Biodata Tokoh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Biodata Tokoh: Tun Dr.

Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada 20 Disember 1925 bersamaan hari Jumaat. Beliau merupakan
putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Tun Dr.
Mahathir dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-
beradik. Beliau yang cukup dikenali dengan gelaran "Dr. M" merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang keempat.
Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956.
Pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Dalam usaha melakar nama Negara di arena antarabangsa pelbagai projek besar telah dilaksanakan.
Antara projek-projek besar yang dibangunkan pada zaman pentadbiran beliau ialah Jambatan Pulau
Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada 31Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku
Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia"
kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di
kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau
sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara

You might also like