Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1

SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULUH 21070


KUALA TERENGGANU



KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGERI
TERENGGANU


TAHUN 2014


TEMPAT :
MUZIUM NEGERI KUALA TERENGGANU

TARIKH :
4.8.2014



2



1.0 PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah satu program yang diadakan
untuk murid-murid pendidikan khas bermasalah dari aspek akademik dan pembelajaran.
Segala aktiviti yang dijalankan melalui program ini adalah bertujuan mempertingkatkan
potensi setiap murid. Dalam era pendidikan kini, matlamat pendidikan bukan sahaja
berfokus kepada kecemerlangan dalam akademik malah ia meliputi jasmani, emosi,
rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.
RASIONAL
Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negeri Terengganu telah dicadangkan sebagai
salah satu aktiviti pendidikan 2014 di luar bilik darjah bagi memberi peluang kepada
murid-murid pendidikan khas ini untuk memperoleh pengalaman baru seperti menghargai
dan mengenali kewujudan sejarah negeri Terengganu yang unik, menyemai semangat
berganding bahu, berdikari dan membina keyakinan diri di samping mewujudkan
kemahiran sosial yang positif bersama ahli masyarakat sekeliling mereka.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperoleh pengalaman melawat bersama ahli kelas selain daripada
keluarga sendiri, cuba berdikari tanpa bantuan keluarga tersayang dalam
pengurusan harian.
3.2 Membentuk konsep lawatan sambil belajar secara mendalam supaya mereka
mendapat maklumat yang berfaedah.
3.3 Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara.
3.4 Mewujudkan kemesraan dan silaturahim antara masyarakat luar dengan murid
pendidikan khas.


3




4.0 MAKLUMAT PROGRAM
4.1 Tajuk : PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MUZIUM NEGERI
TERENGGANU
4.2 Tarikh : 4.8.2014
4.3 Hari : Isnin
4.4 Tempat : MUZIUM NEGERI TERENGGANU
4.5 Peserta :

4.5.1. Murid murid Pendidikan Khas = 26 orang

4.5.2 Guru-guru = 10 orang
Jumlah = 36 orang














4




5.0 TENTATIF PROGRAM

HARI/TARIKH MASA

PENGISIAN
8.30 am 9.00 am


- Murid berkumpul di dataran terbuka
- persiapan sebelum bergerak ke destinasi
9.00 am 10.00am

- Bertolak ke destinasi


10.00 am - 10.30 am



- Tiba di destinasi
- Guru menyemak jumlah murid
- Taklimat oleh guru pembimbing berkaitan
aktiviti yang akan dijalankan dan
keselamatan

10.30 am 11.30 am - Lawatan ke dalam muzium

11.30am 12.15 tgh - Aktiviti mewarna
12.30tgh - bergerak pulang ke sekolah











5







6.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat Utama : En. Aziz Bin Mohd
( Guru Besar Sek. Keb. Kedai Buluh)


Pengerusi : En. Mohd Dzulhaimi bin Muda
(Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)

Penolong pengerusi : En. Ahmad Shabri Bin Mohd
Setiausaha : Pn Nurfarhana bt Safuan dan CIk Noraisah bt Mohamad
Bendahari : Cik Lua Hwe Ling
Ahli jawatankuasa kecil :
Pengangkutan : Guru Pendidikan Khas
Rakaman : Pn Nurfarhana bt Mohd Safuan
Persiapan Tempat : Cik Noraisah bt Mohamad &
Kawalan/Keselematan : Pn. Suriani bt Harun
Semua guru PPKI

Makanan/Minuman : Pn Napisah Bt Derahman
Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

Kebersihan Tempat : Semua Guru PPKI




6



7.0 Kewangan

7.1 Sumber
- Peruntukan sekolah

7.2 Minum pukul 10:00 pagi

Pelajar (26 orang X RM 2.50 seorang ) = RM 65


Tiket masuk ( 26 orang X RM 1.00 seorang ) = RM 26

Pengangkutan = RM 80

Jumlah = RM 171

* Mohon kelulusan dari pihak tuan untuk membiayai program ini melalui peruntukkan
perkapita LPBT Pendidikan Khas. Segala kerjasama dari pihak tuan diucapkan ribuan
terima kasih








7



8.0 PENUTUP

Apa yang kami harapkan semoga aktiviti ini memberi kesan yang bermakna kepada
murid-murid pendidikan khas. Di samping itu, semoga mendapat sokongan dan
kelulusan daripada pihak Guru Besar sekolah Kebangsaan Kedai Buluh. Kami
doakan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai
objektif utamanya. Didoakan segala usaha murni ini akan mendapat keberkatan
daripada Allah S.W.T.

Sekian,Terima kasih

Disediakan oleh : Disemak oleh :

... ...
(Nurfarhana bt Mohd Safuan) ( En. Mohd Dzulhaimi bin Muda )
Setiausaha Program Lawatan Guru Penolong Kanan Program
Sambil Belajar Ke Muzium Pendidikan Khas Integrasi
Negeri Terengganu S.K. Kedai Buluh

Disahkan oleh :


(En. Aziz bin Mohd)
Guru Besar S.K.Kedai Buluh

8

You might also like