Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEKNIK PENGUKURAN

* Semua pengukuran dalam sains merupakan ANGGARAN nilai yang sebenar.


* Proses pengukuran haruslah bermula dengan membuat anggaran bagi saiz yang
hendak diukur.
* Semua pengukuran yang diperolehi dengan alat pengukuran merupakan nilai
anggaran munasabah sahaja kerana pengukuran 100% jitu masih belum boleh dicapai.
UNIT ASAS S.I DALAM PENGUKURAN
Kuantiti Unit SI Simbol
Panjang Meter m
Jisim kilogram kg
Masa saat s
Suhu Kelvin K
Arus elektrik ampere A
* Untuk mewakili nilai kuantiti yang sangat besar atau kecil dalam unit S.I , IMBUHAN
digunakan.

NAMA IMBUHAN SIMBOL FAKTOR
PENDARAHAN/PEMBAHAGIAN
Mega M darab dengan 1,000,000 astau 10
6

Kilo k darab dengan 1,000 atau 10
3

Senti c bahagi dengan 100 atau X 10
-2

Mili m bahagi dengan 1,000 atau X 10
-3

Mikro m bahagi dengan 1,000,000 atau X 10
- 6

PEMBARIS METER
* pembahagi skala terkecil ialah 0.1 cm atau 1 mm.
* kejituan sehingga 1 mm atau 0.1 cm
----- bacaan pembaris serta nilai purata haruslah direkodkan tepat kepada 1 1 t.p
dalam unit cm dalam unit mm tanpa titik perpuluhan.
Contoh:
lebar buku = 17.0 cm (/)
lebar buku = 170 mm (/)
lebar buku = 17 cm (X)
lebar buku = 17.00 cm (X)
* Semasa membaca bacaan pada pembaris elakkan ralat paralaks ( ralat paralaks
ialah ralat yang didapati pada bacaan akibat kekudukan pemerhati yang salah).
* Cara elak ralat paralaks
- letakkan pembaris pada bahagian tepinya supaya skalanya berada tegak di atas
objek yang berukur.
* Semasa membuat ukuran selaraskan hujung objek dengan sifar pembaris (tiada
ralat sifar) atau dari satu tanda yang sesuai misalnya tanda 1.0 cm..
Tolak Skru mikrometer
* Tolak skru meter biasanya digunakan untuk mengukur jarak yang pendek seperti
diameter dawai, diameter bebola kecil, ketebalan kertas dan sebagainya.
* Tolak skru mikrometer mempunyai dua skala, iaitu skala utama dan skala
vernier.
* Setiap senggatan yang terkecil pada skala utama bersamaan dengan 0.5mm
yang mewakili satu pusingan lengkap pada bahagian bidal.
* Pada skala vernier, satu lilitan dibahagikan kepada 50 bahagian yang sama.
Oleh kerana satu pusingan lengkap bersamaan dengan jarak 0.5mm, maka setiap
senggatan pada skala vernier bersamaan dengan 0.5/50 mm iaitu 0.01 mm. Jadi
pembahagian skala terkecil tolak skru ialah 0.01 mm.
KAEDAH MENGUKUR
i. Letak objek antara rahang.
Ii. Putar bidal sehingga rahang hampir-hampir menyentuh objek.
Iii. Putarkan racet sehingga bunyi tik pertama. Tujuan memutarkan skru racet dan
memutarkan bidal adalah untuk mengelakkan objek yang diukur disepit/ditekan terlalu
kuat.
iv. Ambil bacaan.
V. Ulang langkah 1 hingga 4 pada bahagian-bahagian lain objek untuk
mendapatkan dua bacaan lagi. Seterusnya kira nilai purata bacaan.
TERMOMETER
* Pembahagian skala terkecil hendaklah dikenalpasti.
* Pemilihan termometer berdasarkan suhu maksimum yang hendak dicapai.
Contoh: Termometer julat - 10 c hingga 11) c sesuai untuk takat didih air (takat didih
air 100 c)
untuk ukur suhu > 100 c tetapi < 300 c, termometer dengan julat 0 c hingga 360 c
sesuai digunakan.
KAEDAH GUNA TERMOMETER
i. Sebelum suhu cecair diukur, cecair harus dikacau dengan rod pengacau
supaya suhunya menjadi seragam.
ii. Kemudian letakkan termometer ke dalam cecair tersebut supaya seluruh
bebuli termometer berada di dalam cecair.

iii. Semasa suhu dibaca , mata haruslah separas dengan meniskus cecair untuk
elak ralat paralaks.
iv. Kaedah membaca skala dalam termometer ditunjukkan dalam rajah berikut.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
* jangan guna termometer sebagai pengacau
* jangan kacau terlalu kuat sehingga tumpah.
* Pastikan termometer tidak sentuh dasar bekas.
* jangan kacau terlalu lama sehingga suhu diubah.
* jangan letakkan termometer dalam cecair yang suhunya melebihi had atas
termometer.
Contoh: Minyak mendidih > 110 c.
Termometer -10 c -- 110c tidak sesuai.
ALAT PENGUKUR ELEKTRIK
ammeter dan miliammeter
* Ammeter dan milimeter masing-masing digunakan untuk mengukur arus elaktrik
dalam unit ampere (A) dan miliampere (mA) .
* Cara penggunaan:
i. Perhatikan kedudukan asal penunjuk pada skala. Jika jarum penunjuk tidak berada
pada sifar kembali ke sifar , putarkan palaras sifar supaya penunjuk kembali ke sifar.
ii. Jika pelarasan tidak dapat dilakukan, rekodkan ralt sifar.
iii. Sambung secara selari.
iv. Terminal (+ve) alat sambung ke terminal + ve litar dan sebaliknya.
V. Semasa bacaan diambil pastikan mata berada betul-betul tegak, di atas
penunjuk yang pegun. Bagi alat yang mempunyai cermin paralaks, apabila mata
berada betul-betul di atas penunjuk , imej bagi penunjuk yang dibentuk dalam cermin
tidak dapat dilihat bagi penunjuk yang dibentuk dalam cermin tidak dapat dilihat kerana
imej itu berada betul-betul di bawah penunjuk.
* langkah berjaga-jaga;
i. Jangan sambungkan ammeter atau milimeter terus kepada bekalan elaktrik.
ii. Pastikan sambungan adalah betul.
iii. Jangan guna alat untuk mengukur nilai arus yang melebihi had ukurannya.
VOLTMETER DAN MILIVOLTMETER
* Voltmeter dan milivoltmeter masing-masing digunakan untuk mengukur beza
keupayaan dalam unit volt (V) dan milivolt (mV).
* Kaedah penggunaan:
i. Perhatikan kedudukan asal pada skala. Jika jarum penunjuk tidak berada pada
tanda sifar, puturkan pelaras sifar supaya penunjuk kembali ke sifar.
ii. Sambungan secara selari iaitu terminal positif alat disambungkan ke terminal
positif bateri, begitu juga bagi sambungan nagatif.
iii. Semasa bacaan diambil, pastikan mata anda berada betul-betul tegak di atas
penunjuk yang pegun.
GALVANOMETER
1. Galvanometer digunakan untuk:
(a) menyukat arus yang terlalu kecil (dalam tertib beberapa mikroampere)
(b) menunjukkan bahawa tiada arus yang mengalir melalui satu bahagian tertentu
dalaam litar (untuk mendapatkan titik keseimbangan).
2. Sambungkan wayar dari litar kepada terminal positif (=) dan negatif (-) pada
galvanometer. Pastikan sambungannya adalah betul.
3. Penunjuk galvanometer akan terpesong apabila terdapat arus yang mengalir
dalam litar.
Jika jarum berarah ke kanan --- menunjukkan arus bergerak dari positif (+) ke negatif (-
).
Jika jarum berarah ke kiri ------ menunjukkan arus bergerak dari negatif (-) ke positif (+).
4. Jika tiada arus yang mengalir melalui satu bahagian tertentu dalam litar,
penunjuk akan tunjuk ke angka sifar, Titik keseimbangan dicapai.
5. Galvanometer mudah rosak. Oleh itu galvanometer mesti dilindungi dengan
susunan suis tekan dari perintang kawalan.
PERINTANG
i) Fungsi - mengurangkan dan menghadkan pengaliran arus dalam litar. Jika
rintangan tinggi, arus rendah dan sebaliknya.
ii) unit perintang - rintangan disukat dalam unit ohm.
Imbuhan:
1000 ohm = 1 k ohm
100000 ohm = 10k ohm
1000000 ohm = 1M ohm
iii) jenis perintang:
a. Perintang tetap - Nilai rintangannya tetap.
b. Perintang boleh laras - nilai perintang berubah-ubah mengikut keperluan
rintangan yang diperlukan.
iv) Nilai rintangan perintang tetap dapat ditetapkan dengan sistem kod warna . setiap
warna mewakili angka yang ditetapkan.
Nombor Warna
0 hitam
1 perang
2 kerah
3 oren (jingga)
4. Kuning
5. Hijau
6. Biru
7. Ungu
8. Kelabu
9. Putih
Cara membaca nilai rintangan
a. Kod warna dibaca dari kiri ke kanan bahagian yang mempunyai tiga warna
berdekatan/
b. Jalur pertama untuk angka (dijit) pertama
jalur kedua untuk angka (dijit) kedua
jalur ketiga untuk pendarab atau uumlah sifar seterusnya.
Jalur keempat untuk toleransi (had terima) iaitu perbezaan lebih dan kurang antara
rintangan sebenar dengan rintangan yang dinyatakan.
Toleransi
20% - Tanpa warna
10% - perak
5% - Emas
2% - Merah
1% - Perang

You might also like