Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PENGENALAN

SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA


Selepas 6 tahun merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan
cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak
digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan
Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura
digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia.
Akhirnya, selepas melalui pelbagai faktor dan cabaran untuk pembentukan
Malaysia ini, maka pada 16 September 1963 lahirlah sebuah negara yang
diberi nama Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN
Faktor-faktor tertentu yang mendorong
Pembentukan Malaysia.
Cabaran besar yang dihadapi Malaysia
untuk mencapai Pembentukan
Malaysia.
Penerimaan luar dan dalam terhadap
Pembentukan Malaysia.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
MALAYSIA
Mengelak ancaman dan
pengaruh komunis.
Mempercepatkan
proses kemerdekaan.
Menstabilkan keseimbangan
kaum.
Menjaga
kepentingan kaum
bumiputera.
Mengelak ancaman dan pengaruh komunis.
Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota Parti
Tindakan Rakyat (PAP) Peoples Action Party berhaluan kiri
menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.
Kekalahan PAP dalam pilihanraya 1961 menyebabkan pengaruh
komunis semakin merebak di Singapura.
Perkembangan yang berlaku di Singapura membimbangkan
Tunku Abdul Rahman. Beliau berhasrat dengan menyatukan
Singapura dengan Tanah Melayu dapat menyekat pengaruh
komunis.
Mempercepatkan proses kemerdekaan.
Mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura.
British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal
sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung
dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.

Menstabilkan keseimbangan kaum.
Percantuman dengan Singapura boleh menimbulkan masalah
kaum yang tidak seimbang di Tanah Melayu.
Bagi keseimbangan kaum, Sabah dan Sarawak perlu
digabungkan kerana mempunyai 70% kaum bumiputera.
Menjaga kepentingan kaum bumiputera.
Kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan
orang Melayu dan bumiputera kekal sebagai kumpulan
terbesar.
Hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah
dan Sarawak akan terjaga serta terpelihara.


CABARAN CABARAN DALAM
PAMBENTUKAN MALAYSIA
Penentangan pemimpin politik tempatan
Sebilangan kecil pemimpin UMNO yang menentang kerana bimbang
jika penggabungan tersebut hanya melibatkan Tanah Melayu dan
Singapura kerana ianya melibatkan kepentingan orang-orang Melayu.
Pemimpin-pemimpin Parti Islam Se-tanah Melayu (PAS) merupakan
antara pihak yang lantang menentang penubuhan Malaysia dengan
alasan bahawa orang-orang Melayu akan merasa rugi dengan
penggabungan tersebut dan mereka lebih berminat kepada konsep
MAPHILINDO.
Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Dasar pecah dan perintah sejak awal pemerintahan British yang
membawa kepada pengenalan identiti kaum berdasarkan fungsi
ekonomi telah menyekat kewujudan interaksi mahupun hubungan
antara kaum.
Penyertaan Singapura telah menghidupkan kembali ketegangan
antara kaum utama tersebut sehingga mengakibatkan satu letupan
gempa masyarakat dan politik yang amat mengerikan pada 13 Mei
1969.

Ketegangan hubungan kerajaan Persekutuan dan kerajaan
Singapura
Agenda tersendiri serta pelbagai tuntutan Singapura
menunjukkan bahawa ketegangan tersebut seperti tidak ada
penghujungnya malah ia semakin rumit.
Atas dasar melihat ke depan dan berfikir demi kestabilan
politik, sosial dan ekonomi, Tunku Abdul Rahman bersetuju
untuk memisahkan Singapura dari Malaysia. Secara rasminya,
pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia.
Tuntutan Filipina
Presiden Diosdado Macapagal telah menentang keras
cadangan penubuhan Malaysia kerana percantuman tersebut
melibatkan wilayah Sabah (Borneo Utara) yang dikatakan
Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu.






REAKSI DI DALAM NEGERI

Pada keseluruhannya, rakyat Persekutuan Tanah
Melayu menyambut baik. dan melihat sebagai satu
usaha murni untuk membantu negeri Sabah,
Sarawak, Singapura dan Brunei.
Parti politik di Tanah Melayu pada
keseluruhannya menyokong idea penubuhan
Malaysia namun terdapat sedikit perbezaan
pendapat tentang cara pelaksanaannya.
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan
Barisan Sosialis mahukan idea pembentukan
Malaysia dirundingkan terlebih dahulu dalam
kalangan penduduk Tanah Melayu.
Parti UMNO juga bersetuju penggabungan
dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tetapi
tidak menerima kemasukan Singapura.
Tanah Melayu :
Lee Kuan Yew menyokong hasrat Singapura untuk
bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
disebabkan ingin menyekat pengaruh parti berhaluan
kiri dan mempertahankan kedudukannya dalam Parti
Tindakan Rakyat (PAP).
Pada bulan Disember 1961, Majlis Undangan Negeri
Singapura telah meluluskan usul penggabungan
tersebut tetapi Barisan Sosialis menentang idea
penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu.
Mereka berpendapat bahawa pembentukan Malaysia
merupakan satu bentuk penjajahan baru dan meminta
pandangan rakyat terlebih dahulu.
Singapura :
Pada awalnya, penduduk Sarawak dan Sabah
menolak cadangan pembentukan Malaysia
kerana telah lama berada di bawah
pemerintahan British dan belum ada keyakinan
untuk membentuk pemerintahan sendiri.
SUPP sahaja yang menentang kemasukan
Sarawak dalam gagasan Malaysia.
Parti perikatan Sarawak iaitu PANAS, SNAP,
BERJASA, PESAKA dan SCA berjuang ke
arah menyokong idea kemasukan Sarawak
dalam Malaysia dan berusaha menyekat
pengaruh SUPP.
Sarawak :
Sabah sebelum pengumuman gagasan Malaysia masih
belum terdapat parti-parti politik.
Selepas pengumuman lahirlah beberapa parti politik
negeri seperti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan
Bersatu (UNKO), Pertubuhan Kebangsaan Sabah
Bersatu (USNO), Parti Pasok Momugun, Parti
Bersatu Sabah, dan Parti Demokratik.
September 1962, parti-parti tersebut telah bersatu
membentuk Parti Perikatan Sabah dan akhirnya
semua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah
ke dalam Malaysia.
Sabah :
Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin
menyokong penubuhan Malaysia dan telah
menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk meninjau
pendapat rakyat Brunei.
Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M. Azhari
telah menentang penubuhan Malaysia disebabkan ingin
menubuhkan Persekutuan Borneo (Kerajaan
Kalimantan Utara) yang terdiri daripada Sabah, Sarawak
dan Brunei.
A.M. Azahari melancarkan pemberontakan di
bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara
yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di
Sarawak, Sabah dan Brunei apabila Majlis Mesyuarat
Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei
menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
Brunei :
REAKSI LUAR NEGARA
Indonesia
Awalnya, Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi
terhadap pembentukan Malaysia namun, Indonesia mula
menentang pembentukan Malaysia.
Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan
satu bentuk neokolonialisme yang mengancam Indonesia.
Dasar konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan
dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumumkan pada 20
Januari 1963.
Penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila
Soekarno digulingkan dan diambil alih oleh Jeneral Suharto.
Pada Ogos 1966, Menteri Luar Indonesia, Adam Malik
menandatangani perjanjian damai dengan tokoh di Malaysia
dan mengakhiri konfrontasi.
Filipina
Kerajaan Filipina menentang pembentukan
Malaysia kerana negara tersebut menuntut hak
terhadap Sabah.
Presiden Macapagal telah membuat
pengumuman rasmi menuntut hak terhadap
Sabah pada Jun 1962 kerana mendakwa Sabah
merupakan milik Kesultanan Sulu.
Menjelang bulan Jun 1966, Filipina mengiktiraf
penubuhan Malaysia menerusi usaha hubungan
baik kedua-dua negara melalui MAPHILINDO
( Malaysia, Filipina dan Indonesia ).




KESIMPULAN

Penubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat
Sabah, Sarawak dan Singapura malah Brunei sendiri
untuk mencapai kemerdekaan melalui Malaysia.
Penubuhan Malaysia menghadapi banyak halangan,
namun penggabungan wilayah-wilayah ini adalah secara
demokratik iaitu, melalui pungutan suara dan tidak ada
unsur ugutan dari mana-mana pihak.
Pembentukan Malaysia melibatkan Tanah Melayu
bersama Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.
Pembentukan Malaysia mendapat pelbagai reaksi
daripada pelbagai pihak.
Pengisytiharan Malaysia dibuat pada 16 September 1963.






















































TERIMA KASIH

You might also like