Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kaedah dan Teknik Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama
diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di
bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini guru memainkan peranan yang utama. Di
dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pengajaran, iaitu guru
banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar. Kaedah penerangan,
demonstrasi, syarahan, pengajaran berkumpulan atau berpasukan, pengajaran mikro, bercerita
dan keseluruhan kelas merupakan kemahiran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro
dan menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

Ciri-ciri strategi pemusatan guru.
Ciri pertama ialah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru memainkan peranan
yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Selain itu, komunikasi dan
interaksi di antara murid dan guru adalah sehala. Guru banyak bercakap dan guru banyak
mendengar. Malah ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang
menyumbang pendapat mereka. Guru juga bertindak mengawal dan memberi arahan.
Tambahan pula, Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian
objektif pengajaran guru.
Ciri lain ialah penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni atau perkembangan emosi. Selain itu penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran
berbentuk mengingat atau menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif dan kurang
berupaya membuat interprestasi. Interprestasi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial
yang positif kurang dapat dipupuk. Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas.
Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian. Ciri yang terakhir ialah di
bawah strategi pemusatan guru murid-murid kurang kreatif dan tidak berinitiatif.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid
Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang
memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau
secara individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan
diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah projek, inkuiri-penemuan,
perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran,
kumpulan, pembelajaran melalui pengalaman menjadi pertimbangan semasa menggunakan
strategi pemusatan murid.
ciri-ciri strategi pemusatan murid.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan peranan yang penting,
sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti
pembelajaran. Malah komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah secara dua hala.
Guru menggunakan kaedah menyoal atau membimbing murid supaya berfikir dan bertindak
balas dengan memberi jawapan mereka. Tambahan pula, ciri kepimpinan adalah guru secara
demokratik. Murid murid sentiasa digalakkan berbincang dan murid memberi pendapat. Selain
itu, strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran murid. Strategi ini juga mementingkan perkembangan murid secara menyeluruh
dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani. Malah ujian formatif adalah
ditekankan dan keputusan ujian kerapkali digunakan bagi membaiki dan mengkaji kelemahan
murid. Penyampaian guru juga ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-
murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.
Selain itu, peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat sosial yang positif seperti
bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong jelas dapat dipupuk. Strategi ini
mementingkan pengelolaan kedah kumpulan . Malah, perbezaan murid dari segi kebolehan dan
minat diberikan perhatian. Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat
keratif dan berinisiatif

Strategi Pemusatan Bahan
Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan
pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh para guru seperti carta, garaf, peta, spesimen,
model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran
adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajarn seperti buku teks, kad kerja,
bahan bercetak, radas, alat-alat dan komputer. di bawah strategi pemusatan bahan pelajarn,
bahan pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih
mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami
pelajaran dengan ebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara
sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah-kaedah yang berkaitan
dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan
televisyen, perakam pita projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin-mesin
pengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak.

You might also like