Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Info #2: Sistem Melawan Kebakaran Karbon Dioksida

Januari 06, 2012


Labels: Api, Fasiliti, Info 0 komen


Kita selalu terlihat tong silinder merah (seperti gambar di sebelah kiri ini) di luar bangunan pencawang
TNB, belakang restoran, tingkat bawah shopping kompleks dan sebagainya. Apakah sebenarnya tong
merah ini?

Tong silinder ini adalah sebahagian daripada sistem melawan kebakaran (fire fighting system). Tong ini
mengandungi gas karbon dioksida bertekanan tinggi. Gas karbon dioksida ini akan dilepaskan apabila
sensor sistem mengesan api pada sesuatu tempat.

Sistem melawan kebakaran jenis ini biasanya dipasang pada bilik kejuruteraan (seperti bilik
transformer, bilik generator elektrik), dapur kafeteria/restoran dan stor bahan kimia, iaitu tempat di
mana air tidak sesuai digunakan untuk memadam api apabila kebakaran berlaku.

Menggunakan air untuk memadam kebakaran di bilik elektrik boleh menyebabkan litar pintas yang
boleh menyebabkan kerosakan menjadi lebih teruk. Menggunakan air untuk memadam kebakaran di
dapur pula akan menyebabkan api lebih marak sekiranya kebakaran berpunca daripada minyak masak
atau lemak haiwan. Menggunakan air untuk memadam kebakaran di stor bahan kimia boleh
menyebabkan penghasilan gas mudah terbakar apabila air bercampur dengan bahan kimia tertentu.
Oleh itu, karbon dioksida digunakan untuk memadam kebakaran pada tempat-tempat seperti ini.

Sebelum ini, pada tahun 1970an hingga 1980an, gas halon digunakan untuk memadam kebakaran.
Walaubagaimanapun, penggunaannya telah mula dikurangkan dan dihentikan apabila perjanjian
antarabangsa yang dikenali sebagai Protokol Montreal ditandatangani pada tahun 1987. Ini kerana
pembebasan gas halon ke persekitaran boleh menyebabkan hakisan lapisan ozon pada atmosfera bumi.

Info #1: Lampu Jalan
Disember 05, 2011
Labels: Elektrik, Lampu 0 komen


Mengapakah lampu jalan selalunya mengeluarkan cahaya kuning?

Jawapan: Jenis lampu jalan yang sering digunakan adalah lampu sodium
bertekanan rendah (low pressure sodium). Lampu ini sangat jimat tenaga
berbanding lampu jenis lain (seperti lampu kalimantang, lampu pijar, metal
halide, dll). Malah ia juga mempunyai jangkahayat yang panjang iaitu sehingga
20,000 jam. Penggunaan lampu jenis lain akan meningkatkan beban kewangan
pada kerajaan membayar bil elektrik untuk lampu jalan.

Walaupun sangat jimat elektrik dan jangkahayat yang panjang, tetapi
kelemahannya, lampu ini hanya boleh mengeluarkan cahaya kuning sahaja.
Tetapi ia bukanlah masalah besar memandangkan tujuan lampu jalan hanyalah
untuk menerangi jalan sahaja.

Alat Pengesan Objek Di Dalam Dinding
Julai 23, 2011
Labels: DIY, Peralatan Pertukangan 0 komen


Alat ini sepatutnya dimiliki oleh juruelektrik atau kontraktor yang sering
membuat kerja2 menggerudi dinding. Ia boleh mengelakkan masalah yang
timbul akibat kerja penggerudian kebocoran paip air, kerosakan wayar elektrik,
terputus bekalan elektrik (trip), kerosakan mata gerudi dan sebagainya.

Bosch Detector DMF 10 Zoom boleh mengesan objek di dalam dinding seperti
besi, kayu, paip air, wayar elektrik, konduit elektrik dan juga boleh mengukur
jarak kedalaman selamat yang boleh digerudi. Harganya juga tidaklah begitu
mahal, hanya dalam lingkungan RM300 sahaja. Alat ini boleh dibeli secara online
di lelong.com.my. Video di bawah ini menunjukkan cara penggunaan alat
tersebut.

Pembentukan Selaput Dalam Karburator Enjin Petrol
Labels: Automotif, DIY 1 komen


Sekiranya anda mempunyai mesin yang menggunakan enjin petrol seperti mesin
rumput, pam air, generator elektrik, motorsikal atau kereta yang jarang
digunakan, contohnya anda menggunakannya sebulan sekali atau dua bulan
sekali, anda dinasihatkan tidak menggunakan petrol RON95 untuk enjin
tersebut.

Setiap enjin petrol mempunyai karburator yang berfungsi mencampurkan petrol
dan udara pada nisbah yang betul untuk dibekalkan kepada enjin. Sekiranya
enjin dibiar lama tanpa digunakan, maka tiada aliran petrol berlaku dalam
karburator. Petrol akan membentuk selaput pada permukaan dalam karburator
dan ini akan menyebabkan karburator tersumbat. Apabila ini berlaku, enjin tidak
akan dihidupkan dan karburator perlu dihantar ke bengkel untuk diservis.

Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya anda menggunakan petrol RON95,
pembentukan selaput ini boleh terjadi dalam masa sebulan sahaja. Pembentukan
selaput untuk petrol RON97 adalah lebih lambat, iaitu dalam tempoh 6 bulan
atau lebih.

You might also like