BMP THN 5 Bulan Ogos

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJK(T) LADANG BANOPDANE,35500 BIDOR, PERAK.

UJIAN BULAN OGOS


BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
KERTAS 2
(PENULISAN)


Bahagian A
(10 Markah)
(Masa dicadangkan : 15 minit)
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.















Bahagian B
(30 Markah)
(Masa dicadangkan: 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 60 patah perkataan.

1. Tuliskan sebuah karangan bertajuk Keluarga Saya.
atau
2. Sekolah anda telah menganjurkan gotong-royong pada hujung minggu lepas. Tulis laporan
aktiviti gotong-royong tersebut.
atau
3. Anda dan keluarga anda telah melawat ke Zoo Negara pada hujung minggu lepas. Ceritakan
pengalaman anda itu.

Bahagian C
(20 markah)
(Masa dicadangkan : 20 minit)
Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Sujendran murid yang cacat kakinya sejak dilahirkan. Sujendran rajin belajar kerana dia
bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera. Walaupun dia berjalan tertempang-tempang, dia tidak
malu untuk ke sekolah. Kawan-kawannya juga tidak pernah mengejeknya. Mereka tahu bahawa
Sujendran tidak minta dilahirkan cacat. Malah kawan-kawannya selalu membantu Sujendran seperti
membawakan beg sekolah atau memberinya tempat duduk di dalam bas. Sujendran sangat gembira
mempunyai kawan-kawan yang baik seperti mereka. Di sekolah, Sujendran murid yang pandai
kerana dia sangat rajin belajar. Di dalam kelas, dia sentiasa menumpukan perhatian terhadap
pelajaran. Dia juga selalu membantu rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran. Dia tidak pernah
sombong atau meninggi diri. Oleh itu, semua kawan dan guru sayang akan Sujendran.






KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh:

________________________
(Pn. G. Vijayamalar)
Ketua Panitia Bahasa Malaysia

You might also like