Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Cerita Sang Kancil, Kura-kura dan Monyet

Indahnya suasana di dalam rimba hari ini, burung-burung berkicauan, semua haiwan
keluar bekerja. Di dalam hutan rimba tinggal pelbagai jenis haiwan. Antaranya ada
sang kancil, sang kura-kura dan sang monyet. Sang kancil merupakan seekor
haiwan yang pintar. Sang kancil juga mempunyai seekor sahabat karib iaitu sang
kura-kura. Mereka hidup dengan aman damai dan riang gembira. Sang kancil dan
sang kura-kura mempunyai satu taman mereka sendiri. Pada hari itu, ketika sang
kancil dan sang kura-kura sedang bekerja di taman mereka, sang monyet telah
datang ke taman itu. sang monyet telah tertarik dengan pelbagai jenis buah-buahan
yang terdapat di taman itu.
Sang monyet telah berkata.

(monyet merangkak sambil memegang perutnya)
Monyet : Tolong aku sang kancil dan sang kura-kura, perut aku sakit. Sudah
tiga hari aku tidak makan.
Sang kancil : Kesiannya awak sang monyet. Ambillah buah-buahan yang terdapat di
taman ini. Saya dan kura-kura benarkan.
Monyet : Terima kasih sang kancil dan sang kura-kura. Baik sungguh hati
berdua. Eh, buah apa merah itu? Saya nak makan buah itulah.
Kura-kura : Sama-sama monyet. Eh, buah itu kamu tak boleh makan monyet, tapi
buah lain boleh.
Monyet : Ahh aku tak kira. Aku nak makan buah itu juga!!
Kancil : Jangan degil monyet nanti kamu akan menyesal.
(monyet berlari dan terus memakan buah lada tersebut)
Monyet : Ahhh pedasnya!! Buah apa ini? Aku tak tahanlah.
Kura-kura : Itulah kau monyet. Aku dah pesan jangan makan buah itu tapi kau
degil.
Kancil : Betul tu kura-kura. Itulah kau monyet, lain kali ingat pesan dari kawan-
kawan. Jangan degil.
Monyet : Ya kawan-kawan. Aku dah menyesal dengan perbuatan aku. Lain kali
aku akan ikut semua nasihat yang baik.

You might also like