3 Laporan Reflektif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

LAPORAN REFLEKTIF

Peserta perlu membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang
program?
Pada 27/03/2012 hingga 31/03/2012, kami kumpulan T1S1MU1 bersama
T1S1MU2 dan kumpulan Pengajian bahasa cina telah melaksanakan BIG iaitu Bina
Insan Guru di Kem Rimba, Pulau pangkor. BIG ini merupakan BIG siri ketiga untuk
ambilan kami dan pertama buat kami kumpulan T1S1MU1. Selain itu, di dalam BIG ini
saya telah mengambil peluang untuk menjadi salah satu AJK iaitu AJK Moral dan
Kerohanian bersama kawan saya iaitu Asyraf Syahir bin Tarmizi. Aktiviti BIG ini telah
dijalankan selama 4 hari dan 3 malam dan kami telah menggunakan 3 jenis kenderaan
sepanjang kami mengikuti BIG ini iaitu Bas, Feri dan Van. Terdapat beberapa perkara
yang diwajibkan untuk kami lakukan semasa berada di BIG ini antaranya ialah memakai
topi Institut Pedidikan Guru (IPG) dan memakai Tag Nama berserta nbama ahli
kumpulan sepanjang perjalanan kami pergi dan balik dari Pulau Pangkor serta
mengikuti semua aktiviti rasmi BIG ini kecuali aktiviti air yang telah kami laksanakan
pada hari kedua BIG kami malah kami juga telah dimestikan untuk membawa kain andu
dan selipar kalis air serta kami juga diwajibkan membawa 4 jenis baju yang kami 3
kumpulan ada iaitu baju putih, baju merah, baju ungu, dan baju rumah sukan masing-
masing.
Untuk hari yang pertama kami telah berkumpul di Gelenggara, Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) pada pukul 8.00 am dan setelah
mengangkat serta menyusun barang didalam bas, kami telah bertolak pada pukul 8.45
am dan telah sebentar di julu R&R untuk bersarapan pagi sebentar kemudian kami
telah meneruskan perjalanan selama kira-kira 4 jam dan kami telah berhenti di Marina
Island Jetty untuk menunggu Feri untuk pergi ke Pulau Pangkor. Setelah sampai ke
Pulau pangkor kami telah menaiki van yang telah diuruskan olek pensyarah kami untuk
sampai ke tapak perkemahan BIG kami iaitu di Kem Rimba, Pulau Pangkor. Setelah
tiba di tapak kem, kami telah pergi ke dewan makan kem tersebut untuk makan tengah
hari dan sebelum kami mendirikan kemah kami semua, kami telah berikan sedikit
taklimat bersama Kem Komanden kami iaitu Encik Azman dan beberapa peringatan
daripada pensyarah yang lain. Sebagai pengetahuan, Terdapat beberapa pensyarah
telah mengikut kami semasa kami pergi ke Pulau Pangkor antaranya ialah Mohanaraju
A/L Annamalai, Joyce Ong Choon Kim, En Anuar, En Azman dan pensyarah lain.
setelah selesai taklimat tersebut kami telah pergi bersama-sama untuk mendirikan
khemah kami dan sebagai ketua untuk khemah tersebut saya telah cuba bersama
rakan-rakan saya yang lain untuk mendirikan khemaha tersebut dan akhirnya kami
Berjaya juga. Setelah itu, kami telah mengikuti aktiviti Bantu Mula bersama ahli
kumpulan kami iaitu kumpulan F dan kami telah melihat beberapa jenis pertolongan
antara ialah kayu usungan untuk membantu rakan kita yang sedang pengsan ataupun
tidak dapat berjalan yang diterang kan oleh Encik Anuar, kemudian kami juga belajar
untuk melakukan CPR iaitu alat bantu penafasan yang disampaikan oleh En dan kami
juga belajar untuk melakukan balutan menggunakan kain andu bersama En kwan Nam
Poh bersama madam Joyce. Kemudian kami telah diberi peluang untuk menyiapkan diri
kami dan makan malam kerana pada malam tersebut kami ada aktiviti iaitu Latihan
Dalam Kumpulan (LDK). Suatu aktiviti LDK pada malam tersebut, kami telah
melaksanakan sedikit aktiviti Ice Breaking iaitu kami disuruh memilih rakan kami
disebelah kami dan kami diminta untuk menyatakan syabas kepada rakan kami itu
bahawa dia Berjaya masuk ke IPG dan kami juga disuruh untuk mengurut rakan kami
itu dan sebaliknya mereka akan mengurut kami semula, ini sungguh menyeronokkan .
setelah habis Ice Breaking tadi, kami telah diberi satu kertas bersaiz A4 dan kami
diminta untuk melipat kertas tersebut sebanyak 4 kali serta mengoyak sebahagian kecil
kertas tersebut pada bahgian bawah sebelah kanan dimana kami berhenti melipat
kertas tersebut. Setelah mengoyakkannya kami dapati ada sesetengah guru pelatih
mendapat lubang di tengah kertas da nada juga yang mendapat koyakan di bahagian
tepi dan bukan di bahagian tengah kertas tersebut. Selepas itu, kami telah diarahkan
untuk mengoyakkan kertas A4 tersebut kepada 4 bahagian dan kemudian kami disuruh
untuk menandatangani kertas tersebut. Setelah En Anuar memunggut kertas tersebut
dan memberikan kertas tersebut kepada orang lain. Kemudian kami disuruh untuk
mencari tandatangan kami dan orang mencari tandatangan kami diminta untuk meminta
nama kelas dan nama pensyarah pembimbing untuk kem BIG kami ini dan kertas
selebohnya kami gunakan untuk aktiviti berkaitan dengan tarikh lahir serta aktiviti
berkaitan dengan nilai yang paling kami rasa nilai tersebut sangat penting, kemudian
untuk aktiviti terakhir kami telah disuruh untuk menulis nama kami di salah satu kertas
yang dikoyak dan seterusnya En Anuar membahagikan secara rawak nama kami
kepada orang lain dan setiap dari kami mesti mendapatkan 1 nama yang menjadi
rahsia kami sahaja dan kami perlu memperhatikan orang empunya nama tersebut
dengan menulis kebaikan atau sikap positifnya sahaja sepanjang menjalankan BIG ini.
Setelah LDK tersebut habis kami telah berkumpul sekejap untuk taklimat berkaitan
aktiviti keesokan harinya dan sedikit teguran berkaitan dengan kesalahan yang kami
lakukan serta saya juga mengambil peluang untuk memberikan tugas kepada ketua-
ketua moral dan kerohanian untuk menyediakan 1 aktiviti untuk menjadi pengisian
untuk aktiviti moral dan kerohanian pada pukul 6.00-7.00 am. Kemudian kami telah
pergi ke dapur untuk mendapatkan supper kami dan pergi terus pergi ke khemah kami
untuk tidur malam.
Pada hari yang kedua, saya telah bangun awal iaitu pada pukul 5.30 am dan
saya telah pergi ke bilik mandi untuk mandi serta bersiap sedia untuk aktiviti moral dan
kerohanian pada pukul 6.00 am sehingga 7.00 am. Pada aktiviti moral tersebut, guru
pelatih yang bertugas telah menyediakan permainan penyampaian cerita dan orang
yang paling depan bagi setiap kumpulan yang telah diberi akan mendengar cerita
tersebut kemudian orang yang paling depan itu tadi perlu menyampaikan cerita kepada
orang yang di belakang dan kemudian orang yang paling belakang perlu
menyampaikan lagi cerita tersebut kepada orang yang belakang dan seterusnya dan
orang paling belakang perlu datang ke depan untuk menyampaikan cerita tersebut
kepada semua kumpulan. Ini sangat menghiburkan kerana semua kumpulan
menyampaikan cerita berbeza daripada cerita sebenar. Selepas aktiviti tersebut kami
telah berkumpul untuk menyanyikan 4 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu IPG, lagu
Guru Malaysia dan lagu Perajurit Tanah Air. Kemudian sedikit bacaan doa daripada
Mohd Hafiz. Kemudian sekali lagi kami telah diberi taklimat mengenai aktiviti kami iaitu
aktiviti air iaitu terdiri daripada aktiviti water confident, membuat rakit serta mendayun
rakit dan berkayak ke Pulau Giam dan kami juga belajar orienteering bersama En
Kwan Nam Poh. Untuk memudahkan aktiviti ini dijalankan kami telah membahagikan
kami semua kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pertama yang terdiri daripada
kumpulan A hingga kumpulan D dan kumpulan kedua ialah yang terdiri daripada
kumpulan E hingga Kumpulan G. Dimana kumpulan A akan pergi ke Aktiviti air dahulu
dan kumpulan B akan pergi ke aktiviti Orientering dan seterusnya kami akan berganti di
antara satu dengan lain. Semua aktiviti ini habis pada pukul 7.30 pm. Setelah bersiap
dan makan malam kami sekali lagi mengadakan LDK ke di dewan dan kami telah
mengadakan beberapa aktiviti seperti aktiviti membentuk tugu dalam kumpulan. selain
itu, aktiviti memberi surat yang mengandungi pemerhatian pelajar guru terhadap sikap
positif rakan mereka dan aktiviti telah dipimpin oleh Encik Anuar. Kemudian, En Mat
Salleh telah membawa beberapa aktiviti yang dapat membantu kami semua dalam
menjadi lebih fokus terhadap apa yang kami lakukan.
Setelah selesai LDK tersebut, kami telah mendengar sedikit taklimat mengenai aktiviti
pada hari esok. kemudian kami telah pergi "supper" dan balik ke khemah.
Pada hari yang ketiga, kami telah memulakan hari kami dengan aktiviti moral dan
kerohanian, kemudian kami ada nyanyian lagu dan sedikit latihan regangan dan
bermain kriket sekejap sebelum mengadakan "hiking". Sebelum itu, kami telah
bersarapan pagi dahulu. Semasa kami mengadakan "hiking", kami telah pergi mendaki
bukit dan pulang kembali mengikut jalan yang sama kerana ramai guru pelatih tidak
larat untuk pergi jauh lagi kemudian kami telah singgah sebentar di kedai di tepi pantai
kemudian kami telah membeli beberapa makanan sebagai pengisi perut kami.
Kemudian kami sekali telah meneruskan perjalanan kami untuk jalan yang pendakian
yang lebih singkat kerana semua kelihatan agak penat. Setelah sampai ke tapak
khemah, kami telah berkumpul sebentar untuk membuat sedikit refleksi tentang apa
yang telah kami lakukan sepanjang "hiking" tersebut dan selesai saja refleksi tersebut
kami terus pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari dan kelihatan semuanya
nampak sangat lapar. Pada petang tersebut para pensyarah telah memberi kami
peluang untuk melakukan sedikit latihan untuk malam kebudayaan pada hari tersebut.
Malah pada petang tersebut juga kami telah diberi peluang untuk mandi di pantai dan
ini sungguh menyeronokkan kerana kami dapat bersama-sama mandi tambahan pula
ada pensyarah yang " sporting" bersama dengan kami. Akhirnya, tiba masa yang
ditunggu-tunggu iaitu malam kebudayaan yang penuh gimik dan kemeriahan kerana
saya begitu gembira kerana saya dapat melihat rakan-rakan saya yang nampak sahaja
pendiam tetapi mempunyai bakat yang hebat serta terpendam dalam mereka dan
padam malam itu kami dapat melihat semuanya. Selesai sahaja aktiviti tersebut kami
AJK telah membuat sedikit perbincangan mengenai apa yang perlu kami lakukan pada
hari esok kerana kami perlu membawa banyak barang yang telah ditinggal oleh rakan-
rakan kami dari BIG yang lepas, setelah sedikit pertingkahan lidah untuk mencari cara
terbaik untuk melaksanakan pengurusan tersebut, akhirnya kami dapat siap pada pukul
1.30 pagi. Selepas itu, kami telah mengambil sedikit "supper" dan masuk tidur.
Pada hari keempat atau hari terakhir, seperti biasa saya telah mengikuti aktiviti
moral pada awal pagi kemudian kami juga telah menyanyikan beberapa lagu kemudian
sedikit regangan dan kami para AJK telah melakukan sedikit taklimat tentang apa yang
harus dilakukan pada pagi itu iaitu aktiviti menyusun barang-barang kami serta
kesemua barang-barang yang telah digunakan sepanjang BIG ini serta mengemas
khemah yang telah dipakai tetapi sebelum itu kami telah pergi bersarapan dahulu.
Setelah selesai semua kami telah mengadakan sedikit upacara penutupan bersama En
Nordin dan kami juga membuat sedikit persembahan bagi memeriahkan majlis tersebut.
Selepas itu, kami telah menjamu selera untuk makan tengah hari kami sebelum kami
bertolak pulang sambil membawa pulang ke IPG. Semasa kami pulang, semuanya
nampak kemerahan kerana kepenatan dan kerana cuaca yang panas terik. Setelah
sampai ke IPG kami telah membahagi tugas di mana perempuan akan membawa
khemah manakala lelaki telah membawa semua lebihan barang-barang masakan,
alatan memasak dan sebagainya. Secara keseluruhan BIG ini sungguh memenatkan
tetapi sangat mencabar dan apa yang lebih penting BIG ini sangat membangun kami
dari pelbagai aspek.

Cadangan penambahbaikan program perkhemahan akan datang?
Setelah melaksanakan tugasan ini, saya telah melihat beberapa
penambahbaikan yang dapat dilakukan dalam menjadikan BIG ini lebih berjaya,
antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan haruslah lebih mencabar dan mampu
memperkembangkan insan guru dalam diri setiap peserta dalam BIG ini, kerana saya
percaya bahawa semua peserta dalam BIG ini adalah bakal cikgu jadi dalam
menghasilkan guru yang memenuhi kehendak FPK dan FPG.
Selain daripada itu, keselesaan dalam BIG ini harus dikurangkan agar para guru
pelatih dapat mempelajari banyak lagi perkara dan nilai agar dapat membantu mereka
menjadi guru di masa kelak nanti, Contohnya, pemilihan tempat yang lebih dalam di
dalam hutan serta kurang kemudahan kerana bagi saya semakin sukar tempat tersebut
semakin banyak perkara dapat dipelajari.
Ditulis berdasarkan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman)?
Kekuatan
Sepanjang saya menjalankan BIG ini, saya telah melihat pelbagai kekuatan
dalam BIG ini antaranya ialah sikap positif dikalangan para pensyarah yang terlibat
dalam membimbing kami dalam melaksanakan BIG ini, walaupun banyak masalah yang
ditimbulkan oleh para guru pelatih tetapi setiap pensyarah yang prihatin sentiasa setia
membimbing dan menjaga kami.
Selain daripada itu juga, saya merasakan 1 lagi kekuatan yang dalam BIG ini
adalah kemudahan alatan air yang disediakan kerana ini sangat membantu kami dalam
melaksanakan aktiviti air dengan seronok dan teratur.

Kelemahan
Terdapat beberapa Kelemahan yang didapati pada Program Bina Insan Guru kali
ini antaranya dari aspek kerjasama semasa menjalankan aktiviti kerana ada ramai
peserta yang hanya curi tulang dan hanya mahu orang lain buatkan kerja untuk mereka
dan ini sangat tidak adil.
Selain itu juga, saya juga melihat banyak kelemahan dari sistem pengurusan
barang semasa membawa barang makanan, masakan dan bahan-bahan lain ke tapak
khemah kerana ada yang tidak mahu membantu.
Selain daripada itu juga, saya juga melihat kelemahan semasa menjaga tapak
khemah pada waktu malam kerana ada yang tidak mahu bangun untuk menjaga pada
waktu malam dan ini sangat berbahaya kepada semua ahli kem.
Malah saya juga merasa BIG ini terlalu singkat dan saya rasa BIG yang akan
dating harus diadakan dengan lebih lama lagi agar banyak perkara dapat dipelajari.

Peluang
Di dalam BIG kali ini juga saya telah mendapat peluang untuk
memperkembangkan tahap kepimpinan saya dalam BIG ini kerana saya secara
sukarela telah menjadi AJK untuk BIG ini iaitu AJK kerohanian dan saya telah belajar
untuk mengurus orang di bawah saya dalam melaksanakan kerja mereka.
Selain itu, saya juga melihat terdapat beberapa peluang untuk para guru pelatih
untuk takut kepada air kerana melalui aktiviti water confident dan aktiviti kayak serta
rakit telah mendedahkan mereka kepada air dan mengubah perspektif buruk mereka
terhadap air serta ini dapat menjadikan diri mereka lebih berani suatu bermain air.
Disamping itu, saya juga memperoleh peluang untuk semua para guru pelatih
untuk berkenalan di antara satu dengan yang lain kerana mungkin sebelum ini pernah
bertentang mata tetapi tidak pernah bertegur sapa kerana ini penting untuk
memudahkan komunikasi dalam melaksanakan aktiviti di IPG kelak.
Malah aktiviti BIG juga telah memberi peluang kepada semua guru pelatih untuk
merapatkan hubungan silaturahim dengan semua pensyarah yang mengikuti BIG ini
terutamanya tutor kumpulan kuliah masing-masing kerana ini penting dalam
menyediakan ikatan yang mesra di kalangan Guru Pelatih dan para pensyarah.

Ancaman
Semasa saya menjalankan BIG ini, saya rasa tidak langsung ancaman yang
saya perhatikan dan semua keadaan dikawal dengan baik oleh semua pensyarah yang
terlibat

You might also like