BHN Asg Bmm3114

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SINOPSIS

Andayu, Unong, Suri dan Sirah adalah anak-anak gadis di daerah Inanam yang berani dan
bersemangat waja dalam menentang penjajah Inggeris. Mereka berjuang bersama-sama dengan
pejuang yang lain di bawah pimpinan Penghulu Inanam, iaitu Paduka Mat Salleh. Penduduk Inanam
tidak senang dengan tindak-tanduk penjajah Inggeris yang memaksa mereka membayar cukai.
Dalam pertempuran dengan pihak Inggeris di Pulau Gaya, pengikut Paduka Mat Salleh berjaya
menewaskan pihak Inggeris. Pihak Inggeris kemudiannya bertindak balas dengan membakar harta
benda orang kampung. Selepas itu, pihak Inggeris menyerang kubu kuat Paduka Mat Salleh di lereng
Gunung Kinabalu pula.
Dalam pertempuran tersebut, banyak askar upahan Inggeris yang mati. Namun, Paduka Mat Salleh
mengarahkan para pengikutnya supaya berundur ke tempat yang lebih selamat. Dia ingin menyusun
strategi pertempuran bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak Inggeris kelak.

TEMA

Tema bagi novel ini ialah perjuangan seorang gadis remaja dan rakan-rakannya dengan memberi
kerjasama kepada Paduka Mat Salleh dalam perjuangan membebaskan bangsa dan tanah air
daripada penjajah Inggeris.
Dalam novel ini, watak utama Andayu dan beberapa orang rakannya telah berjuang membebaskan
bangsa dan tanahairnya daripada cengkaman penjajah Inggeris semasa campurtangan Inggeris di
negeri Sabah. Penjajah Inggeris yang bernaung di bawah pertubuhan Syarikat British Borneo Utara
mula berkuasa di daerah Inanam sekitar tahun 1894 sehingga tahun 1990. Andayu menerima
tentangan hebat daripada bapanya yang tidak menyokong perjuangannya itu. Walaubagaimanapun,
Andayu dan rakan-rakannya telah berjaya menentang penjajah Inggeris hasil daripada semangat
keberanian, kegigihan dan semangat patriotik yang padu dalam diri mereka beserta bantuan Paduka
Mat Salleh dan orang-orangnya.

WATAK DAN PERWATAKAN.

WATAK UTAMA

ANDAYU
(a) Berusia 15 tahun.
(b) Anak yatim piatu.
(c) Berbadan langsing dan cantik.
(d) Taat pada perintah Tuhan.
(e) Berani dan kuat semangat.
(f) Tetap pendirian.
(g) Rajin.
(h) Antipenjajah.
WATAK SAMPINGAN
PADUKA MAT SALLEH
(a) Penghulu di daerah Inanam.
(b) Berketurunan bangsawan.
(c) Handal dalam ilmu persilatan dan ilmu batin.
(d) Bijak mengatur strategi peperangan.



HALIPAN
(a) Anak saudara Paduka Mat Salleh.
(b) Tubuhnya tegap dan tinggi.
(c) Handal bersilat dan menggunakan senjata.
(d) Bersemangat tinggi untuk berjuang.
PAK CIK TIDUNG
(a) Bapa saudara Andayu.
(b) Peniaga garam di desa.
(c) Bengis dan panas baran.
(d) Berani.
(e) Berjaya membunuh Jones.
(f) Mati ditembak askar Inggeris.
MAK CIK MALA
(a) Emak saudara Andayu.
(b) Pembantu rumah Paduka Mat Salleh.
(c) Memelihara Andayu sejak kecil.
(d) Penyayang.
(e) Pandai bercerita.



AYAH ANDAYU
(a) Asalnya nelayan.
(b) Kemudiannya menjadi penolong pegawai pemungut cukai bagi pihak Inggeris.
(c) Penyayang.
(d) Sensitif dan mudah tersinggung.
(e) Mementingkan diri sendiri.
(f) Meninggal dunia kerana dipatuk ular senduk.

DAYANG BANDAN

Dayang Bandan ialah Puteri Bangsawan Sulu dan ibu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram, Sultan
Sulu. Dia juga merupakan isteri Datu Paduka Mat Salleh. Dia memiliki pelbagai ilmu seperti ilmu
kebal, ilmu penunduk dan ilmu penggerun. Selain itu, Dayang Bandan berkebolehan menguasai
orang halus dan orang bunian, malahan segala ilmu itu diturunkan pula kepada suaminya Datu
Paduka Mat Salleh. Puteri bangsawan ini dipantangkan memijak tanah kerana jika dicabuli,
keluarganya akan ditimpa bencana.

NILAI

(a) Keberanian.
Nilai keberanian telah digambar oleh pengarang menerusi watak-watak seperti Andayu serta rakan-
rakan seperjuangannya. Keberanian mereka berjuang menentang pihak Inggeris serta konco-
konconya menyerlah. Begitu juga dengan keberanian pejuang-pejuang seperti Datu Paduka Mat
Salleh, Pak Cik Tidung, Pak Cik Ali, Pak Cik Jonan dan ramai lagi semasa berjuang menentang campur
tangan orang-orang Inggeris.



(b) Kerjasama.
Pengarang berjaya menonjolkan nilai kerjasama menerusi novel ini. Semangat kerjasama
digambarkan melalui watak pengikut-pengikut Datu Paduka Mat Salleh dalam menghadapi sesuatu
kesukaran atau rintangan. Misalnya semasa bertempur, ada yang bertempur dan ada pula yang
merawat mangsa yang tercedera.
(c) Kebijaksanaan.
Sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat memerlukan kebijaksanaan seseorang menilai kembali
tindak tanduknya. Andayu merupakan gambaran tentang kebijaksanaan seorang gadis dalam
menghadapi detik-detik perjuangannya. Kebijaksanaannya boleh dilihat apabila dia berjaya
mendapatkan maklumat tentang penangkapan Pak Cik Tidung.
(d) Kesabaran.
Kesabaran Andayu serta rakan-rakannya semasa bersembunyi di celah-celah daun simpur
berhampiran pangkalan untuk menyiasat peristiwa penangkapan Pak Cik Tidung serta pengikut-
pengikutnya. Kesabaran mereka banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh mengatur strategi
seterusnya.
(e) Kesetiaan.
Semangat setiakawan negara ini merupakan satu nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Menerusi watak Andayu, Halipan, Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung dan Haji Utih dapat kita
lihat bagaimana nilai tersebut digambarkan. Misalnya, Andayu merupakan watak yang banyak
membantu Datu Paduka Mat Salleh kerana semangatnya yang cintakan negara dan tidak mahu
orang Inggeris menjadi tuan di daerahnya. Begitu juga dengan Haji Utih, yang bukan sahaja
menyumbangkan tenaganya tetapi juga memberikan sumbangan moral dan material kepada
pasukan pejuang keamanan secara sukarela.



(f) Kasih sayang.
Perasaan kasih sayang ini telah digambarkan oleh pengarang melalui beberapa watak. Perasaan
kasih dan sayang seseorang bapa kepada anaknya, perasaan kasih ibu saudara kepada anak
saudaranya, perasaan kasih isteri kepada suami dan perasaan kasih sayang sesama ahli masyarakat,
semuanya dapat dilihat dengan jelas dalam novel ini dan digarap dengan baik serta berkesan.

LATAR

1. Latar Masa
- Karya ini memaparkan latar masa lalu, iaitu zaman campur tangan Inggeris di negeri Sabah.
Peristiwa-peristiwa yang digambarkan hanya berlaku dalam masa beberapa hari sahaja tetapi
melalui teknik imbas kembali sama ada secara penceritaan atau ingatan watak-watak, pengarang
membawa ceritanya ke satu latar masa yang terdahulu, misalnya sebelum kematian bapa Andayu.

2. Latar Tempat
- Daerah Inanam, Ranau, Sungai Sugut, Mengkabung, Gunung Kinabalu, Pulau Gaya, Sandakan. - Di
rumah Paduka Mat Salleh, rumah Andayu, kubu di lereng Gunung Kinabalu, kota Pulau Gaya.
3. Latar Masyarakat
- Latar masyarakat dalam novel ini merujuk kepada masyarakat Bajau yang diketuai oleh Datu
Paduka Mat Salleh, penghulu di daerah Inanam dan menjadi pejuang dalam menentang campur
tangan Inggeris di Sabah. Masyarakat ini berpecah menjadi dua kelompok, iaitu yang menentang
pihak Inggeris dan kelompok yang menjadi penyokong orang-orang Inggeris. Pengarang juga
memaparkan masyarakat orang asli yang menjadi askar upahan orang-orang Inggeris semasa
menentang Datu Paduka Mat Salleh serta pengikut-pengikutnya



PLOT

(a) Permulaan - Andayu dan rakan-rakannya secara sukarela menganggotai pasukan keamanan di
bawah pimpinan Paduka Mat Salleh.

(b) Konflik - Ayah Andayu tidak suka Andayu menyertai pasukan keamanan sebaliknya dia mahu
Andayu memupuk sifat-sifat kewanitaan dalam diri. Pak Cik Tidung mendesak Paduka Mat Salleh
menentang pihak Inggeris secepat mungkin.

(c) Klimaks - Pengikut Paduka Mat Salleh bertempur dengan pihak Inggeris di Pulau Gaya untuk
membebaskan Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya yang dipenjarakan. Pihak Inggeris bertindak balas
dengan menyerang daerah Inanam. Kemudiannya pihak Inggeris menyerang pengikut-pengikut
Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu.

(d) Peleraian - Pihak Inggeris mengalami kekalahan ketika bertempur dengan pengikut-pengikut
Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu. Walaupun pihak Inggeris berundur, Paduka Mat Salleh
mengarahkan para pengikutnya berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk bersiap sedia
menentang pihak Inggeris kelak.
REMAJA WAWASAN

Alang tampiran bertimpa api,
Kelapa palembang tandannya silang;
Remaja wawasan terjaga rapi,
Mengapa matlamat sering terhalang?


TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perahu nelayan mudik ke hulu,
Dipukul ombak tidak sekali;
Internet pengancur generasi baru,
Bagaimana mungkin jadi begini.


ALAM SEKITAR

Anak nelayan ke tanah seberang,
Diserang musuh di tusuk belati;
Hutan terang habis ditebang,
Mengapa terjejas system ekologi.

KEBERSIHAN/ALAM SEKITAR

Pergi menyandik di sungai Lipis,
Tergelincir jatuh meniti titian;
Sungai cetek tanah terhakis,
Gerangan apa jadi demikian?






REMAJA WAWASAN

Angin bertiup menyapu bayu,
Gugurlah bunga di tepi laman;
Zaman ini serba maju,
Remaja wawasan apa tujuan?


IT

Bunga kiambang mekar mewangi,
Datanglah kumbang mencari makan;
Globalisasi era terkini,
Apa yang harus kita sediakan?

BERSYUKUR

Nantilah kawan mencari peria,
Masaklah bersama burung terkukur;
Negara mewah hidup bahagia,
Mengapa bangsaku tidak bersyukur.

You might also like