Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Berlaku akibat dasar pecah dan perintah yang

diamalkan oleh penjajah British.



Penjajahan British telah membawa masuk ramai buruh
Cina dan India ke Tanah Melayu.

Kerajaan British telah menetapkan setiap kaum
membuat petempatan di kawasan-kawasan yang
menjadi tumpuan ekonomi masing-masing.


Kerajaan British telah meletakkan kaum Melayu di
kawasan kampung, kaum Cina di bandar dan pekan
menjalankan perniagaan manakala kaum India pula di
ladang-ladang getah.

Perbezaan petempatan telah menyebabkan mereka
sukar untuk berinteraksi.

Hal ini menyebabkan proses mencapai perpaduan
menjadi sukar.
Akibat daripada proses pecah dan perintah yang
diamalkan, orang Melayu kekal sebagai petani sara diri
dan nelayan.

Orang Cina digalakkan bergiat dalam sektor
perdagangan dan perlombongan

Kaum India pula kekal di estet-estet.

Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak
memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan
bergaul.
Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British telah
menimbulkan masalah perpaduan antara kaum.

Bagi pelajar Melayu hanya terdapat dua jenis sistem
pendidikan yang dibenarkan iaitu:
Sekolah vernakular Melayu
Sekolah aliran Inggeris

Namun, sekolah aliran Inggeris hanyalah untuk anak-
anak bangsawan manakala di sekolah Melayu pula
pelajaran hanyalah berbentuk pendidikan asas.
Bagi masyarakat India pula, sekolah Tamil dibuka di estet-
estet. Kurikulum sekolah Tamil dan guru dibawa dari India
dan mengikut sistem pendidikan di India.

Bagi kaum Cina, sistem pendidikan yang dijalankan adalah
berbeza. Guru- guru dan buku teks dibawa khas dari China
yang mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial
yang berlaku di China berbanding Tanah Melayu.

Ini jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan yang
berbeza telah memisahkan pandangan antara kaum. Di
Sabah dan Sarawak pula, pendidikan tidak diberikan.
Fahaman dan pengaruh politik setiap kaum adalah berbeza.

Bagi kaum India dan Cina, perkembangan yang berlaku di
negara asal mereka adalah lebih penting.

Setiap kaum berusahan untuk memastikan pengekalan identiti
kaum, bahasa dan budaya masing-masing.

Bagi orang Melayu pula, mereka sentiasa memastikan hak dan
kepentingan mereka di Tanah Melayu sentiasa terpelihara.

Fahaman politik yang berbeza juga telah menyukarkan Parti
Perikatan untuk memenangi majoriti 2/3 dalam Pilihanraya 1969.
Dalam bidang ekonomi, orang Melayu dan penduduk
asli yang lain menguasai bidang yang mundur.

Orang Melayu lebih menguasai sektor primer manakala
kaum Cina menguasai sektor yang lebih maju dan
berteknologi moden.

Ketidakseimbangan ini telah menyebabkan setiap
kaum saling mencemburui satu sama lain.
Setiap kaum menganut agama yang berbeza
contohnya kaum Melayu menganut agama Islam,
kaum India beragama Hindu dan kaum Cina
beragama Buddha.

Pegangan dan ideologi setiap agama adalah
berbeza.

Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya
setiap kaum sukar untuk bertolak-ansur.
Tanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun dari tahun
1942 hingga 1945.

Semasa penjajahan Jepun, mereka mengamalkan
sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberi
msayarakat Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.

Fenomena ini menimbulkan kemarahan orang Cina
dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.

Apabila Jepun menyerah kalah, kaum Cina yang
menganggotai MPAJA @ Bintang Tiga telah keluar dari
hutan dan membalas dendam terhadap orang
Melayu.

You might also like