions and
instructional practices. Tesis Phd (Tidak diterbitkan); University of Toronto.


Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar.(2006). Isu-isu Dalam
Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publicattions &
Distributors Sdn Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur:
Heinemann Asia.
Siagian, P. 1987. Penelitian Operasional : Teori dan Praktek. Universitas
Indonesia Press. Jakarta.
Tornyay dan Thompson, Metode Simulasi Dalam Pembelajaran, (Jakarta: Adi Jaya,
2002), hal,137

Yucesan et al,Chun Hung Chen,Insup Lee .(1998). Distributed web-based simulation
optimization. San Diego:Society for Computer Simulation International





















KOH ING TAI 820818135897 Page 16



































KOH ING TAI 820818135897 Page 17

You might also like