Laporan Orientasi Program Pembangunan Guru Baharu (Slot 1)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014

PEGAWAI PENDIDIKAN PERKHIDMATAN SISWAZAH (PPPS)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU
(NORLY EMILIA RAMLY)

LAPORAN MINGGU ORIENTASI (Minggu ke-4)
SLOT 1

Bil. Perkara : Keterangan
1. Tarikh : 23 Januari 2014 (Khamis)
2. Masa : 6.40 pagi 9.00 pagi
3. Bidang : Maklumat Umum dan Pengurusan Pentadbiran Sekolah
Pengetua : Miss Ang Siew Jin
4. Aspek : i) Sesi suaikenal bersama guru-guru baharu.
ii) Latar belakang sekolah.
iii) Pencapaian Sekolah
5. Objektif : 1) Merapatkan silaturrahim dan meningkatkan komunikasi antara
guru-guru baharu dengan kakitangan sekolah yang lain.
2) Mendedahkan guru baharu dengan system pentadbiran sekolah,
peraturan sekolah, kemudahan prasarana sekolah dan latar
belakang sekolah.
3) Memaklumkan kepada guru baharu pencapaian SMK Merbau
dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri sejak tahun
2004 hingga kini.
6. Aktiviti : 1) Roll call bersama warga SMK Merbau
2) Pengetua SMK Merbau, Miss Ang Siew Jin mengarahkan semua
guru baharu mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk
berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah dan membuat penilaian
dari segi kelebihan dan kekurangan prasarana dan budaya
sekolah.
- Sesi sumbang saran bersama pengetua untuk setiap kelebihan
dan kekurangan yang dilihat sepanjang 20 minit pemerhatian.
Cadangan penambahbaikkan untuk setiap kekurangan juga
turut dibincangkan.
3) Pengetua SMK Merbau memperkenalkan diri dan mengalu-
alukan kemasukkan guru-guru baharu seramai lima orang.
LAPORAN PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014
PEGAWAI PENDIDIKAN PERKHIDMATAN SISWAZAH (PPPS)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU
(NORLY EMILIA RAMLY)
4) Setiap seorang daripada guru-guru baharu memperkenalkan diri
masing-masing :-
i- Raja Mohd Azan Bin Raja Sulong.
ii- Mohd Syafie Bin Mohd Adam
iii- Rosmaida Binti Mohd Resdi
iv- Nor Hayati Binti Kamisman
v- Norly Emilia Binti Ramly
5) Pengetua memaklumkan kepada guru baharu mengenai sesi
orientasi guru baharu yang akan berlangsung selama lebih kurang
dua minggu diikuti dengan pelaksanaan Program Pembangunan
Guru Baharu yang dijalankan dalam tempoh setahun
perkhidmatan.
- Beliau mengedarkan bahan-bahan dan maklumat yang
berkaitan sekolah untuk dimasukkan dalam portfolio Program
Pembangunan Guru Baharu. (logo, visi, misi, rukun Negara
dan lain-lain). Rujuk Lampiran
- Beliau turut mengedarkan garis panduan penyediaan Fail
Persediaan Mengajar Guru. Rujuk Lampiran
6) Beliau menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai maksud
visi sekolah iaitu :
SMK Merbau SEKOLAH BINTANG 2015
SEKOLAH BINTANG membawa maksud membudayakan
setiap warga SMK Merbau boleh memberi sumbangan untuk
pencapaian unggul sekolah ini.
Sejajar dengan itu, Program Lencana Bintang diperkenalkan
untuk menggalakkan para pelajar terus memberi sumbangan
terhadap sekolah.
7) Pengetua turut menegaskan mengenai kepentingan tanggapan
pertama / first impression para pelajar terhadap guru baharu
yang bakal melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Hal ini
penting agar guru dapat mengawal kelas dan menjalankan sesi
LAPORAN PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014
PEGAWAI PENDIDIKAN PERKHIDMATAN SISWAZAH (PPPS)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU
(NORLY EMILIA RAMLY)
pembelajaran dan pengajaran (pdp) dalam keadaan yang kondusif
dan berkesan.
8) Pengetua menekankan beberapa prinsip dan pegangan beliau dan
menyarankan para guru untuk mematuhi setiap garis panduan
berikut untuk bergelar seorang pendidik.
a- Memantau kebersihan di luar dan dalam kelas sebelum
bermulanya sesi pdp.
b- Guru tidak digalakkan untuk hanya duduk di kerusi dan meja
guru sewaktu pdp dijalankan.
c- Memastikan setiap pelajar memberikan fokus sepenuhnya
dan mendengar arahan guru sewaktu sesi pdp.
d- Sentiasa menjaga batas/sempadan antara guru dan pelajar
e- Tegas dalam mendidik pelajar tetapi bukan garang
f- Mengawasi gerak laku pelajar agar tidak mengganggu atau
tidur sewaktu proses pdp dilaksanakan.
g- Bersuara lantang dan jelas sewaktu memberi arahan dan
proses pdp
h- Menjaga penampilan diri sebagai seorang guru dari segi:-
Cara berpakaian
Tanda nama
Tingkah laku
i- Kehadiran ke sekolah
j- Jaga etika sebagai seorang guru tidak menyebarkan berita-
berita tidak sah sesame rakan sejawat
k- Semangat kerja berpasukan
l- Laporan Nilai Tahunan
9) Beliau mengedarkan analisis keputusan Peperiksaan Menengah
Rendah (PMR) 2013 yang menunjukkan peningkatan dalam Gred
Purata Mata Pelajaran berbanding tahun lalu.
- SMK Merbau juga telah dua tahun berturut-turut berjaya
LAPORAN PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014
PEGAWAI PENDIDIKAN PERKHIDMATAN SISWAZAH (PPPS)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU
(NORLY EMILIA RAMLY)
mempertahankan Anugerah Khas Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) bagi tahun 2011 dan 2012
7. Penilaian : Semua bentuk bahan dan maklumat yang disampaikan oleh Pengetua
adalah sangat berguna dan penting sebagai rujukan dan garis panduan
kepada guru-guru baharu untuk memulakan dan melaksanakan tugas
sebagai pendidik di SMK Merbau ini. Segala makluman yang
disampaikan oleh Pengetua sangat jelas dan dapat memberi kefahaman
dalam hal-hal pentadbiran dan maklumat umum sekolah ini.
8. Rumusan : Persekitaran yang selamat, kemudahan yang lengkap dan pengurusan
sekolah yang sistematik sememangnya membantu memudahkan
perjalanan pentadbiran sekolah dan membantu dalam peningkatan
pencapaian sesebuah sekolah.



.
TANDATANGAN GURU ( CIK ANG SIEW JIN )
(NORLY EMILIA BINTI RAMLY) Pengetua,
SMK Merbau.

You might also like