Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Pelan dan Susun atur bilik PSV

Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian
yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui
peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa
kita sedari.

Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan
tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual.
Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga
infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu
Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.
Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai
pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui
pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan
keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan
mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran
pengurusan.





Petunjuk


Tong sampah

Kerusi

Skrin LCD

Meja Guru

Sinki

Akuarium

Papan skrin

Papan kenyataan

Tingkap
Kabinet penyimpanan peralatan

Sudut kraftangan
Alat pemadam kebakaran

Peti ubat



Justifikasi Pelan lantai

1. Trapuitik -yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri
kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni
perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.

2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya
ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus.

3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat
yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain,

4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain

5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya
mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan
sebagainya.

6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang
kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua
bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan
reka bentuk.

7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.
8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan
P&P.


HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI

A. RUANG CETAKAN
Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai
alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat
konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak
konvensional seperti :
Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print,
Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint
Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital
print.
Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni
hasil gabungan teknologi moden dan konvensional.

B. RUANG AKSES ICT
Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh
pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan
visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa.

Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum.
Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan
pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga
kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan
kasut pada arak kasut yang telah disediakan.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang
terdapat di sini juga dapat
dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan
masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang
digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan
butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah
juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam
ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan
melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.

C. STOR
Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk
menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat
aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini
kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-
bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis
alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz,
12cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting,
pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan
ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat
atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang
dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih
untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.
Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan
supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor
yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana
sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya.
Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka
habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang
dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu
mudah.

D. RUANG PEJABAT SENI
Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga
berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod,
penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga
digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang
diterima daripada pembekal.

E. BILIK AIR/TANDAS
Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa
disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini
juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip
menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan
teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air.
Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak
digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip
sekiranya tangan licin atau berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan
exhaustfan untuk menyedut udara panas.

F. TAMAN ILHAM
Ruangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk
bersantai setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. Murid-murid atau
pengunjung-pengunjung yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui
dua buah sudut alam yang disediakan di situ. Sudut alam itu merangkumi kawasan
taman yang menghijau dan terdapat kolam ikan juga beberapa jenis haiwan seperti
beburung, arnab juga serangga seperti rama-rama yang berwarna-warni.
Suasana ini sudah pasti memberi ketenangan kepada pengunjung-pengunjung yang
hadir apabila melihat keletah arnab-arnab yang berlari-lari, beburung yang
berterbangan di dalam sangkar juga kilauan rerama yang dapat memberi inspirasi
kepada semua. Tidak lupa juga dengan pergerakan ikan-ikan yang berenang-renang di
dalam kolam yang lengkap dengan landskap yang cantik.
Di samping dapat berehat dan menenangkan fikiran, kawasan ini juga untuk mendapat
kenalan baru apabila pengunjung-pengunjung datang ke ruangan ini sambil berehat
dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama.
Ruangan ini mempunyai bumbung berkaca yang membolehkan cahaya dari atas
menerjah masuk. Walau bagaimanapun di kawasan ini juga ada disediakan sistem
pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada pengunjung-pengunjung.

G. KORIDOR
Dinding koridor ini boleh digunakan oleh pelajar melukis mural yang boleh dipadam dan
digunakan kembali mengikut keperluan. Dengan ini mural-mural selalu bertukar ganti
dan dibuat mengikut design atau ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas untuk
pelajar melukis mural, ianya memudahkan lagi hasil-hasil seni pelajar dipamerkan
secara tidak langsung
.
H. RUANG UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Ruang ini terletak di kawasan tengah bilik menjadi tempat berlangsungnya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Didalam ruang ini ditempatkan meja, kerusi, kabinet
menyimpan barangan, tong sampah, pentas persembahan murid serta beberapa
kelengkapan lain yang bersesuaian. Bilik ini boleh menempatkan lebih kurang 40
orang murid juga peserta dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana
konsep bangunan ini bercorak futuristik maka perabot-perabot yang digunakan juga
adalah yang canggih dan terkini. Sebagai contoh kerusi yang digunakan oleh murid-
murid boleh dilaraskan mengikut saiz dan ketinggian murid atau peserta-peserta yang
menggunakan kerusi tersebut. Ini akan memberi keselesaan dan keseronokan apabila
berada di atas kerusi tersebut.
Kerusi guru juga tidak kurang hebatnya kerana selain daripada selesa, guru juga boleh
bergerak dalam bilik tersebut tanpa berjalan kerana kerusi ini ada akses kawalan yang
membolehkan kerusi ini bergerak dengan lancar. Walau bagaimanapun terpulang
kepada guru tersebut sama ada mahu menggunakan akses tersebut atau tidak. Pentas
di dalam bilik ini juga disesuaikan dengan baik sekali supaya semua murid yang
menggunakan bilik tersebut dapat melihat dengan jelas sesuatu bentuk aktiviti yang
dijalankan dari pelbagai sudut. Pentas ini juga digunakan untuk sebarang presentation
daripada murid mahupun daripada tenaga pengajar.

I. BLOK PAMERAN
Blok pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni di dalam ruangan utama
pengajaran dan pembelajaran. Ianya memudahkan sesiapa sahaja yang berkunjung
untuk melihat hasil-hasil seni pelajar yang dipamerkan. Rak kayu yang diletak ditengah-
tengah ruang pameran dapat mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti
arca, assemblaj, stabail, boneka, diorama, model dan origami. Selain itu juga guru
boleh mempamerkan hasil kraf tradisional seperti tembikar, anyaman, seni ukiran kayu,
gasing dan sebagainya.
Seterusnya dengan adanya papan pameran gantung juga dapat mempamerkan hasil
pelajar seperti mobail, topeng, model dan sebagainya. Objek-objek ini mampu untuk
meransangkan deria pelajar disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihat
dan menyentuh objek tersebut.

J. RUANG TEKSTIL
Tidak jauh dari ruang tembikar, terletak ruang tekstil. Ruang ini juga tidak jauh beza
penggunaannya dengan ruang tembikar. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah
sama, cuma dari segi peralatan, proses dan produknya adalah berbeza. Di dalam bilik
ini terdapat ketuhar pemanas, tempat mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja
untuk menekap kain, ampaian untuk menjemur kain juga peralatan lain yang
bersesuaian.
Proses untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. Dari sehelai kain
putih yang kosong sehinggalah menjadi sehelai kain yang lengkap dengan pelbagai
corak melalui proses menekap, melukis secara free hand dan pelbagai teknik terkini
mengikut teknologi sekarang iaitu menggunakan komputer.
Jika pada masa dahulu bilik memproses tekstil menggunakan cara manual, di ruang ini
pula terdapat ke dua-dua cara sama ada secara manual atau menggunakan komputer.
Ini bertujuan untuk menampilkan kelebihan dan juga kekurangan apabila kita
menggunakan cara manual mahupun dengan menggunakan komputer. Ruang tekstil
juga menggunakan tingkap automatik pada sebelah atas dinding untuk mendapatkan
pengudaraan yang sistematik.

K. RUANG TEMBIKAR
Bilik seni ini juga dilengkapi dengan ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi dengan alat-
alat untuk membuat tembikar seperti tanah liat, mesin acuan, mesin ketuhar, tanur
elektrik, batu-bata yang berasaskan aluminium silikat untuk tujuan pembinaan dan lain-
lain bahan yang berkaitan. Ruang ini khusus untuk peserta-peserta membentuk
tembikar yang diingini.. Selain daripada alat-alat tembikar, ruang ini juga dilengkapi
dengan sudut pameran tembikar untuk dipamerkan kepada pengunjung yang hadir.
Oleh kerana ruang ini tidak sesuai untuk dipasangkan pendingin hawa maka tingkap
kawalan automatik dibina di bahagian atas dinding dengan tujuan memberi ruang untuk
pengudaraan yang lebih sistematik. Semua akses hanya dengan menekan butang-
butang kawalan yang sangat mudah dioperasi. Ciri-ciri keselamatan juga sangat
diutamakan di sini seperti pemadam api yang dikawal secara automatik dan pantas.
Semua ini adalah antara konsep futuristik yang terdapat dalam ruang ini untuk
kemudahan dan keselesaan murid-murid juga pengguna-pengguna yang menggunakan
ruang ini.

STRUKTUR BINAAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
Struktur binaan bilik hendaklah menekankan aspek-aspek keselamatan. Pada dasarnya
struktur bangunan yang terdapat bilik seni mestilah mempunyai ketahanan yang baik
dan dapat mengelak daripada kebakaran berlaku. Ini dapat dicegah melalui
penggunaan bahan kalis api. Selain itu bahan binaan itu juga seharusnya dapat
membataskan pergerakan api ke bahagian lain dengan cepat.
Bahan binaan bangunan juga perlu mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menyerap
haba, ini penting kerana aktiviti di bilik seni terutama di ruang tembikar menggunakan
banyak bahan api. Setiap ruang di dalam bilik seni ini dihalang oleh dinding. Dinding ini
dibina dengan bahan yang kalis bunyi untuk mengelakkan daripada berlakunya
suasana bising yang boleh mengganggu setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik
seni ini.
Di dalam bilik seni ini juga ada disediakan sinki untuk membasuh alat-alat yang telah
digunakan dan disimpan semula ke dalam kabinet. Bagi penggunaan sinki, pengguna
hanya perlu menghulurkan tangan dan air akan keluar dengan sendiri sama ada air
biasa atau air yang bersuhu panas dimana ianya menggunakan teknologi sensor. Sinki
ini juga boleh disorokkan seandainya tidak perlu digunakan. Kabinet yang terdapat di
sini akan masuk ke dalam dinding sewaktu tidak digunakan dan akan keluar semula
seandainya perlu digunakan. Ini semua adalah untuk menjimatkan ruang dan memberi
keselesaan kepada pengguna-pengguna.
Oleh kerana bilik seni ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlaku
kemalangan, maka di sini juga disediakan peralatan kecemasan. Peralatan kecemasan
yang disediakan bertujuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal
berlaku sewaktu proses mencanting dan seumpamanya. Ruang untuk menyimpan
peralatan kecemasan ini adalah tahan daripada segala bentuk bencana seperti
kebakaran dan sebagainya.

REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
selesaikan tugasan yang telah diberikan. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu kerana telah banyak memberi
dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha menyelesaikan tugasan ini.
Saya juga begitu bertuah dan berbesar hati kerana mendapat rakan tugasan yang
menunjukkan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan yang diberikan.
Kerjasama, tunjuk ajar, mesra dan bimbingan yang diberikan memudahkan lagi usaha
saya menyiapkan tugasan ini.
Tugasan yang telah diberikan ini perlu dilakukan secara individu. Saya memulakan
tugasan sebaik sahaja taklimat diberikan. Saya bertanggungjawab untuk mencari
maklumat domain taksonomi bloom yang mana boleh digunakan oleh guru dalam
proses penilaian terhadap pelajar mereka. Setelah mengumpul maklumat secukupnya
dari buku dan internet, saya memulakan tugasan saya dengan menyediakan nota
ringkas daripada maklumat yang telah saya dapat dan juga membuat pelbagai
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat melalui tugasan yang telah
diberikan. Antaranya ialah dari segi menilai aras atau peringkat kognitif sesuatu soalan.
Domain taksonomi bloom juga banyak membantu dalam proses menyediakan soalan
untuk menilai tahap kefahaman murid. Secara ringkasnya, domain taksonomi bloom
banyak membantu guru dalam proses penilaian terhadap murid-murid dan juga boleh
diaplikasikan dalam pelbagai cara.
Setelah mempelajari dan mendalami subjek ini, saya dapat simpulkan bahawa tugasan
ini memberikan saya seribu satu maklumat dan pendedahan tentang taksonomi bloom
dan peringkatnya. Dengan ini, saya amat berterima kasih kepada ahli kumpulan yang
banyak membantu dalam usaha mencari maklumat tentang tugasan ini dan juga tidak
dilupakan kepada pensyarah pembimbing kami, Encik Ramlan yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan garis panduan tentang tugasan ini.

Sekian terima kasih.










Rujukan
www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan
itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/pengurusan-studiobilik-seni-di-sekolah.html
norsaritanaini.com/2010/05/09/kursus-mencanting-batik/
www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=11&title=pengenalan-
pgsrpsv.webs.com
sd15.edu.my/files/sp_pseni_kbsr.pdf
shimnadazone.blogspot.com/2010/04/seni-mencanting-batik.html
malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm
bahagianrekaan.blogspot.com/2011/12/bengkel-rekaan-dan-operasi-pengeluaran.html
albert.tembikar.blogspot.com/2009/11/seramik.html
ikn.kraftangan.gov.my
psv&more=1&c=1&tb=1&pb=1
www.senivisual.com/2011/02/pendidikan-seni-visual-3-kod-26113.html
www.scribd.com/doc/42317699/TOPIK-10
www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan

You might also like