Bmm3114 Budaya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 44

1.

0 Pengenalan
Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau
Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi Malaysia.
Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar Kesultanan
Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat
Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya
empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya
di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-pedagang dari
luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi.
Jika dilihat dari suatu sudut perspektif, empayar Kesultanan Melayu Melaka yang boleh
dikatakan terdiri daripada masyarakat Melayu sudah berjaya menaiki satu anak tangga dalam
memajukan ekonomi yang sekadar bermula dengan perusahaan pertanian ataupun
penangkapan ikan yang hanya mampu menampung keperluan diri dan keluarga telah berubah
sehingga menjadi sumber pendapatan yang lebih lumayan. Hal ini kerana hasil yang mereka
perolehi daripada aktiviti pertanian ataupun penangkapan ikan boleh didagangkan. Walaupun
pada permulaannya aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau
bertukar barang ini telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang.
Bertitik tolak daripada terciptanya sistem mata wang ini, kegiatan ekonomi di Tanah
Melayu semakin berkembang maju. Secara tidak langsung telah menggalakkan lagi kedatangan
pedagang daripada luar negara. Hasilnya pertembungan kepelbagaian budaya telah wujud di
Tanah Melayu dan ada yang diserap dan diasimilasikan dalam budaya Melayu.
Pengasimilasian budaya ini juga telah mula ditapis agar menepati kehandak syarak setelah
kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Hal ini berlaku apabila Kesultanan Melayu Melaka yang
sebelum ini diasaskan oleh Parameswara, iaitu orang yang bertanggungjawab membuka Kota
Melaka. Keturunannya telah memeluk Islam dan boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat
jelata turut mengikut perbuatan raja mereka untuk menganut agama Allah S.W.T. iaitu agama
Islam. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud kini boleh dikatakan
berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya yang diserap daripada budaya
masyarakat India yang beragama Hindu dan masyarakat Cina yang mengamalkan agama
Buddha. Penyerapan budaya ini berlaku selagi budaya yang diserap itu tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Contohnya adat bersanding atau berinai yang diambil daripada
masyarakat India.
2.0 Konsep dan Definisi Budaya
Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota
masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi,
pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material dan
budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itu dengan jelas
menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secara simbolik bagi sesuatu
masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami oleh
masyarakat yang mendokong budaya itu.

Budaya juga dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di
Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-
unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira. Secara amnya terdapat
beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya yang berbeza-beza mengikut pengkaji.
Akan tetapi maksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa konotasi yang sama
atau serupa maknanya.

Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu
iaitu;
Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal. Ini bermaksud budaya itu adalah
kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka
dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian
kepada permasalahan tersebut.
Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Kata daya di sini memberi
maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga
dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Hasil
gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini menjelaskan maksud bahawa budaya
merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal
fikiran bagi ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menyelesaikan
permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut.
Penyelesaian tersebut pula boleh diterima semua ahli masyarakat dan seterusnya
menjadi amalan bersama. Amalan yang yang terima ini seterusnya dijadikan budaya
dalam kehidupan mereka.
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara
hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai budaya. Menurut beliau,
budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang
mampu memenuhi kehendak biologidan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya
dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya intelektual tersebut masyarakat
membentuk nilai yang dapat diterima bersama.

Manakala Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi bersepakat bahawa budaya
merupakan alat penghasilan karya seni, rasa, dan penciptaan dalam sesebuah
masyarakat. Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai
bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.

Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai budaya adalah, budaya dari aspek bahasa
adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Dari
aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakkan
orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat sesorang dalam
menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman
interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya merupakan warisan
sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya
adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.










2.1 Akulturasi:
Akulturasi merupakan perpaduan dua budaya. Kedua-dua unsur kebudayaan yang
bertemu dapat hidup berdampingan dan saling mengisi tetapi tidak menghilangkan unsur asli
kedua-dua kebudayaan tersebut. Perpaduan antara kebudayaan yang berbeza ini berlangsung
dengan damai dan serasi. Akulturasi ialah suatu proses sosial. Suatu kelompok manusia
dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan asing.
Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah dalam kebudayaannya sendiri tanpa
menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri. Contohnya ialah orang India
memakai baju Melayu dan bersongkok pada suatu majlis rasmi.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara
dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam.
Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta
dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah
dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu
masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk suatu masyarakat yang mencapai tahap
akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang
mendatangkan manfaat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi
dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
2.2 Asimilasi:
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A. A dalam hal ini mewakili
golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang
Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan
hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan
cara hidup orang Thai. Di Malaysia, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan
contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan
Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan, kepercayaan atau
agama.

2.3 Akomodasi:

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C. A, B dan C merujuk
kepada budaya.
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama
lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang
ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di
Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan
harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan
etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian
antara mereka.

3.0 Ciri-Ciri Budaya
Masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang menjadi amalan
masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut. Sikap,
amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya
masyakat tersebut. Antara ciri budaya masyarakat adalah seperti yang berikut:
a. Bersifat dinamik
Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakat mengalami
perubahan kesan perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu
misalnya, menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan.
Lama-kelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan
semakin dilupakan. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan
semasa. Pada masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk
meneruskan kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan
perdagangan.
b. Menerima dan menolak unsur tertentu
Penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap masyarakat
yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia
ada. Ada juga penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan
masyarakat berkenaan. Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana anggota
masyarakat bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan
kepada masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan
kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang
berkaitan dengan agama.
c. Diwarisi
Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebudayaan
yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi
baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai
contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan,
seperti berandam, malam berinai, khatam Quran dan adat bersanding. Adat tersebut masih
diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran zaman.

d. Proses kesinambungan
Kebudayaan mengalami proses kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama ada
dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan,
nilai, dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana
mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti
masyarakat untuk mencipta berbagai-bagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Adat
resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di sana sini.











4.0 Konsep Masyarakat



Ralph Linton, 1936
Masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama sehingga mereka dapat
mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang
mempunyai batas-batas tertentu.

Harry L. Shapiro, Man, Culture and Society, 1960
1. Masyarakat ialah manusia yang hidup dalam suatu kelompok dan bekerjasama antara
satu dengan yang lain.
2. Masyarakat terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
3. Masyarakat wujud dari satu generasi ke satu generasi di samping mewariskan unsur-
unsur tradisi.

Lucy Mair, An Introduction to Anthropology, 1965
Masyarakat adalah suatu gagasan yang mengandung manusia yang berhubung bersama
secara kolektif melalui hak dan obligasi yang saling mengiktiraf.

Koentjaraningrat, 1970
Masyarakat adalah suatu kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama sehingga mereka
dapat mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang
mempunyai batas-batas tertentu.




Masyarakat
Definisi
Masyarakat
Ciri-Ciri
Masyarakat
Perkembangan
Masyarakat
Atan Long, Psikologi Pendidikan, 1980
Satu-satu masyarakat itu terdiri daripada individu yang telah hidup dengan saling bertindak
semenjak beberapa lama dengan mempunyai kebudayaan yang merupakan keseluruhan cara
hidup yang meliputi kepercayaan, agama, sikap, pandangan hidup, aspirasi, nilai dan ilmu
pengetahuan yang telah diwarisi semenjak turun-temurun sehingga menjadikan kumpulan
masyarakat itu mempunyai sifat yang tersendiri berlainan daripada masyarakat yang lain.

Secara umumnya, masyarakat bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah
sistem interaksi sosial. Sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial
itu adalah lahir daripada individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Umumnya,
istilah masyarakat pada asasnya merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di
suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.

4.1 Ciri-Ciri Masyarakat
1. Masyarakat hidup dalam satu kelompok dan tinggal tetap dalam kumpulannya.
2. Masyarakat ialah komuniti yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama
lain.
3. Anggota masyarakat mempunyai peranan yang tertentu.
4. Masyarakat mempunyai kebudayaan, dan kebudayaan tersebut boleh terus
berkembang.
5. Masyarakat mempunyai stratifikasi, iaitu kelas dan status.
6. Masyarakat berinteraksi melalui bahasa.

4.2 Perkembangan Masyarakat
Ann Arbor dalam bukunya Cultural Antropology (1986), menghuraikan pendapat ahli
antropologi tentang perkembangan masyarakat. Menurut beliau, masyarakat awal sangat
mementingkan hubungan dalam masyarakat. Ekonomi mereka bergantung pada perburuan.
Hasil perburuan dikongsi bersama-sama. Walaupun seseorang itu kuat dan agresif, dia tidak
bersifat dominan. Biasanya lelaki yang berburu manakala wanita dan orang tua tinggal di
tempat kediaman. Orang tua diberi layanan yang baik oleh orang muda kerana mereka
menganggap bahawa orang tua mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang banyak.
Lantaran itu, mereka patut diberi keistimewaan. Ann Arbor turut mengemukakan gagasan
Yehudi Cohen dalam bukunya Culture as Adaptation (1974) bahawa masyarakat awal ialah
masyarakat pemburu. Satu ciri yang dipunyai oleh masyarakat ini ialah perkongsian hasil yang
diperoleh.
Masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang mengamalkan pertanian pindah. Alat
yang digunakan adalah mudah, misalnya kayu untuk mengorek tanah bagi meletakkan biji
benih. Tanah pertanian pula tidak bersifat tetap. Kelompok ini menggunakan cara tebas dan
bakar. Tanah yang dibakar ini subur untuk pertanian. Apabila tanah tidak lagi subur, tanah
baharu pula dibuka.
Yang berikutnya ialah masyarakat pertanian. Masyarakat ini memerlukan tenaga kerja.
Penggunaan tanah bagi masyarakat ini adalah lebih luas dan lebih tetap. Dalam hal ini, terdapat
sistem perairan, perhumaan dan juga penggunaan haiwan untuk pertanian dan kenderaan.
Penanaman padi di sawah dan di lereng-lereng bukit merupakan contoh amalan masyarakat ini.
Oleh sebab penggunaan tanah lebih lama dan tetap, pertambahan penduduk berlaku, sekali
gus meningkatkan perhubungan antara kelompok atau kumpulan. Hal ini memerlukan peraturan
tertentu bagi mengelakkan konflik. Dengan yang demikian, terbinalah sistem politik dalam
masyarakat.
Di bahagian tertentu, misalnya di Afrika utara, timur tengah, Eropah, dan Asia, terdapat
masyarakat yang mengamalkan penternakan haiwan seperti lembu, kambing biri-biri, kambing
dan unta. Daripada haiwan ini, mereka memperoleh daging, susu, mentega, dan juga kulit
haiwan. Mereka turut melakukan aktiviti pertanian, menangkap ikan, dan perdagangan.
Masyarakat seterusnya berkembang kepada masyarakat perindustrian. Masyarakat
perindustrian menggunakan teknologi yang lebih canggih.
Leslie White, ahli antropologi Amerika yang terkenal pada pertengahan abad ke-20
mempunyai teori tentang evolusi budaya. Beliau beranggapan bahawa teknologi dan inovasi
dalam ekonomi merobah masyarakat. Aspek sosial dan politik berubah akibat daripada
pertanian. Dengan adanya pertanian, kekayaan, taraf, dan hubungan bentuk baharu timbul
dalam kalangan mereka. Terkini, timbul pula masyarakat yang berteknologi tinggi. Masyarakat
berteknologi tinggi ini membentuk budaya yang lebih kompleks.
Selain teori yang dikemukakan ini, terdapat satu lagi teori yang sangat popular. Pada
abad ke-19, model atau teori yang paling popular mengenai perubahan masyarakat ialah
evolusi. Menurut pandangan ini, masyarakat manusia terus naik dan naik ke atas dengan tidak
terputus-putus. Model evolusi ini banyak dipengaruhi oleh teori Darwin. Ahli sosiologi yang
menyokong teori Darwin ialah Herbert Spencer. Beliau mempercayai bahawa evolusi biologi
boleh diterapkan kepada evolusi masyarakat.

Teori evolusi sangat mempengaruhi cara berfikir para cendekiawan, ahli budaya, ahli
undang-undang, ahli falsafah dan lain-lain mengenai beberapa perkara, misalnya tentang asal-
usul dan bermulanya peradaban manusia, asal-usul kelompok keluarga, asal bermulanya
evolusi konsep hak milik, kepercayaan dan sebagainya.
Berbagai-bagai teori tentang evolusi telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh. Pada awalnya
terdapat dua orang tokoh yang sangat terkenal dengan teori evolusi klasik iaitu Edward B. Tylor
dan Lewis Henry Morgan. Mereka terkenal sebagai ahli antropologi abad ke-19 dan andaian
mereka tentang evolusi manusia sangat berpengaruh. Untuk modul ini, hanya teori yang
dikemukakan oleh Morgan sahaja yang dijelaskan. Pelajar dikehendaki meneroka maklumat
tentang gagasan Tylor untuk melengkapkan pengetahuan.
Skema Morgan:
L. H. Morgan dalam penulisan karyanya yang sangat terkenal yang bertajuk Ancient
Society (1877), mengemukakan satu andaian tentang evolusi masyarakat. Menurut beliau,
sejarah manusia mengandungi tiga tahap, iaitu Savagery, Barbarisme dan tahap Tamadun
(Civilized). Tahap savagery dan barbarisme dibahagi kepada tiga tahap atau subperiod seperti
yang dijelaskan di bawah.

i. Tahap savagery: Rendah
Pertengahan
Atas
ii. Tahap barbarisme: Rendah
Pertengahan
Atas
iii. Tahap tamadun.


Bagi tahap savagery rendah, manusia hidup dengan makan buah-buahan dan kekacang
tanpa mengenal api. Dalam zaman ini, mereka juga meramu dengan mencari akar-akar kayu
dan tumbuh-tumbuhan liar. Mereka menggunakan api dan menjadikan ikan sebagai tambahan
kepada menu mereka pada peringkat savagery pertengahan. Oleh itu, mereka menambah
tugas seharian dengan menangkap ikan. Pada peringkat savagery atas, manusia mendapat
busur dan panah untuk kegunaan berburu.


Pada masa barbarisme tahap rendah, periuk belanga telah dibuat. Ini diikuti dengan
aktiviti penternakan binatang di Benua Lama dan menanam jagung di Benua Baharu pada
tahap barbarisme pertengahan. Seni bina batu juga wujud pada tahap barbarisme pertengahan
ini dengan menggunakan batu bata yang dikeringkan oleh cahaya matahari. Alat-alat daripada
besi muncul semasa tahap barbarisme tahap atas. Pada tahap tamadun, abjad fonetik dan
penulisan mulai dikenali.
Menurut Morgan, manusia pertama hidup dalam keadaan kebebasan seks. Ini
bermaksud bahawa mereka tidak ada struktur keluarga yang jelas. Perkahwinan dalam
kalangan generasi yang sama seperti adik-beradik atau keluarga sedarah dilakukan. Pada
tahap seterusnya pula, perkahwinan kelompok masih diteruskan tetapi perkahwinan antara
abang dan adik perempuannya dilarang.
Pada peringkat ketiga, satu bentuk peralihan antara perkahwinan kumpulan dan
monogami, iaitu hal suami atau isteri, boleh menamatkan perkahwinan bila-bila masa dan
sekerap yang diingini oleh si suami atau si isteri.
Ini bermakna hubungan lelaki dan pasangannya tidak terlalu ketat sifatnya. Isteri boleh
menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Tahap keempat pula ialah disebut keluarga kuasa
bapa, iaitu satu bentuk kekeluargaan yang meletakkan tampuk kuasa di dalam tangan orang
lelaki. Pada tahap ini, peranan lelaki menonjol, iaitu lelaki boleh memiliki seberapa banyak isteri.
Tahap yang kelima ialah keluarga monogamian, iaitu ikatan perkahwinan antara seorang lelaki
dan seorang wanita, dan secara progresifnya menyerupai unit keluarga asas moden.
Menurut Morgan, dalam lingkungan organisasi sosiopolitik, urutannya bermula dengan
dua tahap keluarga: hord perzinaan diikuti dengan suatu bentuk keluarga tersusun kepada
beberapa pasangan perkahwinan dengan tahap keluarga punaluan (perkahwinan abang
dengan adik perempuan dilarang). Tahap seterusnya dikawal oleh keluarga seketurunan ibu,
keluarga seketurunan ibu bercampur untuk membentuk fratri, fratri pula bercampur untuk
membentuk suku bangsa, suku bangsa bercampur untuk membentuk persekutuan.
Kesemua organisasi ini, dibentuk daripada hubungan persendirian iaitu, atas dasar
seks dan persanakan. Kesemua peraturan ini mestilah dibezakan daripada organisasi politik
yang sebenarnya, yang seterusnya mengikut, dan diasaskan atas pengiktirafan hak-hak dan
tanggungjawab dari segi pengenalan wilayah dan perhubungan harta. Unit-unit politik yang
sebenarnya ialah pekan, jajahan dan negeri.
Seterusnya ialah andaian Morgan mengenai sistem kekeluargaan institusi savagery
rendah. Morgan mengiktiraf urutan yang berikutnya bagi istilah-istilah persanakan, iaitu Melayu
(dalam klasifikasi moden sama dengan jenis orang Hawaii), Turanian - Gonowanian (
diklasifikasikan sebagai orang Iroquois dalam situasi moden), dan Aryan - Semetic -Uralian
(sama dengan orang Eskimo)
Istilah Melayu pada tahap savagery rendah, bagi Morgan perkahwinan kumpulan adalah
agak sukar untuk mengetahui lelaki yang manakah dalam generasi menaik pertama yang
menjadi bapa seseorang itu, oleh sebab kesemua bakal bapa dipanggil dengan gelaran yang
sama. Dengan erti kata lain, kesemua lelaki pasangan ibu dipanggil bapa. Oleh itu, tidak dapat
dipastikan yang manakah bapa yang sebenarnya oleh sebab panggilan yang sama dan
persepsi anak terhadap lelaki-lelaki ini sama. Hal yang demikian juga berlaku kepada ibu.
Semua wanita dalam generasi menaik pertama sama ada ibu sebenar atau ibu-ibu tiri
dipanggil dengan panggilan yang sama.
Seterusnya, dengan larangan perkahwinan antara adik-beradik, Morgan telah
memberikan istilah persanakan melalui transformasinya yang pertama. Oleh sebab abang dan
adik perempuan bukan lagi pasangan hidup, anak-anak hasil perkahwinan adik-beradik ini tidak
dikenali sebagai adik-beradik lagi.
Oleh sebab adik-beradik lelaki adalah daripada satu kumpulan perkahwinan yang lain
pula, anak-anak adik-beradik lelaki kekal menjadi adik-beradik dan begitu jugalah anak-anak
adik-beradik perempuan. Jadi, ini adalah permulaan istilah tentang pupu dan bapa saudara
silang-jantina dan jantina-selari. Dengan ini, organisasi masyarakat keseluruhannya adalah
berasaskan perbezaan seks. Morgan berpendapat bahawa halangan perkahwinan adik-
beradik menyebabkan generasi seterusnya mempunyai keupayaan intelek yang lebih baik. Ini
dibuktikan dengan wujudnya kemajuan teknologi.
Menurut Morgan lagi, kemajuan pada tahap ini merintis jalan bagi lahirnya saudara
seketurunan ibu, satu hal yang mengukuhkan kebaikan yang didapati daripada sistem larangan
perkahwinan adik-beradik, dan seterusnya meluaskan skop larangan sumbang mahram
tersebut merangkumi semua yang mempunyai moyang yang sama melalui nasab itu. Pada
mulanya suku tersebut ialah keluarga nasab itu.
Oleh sebab paterniti masih belum ditentukan lagi, keturunan tidak boleh dikesan melalui
orang lelaki. Walau bagaimanapun, emak seseorang itu tidak pernah diragukan, oleh sebab itu
keturunan dikesan melalui orang perempuan. Suku nasab ibu yang bermula pada peringkat
savagery, telah beransur-ansur menjadi sifat utama organisasi sosial orang primitif. Hal ini kekal
hingga peringkat Barbarisme dan seterusnya hingga peringkat awal zaman tamadun.
Kejatuhannya disebabkan oleh kuasa yang sama yang membawa masuk keluarga
monogami, keluarga nasab bapa dan masyarakat politik, iaitu perkembangan pemilikan harta.
Perkembangan pemilikan harta ialah hasil kemajuan beransur-ansur harta. Konsep suku dan
keluarga monogami bertentangan dari segi prinsipnya. Satu menyokong penyatuan keluarga
asas dalam kolektif suku, dan yang satu lagi pula menyokong unit-unit keluarga yang bebas.
Pewarisan harta memberikan peluang kepada lelaki berfungsi dalam keluarga tersebut.
Perkara ini berlaku disebabkan oleh generasi seterusnya memerlukan pewaris. Dengan yang
demikian, keturunan berubah daripada keturunan nasab ibu kepada keturunan nasab bapa.
Dengan bertambahnya hubungan yang berkaitan dengan harta, masyarakat menerima politik.
Begitulah teori yang dikemukakan oleh Morgan mengenai evolusi. Ringkasan yang
dapat dibuat tentang evolusi ini ialah, manusia terus berkembang mengikut tahap-tahap
tertentu. Tahap ini ditentukan melalui alat-alatan yang digunakan oleh mereka dalam kehidupan
seharian, kepelbagaian makanan dan aktiviti sara diri, organisasi kekeluargaan yang dimulakan
dengan kewujudan sistem unilineal, kemudian matrilineal, iaitu anak dapat mengetahui siapa
ibunya. Suku matrilineal ini berubah kepada patrilineal, iaitu memberikan perhatian kepada
peranan bapa. Hal ini menjadikan pasangan atau keluarga menjadi lebih stabil kerana
berkembangnya satu pengertian tentang milik peribadi yang menandakan permulaan
peradaban. Morgan berpendapat bahawa semakin berkembang masyarakat manusia itu, sistem
kekeluargaan semakin maju dan sistematik. Kemampuan berdiri sendiri sebagai satu keluarga
semakin meningkat.
Kesimpulannya, terdapat perkembangan yang progresif dalam masyarakat manusia.
Kebudayaan berkembang dari peringkat mudah (simple) kepada tingkat yang kompleks.















5.0 Masyarakat Melayu




5.1 Takrif Melayu
Sebelum mengkaji Kebudayaan Melayu, kita perlu mengetahui takrif Melayu terlebih dahulu.
Menurut sarjana, perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang
bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan
Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Dari segi
etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang
bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa
perkataan "Melayu" berasal daripada "Sungai Melayu" di Jambi.
Dalam pengertian yang khusus, istilah Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia
yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan juga disebut gugusan pulau Melayu.
Gugusan pulau Melayu meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan juga Indonesia. Oleh sebab
itu, sesudah Perang Dunia Kedua, timbul hasrat dalam kalangan pejuang Melayu untuk
menubuhkan sebuah negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk
menjadi sebuah negara yang bernama Melayu Raya. Walau bagaimanapun, percantuman dua
buah negara tersebut tidak berlaku sehingga ke hari ini.
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa
Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Walau
bagaimanapun, menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada
seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain,
bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Masyarakat
Melayu
Definisi Takrif Melayu
Sejarah dan
latar belakang
bangsa Melayu
Istilah "Mo-lo-yu" dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar
tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa
perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau
Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.
Istilah Melayu yang lebih umum merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa
Melayu. Kelompok ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur, Sumetera, Brunei
dan beberapa kawasan yang berhampiran. Bahasa suku bangsa ini ialah bahasa Melayu yang
diktiraf sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia, dan dikenali sebagai bahasa Indonesia
di negara Indonesia.
Berkaitan dengan taburan penduduk Melayu, UNESCO menandai Melayu meliputi
kawasan-kawasan Austronesia lain, termasuklah kawasan di sebelah timur yang meliputi
keluarga Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. UNESCO membahagikan kawasan Austonesia
kepada kawasan Kepulauan Melayu (Austronesia Barat) dan kawasan Oceania (Austronesia
Timur)
5.2 Takrif Melayu Berdasarkan Undang-undang
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam perkara 160(2).
Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau
di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di
Singapura.
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di Malaysia, orang Melayu itu dari segi
zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu
berlemah lembut serta berbudi bahasa.



Latar Belakang Bangsa Melayu
Secara amnya terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu, iaitu:
Bangsa Melayu berasal dari Yunan (Teori Yunan)
Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
Teori Yunan
Teori ini disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster,
J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan
yang menyokong teori ini adalah seperti yang berikut:
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemukan di Kepulauan
Melayu. Perkara ini menunjukkan bahawa adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah
ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran
dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi,
penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunan dengan menyusuri Sungai
Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekali gus
menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana seperti J.Crawford, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga
Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan seperti yang di bawah:
1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.
Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini
menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan
berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu
serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku dalam kedua-
dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.
Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang
Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal dari Jawa dan
mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan
bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.
Dari segi sejarah, apakah keistimewaan orang Melayu? Menurut Asmah Hj. Omar
(2003), terdapat perdebatan dalam kalangan budayawan Malaysia sama ada orang Melayu
pada asasnya petani atau pelayar. Menurut beliau lagi, orang Melayu biasanya digolongkan
sebagai petani. Hal ini bermakna bahawa dari awal sejarah mereka dalam alam Melayu,
mereka dikatakan menempati kawasan tanah yang subur, yang dipugar untuk menanam
tanaman yang menjadi sara hidup mereka.
Pengembara China, antaranya I-Tsing dalam abad ketujuh Masihi telah mencatatkan
bahawa orang-orang Kedah sudah pun mempunyai cara bercucuk tanam yang canggih, yakni
dalam pertanian padi. Keadaan alam di Kedah dengan sawah bendang yang terbentang luas
serta kaedah orang-orang Kedah menanam dan menuai padi menyokong pendapat ini, dan
juga merupakan bukti bahawa tradisi yang seperti itu adalah tradisi yang sudah wujud berabad-
abad lamanya. Pertanian yang seperti ini menggambarkan bahawa teknologi dan pengetahuan
tentang keadaan alam (termasuk kualiti dan jenis tanah) yang telah ada merupakan ciri budaya
tinggi.
Kemudiannya, muncul pula pemikiran pakar sejarah dan budaya Melayu bahawa orang-
orang Melayu lebih merupakan pelayar yang merantau ke merata-rata tempat, dan bukan
petani yang memugar tanah. Jika diterima teori bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan di
Selatan China, maka sudah tentulah cara mereka bermigrasi ke tempat mereka sekarang
adalah dengan melayari selat dan juga lautan terbuka. Jika inilah caranya, maka pastilah
mereka mempunyai pengetahuan tentang selok-belok pelayaran. Hal ini memperlihatkan
bahawa orang Melayu ialah pelaut atau pelayar yang hebat. Bukti yang menjelaskan hal ini
ialah kawasan petempatan mereka di seluruh kepulauan Asia Tenggara. Kehebatan dalam
bidang pelayaran ini diteruskan oleh pelayar solo negara, iaitu Datuk Azhar Mansor.


6.0 Gambaran Kebudayaan Melayu dalam Institusi Politik, Ekonomi, Sosial, Bahasa
serta Kesusasteraan


6.1 Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun
perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh
didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik membentuk
hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun
seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan.

Budaya politik pula dikaitkan dengan kewujudan rantaian sikap, tingkah laku,
kepercayaan dan emosi yang mencorakkan aktiviti politik dalam setiap anggota sesuatu
kelompok. Pada dasarnya, budaya politik mengandungi satu kepercayaan yang boleh
menggambarkan dan nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik. Menurut Ahmad
Nizamuddin (2002), budaya politik merangkumi perlakuan, tingkah laku, penglibatan, persepsi,
kepercayaan, jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkungan politik
masyarakatnya. Perkembangan budaya politik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia
yang menunjukkan betapa masyarakat telah berubah dari sifat feudal kepada era penyesuaian
kepada demokrasi moden dan kemudiannya melahirkan budaya neo-feudal dan menuju kearah
yang lebih sivil.

6.1.1 Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan
Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem
Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula
terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini
kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz
Deraman yang berbunyi:
Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini berasakan
prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi simbol maruah
negara.

Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah memberi gambaran serta menjelaskan
sistem politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan kolonial ke Tanah
Melayu. Ketika itu, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang
memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri daripada
golongan istana dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat
jelata.

Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan
martabatnya. Ketika masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan bangsawan
dianggap sebagai jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang terpilih menjadi
pemimpin utama dalam sesuatu kelompok masyarakat akan dianggap sebagai manusia yang
suci, mulia dan bebas dari dosa (Shaharuddin 1988). Oleh yang demikian, orang Melayu
percaya bahawa pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat yang sangat istimewa serta kuasa
dalam bentuk daulat yang tidak boleh ditentang oleh sesiapa. Selepas kedatangan Islam,
tanggapan mereka terhadap golongan pemerintah ini masih tidak berubah. Raja yang awalnya
dianggap sebagai jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja Melayu mempunyai pertalian
daripada keterunan Iskandar Zulkarnaian.

Raja diterima sebagai ketua agama Islam di dalam masyarakatnya serta di panggil
dengan gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa
yang menderhaka kepada Sultan adalah suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan itu
akan mendatangkan tulah kepada setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan
daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud 1993). Oleh
itu budaya politik Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patron-client, pasif,
non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (raja/Sultan) dan struktur
politiknya submissive (kepatuhan kepada pemimpin).

Di dalam masyarakat Melayu dahulu juga, pemimpin politik biasanya terdiri daripada
mereka yang berketurunan bangsawan dan bukannya daripada orang bawahan atau rakyat
biasa. Namun terdapat juga di antara pemimpin politik dilantik dan dipilih berdasarkan kepada
jasa dan pengorbanan kepada kerajaan dan juga mungkin melalui perkahwinan (Mahadzir
1989). Hang Tuah lima bersaudara contohnya adalah di kalangan rakyat biasa yang dilantik
menjadi pembesar di atas jasa dan pengorbanan menyelamatkan Bendahara Melaka dari
serangan orang mengamuk. Watak Hang Tuah adalah aplikasi atau cermin budaya politik
Melayu yang berasaskan kepada konsep kesetiaan dan ketaatan.

6.1.2 Sistem Demokrasi

Sebelum kedatangan kolonial, bentuk politik di Tanah Melayu adalah bersifat tradisionalisme
dan bercirikan feudal. Orang Melayu beranggapan bahawa Sultan merupakan pemimpin
mereka yang unggul. Mereka percaya bahawa Sultan berusaha untuk menegakkan keadilan
dengan bersandarkan kedudukan baginda yang dianggap sebagai wakil Allah yang diharapkan
untuk menjaga kebajikan, kehormatan dan keselamatan rakyatnya

Namun, kedatangan kolonial telah mengubah sistem politik Melayu kini pula kepada
demokrasi dan telah mewujudkan beberapa ideologi politik yang mula menghakis sistem beraja
di Tanah Melayu. Dengan munculnya beberapa ideologi ini maka satu anjakan baru dalam
sistem dan budaya politik Melayu mula berkembang. Ideologi-ideologi ini meresapi jiwa orang
Melayu ketika itu lebih-lebih lagi ketika usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan
daripada British. Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya politik Melayu, sehingga ada di
kalangan mereka boleh melanggar konsep daulat seperti yang diamalkan sejak zaman Melayu
tradisional. Pergerakan atau peralihan budaya politik Melayu pada zaman kolonial ini bermula
dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul sebagai satu bentuk tindak balas untuk
melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu sehingga
tertubuhnya UMNO pada11 Mei 1946 yang telah membawa evolusi baru dalam budaya politik
Melayu.

Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik tolak perubahan sistem politik
Melayu. Ini kerana UMNO yang menjadi tulang belakang dalam membawa kemerdekaan
Tanah Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu. Apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan Tanah Melayu
1957 diwujudkan. Dalam perlembagaan tersebut, Majlis Raja-Raja diwujudkan dan cara
melantik Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih setiap 5
tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa budaya politik Melayu
masih mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep Raja
Berpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan diposisi tinggi dalam masyarakat
Melayu sebagai Ketua Negara Persekutuan. Peranan dan fungsinya yang tercatat dalam
perlembagaan sebagai salah satu usaha untuk mempertahankan budaya politik Melayu.
Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politik
Melayu kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.
Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran
kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan
Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal
ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan
bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman
membuat kenyataan yang berbunyi: Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya
politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya
yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal
kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara yang
berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan. .



6.2 Ekonomi Masyarakat Melayu


Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang
terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan
penggunaan barang dan perkhidmatan.

6.2.1 Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa

Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada Abad
ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai
kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam,
Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah
berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh
Srivijaya.

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi
pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak
sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini demikian
dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan 16 yang
berbunyi: Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa
sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15.
.

6.2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian

Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbeza
daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja
dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat
pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad
ke-15 adalah daripada hasil pertanian.Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara
hidup yang mengusahakan ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri.


6.3 Sosial Masyarakat Melayu


Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek
persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara
damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang
dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian, undang-
undang, adat resam dan bahasa.

6.3.1 Nilai-nilai murni

Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan bangsa Melayu ini
penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya. Nilai merupakan salah satu
aspek yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat. Melalui nilai, kita akan belajar untuk
mencontohi sesuatu amalan yang baik dan positif.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran harga,
harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan
darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti
sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.

Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan,
kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang
turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang
diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat.

Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka.
Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam
kenyataan yang berbunyi: Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujan emas
di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri .

Menurut Mohd Yusof Hasan dalam bukunya Dunia Melayu (30:1991), nilai ialah asas
pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok manusia untuk menentukan sama
ada sesuatu perkara atau bendaitu baik, benar, bermanfaat, indah dan diingini dan cuba
diperoleh dan dibina, atau sebaliknya, buruk, palsu, berbahaya, dibenci dan berusaha
untuk dijauhi dan dihapuskan. Nilai dapat dibahagikan kepada empat iaitu nilai estetik,
nilai moral, nilai doktrin dan nilai budaya.

Nilai : Berbudi.
Nilai pertama yang dapat dilihat dalam masyarakat Melayu ialah berbudi.
Masyarakat Melayu dibiasakan dengan amalan berbudi. Semangat berbudi ini
sememangnya dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling bergantungan
antara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu terutamanya telah
dibiasakan dengan nilai-nilai budi.
Nilai : Kasih Sayang.
Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang amat penting dalam memupuk
masyarakat yang penyayang dan saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira
sahabat, sanak-sudara malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk memupuk
kasih sayang. Dalam konteks kebudayaan melayu, kasih sayang dapat disifatkan
sebagai nilai budaya yang amat dititkberatkan agar dapat membentuk masyarakat
yang harmoni melalui nilai kasih sayang ini.
Nilai : Patuh kepada perintah agama.
Nilai yang seterusnya yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah nilai kepatuhan
kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan unsur agama iaitu
Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses
sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi
asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini
adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan
konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13
lagi. [Pemikir April-Jun (2003: 6)]

6.4 Kesenian

Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian, nyanyian,
persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni
tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan
tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan
seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-
bagai unsur tempatan dan luar. Hasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal
mempunyai takrifan makna bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan
kata-kata A.Aziz yang berbunyi: Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-
mata. Falsafah dan pemikiran tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu
menunjukkan imej cita-cita budaya kita.

6.4.1 Kemahiran Seni Halus

Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus ialah hasil
seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan tenunan. Hasil
tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Kesenian kita baik seni lakon
(muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni lukis, ukir, arca,tekatan, anyaman)
perlu digerakkan secara besar-besaran untuk menonjolkan identiti budaya dan tamadun kita.
Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya dalam bidang
tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang emas, perak, kraf tangan).

6.4.2 Seni Busana/ Pakaian

Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu pakaian
masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada mulanya, baju
kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa.
Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa ini namun
pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa Melayu
mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang dipelihara.

Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan
tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima
dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya berasal
daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita.

6.4.3 Kemahiran Seni Lakon

Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu aktiviti
manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan
dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada
lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang mana watak dan jalan
cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya perubahan zaman.

Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an, 1950-
an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Jelaslah
bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz
dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul pergerakan seni lakon masyarakat Melayu
yang berbunyi: Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak
tari berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi yang
lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi nada lagu.




6.4.4 Seni Suara

Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada
sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan muzik dalam
masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong. Persembahan seni
suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran.

Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di
kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan dalam
bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah.



























7.0
Analisis Tentang Budaya Material
Dan Budaya Bukan Material

7.1
Teks Cerpen Komsas Tingkatan 2
Warkah Daripada Ibu

Disediakan Oleh :
Ahmad Izzudin Bin Abdullah





7.1.1 Budaya Material
Budaya material terdiri daripada objek fizikal yang direka dan dikongsi oleh ahli masyarakat. Alatan
ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi tetapi juga hasil daripada budaya bukan
kebendaan. Budaya material ini boleh dipindahkan kepada masyarakat yang lain dan kegunaan
satu alat yang sama mungkin berbeza dalam masyarakat yang berlainan.
Budaya Material Contoh Ayat Dalam
Cerpen
Fungsi
Kampung Mira ibu terpaksa
menghantar Mira dan
adik-adik tinggal dengan
nenek di kampung pada
hujung bulan ini.
Istilah tempat tinggal asal orang
melayu
Masjid Datuk dan nenek sedang
bersiap-siap untuk ke
masjid.
Tempat orang-orang islam
bersembahyang
Tudung Mira pergi ke bilik nenek
dan ambil tudung,
perintah nenek.
Pakaian yang dipakai di kepala
oleh wanita melayu untuk
menutup aurat.
Berbaju kurung Mereka berbaju kurung
dan memakai tudung.
Baju kurung merupakan lambang
pakaian wanita melayu terdahulu
hingga ke hari ini.
Al-Quran Mira akan dapat
mempelajari al-Quran dan
mendalami agama dengan
datuk dan nenek.
Panduan kepada umat islam
untuk menjadi khalifah di bumi
Allah yang mengikuti perintah
Allah dan meninggalkan
larangan-Nya.
Sekolah Suzana, ini cucu nenek
Amira dari Johor Bharu.
Dia akan bersekolah di
sini.
Sekolah merupakan tempat untuk
menuntut ilmu yang memberi
didikan menyeluruh kepada
pelajar dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek melalui
perancangan dalam bidang
kurikulum, kurikulum, hal-ehwal
murid pengurusan am dan
kemudahan fizikal dan kecerian

a) Pakaian
Pakaian merupakan budaya tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Pakaian mencerminkan
sesuatu bangsa dalam masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat majmuk yang terdapat di
Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa seperti cina, india dan melayu. Bangsa ini merupakan
bangsa yang paling ramai yang menghuni di Malaysia. Pakaian juga merupakan satu faktor yang
membezakan antara bangsa tersebut. Sebagai contoh, kaum melayu lebih kepada pakaian seperti
baju melayu, baju kurung, bertudung dan sebagainya yang menunjukkan kesopanan seorang
orang melayu. Baju Cheong Sam merupakan pakaian tradisional masyarakat kaum cina manakala
sari pula merupakan pakaian tradisional masyarakat india. Melalui cerpen yang saya kaji, sudah
menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di Kampung dalam cerpen Warkah Daripada Ibu
menjadikan pakaian yang menutup aurat sebagai pakaian asasi mereka. Contohnya bagi anak
gadis adalah biasa apabila memakai baju kurung tetapi apabila baju kurung dipakai bersama
tudung dan menutup aurat, maka itu melambangkan gadis tersebut adalah seorang yang sopan.
Pakaian yang menutup aurat ini ditunjukkan oleh datuk dan nenek mira serta orang-orang
kampung yang memakai baju melayu bagi lelaki dan baju kurung serta tudung bagi perempuan
semasa hendak ke masjid.
b) Mengaji al-Quran
Sudah menjadi satu amalan dan budaya penduduk di kampung tersebut untuk menghantar
anak-anak mereka sedari kecil lagi. Kebiasannya mereka menghantar anak-anak mereka untuk
belajar membaca dan mengaji al-Quran dengan seseorang yang arif tentang bacaan al-Quran
sejak kanak-kanak itu berusia 4 tahun lagi. Ini bagi memastikan anak-anak mereka mudah
dibentuk dan khatam al-Quran awal. Setelah anak-anak mereka berjaya menamatkan
pembelajaran al-Quran dengan guru mengaji tersebut, maka kenduri atau jamuan kecil diadakan
bagi melahirkan kesyukuran dan rasa berterima kasih kepada guru mengaji atas tunjuk ajar
kepada anak-anak mereka. Ajaran al-Quran ini amat penting yang perlu diamalkan bagi setiap
masyarakat yang beragama islam khususnya kanak-kanak yang meningkat dewasa supaya
mereka membesar dengan ilmu-ilmu agama yang pastinya dapat meningkatkan keimanan pada
diri untuk tidak mudah terjerumus dengan budaya-budaya yang negatif. Melalui cerpen Warkah
Daripada Ibu ini juga, ayah dan ibu menghantar Mira dan adik-adiknya ke kampung adalah untuk
menjaga akhlak anak-anaknya daripada terjeremus gejala sosial di bandar. Ayah dan ibunya
mennghantar mira ke kampung untuk dididik oleh datuk dan neneknya untuk mengaji al-Quran dan
diberikan didikan agama yang secukupnya supaya menjadi anak yang solehah untuk ayah dan
ibunya. Tambahan lagi, masyarakat di kampung mempunyai ukhwah yang berlandaskan syariat
yang mengamalkan ajaran islam sebagai panduan hidup dan ini sudah tentu mempengaruhi gaya
hidup Mira dan adik-adiknya supaya kehidupannya bertambah baik dengan memupuk akhlak dan
sahsiah yang baik.
c) Masjid
Memanfaatkan fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan Islam di
kalangan umat Islam agar mereka terus menghayati Islam sebagai cara hidup yang lengkap.
Masjid ini bukan sahaja untuk menyebarkan ilmu pendidikan islam dan menunaikan solat
berjemaah sebagai kewajipan kita sebagai umat islam, tetapi juga untuk menyatukan pendudukan
kampung serta masyarakat dalam mengamalkan kehidupan bersatu padu dan tolong menolong
dalam masyarakat. Perpaduan ini amat penting dalam membentuk budaya yang sihat khususnya
kepada golongan-golongan muda yang masih mentah dalam menentukan arah dan tujuan
kehidupan yang di redhai oleh Allah S.W.T. Dalam cerpen Wardah Daripada Ibu amat
menekankan aspek keagamaan. Datuk Mira selalu pergi ke masjid apabila masuk waktu azan
untuk menunaikan solat. Sebagai contoh, semasa Mira dan keluarga sampai di kampung, datuk
dan neneknya baru balik dari masjid. Ini menunjukkan datuk dan neneknya menekankan aspek
agama dalam kehidupannya. Oleh sebab itu, Ayah dan Ibu Mira menghantar anak-anaknya ke
kampung untuk mendalami ilmu agama dengan datuk dan neneknya. Bukan sahaja keluarga
Amira, bahkan semua penduduk kampung di situ mengamalkan budaya sembahyang di masjid
apabila masuk waktu solat secara berjemaah.
d) Kampung
Kampung yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah suatu kawasan penempatan yang
diwarisi oleh orang Melayu secara turun temurun dan mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu,
persekitaran dan laman yang berkonsepkan perkampungan Melayu. Kampung Tradisional yang
terlibat dalam Kajian ini adalah mengikut senarai yang telah disediakan oleh pihak Jabatan
Kerajaan Tempatan. Suasana kampung lebih baik daripada suasana di bandar di mana
suasana kampung mempunyai keadaan udara yang begitu menyegarkan dan tidak ada
pencemaran udara atau pencemaran bunyi. Ini jelas dinyatakan dalam cerpen yang saya kaji
dimana Ibu Amira menerangkan kepada Mira bagi menyakinkannya untuk tinggal di kampung
datuk dan neneknya. Seterusnya, bagi seni bina rumah di kampung, ciri-ciri ini menepati
kampung yang terdapat dalam cerpen Warkah Daripada Ibu. Ini dibuktikan melalui harapan
datuk dan neneknya agar Mira dapat tinggal di rumah kayu datuknya. Ini kerana Mira biasa
tinggal di Bandar dan datuknya bimbang agar Mira tidak selesa tinggal di rumah kampung.
e) Harta Pusaka
Harta pusaka ialah segala harta peninggalan si mati yang meliputi harta alih dan harta tak alih
setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang
berhak. Dalam konteks yang lebih mudah difahami, harta pusaka merupakan peninggalan harta
oleh nenek moyang atau ayah ibu seseorang yang kemudiannya di serahkan kepada beliau.
Namun harus diingat jikalau seseorang itu mempunyai adik-beradik, harta pusaka tersebut
perlulah di bahagikan mengikut pesanan si pemberi harta seperti yang telah diwasiatkan. Jika
tidak diwasiatkan pula, harta pusaka itu dibahagikan sesama adik-beradik mengikut hukum
ditetapkan agama Islam atau budaya setempat. Budaya setempat ini misalnya di Negeri
Sembilan yang lebih mementingkan pembahagian harta di sebelah perempuan mengikut Adat
Perpatih. Budaya material ini senantiasa wujud dan masih kekal pada zaman milenium ini.
Kadang kala timbul juga masalah pembahagian harta pusaka ini jika tidak diwasiatkan oleh si
pemberi atau peninggal harta. Perebutan harta pusaka mungkin wujud walaupun sesama adik
beradik. Melalui cerpen Warkah Daripada Ibu, penulis ada menceritakan tentang
pengumpulan harta yang diselitkan dalam masyarakat dalam cerpen tersebut. Ini ditunjukkan
oleh ibu Amira yang bekerja keras untuk mengumpul harta untuk masa depan anak-anaknya.
Ibunya ingin mengumpul seberapa banyak harta selagi kudrat masih ada bagi menjamin masa
depan ke semua anak-anaknya. Jika ibunya meninggal kelak, ada harta pusaka yang boleh
dibahagikan kepada Mira dan adik-beradiknya supaya mereka sekurang-kurangnya dapat
meneruskan kehidupan dengan harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibunya bukan hanya
tinggal mereka dengan bergantung tanpa bertali.
Berbanding zaman sekarang, kebanyakan masyarakat lebih mementingkan harta pusaka
berbanding talian persaudaraan. Bagi mereka, persaudaraan itu tidak penting kerana tidak
mendatangkan hasil yang menguntungkan berbanding harta pusaka yang sangat
menguntungkan malah boleh memberi kekayaan seseorang dalam masa yang singkat. Oleh
itu,sifat pentingkan diri sendiri perlu dielakkan oleh semua masyarakat agar dapat menjalinkan
hubungan yang harmoni, aman dan damai sesama insan.
7.1.2 Budaya Bukan Material
Budaya Bukan Material ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap
masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti
perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak
perempuan kepada pihak lelaki
Budaya Material Contoh Ayat Dalam Cerpen Fungsi
Mengambil berat ibu terpaksa bekerja kuat untuk
masa depan kamu. Ayah juga
begitu. Jadi Mira kena faham
keadaan kami, dengan tenang
ibu cuba menerangkan
kepadaku.
Tindakan untuk menunjukkan
kasih sayang dan prihatin
terhadap orang yang disayangi
supaya dapat menjadi insane
yang berguna kepada keluarga,
masyarakat mahupun Negara.
Memberi salam Assalamualaikum Nek Milah,
nak beli sayur? sapa seorang
gadis.
Cara sapaan orang islam apabila
bertemu dengan orang islam
khususnya masyarakat melayu.
Bersalaman Aku bersalaman dengan
Suzana.
Bersalaman merupakan adab
orang melayu untuk menjalinkan
ukhwah sesame mereka
Adab berjiran Nanti Suzana bolehlah datang
ke rumah nenek belajar bersama
Mira, kata nenek.
Jiran adalah orang yang terdekat
yang boleh kita meminta bantuan
dan memberi pertolongan jika
menghadapi kesusahan.
Adab bersahabat Bermula daripada perkenalan
dengan suzana di kedai, aku
mula mengenali banyak lagi
teman sebaya.
Bersahabat untuk mewujudkan
hubungan antara masyarakat
dalam membina ikatan
persaudaraan yang baik dan
harmoni.
Azan dan Iqamah Waktu subuh di kampung begitu
hening dengan kesyahduan
suara azan Bilal Zaman.
Menandakan masuknya waktu
solat fardhu bagi umat islam di
sesuatu tempat.

Budaya lepak Gejala sosial yang hebat
melanda masyarakat kota
seperti dadah, budaya lepak,
bohsia atau lebih teruk sekali
kes buang bayi begitu
menghantui dan menakutkan
ibu.
Budaya lepak merupakan budaya
negatif khususnya dalam
kalangan remaja yang patut
dihindari daripada melular dalam
persekitaran masyarakat.
Didikan agama Mira akan dapat mempelajari al-
Quran dan mendalami agama
dengan datuk dan nenek.
Didikan agama dapat menjadikan
seseorang mempunyai matlamat
dan panduan hidup yang dapat
membezakan antara baik dan
buruk sesuatu perkara.


a) Amalan gotong- royong
Tradisi dan adat bagi masyarakat Melayu berkait rapat dengan agama Islam. Justeru itu,
penduduk di Kampung ini masih lagi mengamalkan budaya gotong-royong terutamanya di dalam
majlis atau kenduri. Ia bukan sahaja suatu budaya bahkan tuntutan agama yang masih dipegang
kuat oleh penduduk kampung tersebut. Sifat kerjasama atau gotong-royong dalam majlis kenduri
bukan sahaja dibuktikan dalam satu aspek seperti menyediakan jamuan makan, malah melibatkan
aspek kerohanian dan hadir ke majlis itu sendiri. Hadir ke majlis kenduri itu sendiri adalah suatu
bentuk budaya gotong-royong yang dizahirkan secara tradisi. Tujuannya adalah untuk
meringankan beban orang yang mengadakan kenduri tersebut selain untuk merapatkan lagi
hubungan silaturahim sesama penduduk. Sifat gotong-royong dalam kenduri telah bermula
sebelum hari kenduri diadakan. Untuk persediaan mengadakan kenduri orang ramai dijemput
datang untuk kerja-kerja memotong bawang, halia, dan serai. Di kawasan lapang didirikan khemah
bagi para jemputan. Biasanya orang-orang yang terlibat dalam gotong-royong tersebut akan saling
membantu apa-apa yang perlu sehingga majlis selesai.



b) Mengambil berat
Merupakan suatu adat yang sentiasa dipegang oleh penduduk kampung tersebut. Budaya ini
boleh dilihat secara jelas melalui sikap penduduk yang sentiasa prihatin tentang apa saja yang
berlaku kepada jiran atau semua penduduk kampung tersebut. Budaya ini amat dititiberatkan
dalam cerpen Warkah Daripada Ibu. Ini dibuktikan melalui ibu Mira yang sangat mengambil berat
tentang masa depan anaknya. Ibunya telah merancang sebaik mungkin masa depan Mira supaya
masa depannya cerah dan terjamin. Ibunya menghantar mira ke kampung untuk dididik dengan
cara yang betul supaya menjadi anak yang solehah bukan menjadi anak yang tidak menghormati
ibu bapa. Dengan didikan di kampung, mereka dapat mengalami suasana kampung yang penuh
dengan adab dan tatasusila yang tinggi serta ajaran agama yang baik,
c) Memberi salam
Merupakan sesuatu budaya yang sentiasa diamalkan oleh semua umat Islam. Ucapan salam itu
adalah termasuk dalam doa sesama muslim. Memberi dan menjawab salam bererti saling
mendoakan antara seorang muslim kepada muslim yang lain. Jika ini yang anda amalkan
dalam kehidupan seharian maka kehidupan akan sentiasa beroleh kesejahteraan dan akan
terus diberkati olehNya. Walaupun memberi salam itu sunat tapi menjawab salam adalah
menjadi wajib bagi seorang muslim. Pahala memberi salam juga adalah lebih besar daripada
menjawab salam. Cara menjawab salam yang paling baik adalah menjawab secara penuh dan
sempurna iaitu waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Inilah jawapan yang kita
berikan sesama umat islam dalam menjawab salam. Sebagai kesimpulan, sentiasalah
mengamalkan budaya salam dalam kehidupan seharian bagi masyarakat yang beragama islam.
Begitu juga di Kampung dalam cerpen Warkah Daripada Ibu, penduduknya sentiasa
mengamalkan budaya memberi salam samada ketika bertegur sapa apabila bertemu, ketika
mengunjungi rumah saudara mara atau jiran tetangga, dan lain-lain lagi. Ini ditunjukkan oleh
penduduk kampung apabila berjumpa mira di kedai semasa mengikuti neneknya membeli
barang di kedai tersebut.



d) Bersalaman
Budaya ini dianggap suatu yang penting dan dianggap sopan dan tinggi akhlaknya jika
seseorang itu sentiasa mengamalkannya. Bersalaman dilakukan apabila seseorang itu berjumpa,
hadir dalam sesuatu majlis, ketika hendak berpisah dan lain-lain. Kebiasaannya seorang yang
muda akan mencium tangan orang yang lebih tua daripadanya ketika bersalaman. Salam juga
adalah tanda wujudnya perasaan kasih dan cinta dalam sebuah perhubungan manusia. Cinta
adalah tiang seri utama kepada perhubungan sesama manusia yang akan mengwujudkan
keharmonian. Cinta adalah sesuatu benih yang hidup di dalam hati dan akan muncul di permukaan
alam bentuk ekspresi dan perilakuan. Salam dalam Islam bukan sekadar simbol ekspresi
perbuatan manusia tetapi ia merupakan ekspresi sebuah ketulusan yang lahir dari perasaan cinta,
kasih sayang, doa, harapan, suka cita, motivasi, kecaknaan, keperhatian, penghargaan dan ikatan
hati yang suci dalam berbagai bentuk. Salam merupakan salah satu bentuk pemberian motivasi
yang sangat bererti dalam sebuah hubungan agar dapat meningkatkan semangat dalam
kehidupan. Baik hubungan kekeluargaan, persahabatan, atau sebagainya. Malah dalam Islam , ia
menjadi suatu keharusan yang syari dalam pergaulan seharian mukmin untuk saling
membudayakan alam secara positif, efektif dan konsisten. Ini jelas ditunjukkan oleh Mira dan adik-
adiknya semasa bersalam dengan ayah dan ibunya yang mahu meninggalkannya anak-anaknya di
kampung. Keluarga dalam cerpen ini menitikberatkan budaya salam dalam ahli keluarganya agar
budaya salam menjadi satu kebiasaan untuk di amalkan oleh ahli keluarganya.
e) Adab Berjiran
Merupakan sesuatu yang selalu diamalkan oleh penduduk kampung tersebut. Mereka saling
mengambil berat tentang apa pun yang berlaku terhadap jiran mereka di dalam kehidupan mereka
seharian. Jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga kita.
Untuk itu, bagi penduduk di kampung tersebut adalah penting untuk menghormati mereka,
menjaga hati mereka dan mengambil berat tantang apa yang berlaku pada jiran kita.
Umumnya ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam menjalinkan
hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangganya. Antaranya ialah sama-sama
menanggung penderitaan tetangga iaitu bersimpati dan membantu kesusuahannya. Kita juga perlu
menghindarkan diri daripada menyakiti hati tetangga serta melindungi tetangga daripada
kezaliman orang lain. Kita juga mestilah memaafkan kesalahan tetangga yang tidak disengajakan
atau yang disengajakan. Melalui cerpen Warkah Daripada Ibu juga menekankan aspek adab
berjiran. Biasanya, di kampung amat menekankan adab berjiran. Oleh sebab itu, kehidupan di
kampung lebih harmoni dan mempunyai ukhwah yang tinggi sesama penduduk di bandingkan
kehidupan di bandar. Ini jelas di tunjukkan Mira mudah mesra dengan penduduk kampung apabila
neneknya membawanya ke kedai untuk membeli barang dan penduduk di situ menegur mira dan
beramah mesra seperti mengenalinya sudah lama walaupun baru mengenalinya.
f) Adat bersahabat
Merupakan suatu adat yang sangat ditekankan olah penduduk di kampung tersebut. Sudah
menjadi suatu yang lumrah setiap ibu bapa akan berharap agar anak-anak mereka mendapat
sahabat yang baik dan tidak melakukan sesuatu yang melanggar syariat. Mereka amat menganbil
berat tentang pergaulan anak-anak mereka, dengan siapa mereka berkawan dan lain-lain lagi.
Dalam cerpen Warkah Daripada Ibu, adat bersahabat ini jelas ditunjukkan oleh adik-adik Mira
apabila kanak-kanak di kampung tersebut mengajak adik-adiknya bermain basikal. Oleh sebab itu,
ayah dan ibunya mahu menghantar anak-anaknya ke kampung bukan sahaja mendalami ajaran
agama bahkan menggalakkan anak-anaknya berkawan dengan orang-orang yang baik di
kampung.
g) Azan dan Iqamah
Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana
sembahyang fardhu. Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi
syara pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu
sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang
dengan lafaz-lafaz tertentu. Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan
para hadirin mengerjakan sembahyang. Budaya ini diamalkan di kampung dalam cerpen
Warkah Daripada Ibu. Setiap kali masuk waktu sembahyang, bilal akan melaungkan azan dan
iqamah. Seterusnya, menghidupkan suasana masjid di kampung tersebut. Begitu juga dengan
datuk dan nenek Mira, mereka sering ke masjid setiap kali masuk waktu azan untuk
menunaikan sembahyang secara berjemaah.
h) Budaya Lepak
Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan
visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ,
kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik
gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang
tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah. Melepak
bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa sesuatu
tujuan yang berfaedah. Sejak akhir-akhir ini masalah melepak sering disiarkan melalui media
massa di negara kita, dan keadaan ini telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak
sekolah dan ibu bapa. Sejak belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga terdapat
ramai pelajar yang sanggup ponteng sekolah kerana ingin melepak. Budaya lepak inilah yang
membimbangkan ayah dan ibu Mira. Ayah dan ibunya bimbang akan mira terjerumus dalam
budaya lepak bersama-sama kawannya. Budaya melepak ini amatlah berleluasa di kalangan
remaja di Bandar. Ini merupakan salah satu tujuan ayah dan ibu menghantar mira ke kampung
agar tidak terjerumus dengan budaya lepak yang sangat tidak baik untuk akhlak dan sahsiah
anaknya.
















8.0 PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

8.1 Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu ( Cerpen Warkah Daripada Ibu)
(Disediakan Oleh : Ahmad Izzudin Bin Abdullah)
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan
segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada
berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan
dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek
bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung
dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat
perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu
sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang
mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.
Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat
dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya
yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah,
Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya
lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Sebagai contoh dalam
cerpen Warkah Daripada Ibu, budaya kampung dan budaya bandar diterapkan dalam cerpen
tersebut. Ternyata, kedua-dua budaya ini amatlah berbeza dari segi cara hidup bagi sesuatu
masyarakat. Budaya kampung mengamalkan adab-adab yang sopan dan penuh dengan
kesopanan manakala budaya bandar lebih mementingkan hal peribadi masing-masing
khususnya dalam mengejar duit, harta dan sebagainya. Adat pula ialah suatu ketetapan yang
tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.
Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu pengaruh luar dalam dalam masyarakat
melayu, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti
masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat
aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan
India.
Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah
sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga
masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep
merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.
Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan
bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan
pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman
ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini
menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan
adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat
Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah
adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang
berteraskan Islam.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi
melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam
masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha ini
masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan
didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat-
adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.
Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan
Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah
beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih
diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam
masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun
mereka mengamalkan adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh
masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk
membuang sial bulan Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran
Islam yang menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja
pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan dengan
meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha
ketika itu.
Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu
pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat
Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat
orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan
Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah
mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu
dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang
Melayu.
Selepas Hindu, pengaruh Islam pula berkembang dengan kedatangan mubaligh ke
rantau ini. Mengikut Dato Dr. Abdul Monir Yaacob dalam kertas kerjanya bertajuk Islam dalam
Mempengaruhi Pemikiran Melayu (2003), pengaruh agama Islam terhadap orang Melayu
sangat kuat. Hal ini terbukti apabila pengaruh Hindu terhakis sedikit demi sedikit lalu digantikan
dengan amalan Islam. Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam digugurkan walaupun
tidak sepenuhnya. Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu daripada amalan yang
dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang
Melayu. Agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme
dalam pemikiran mereka.

Budaya Arab yang merupakan sebahagian daripada agama Islam telah dipelajari oleh
orang Melayu dan ini menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam cara hidup mereka.
Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan Brunei dianggap sebagai negara Islam dengan
mengambil sempena nama-nama syurga (Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul Takzim dan lain-
lain). Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah bahasa. Banyak kosa kata
Arab terdapat dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti fardu, solat,
azan dan sebagainya. Dalam cerpen Warkah Daripada ibu, konsep ibadat seperti fardhu, solat
dan azan ada diserapkan dalam cerpen ini. Terdapat beberapa kali perkataan Solat dan
azan di ulang dalam cerpen ini bagi menunjukkan masyarakatnya menekankan aspek agama
islam.


Pendidikan turut berkembang dengan adanya pengaruh Islam. Madrasah dibina untuk
menyebarkan dan meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam. Pengajian pondok begitu
popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal yang demikian menyebabkan lahirnya
masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu. Dalam cerpen ini lebih kepada pengajian tidak
formal di masjid. Datuk dan nenek Mira selalu mengajak dan mengajar ilmu-ilmu agama di
masjid di kampungnya. Pendidikan ini amat perlu untuk pengisian rohani Mira dalam proses
memasuki alam dewasa. Pengaruh islam amat mempengaruhi bagi masyarakat dalam cerpen
ini sehinggakan setiap perbuatan yang dibuat mesti mengikut ajaran agama yang telah
ditetapkan.

Pengaruh Islam juga terdapat dalam seni bina. Reka bentuk ukirannya berbentuk
geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam. Reka
bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan.

Sungguhpun demikian, pengaruh Hindu dan animisme tidak terhapus seratus-peratus.
Masih terdapat pengaruh tersebut dalam kehidupan masyarakat Melayu. Terdapat sebahagian
masyarakat yang mencampuradukkan ajaran Islam dengan Hindu dan animisme. Doa
dicampuradukkan dengan jampi mantera dan pemujaan terhadap makhluk halus. Hal ini
terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit, makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian
lain.
Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang
Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu
menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan
dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin
dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya. Melalui cerpen Warkah
Daripada Ibu, latar masyarakatnya merupakan masyarakat islam. Masyarakatnya amatlah
mementingkan ajaran islam dalam kehidupan. Ini dibuktikan dengan cara didikan ibu dan ayah
Amira kepada anak-anaknya dan begitu juga dengan datuk dan neneknya yang selalu
mengingatkan kepada anak dan cucunya supaya berpegang teguh kepada ajaran islam supaya
tidak terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak bermoral.
Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan,
seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika
seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang
disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.
Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika
seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke
telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi
sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh,
kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap
kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan
aspek kebersihan dan kesihatan.
Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran
seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua
Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu
sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita
diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat
jenazah.
Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.
Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang perkara-
perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang
menganggapnya sebagai karut. Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai
diamalkan oleh kita. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah,
pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain. Pengaruh ini yang menakutkan kepada
ibu bapa Amira. Mereka tidak mahu gejala ini meresap ke dalam pemikiran Amira. Oleh sebab
itu, Mira yang sedang melalui proses memasuki alam remaja dan dewasa perlu didedahkan
dengan persekitaran yang membolehkannya menjadi seorang insane yang berguna kepada
masyarakat yang membantu keinginan yang dikenhendaki oleh kedua-dua ibu bapanya.
Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat Islam di Malaysia. Barat cuba
mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang
dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal,
kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot, 1986). Perkara ini
melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara perlahan-lahan, namun institusi
kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan berlandaskan Islam.
Dunia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai antaranya
kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain. Setiap aliran ini
mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain
termasuklah Malaysia. Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan
sehingga ke hari ini. Dalam cerpen Warkah daripada ibu, cerpen ini tidak ada menyatakan
bahawanya masyarakat ini meminati muzik-muzik seperti itu. Ini kerana masyarakat dalam
cerpen ini menunjukkan budaya yang baik-baik yang berlandaskan ajaran islam.
Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan
rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Contohnya, Menara Berkembar Petronas
contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat. Ini menunjukkan
masyarakat Bandar yang terdapat dalam cerpen Warkah Daripada Ibu. Itu merupakan symbol
masyarakat yang hidup di Bandar dengan reka bentuk ke arah idea yang direalisasikan oleh
barat. Dalam cerpen ini juga menerangkan tentang seni bentuk rumah di perkampungan. Di
mana perkampungan tersebut didiami oleh rumah-rumah kayu dan reka bentuknya mempunyai
unsur-unsur masyarakat luar seperti belanda dan siam. Pengaruh Islam juga terdapat dalam
seni bina. Reka bentuk ukirannya berbentuk geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan
yang tidak dibenarkan oleh Islam. Reka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan
barang-barang perhiasan.

Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam kerana penjajahan. Sebelum itu,
aktiviti perdagangan berlaku. Kedatangan mereka turut mempengaruhi orang Melayu. Apabila
barat menjajah rantau ini, nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala bertentangan
dengan ajaran Islam. Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama merupakan
pengaruh yang negatif. Budaya barat inilah yang membimbangkan ayah dan ibu Mira
memandangkan kehidupan di bandar dengan penuh budaya negatif seperti melepak, dadah
dan sebagainya. Untuk menjaga Mira daripada terjerumus daripada gejala tersebut, ayah dan
ibu Mira menghantar dia dan adik-adiknya ke kampung untuk menikmati kehidupan kampung
yang menitikkan ajaran dan adab yang baik-baik.





Bibliografi

1) A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2) Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala
Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.
3) Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra
Malaysia. Serdang.
4) Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5) Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
6) Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu
(Malaysia-Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)

You might also like