Pengenalan Kepada Ujian, Pengukuran Dan Penilaian (DG Fatimah)

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA
UJIAN,
PENGUKURAN DAN
PENILAIAN
PENGENALAN
Ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani digubal
untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif.

DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
UJIAN
ujian adalah satu tugasan atau siri tugasan yang digunakan
untuk mendapatkan satu pemerhatian (maklumat) yang
sistematik di mana tugasan itu diandaikan mewakili ciri atau
atribut pendidikan yang hendak ditentukan
satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat
maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
boleh mengambil beberapa bentuk seperti
soalan bercetak atau lisan,
bateri prestasi tahap fizikal,
pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod
anekdot.


PENGUKURAN
menentukan bilangan pemarkahan keputusan ujian
atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan
tertentu.
ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi
nilai kepada ujian
Ditakrif sebagai satu kaedah yang bertumpu kepada
pemerolehan keputusan yang bersifat angka @
kuantitatif.


PENILAIAN
Suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data
yang diperolehi serta berupaya memberikan maklum balas terhadap
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat
membantu guru meletakkan asas keberkesanan pengajaran.

Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan..

Penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian pelajar.


TUJUAN PENILAIAN DAN PENGUKURAN
o Penilaian yang dijalankan akan dapat membantu guru menilai
kemampuan pelajar serta dapat memberikan penanda aras bagi
sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

o tujuan utama:

a) Memfokus kepada setiap orang murid

Setiap pelajar adalah unik. (memberi maklumat kelebihan /
kelemahan pelajar)
guru dapat mengaplikasikan prinsip Pendidikan Jasmani yang
bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar.


b) Menentukan status semasa pelajar

i. Pemberian gred;
ii. Mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti;
iii. Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi;
iv. Menetapkan seseorang individu dalam tertentu;
v. Menentukan aktiviti tertentu.

c) Memilih wakil sekolah

o memilih pelajar mewakili sekolah dalam sukan dan
permainan menggunakan kriteria-kriteria tertentu



d) Memotivasi Murid
memberi maklum balas prestasi kepada pelajar
positif (baik), negetif (membawa kesan menyebabkan pelajar
putus asa

e) Menilai Pengajaran Dan Program Pendidikan Jasmani
menentukan pencapaian objektif program
keberkesan program (ya / tidak)
membaiki / mengubah strategi P&P

f) Membekal maklumat untuk kajian lain
maklumat yang dihasilkan dapat digunakan untuk kajian masa
hadapan

PEMILIHAN PENILAIAN DAN PENGUKURAN
YANG BAIK
1. Ujian Berasaskan Kriteria

digunakan untuk menilai tahap prestasi kemajuan pelajar
keputusan diperolehi tidak akan dibandingkan dengan
prestasi pelajar lain
ia digunakan bagi menilai tahap kecergasan berkaitan
kesihatan
dlm pend. PJ => melibatkan pengukuran pelajar itu bg
prestasi pelajar yg dinilai

PEMILIHAN PENILAIAN DAN PENGUKURAN
YANG BAIK
2. Ujian Berasaskan Norma

guru ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu ujian
dan ia berupaya membandingkan keputusan dalam kalangan
pelajar terhadap satu kelas ataupun kumpulan.
Kaedah sering digunakan oleh guru untuk menentukan gred
yang diperoleh oleh pelajar dalam satu-satu ujian.
Norma dalam Pendidikan Jasmani sering dikaitkan dalam
pengukuran berat, tinggi, umur dan aras gred.


Miller (2006), menyatakan guru yang ingin menggunakan
ujian jenis ini perlu mengambil kira beberapa faktor seperti
berikut:

(a) Saiz sampel yang digunakan untuk menentukan
sesuatu norma itu perlu mencakupi jumlah yang besar.
(b) Populasi yang digunakan untuk membentuk norma;
(c) Norma rujukan yang dihasilkan perlulah sentiasa
dikemas kini.
PRINSIP-PRINSIP UJIAN DAN
PENGUKURAN DALAM PENILAIAN
Tiga prinsip ujian
Alat untuk mengukur keberkesanan program
boleh mengenal pasti keberkesanan sesuatu program,
sama ada ia berjaya atau tidak.

Memenuhi objektif dan keperluan
menentukan pencapaian objektif dan keperluan program
serta memberi maklum balas sama ada ia berkesan atau
tidak.

Menentukan kaedah penilaian
penilaian mestilah sesuai dengan prestasi yang akan
diukur (prosedur yang betul, objektif, ketepatan dan
menyakinkan)
OBJEKTIF
1. Menempatkan Pelajar
Ujian digunakan untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan mengikut
keupayaan masing-masing.
2. Diagnosis
Penilaian terhadap keputusan ujian digunakan untuk menentukan kelemahan
atau kekurangan pelajar dalam sesuatu kemahiran sukan. Ujian boleh
mengenalpasti komponen-komponen tertentu dalam kecergasan fizikal yang
telah menunjukkan peningkatan kesan daripada latihan dan pengajaran.
3. Motivasi
Meningkatkan motivasi pelajar. Biasanya pelajar ingin mengetahui tahap
prestasi kecergasan motor, kecergasan fizikal, dan kemahiran sukan mereka.
4. Membuat Jangkaan
Menjangka tahap prestasi kemahiran pelajar dalam aktiviti sukan yang
mempunyai potensi masa hadapan.
5. Penilaian Prestasi
4. Menentukan prestasi pencapaian pelajar dan objektif pengajaran dan
pembelajaran kerana guru perlu tahu tahap penguasaan pelajar terhadap
sesuatu kemahiran bagi menilai keberkesanan pengajarannya.

6. Penilaian Program
Dilakukan ke atas pelajar bagi menilai pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran. Menilai sama ada guru menguasai kemahiran pedagogi
dengan menggunakan keputusan ujian pelajarnya dengan skor ujian pelajar
dari kelas yang lain.
7. Membina Norma Dan Skala Skor
Data yang dihasilkan melalui proses pengukuran dapat digunakan untuk
membentuk norma ujian dan skala skor atau kedua-duanya sekali.

You might also like