Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 60

Sejarah

Sejarah Negeri-Negeri Malaysia



PENSYARAH : EN.BADRULHISHAM
AHLI KUMPULAN :
R.PUVANESVARI
R.A. KARTHI GESU
P.SANTHIYA
K.KANAGESWARY
Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara
R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk
negeri Johor dengan nama "Wurawari", ianya adalah
istilah jawa yang bermaksud "Air Jernih". Antara
nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah,
"Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa Nagara
kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450)
dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat
dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu "Jauhar"
yang membawa maksud "Permata".
Johor atau juga dikenal sebagai Johor Darul
Takzim
Dahulu ibu kota kerajaan Johor ialah Tanjung
Puteri, kini telah pindah ke Johor Bahru.
Johor Darul Takzim merupakan negeri tidak
pernah dijajah oleh Inggeris di Semenanjung
Tanah Melayu. Negeri Johor terbahagi
kepada 10 daerah:
Batu Pahat,Johor Bahru,Kluang,Kota
Tinggi,Mersing,Pontian,Segamat,Kulai Jaya,
Ledang.



BENDERA JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih
itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna
hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula
maksudnya Kerajaan Negeri dan Rakyat
Jelata.






JATA JOHOR

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai
Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu,
iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara
Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua
ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada
binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-
rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah
bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil
utama yang asal bagi negeri ini. Cogan kata negeri ialah " Kepada
Allah Berserah".

Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah
negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan
penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan
serta aktiviti masyarakat Melayu Proto.
Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi
ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha".
Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai
"Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah
tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau
"Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini
berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti
perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan
Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam
bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan
pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada
masa itu.

Negeri Kedah atau juga dikenal
sebagai Kedah Darul Aman .
Politik Kedah menjadi satu sistem politik
yang sangat dihormati dan dikagumi di
seluruh negara.
Antara tokoh-tokoh yang terbesar yang
berasal dari Kedah ialah Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia
pertama dan Tun Dr. Seri Dr. Mahathir.

Kedah terkenal dengan sebutan The Rice
Bowl of Malaysia karena daerah ini
merupakan daerah dengan kawasan
persawahan terbesar di Malaysia. Kedah juga
adalah provinsi yang mengasaskan
Kedaulatan Kesultanan Melayu Negeri Kedah
yang terbahagi kepada 11 daerah:
Baling,BandarBahru,AlorStar,Kuala
Muda,KubangPasu, Kulim,Langkawi,
Padang Terap, Pendang,Sik,Yan.





BENDERA KEDAH

Bendera negeri Kedah memaparkan anak bulan sabit berwarna
hijau di bawah perisai kuning yang tanda negeri ini beragama
Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di
atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri
Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan,
sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.

Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan
penjaga rakyatnya. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal
kehidupan. Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara
rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.






JATA KEDAH

Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji
padi melambangkan komoditi pertanian utama
negeri beras. Anak bulan sabit melambangkan
Islam sementara perisai melambangkan
kekuasaan pemerintah. Perisai pula
melambangkan kekuasaan.


KELANTAN
Mmerujuk negeri ini sebagai Kalantan.
Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh
orang India Utara,
ianya berasal dari Bandar Koli, tempat
kelahiran bonda kepada Gautama Buddha,
nama Koli kemudian digabungkan dengan
perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu
jadilah "Kolithana" yang kemudiannya disebut
oleh penduduk pada ketika itu sebagai
"Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang akhirnya
menjadi Kelantan. ula muncul dalam catatan
Ptolemy yang


Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin
ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo".
Dalam catatan China yang selainnya ada
dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Kou-
lo-tan".
Sementara dalam peta De'eredia, wujud
nama "Calantan Rio", sementara peta
selainnya disebut "Calantan", "Calantam" dan
"Calantao".
Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan
itu adalah bersempena dengan nama pokok
"Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai
negeri Kelantan pada ketika itu.
Kelantan Darul Naim merupakan sebuah
negeri yang terdiri 14 buah negeri
di Malaysia yang kaya dengan sumber alam.
Kelantan mempunyai wilayah lebih kurang
14.922 km, terletak di timur laut Semenanjung
Malaysia, berhadapan dengan Laut China
Selatan, dan berbatasan dengan Thailand.
Negeri Kelantan merupakan salah
satu negeri tradisional orang Melayu. Ia
merupakan satu-satunya negeri yang tidak
diperintah oleh partai pemerintah Barisan
Nasional.

Parti PAS telah berjaya memenangkan pemilu
DUN pada 1990, dan berhasil mengekalkan
kekuasaan hingga kini.
Sultan Kelantan sejak 1979 ialah Sultan
Ismail Petra manakala Menteri Besarnya ialah
Mursyidul Am PAS, Dato Haji Nik Abdul Aziz
Bin Nik Mat.
Kelantan Darul Naim terdiri dari
10 jajahan (distrik) iaitu :-
Bachok, Gua Musang,Kota Bharu,Kuala
Krai, Machang, Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah
Merah,Tumpat,Jeli



BENDERA KELANTAN

Bendera Kelantan yang berlatar belakang
berwarna merah membawa maksud kejujuran
penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran
bewarna putih pula menandakan kesucian
Raja Negeri Kelantan.






JATA KELANTAN

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan
dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu
Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam. Dua
laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah
sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua
ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua
negeri ini di masa Che' Wan Kembang, Permaisuri Kelantan
yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah
memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang
itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan
Kelantan"

Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan
seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke
sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar
ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka
mendapat namanya.
Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang
sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah
"Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh
pedagang arab yang membawa maksud "pusat /
tempat perdagangan ". Dalam bahasa sanskrit,
Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau
"Malayaka" yang membawa erti "negeri orang
melayu".
Malaka atau Melaka bisa merujuk kepada:
Malaka (pohon), nama sejenis pohon
sebangsa cerme
Kota Melaka sebuah kota di Malaysia
Kesultanan Malaka nama kesultanan yang
didirikan Parameswara pada 1402
Selat Malaka nama selat yang memisahkan
pulau Sumatra dengan Semenanjung Malaysia



BENDERA MELAKA

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru
mencerminkan warna-warna yang terdapat
pada Jalur Gemilang dan menunjukkan
bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan sabit
dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda
agama Islam, agama negeri dan juga negara.





JATA MELAKA

Putih, kuning dan biru yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna
yang terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari
Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada
zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang
Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas
tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi.


Di samping itu, terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat
namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat
tua bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana
Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor
anjing semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka. Baginda berasa
kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan
dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk mendirikan
tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk itulah yang telah
menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini
dan membukanya.

Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah
gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;

1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat



Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang
kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada
Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan
kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan
berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu:

1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol
Negeri Sembilan atau juga dikenal sebagai Negeri
Sembilan Darul Khusus .

Orang-orang Minangkabau dari Sumatra, Indonesia sudah
bermukim di Negeri Sembilan sejak abad ke-15, di bawah
naungan Kesultanan Melaka, dan kemudian di
bawah Johor. seiring dengan melemahnya Johor di abad
ke-18, serangan-serangan pasukan Bugis memaksa
pemukim Minangkabau meminta perlindungan raja tanah
asal mereka.

Raja Pagaruyung saat itu, Sultan Abdul Jalil, memenuhi
permohonan tersebut dan mengirimkan Raja Melewar untuk
memerintah Negeri Sembilan. Namun ketika sampai di sana
ia menemukan Raja Khatib, yang sebenarnya dikirim sultan
Pagaruyung untuk mempersiapkan kedatangan Raja
Melewar, sudah mengangkat dirinya sendiri sebagai raja.
Dengan bantuan para penghulu setempat Raja Melewar
mengalahkan Raja Khatib untuk kemudian memerintah
Negeri Sembilan. Sultan Johor mengkonfirmasi kedudukan
Raja Melewar dengan menganugerahkan gelar Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1773.

Namun ketika sampai di sana ia menemukan
Raja Khatib, yang sebenarnya dikirim sultan
Pagaruyung untuk mempersiapkan
kedatangan Raja Melewar, sudah
mengangkat dirinya sendiri sebagai raja.
Dengan bantuan para penghulu setempat
Raja Melewar mengalahkan Raja Khatib
untuk kemudian memerintah Negeri
Sembilan. Sultan Johor mengkonfirmasi
kedudukan Raja Melewar dengan
menganugerahkan gelar Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan pada tahun 1773.
Negeri Sembilan bergabung dengan Federasi
Malaya, dan menjadi negara bagian Malaysia
pada1963.



BENDERA NEGERI SEMBILAN

Warna kuning pada bendera membawa
maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi
yang berwarna merah bermakna rakyat,
sementara bahagian tiga segi yang berwarna
hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi
Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian
negeri ini.






JATA NEGERI SEMBILAN

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan
buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna
merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada
masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-datuk
Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.

Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan
buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan
sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah
antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran
Yang di-Pertuan Besar.

Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura,
nama Pahang telah ada sebelum adanya
negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang
Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana
Pahang mendapat namanya, namun dalam
bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah"
yang mungkin juga ada kena mengena
dengan Sungai Lembing yang terkenal
dengan timah.

Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum
didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian
selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya
termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang.
Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah
utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung
dan di sebelah timurnya terbentang Laut China
Selatan.
Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri
yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan
keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan
kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi
rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada
masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung
dengan terbahagi kepada sebelas daerah
iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran,Temerloh,
Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands
dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari
berbagai kaum dan bangsa.



BENDERA PAHANG

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan
bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri
Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih
adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas
hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah
negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan
pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri
ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-
undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-
kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah
negeri yang beraja dan berdaulat.




JATA PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat
daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan
dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam
tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di
Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan
senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di
bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu
gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri
Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.
Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut.
Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya
La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

PERAK

Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama
klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga Negara,
pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas.
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak
diberi bersempena dengan anak panah bermata
perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong
Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke
kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan
sebuah negeri.

Negeri Perak adalah merupakan sebuah negeri yang
penuh dengan peluang, permai dan indah.
Bersempadan dengan beberapa buah negeri yang
lain, Negeri Perak menawarkan pelbagai
keistimewaan sama ada dari segi ekonomi,
pelancongan, infrastruktur dan sebagainya.
Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul
Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di
Semenanjung Malaysia (selepas Pahang), dengan
berkeluasan 21,000km persegi. Ia merupakan salah
satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan
Tanah Melayu (Malaysia).
Negeri Perak meliputi kawasan 6.4% daripada jumlah
keluasan Malaysia. Perak mengalami cuaca panas
dan lembap sepanjang tahun dan kadar suhu di
antara 23.7 darjah ke 33.2 darjah Celsius, serta
kelembapan melebihi 82.3% serta hujan pada kadar
3,218.00mm setahun. Bukit Larut merupakan tempat
yang paling lembab di Malaysia dengan lebih kurang
5080 mm.

Hampir separuh keluasan Perak diliputi
dengan hutan iaitu seluas 10,713 km persegi
di mana 95.6% ialah Hutan Hujan
Khatulistiwa dan selebihnya iaitu 4.4% adalah
Hutan Paya Bakau. Negeri Perak juga
dikenali sebagai Bumi Bertuah, dikurniakan
dengan pelbagai anugerah Tuhan dan
tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh
semua lapisan masyarakat.
Perak terbahagi kepada 10 daerah iaitu
Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut,
Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir
Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak.
Bandar-bandar utama di Perak adalah
termasuk Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Batu
Gajah, Teluk Intan dan Kampar.


BENDERA PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan
mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning
dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama
lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan
kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda
Perak Darul Ridzuan. Warna hitam
melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia
Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.




JATA PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan
mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang
mengandungi bunga padi. Jata melambangkan
Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit
menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan
rakyat dan kesuburan negeri.


PERLIS
Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau
"kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan
nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat,
iaitu "Tok Perlis".
Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat
nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam
"Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa
hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang
siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis
untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh
masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh".


Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan
negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit
Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini.
Masa selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi
Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha
pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup
masyarakat setempat.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang
menunjukkan gambaran negeri tersebut. Terdapat beberapa
pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan
negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato Yazid bin
Mat dalam buku mereka Negeri Perlis Indera Kayangan :
Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat
Nama Perlis diambil dari nama pohon yaitu Pohon Perlis.
Ketika itu, daerah Perlis adalah di tenggara berbatasan
Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, berhadapan
dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla.
Namun terdapat fakta sejarah bahwa kawasan daerah
negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.


Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada
tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakan balasan
penduduk setempat secara besar-besaran, akhirnya telah
membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan
kuasa mengadministrasikan kepada pembesar setempat
bagi mengadministrasikan Kedah, Setul, Kubang Pasu dan
Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai
Gubernur, saat Syed Hussin Jamalullail sebagai wakilnya.
Detik ini, merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis
yang telah mendapat pengakuan dari status tanah jajahan
menjadi status sebuah negeri naungan.
Perlis terdiri dari 6 daerah yaitu :-
Arau
Kaki Bukit
Kangar
Kuala Perlis
Padang Besar
Simpang Empat


BENDERA PERLIS

Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua warna.
Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan
pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di
Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk
raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol
pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang
terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula
mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini
menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat".
Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan
paduan warna bendera negara Ukraine kerana jalur atas
pada bendera Ukraine berwarna biru muda.



JATA PERLIS

Lingkaran padi pada lambang
negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama
dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula
melambangkan kebanggaan dan kehormatan
negeri itu. Lambang itu keseluruhannya
bermakna kebanggaan negeri itu kerana
kekayaan hasil padinya.


PULAU PINANG


Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan
masyarakat asal melayu di kawasan pantai.

Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales" oleh Francis Light pada
11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam
catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.

Pulau Pinang mempunyai keluasan 293 km, dan Seberang Perai yang
terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia seluas 760km .

Asal namanya dari pohon Pinang. Pulau ini diasaskan oleh Francis Light
pada tahun 1786. Pulau Pinang adalah antara negeri yang termaju dan
terkaya dalam Malaysia.





Pulau Pinang adalah negara bahagian Malaysia yang
terkecil kedua, setelah Perlis. Namun dari segi
kepadatan penduduk, menduduki urutan pertama.
Negeri ini juga memiliki penduduk muslim dan Melayu
yang terendah di Malaysia. Negari ini terbahagi
kepada 5 daerah:
Pulau Pinang
Daerah Barat Daya
Daerah Timur Laut
Seberang Perai
Seberang Perai Selatan
Seberang Perai Tengah
Seberang Perai Utara
Kota utama di Pulau Pinang adalah George
Town, Balik Pulau, Butterworth, Prai, Air
Itam,Gelugor, Batu Feringghi, Bayan Lepas, Seberang
Jaya, Bukit Mertajam, Kepala
Batas, Jawi,Bertam, Pantai Acheh, Teluk
Kumbar, Gelugor, Bayan Baru, Jelutong dan Nibong
Tebal.




BENDERA PULAU PINANG

Warna biru muda bermaksud warna laut yang
indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang
aman dan damai. Warna kuning
melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang
ialah pohon dari mana pulau itu mendapat
namanya.




JATA PULAU PINANG

Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang
berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau
Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang
menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan
Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat
di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah
lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima
prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di
Pulau Pinang.
Pernah dikenali dengan nama "Api-api",
Sabah mendapat namanya daripada
perkataan "Saba", iaitu sejenis pisang.
Kebanyakkan penduduk asal menanam
pisang ini di penempatan mereka di sekitar
pantai untuk dijadikan sumber makanan.


Sabah adalah salah satu dari dua negeri negeri
bahagian Malaysia di Kalimantan. Terletak di
timur laut pulau Kalimantan, Sabah lebih kecil dari
tetangganya, Sarawak. Bahagian selatan dari
pulau ini disebut Kalimantan dan merupakan
wilayah Indonesia. Ibukota negeri ini adalah Kota
Kinabalu.
Diambil alih oleh British North Borneo Company
pada tahun 1881, dan menjadi protektorat
Britania Raya dengan masalah internal tetap
diadministrasi oleh perusahaan tersebut
tahun 1888. Pada 1946 Pemerintahan
perusahaan tersebut berakhir dan Sabah menjadi
koloni dari British North Borneo sampai
menjadi federasi Malaysia pada 1963.



BENDERA SABAH

Bendera negeri Sabah bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut
sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang
lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua
meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera
yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas
berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah
berwarna merah cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan,
putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah
menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima
warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang
terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk
Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.



JATA SABAH

Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah
menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat
dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai
kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri
Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut
merupakan lima bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam
negeri Sabah.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan,
putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah
melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.
Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula
melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Di bahagian bawah jata
ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu Sabah Maju Jaya.

Tiada kisah yang cukup popular untuk
dijadikan sandaran bagaimana Sarawak
mendapat nama, mungkin juga bersempena
dengan nama Sungai Sarawak. Terdapat
sumber dikalangan penduduk tempatan yang
mengkisahkan nama Sarawak berasal dari
ungkapan " serah pada awak", iaitu apabila
Pengiran Muda Hashim menyerahkan
pentadbiran negeri itu kepada James Brooke
pada tahun 1841.


Sarawak adalah salah satu negeri yang
terletak di barat-laut pulau Borneo. Sarawak
adalah negeri bahagian Malaysia yang
terbesar,
Ibukotanya ialah Kuching.
Dengan wilayah seluas 124.450 km, Sarawak
mencakup 37,5% wilayah Malaysia.
Sarawak terdiri dari sebelas Divisi
Administratif, iaitu Kuching, Samarahan, Sri
Aman, Betong,Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bi
ntulu, Miri dan Limbang.

BENDERA SARAWAK

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan
dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang
berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina
Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning
menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan,
perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang
berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan
sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan
rakyatnya.

Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning
melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya
tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan
cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.






JATA SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan
"Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan aspirasi
dan pencapaian dalam semua lapangan daya
usaha, berpandukan ideologi politik
pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh
membezakan keungggulan Sarawak daripada
negeri-negeri lain di dunia.

Selangor atau dikenal juga dengan
sebutan Selangor Darul Ehsan
Negeri Selangor terdiri atas 11 daerah iaitu
sebagai berikut.
Klang
Gombak
Hulu Langat
Hulu Selangor
Kuala Langat
Kuala Selangor
Petaling
Sabak Bernam
Sepang




BENDERA SELANGOR

Empat bahagian yang berwarna kuning dan
merah itu bermaksud daging dan darah iaitu
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan
tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit dan
bintang pula ialah sebagai lambang agama Islam,
agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian
Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.




JATA SELANGOR

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama
negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-
warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri
pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat
Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi
"Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan
pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat
pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat
oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata
"terangnya genu" atau maksud lainnya "terang
sampai ke sana".
Terdapat juga kisah yang mengatakan nama
Terengganu berasal dari kisah penemuan taring
gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong,
kerana saiz taring yang besar serta belum pernah
dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk
taring itu sebagai "Taring anu", sungai dimana
taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai
"Sungai Taring Anu".


Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah
satu negeri di Malaysia. Terengganu terletak
di Pantai Timur Semenanjung Malaysia,
Terengganu terbahagi 11 daerah yaitu :
Besut
Dungun
Kemaman
Kuala Terengganu
Marang
Setiu
Ulu Terengganu



BENDERA TERENGGANU

Latar belakang berwarna putih membawa
maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia
melingkari tanah hitam yang bermaksud
rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda.
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam,
agama negeri.



JATA TERENGGANU

Bulan bintang menunjukkan negeri
Islam. Mahkota menandakan pemerintahan
Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula
merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di
sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan
Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-
undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan
dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.

You might also like