Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

~Waffle Rangup ~~.....ni baru menjadi ! ! ..memang mablesss..

Bahan-bahan - dpt dlm 8 @ 9 keping waffer:



2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering (Aida guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan
rahsia yang Aida bagitau tadi)
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Aida guna brand Dutch Lady Full Cream Milk)
1 biji telur dalam suhu bilik.
1 sudu besar esen vanila
1/2 cawan Air panas hangat / suam ...(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
Cara-caranya :



1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan
susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan
menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk
pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni
korang kena buat anggaran sendiri ok. klu Aida letak 1/2 cawan air panas/suam je dan
Aida tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat...pandai lah adjust ok..heheh ..



2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-
15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang boleh le cucui bekas2 yg telah digunakan..@
layan FB jap...sambil tu jangan lupa panaskanlah waffle maker tu ...





3. Nampak adunan dah berbuih.....Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan
bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle
maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-
gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.




4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu
5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk
memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu
takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripadawaffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi aida nak
ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah
kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan
apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan),
maknanya wafflekorang dah masaklah tu.





7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut
butter atau aiskrim. atau apa saja yg diingai...Woww!! Sedapkan?? Akhir kata, selamat
menjamu dgn selera masing2 dan sambutlah salam sayang dari Aida diSRKM..muahhh
hinga jumpa lagi... :)

You might also like