Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bab 2 Klasifikasi Akaun: Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik,

Hasil, Belanja dan Akaun Kontra


Aset didefinisikan sebagai harta yg dimiliki oleh
sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan
perniagaan.
Aset ketara (premis, kenderaan, perabot, lengakapan,
mesin, stok, wang tunai).
Aset tidak ketara (hak cipta dan paten)
Aset perniagaan aset semasa & bukan semasa
Aset semasa
-harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu
tempoh perakaunan dan boleh ditukarkan ke dalam
bentuk tunai dlm jangka pendek (kurang 1 tahun)
CTH: penghutang, tunai, stok, belanja terdahulu, hasil
terakru
ASET BUKAN SEMASA
-Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan
untuk tujuan jualan semula.
-Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa
tempoh perakaunan.
-Contoh mesin, kenderaan, premis, lekapan dan
lengkapan, perabot, alatan pejabat.
Liabiliti
-Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang
perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau
perkhidmatan.
LIABILITI SEMASA
-Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam
jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh
perakaunan atau setahun.
-Contoh pemiutang, overdraf bank, belanja
terakru(cth: gaji terakru), hasil terdahulu (cth: sewa
diterima terdahulu).

LIABILITI BUKAN SEMASA
-Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam
tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada
satu tahun.
-Contoh pinjaman bank, gadai janji



EKUITI PEMILIK
-Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
-Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah
modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam
perniagaan dan untung yang diperolehi daripada
aktiviti perniagaan.
-Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
-Kerugian akan mengurangkan ekuti pemilik.
-Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
-Selaras dengan prinsip entity berasingan
-MODAL AWAL + UNTUNG BERSIH / (RUGI BERSIH)
AMBILAN = MODAL AKHIR

HASIL
-pendapatan perniagaan berbentuk wang yang
diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan

HASIL KENDALIAN
-Pendapatan yang diterima secara langsung daripada
aktiviti utama sesuatu perniagaan.
-Contoh; klinik, firma audit hasil daripada
perkhidmatan yang diberi, kedai jam hasil
diperolehi daripada hasil jualan jam.

HASIL BUKAN KENDALIAN
-Pendapatan yang diterima secara tidak langsung /
tiada berkaitan daripada aktiviti utama sesuatu
perniagaan.
-Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank,
dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan
semasa

BELANJA
-Belanja ialah kos barangan atau perkhidmatan yg
digunakan dlm proses memperoleh hasil sama ada yg
dibayar atau yg akn dibayar.

BELANJA KENDALIAN
-Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi
urus niaga harian.
-Contoh; sewa kedai,gaji pekerja, promosi, insurans,
alat tulis dan sebagainya.

BELANJA BUKAN KENDALIAN
-Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam
operasi urus niaga harian.
-Contoh; belanja faedah pinjaman bank, rugi jualan aset
bukan semasa, rugi daripada risiko banjir, kerosakan,
kecurian dan sebagainya.
AKAUN KONTRA
-akaun yg mana kesannya akan berlawanan dgn akaun
unduk
Akaun Kontra Akaun Induk
Pulangan Jualan Jualan
Diskaun Diberi
Pulangan Belian Belian
Diskaun Diterima
Susut Nilai Terkumpul Aset Bukan Semasa
Peruntukan Hutang Ragu Penghutang
Ambilan Modal
PERSAMAAN PERAKAUNAN
ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK
ASET = LIABILITI + (MODAL + HASIL BELANJA)
SISTEM CATATAN BERGU
1. Setiap urus niaga mesti melibatkan sekurang-
kurangnya dua akaun yang berasingan.
2. Satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan
dengan jumlah yang sama.
3. Ia adalah satu sistem merekod urus niaga yang
tepat dan bersistem.

You might also like