Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 47

PENGAT NANGKA

Bahan-bahan :-
a) Isi nangka (dipotong kecil)
b) Sebelah kelapa (diambil santannya, jangan terlalu cair)
c) 2 sudu sagu biji / sagu mata ikan
d) Gula putih secukupnya
e) Gula merah lembut secukupnya
f) Secubit garam
g) 2 helai daun pandan (disiat)

Cara-cara :-
1. Masukkan santan kelapa, gula merah, gula putih & garam kedalam periuk.
2. Masak hingga mendidih sedikit.
3. Masukkan sagu biji & daun pandan kemudian masukkan isi nangka.
4. Pastikan santan mendidih dengan api sederhana. Terus kacau supaya kuah tak berketul.
5. Setelah masak bolehlah di hidangkan..




BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

BAHAN-BAHAN : -
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula pasir
3 cawan santan
1 ketul gula melaka (gula merah pun boleh)
1 helai daun pandan
Beberapa ulas isi durian
Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN :-
Kacang hijau dibersihkan. Rebus hingga separuh empuk.
Masukkan gula pasir, gula Melaka, garam dan daun pandan. Masak hingga empuk.
Kemudian masukkan santan dan durian. Masak lagi hingga mendidih.





Kuih Seri Muka


Bahan-bahan

2 cawan pulut - rendam 2 jam
santan cair separas dgn pulut td
sedilit garam

Kukus pulut td sampai masak & bila dah masak tekan pulut
tersebut untuk padatkannya



Bahan Atasnya

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cwn gula merah/gula kerek
1/2 cwn gula pasir
2 biji telur
4 cawan santan pekat
sedikit garam


Bancuh sumer bahan di atas, kalau nak senang blend jer
Tapis dan tuang atas pulut tadi..
Kukus la dalam 45 minit lg
Sejukkan dahulu baru potong & hidangkan





PUDING KASTARD JAGUNG


Bahan-bahannya:-
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding
tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh
rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa
masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk & bolehlah dipotong.





KEK KARAMEL PELANGI

saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

* saya tambah satu sudu besar kastard di sini.

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu
x abih d'makan...

Selamat mencuba...klu x paham blh tanya...


* Saya masak menggunakan api bawah sahaja. Loyang tak perlu digriskan terlebih dahulu.

* Kek ini akan menjadi sedikit mendap bila terkena udara luar, tapi jangan risau. Ia still menjadi. Untuk
elakkan ia mendap secara tiba-tiba, jangan dikeluarkan dari oven serta-merta. Biarkan kek berada di
dalam oven, sementara pintu oven dibuka sedikit.

* Lapisan merah jambu itu berperisa strawberi.




ICE - CREAM

CARA 1:
1 cwn susu segar @ cair / 1 kotak susu perisa...(apa2 lah..)yg kecik

1 cwn creamer coffe-mate
1 sdb susu pekat manis
2 sdb ovellet
~ blender/mixer 10-20mnit
~ simpan dlm peti ais beku -2jam -keluarkan-blend sekali lagi.
~ simpan semula dlm peti ais beku
~ biarkan semalaman-hidangkan..

CARA 2:
3/4 tin susu pekat manis
2 kotak susu DUTCH LADY-susu segar kotak yg budak2 minum
(perisa coklat )
2 sdb ovellet
~ campurkan semua
~ mixer sampai betul2 kembang
~ guna HIGH SPEED
~ masukkan dlm bekas
~ simpan dl peti ais beku semalaman
~ dah boleh hidangkan

Popiah Basah

Bahan-bahan untuk kulit:

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
2 1/2 cawan air
1 sudu besar cuka
2 sudu besar minyak
Sedikit garam
Cara penyediaan:
Satukan semua bahan2,blend supaya tidak bergentel.
Perap adunan selama 1 jam.
Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana.
Ambil adunan tepung tadi dan layangkan bentuk bulatan pada kuali seperti buat kuih ketayap.
Biar hingga tepung masak dan angkat, tidak perlu diterbalikkan.
Boleh di susun berlapis-lapis di dalam pinggan


Bahan-bahan inti:

1 btg carrot ~ disagat/hiris halus
1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus
1 biji sengkuang- di sagat/hiris halus
1 biji bwg besar ~ mayang
2 sudu besar udang kering dikisar
3 batang daun bawang-hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukupnya.


Cara penyediaan:

Tumis bawang besar dan udang kering hingga layu.
Masukkan carrot,sengkuang,dan kobis dan kacau hingga layu.
Masukkan sos tiram,daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Bahan-bahan untuk sos:
100gm cili kering-kisar
2 biji bawang besar-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1/2 cawan gula
1 sudu besar gula perang
1 sudi besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
Sedikit cuka dan garam

Cara membuat sos:
Panaskan periuk dengan api perlahan.
Masukkan bahan yang telah di kisar bersama gula,garam dan cuka dan sedikit air.
Masukkan juga bancuhan tepung jagung utk memekatkan sos ini.
Kacau hingga pekat dan bolehlah di angkat.


Bahan sampingan:

2 biji telur-buat dadar nipis dan potong halus
Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk.
Bawang goreng.

Cara penyediaan:

Bentangkan kulit popia di permukaan yang rata.
Sapukan sos di permukaan kulit popia hingga rata.
Taburkan kacang tanah,bawang goreng,telur yang di hiris dan seterusnya masukkan sedikit inti.
Gulung kemas dan sedia untuk di hidangkan.





BASIC MUESLI SLICE

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan rolled oats
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star @ campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil - sy guna badam dan gajus40 g kismis (atau buah2 kering yang
anda suka)
1/4 cawan coklat chip (optional)
150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu sy ganti 5sb gula + 5sb air dikacau hingga pekat



CARA MEMBUATNYA :-)

Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser
aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu
180C.

Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan
masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul
hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat
sedikit.
Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti peti sejuk
sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....Sedap dimakan diwaktu senggang....





Cekodok (Cucur) Ikan Bilis / anchovies savoury fritters

Ingredients
450g plain flour
40g self raising flour
10g corn flour
550ml water

300g bean sprouts
100g chives, chopped
1 big onion, chopped
100g ikan bilis / anchovies, washed and chopped

Seasonings
1 tsp salt or to taste
tbsp sugar or to taste
Pepper powder
1/2tsp anchovy stock powder

method
1. Mix all the ingredients and seasonings until a thick batter
2. Heat oil in a wok, spoon into hot oil and fry till brown.
3. Drain on paper kitchen towel and serve with sweet chilli dipping sauce. Best eaten while its still hot !!




Biskut Rice Bubble (Rice Crispy)


Bahan:
227g mentega
71g gula kastor
1 kuning telur
1/4 cawan kismis
2 cawan rice bubble / rice crispy
1 cawan tepung kek - saya guna tepung gandum
35 g ceri merah dan hijau (dipotong kiub) - saya guna cip coklat
coklat cair - drizzle atas cookies

Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
2. Masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Masukkan kismis, ceri dan rice bubble - gaul adunan supaya sebati.
5. Sudu adunan ke dalam papercup (saiz papercup bergantung kepada citarasa masing-masing)
6. Bakar pada suhu 180C sehingga adunan kekuningan

Nota: Ceri boleh diganti dengan cip coklat dan dihiasi dengan coklat cair yang dijalur di atas biskut.




KEK YOGURT STRAWBERRY


Bahan-bahan:

100 gm gula perang
150 gm tepung gandum
60 gm serbuk badam
90 gm - 110 gm mentega cair

Cara menyediakan:

1. Satukan gula, tepung dan serbuk badam di dalam bekas pengadun. Gaul rata.

2. Campurkan mentega cair dan gaul lagi hingga sebati.

3. Tuangkan di dalam dulang pembakar bersaiz 16 x 16 sm (8 x 8 inci).

4. Bakar di dalam ketuhar hingga berwarna perang muda.

5. Setelah masak, biarkan ia sejuk.


Bahan-bahan untuk bahagian atas:

100 gm mentega
60 gm (1/4 cawan) madu
200 gm badam - dipanggang


Cara menyediakan:

1. Kacau mentega dan madu sehingga cair.

2. Renehkan selama tiga minit lagi.

3. Masukkan badam dan kacau.

4. Tuangkan ke atas bahagian yang dibakar tadi.

5. Bakar lagi selama 20 hingga 25 minit sehingga kekuningan.

6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.




BISKUT FANTASIA

BAHAN A:

200 gm mentega
1 sudu besar crisco
70 gm gula kastor
1 sudu kecil mentega emulco

BAHAN B:

30 gm nestum (kisar)
30 gm serbuk badam
20 gm kelapa kering (kisar)
30 gm tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
280 gm tepung gandum
Sedikit garam

BAHAN HIASAN:

Kuning telur
badam

CARA MENYEDAKAN:

1. Putarkan bahan A hingga sebati.
2. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit.
3. Setelah menjadi adunan, canai, terap dan bakar.
4. Hiaskan dengan kuning telur dan badam.




BISKUT CINCIN

Bahan-bahan ( lebih dr 100 biji )

12 oz Golden Churn Butter (or lebih terkenal dgn gelaran Mentega Cap Tong)
4 biji Telur (di rebus dan ambil kuning Telur sahaja)
350 gm Tepung Gandum (sukatan bergantung dgn lembut nya adunan biskut)
Gula Icing secukupnya utk di tabur

Cara-cara
1.Kuning telur dilecek2 sehingga hancur. (saya lecek guna garpu)
2.Kemudian telur yg sudah dilecek tadi di gaul bersama butter. blend hingga sebati.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kuantiti tepung bergantung kepada lembut nya adunan.
masukkan tepung sehingga adunan tidak melekat.
4.Canai adunan, kemudian terapkan dgn menggunakan acuan biskut cincin.
5.Bakar selama 20minit atau sehinngga masak. kemudian taburkan gula icing.




BISKUT PEANUT BUTTER

Bahan

125 gm mentega
125 gm peanut butter
75 gm gula
5 gm garam
230 gm tepung kek
10gm soda bikarbonat
sedikit perisa vanila

Cara-cara

1. Ayakkan tepung kek bersam soda bikarbonat

2. Campurkan semua tepung mentega, penut butter, perisa vanila, gula dan garam sekali.

3. Bentukkan aduanan ikut pilihan sendiri.

4. Susunkan atas dulang pembakar dan sapukan telur kuning di atasnya, kemudian bakar api sederhana.




KEK GULA HANGUS

125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

cara2:
Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus
kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.




TEMBIKAI SUSU GORENG

BAHAN-BAHAN:
1/2 BIJI TEMBIKAI SUSU

BAHAN SADURAN:
2 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
1 SUDU BESAR TEPUNG PULUT
1 SUDU KECIL GULA
AIR SECUKUPNYA
SECUBIT GARAM

BAHAN HIASAN:
SIRAP STRAWBERI
MAYONIS

CARA MENYEDIAKAN:
1. POTONG TEMBIKAI SUSU MENGIKUT KESESUAIAN.
2. BANCUHKAN BAHAN SADURAN SEHINGGA SEBATI. PANASKAN MINYAK DAN CELUPKAN TEMBIKAI
SUSU DI DALAM BAHAN SADURAN TADI.
3. KEMUDIAN GORENG SEHINGGA MASAK ATAU KEKUNING-KUNINGAN. SETELAH MASAK, ANGKAT DAN
TUSKAN.
4. HIASKAN DENGAN MAYONIS DAN SIRAP STRAWBERI. HIDANGKAN.




Puding Karamel Lapis Coklat...


Bahan2:
(Karamel)
5 sudu besar gula
4 sudu air

(Puding)
6 biji telur
10 sudu besar gula halus
700 ml susu segar
beberapa titik esen vanilla
4 sudu besar serbuk koko

Cara2:
(karamel)
- masukkan gula dan 2sudu besar air ke dalam periuk, masak hingga gula keperangan, masukkan baki air
dan tutup api
- cepat2 tuang dalam loyang

(puding)
- panaskan susu dan esen vanila hingga suam
- pukul telur bersama gula hingga sebati
- masukkan susu tadi sikit2 dan kacau rata
- bahagikan adunan kepada 2, 1 bahagian dicampur serbuk koko dan kacau sebati, tapis adunan jika
berketul
- masukkan 3/4 cawan adunan tanpa koko ke dalam loyang, bakar/kukus hingga masak
- ulang2 berselang-seli, bila dah siap masak, sejukkan sebelum keluarkan dari loyang




MUFFIN OREN

Bahan-bahan

75 g butter melted
1 biji telur (lightly beat)
3/4 cup plain yogurt
1 orange (juice and finely grated zest)
250g all purpose flour (plain)
1 tbsp baking powder
150g sugar

Cara-cara

1. Panaskan oven 180 degree calcius.
2. Campurkan butter, gula, telur, yogurt, orange juice dan juga zest dalam mangkuk adunan.Kacau
sebati.
3. Dalam bekas lain ayakkan tepung dan juga baking powder.
4. Kemudian campurkan sedikit demi sedikit tepung kedalam mangkuk adunan yang berisi semua bahan
basah tadi. Gaul sebati..
5. Sendukkan adunan kedalam cawan cupcakes.Kemudian bakar selama 25 minit sehingga keemasan.
6. Keringkan atas ridai kek selama 5 minit.




PUDING ROTI KARAMEL


saya dah kata resepinya ada.... tapi warga kat sini malas nak skrollll
Puding Roti Caramel

Bahan2:
10kpg rot gardenia
5bji telur
2cwn susu pekat manis
Esen vanilla
Secubit garam
4cwn air suam untk merendam roti
4sudu bsar gula yg dbuat gula hangus


Cara2:

Rendamkan roti kdlm air suam

Buat gula hangus menggunakan loyang

Blender roti hngga halus, masukkan susu dan tlur sbji2, masukkan esen serta garam.

Panaskan kukus bsama loyang yg berisi gula hangus tadi.

Tuang adunan roti kdlm pengukus dan kukus selama 30minit.

Sejukkan dan boleh diterblik kan keats pinggan.

Bole dihias dgn buah2 tin seperti
Nenas atau Peach. . .

Selamat Mencuba!




Agar2 Santan Pandan

Bahan2:

7.5 gm(1/4 oz) agar-agar dicuci dan direndam 10 minit
90 gm (3 oz) gula
250 ml (1/2 pt) air
1/4 biji kelapa (1/2 cwn santan)
sedikit garam dicampurkan ke dalam santan
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul

Cara2:

1.Rebus agar-agar bersama 125 ml air dan daun pandan hingga larut.
2.Ambil 1/3 agar-agar yang dah di rebus dan ketepikan(untuk dimasukkan santan dan garam)
3.Agar-agar yang selebihnya tadi dimasukkan gula dan tambah 125ml air serta sedikit pewarna hijau-
rebus hingga gula larut.Bila gula dah larut tapiskan ke dalam loyang dan biarkan separuh beku.
4.Panaskan kembali agar-agar yang 1/3 tadi dan masukkan santan yg bercampur garam.
5.Tuangkan agar-agar bersantan sedikit-sedikit ke atas agar-agar hijau tadi dan sejukkan.
6.Bila beku dan sejuk boleh dipotong dan dihidangkan.




Kek Marble Coklat Pisang


250 gm pisang dilecek
250g tepung kek * saya guna gandum ayak 3 kali
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco* saya ganti 1 sudu besar serbuk koko bancuh ngan sikit air panas untuk menjadikan
pes
1 sk esen pisang

Caranya:

Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.
Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali:
minyak
choc emulco
pisang
esen pisang
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn
kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul
ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian
buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.




Lepat Pisang

Bahan
******
2 cawan pisang emas/berangan/montel---yang telah dilecek
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung susu/sedikit susu cair/pekat
2 sudu besar gula
1 sudu besar gula merah
sedikit kelapa parut
garam
daun pisang

Cara:
*****
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.

2. Letakkan dalam 2 sudu diatas daun pisang. Lipatkan.

3. Kukuskan selama 15 minit.

4. Sejukkan dan hidangkan.




TART SHELL :


70 gm butter
30 gm gula halus
1 biji telur
120 gm tpg gndum
(Gaul Semua Bahan Spt Buat Biskut

FILLING :
250 gm cream cheese
50 gm butter
50 gm gula halus
25 gm whipping cream
20 gm tpg gndum
1 bj telur


Cara :
1. buat kulit dulu (mcm buat biskut)
2. tekan dlam acuan
3. bakar 20 minit
4. utk intinya - pukul chesse, butter n gula.
5. masuk telur, cream dan tepung.
6. kacau sekata dan masuk dlm piping beg
7. paipkan dalam kulit tart yang dah sejuk
8. hiaskan dgn bluberry filling.
bakar lagi dlm 20 minit




BLUEBERRY MUFFIN

BAHAN :
-125gm butter
-120gm gula halus
-3bj telur saiz c
-125ml susu segar
-250gm tepung gandum
-1sudu teh serbuk penaik
-blueberry filling secukupnya

CARA :
1. pukul gula dan butter hgga kembang.masukkan telur sedikit demi sedikit.
2. tambahkan tepung dan serbuk penaik.tuang susu sambil dikacau dgn perlahan.
3. masukan 1/3 adunan ke dlm cawan muffin,tambahkan blueberry filling dan masukan adunan sehingga
3/4 penuh.
4. bakar pada suhu 200 selam 20-25 minit atau hgga kuning keemasan..

SELAMAT MENCUBA!!




Blended Orange Cake
Bahan-bahan
1 biji buah limau sunkist
1 cawan minyak
2 cawan gula kastor(saya guna 1 1/2 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sdt.baking powder
1 sudu besar oren sunquik(pilihan)


Cara membuatnya
Ayak gandum bersama baking powder.Ketepikan.
Panaskan oven pada suhu 170'c.
Cuci buah limau,parut sedikit kulitnya dan potong serta buang biji dan urat putihnya .
Potong lagi buah limau kecil-kecil,masukkan ke dalam blender bersama gula dan kisar hingga halus.
Putar telur hingga kembang.Tuang bahan yang di kisar ke dalam mangkuk.
Tambahkan jus oren sunquik, masukkan minyak sambil di kacau rata.
Tuangkan tepung sedikit-sedikit hingga habis sambil di kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas.
Bakar pada suhu 170'c selama 40min.-1 jam atau sehingga masak




Kelapa Jelly

Bahan2:
2biji kelapa muda
3l air
1 cawan gula pasir (ikut nak tahap manis mcam mana)
1 paket serbuk jeli

cara menyediakan:
#3 liter air dimasak bersama 2 biji air kelapa muda sehingga mendidih
#masukkan 1 cawan gula, isi kelapa, dan serbuk jeli-kacau rata
#tutup api..kemudian tunggu sejuk
#masukkan ke dalam acuan/bekas
#simpan ke dalam peti ais...




PUDING JAGUNG

BAHAN-BAHAN:

120gm tepung kastard
375ml santan
500ml air
180gm gula
1 sudu makan tepung jagung
1 tin jagung berkrim

CARA MEMASAK:

Campurkan tepung kastard, santan, air, gula dan jagung ke dalam bekas.
Masak semua bahan di atas api sederhana sehingga menjadi pekat berkilat.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.




Coroquette

Bahan-bahan :

3-4 biji kentang
seledri atau daun bawang yang dipotong halus
1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
v150 gram ayam atau daging cincang
serbuk roti
cheese
2 biji telur yang dipukul
garam
lada sulah
minyak untuk menggoreng


Cara masakan :

01.Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk

02.Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.

03.Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan
ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau seledri,
garam dan lada sulah secukup rasa

04.Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese
mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.

05.Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur

06.Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk
roti.

07.Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.

08.Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.




APAM BALIK

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 cawan air
Sedikit mentega/planta
Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar


CARA MEMBUATNYA
Kisar gula bersama telur hingga kembang,
Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.




Durian Pancake

Bahan-bahan filling pancake :

Isi durian
Whipped cream (guna yang dalam tin je senang. Tinggal picit je)

Bahan-bahan kulit pancake :

3 biji telur
2 sb susu pekat manis
1 sb butter
1 sk esen vanilla.
3 sb tepung gandum.

Ni boleh la dapat dalam 8-10 helai kulit pancake.
Kalau nak tambah, 1 biji telur = 1 sudu tepung.
Susu ngan butter tu agak-agak la.
Oh ye, kalau butter unsalted kena letak secubit garam ye.

Kekdahnya :

1. Blend semua bahan kecuali tepung selama 2-3 minit.
Kemudian masukkan tepung yang dah diayak dan blender lagi sehingga sebati.
2. Panaskan non sticky pan selama 5 minit. Tak payah letak minyak ke ape sebab bancuhan kita dan ada
butter yang sedia berminyak tu kan. Api kecil-sederhana ye.
3. Curahkan 2-3 sudu bancuhan tadi ke atas pan dan goyang-goyangkan pan
supaya bancuhan rata secara neutral. As thin as you can. About 1-2 minutes.
Tak perlu terbalikkan kulit tu tau.
Jangan pakai sudu/sudip untuk dapatkan kulit yang cantik. Biar dia masak rata neutrally.
4. Bila kulit dan agak masak dan tepi dia cam dah kering sikit,
korek sikit bahagian tepi dengan sudu/sudip.
Angkat kulit yang dah jadi tu laju-laju dengan tangan untuk mengelakkan terkoyak.
FYI, bahagian atas kulit yang kita masak dalam pan tu adalah bahagian luar kulit pancake.
Sebab tu cantik je cam gambar kat bawah ni hah.
5. Bila kulit dah sejuk, picit whipped cream dan letakkan isi durian. Letak banyak-banyak.


***** http://adilajolie.blogspot.com/2012/06/resepi-durian-pancake-bantal-durian.html




Marble Cheese Cake
Bahan A
250gm cream cheese (suhu bilik)
50gm gula kastor
3 biji kuning telur
2 sdb tepung jagung
1 sdt esen limau / sunquick pun boleh

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula castor
1 sdt cream of tar tar

Sedikit Coklat masakan (double boil kan tp teman guna chocolate syrap)

Cara :-
- Mixer cream cheese sehingga gebu, masukkan gula..mix lg hingga sebati.
- Sambil mengadun tu, masukkan kuning tlur sebiji demi sebiji..dan trus masukkan tepung jagung & esen
oren.

- Pukul bahan2 A sehingga kembang & kental (soft peak yer..) tuang x tumpah.
- Griskan loyang 9"
- Masukkan separuh adunan putih telur kedlm adunan cheese, gaul rata perlahan2...kemudian masukkan
baki adunan putih telur & gaul rata..jgn gaul kasar2 yer...kita wat lemah lembut ala2 Fasha
Sandha..muahahaha..
- Masukkan kedalam loyang, dah curahkan coklat masakan yg telah dicairkan td...lorekkan ikut suka hati
masing2.
- Bakar menggunakan kaedah brain marie selama 40 minit dgn suhu mengikut oven masing2.
- Dalam 10min terakhir tu, kalo tgk bahagian atas kek dah bertukar perang, tutup loyang dgn tudung
periuk (tp teman guna jer A4 paper 3 lapis)
tp kek teman tu terlalu perang pada top cake tu sbb terkhayal masa bako dek ralit tgk CSI...
- Setelah kek masak, biarkan kek didlm oven sehingga sejuk..buka pintu oven tu yer..
- Dah sejuk, br keluarkan dr loyang..masukkan lam fridge selama 2-3 jam sebelum menghidang..




Donut

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 camb. susu tepung
3 camb. shortening atau marjerin
3 camb gula kastor
200 ml air suam
2 camt. yis mauripan
20 ml air suam - jika perlu



Cara-cara

Campurkan yis , sedikit gula dan air suam , biarkan sebentar hingga naik.
Dalam bekas lain campurkan tepung gandum, susu tepung , marjerin dan baki gula tadi. Gaul biar rata.
Masukkan campuran yis tadi kedalam adunan tepung. Uli hingga licin dan adunan tidak melekat ditangan
Bulatkan doh. Ketepikan dan dan tutup dengan selembar plastik. Biarkan selama 40 min.
Pukul adunan hingga kempis dan bentukkan doh mengikut citarasa. Biarkan adunan selama 20 min,
hingga kembang kembali.
Goreng donat dalam minyak penuh dgn api sederhana.




Pancake


Bahan2 :

2 1/2 cawan tepung naik sendiri ( nak guna tepung gandum je pon boleh gak, tp kalu guna tepung naik
sendiri pancake lebih lembut )

1 sudu kecil soda bicarbonat
secubit garam
1 sudu besar gula

1 biji telur
1/2 tin susu cair @ susu segar

1 cawan air .
3 sudu besar minyak masak/mentega yang di cairkan

cara2 :

-gaul bahan2 kering biar rata, kemudian buat lubang di tengah2.
- pecah kan telur, masukkan susu, air, dan minyak.
-gaul2 hingga sebati....
-kepekatan pancake ni agak2 macam kepekatan nak wat lempeng laaa....kalau agak2 nampak cam pekat
sangat...tambah la air or susu skit lagi....gitu lah.

- pastu, panaskan kuali....berus2 kuali degan sedikit minyak, or butter, berus2 je atau pakai belakang
sudu tu just gosok2 atas permukaan kuali .
- pastu sendukkan adunan pancake, tuang dalam kuali.
- bila nampak pancake dalam kuali tu dah berbuih2 dan tepi dia macam dah set ...balikkan.
- masak lagi ....pastu angkat dan boleh la di hidangkan bersama butter + madu, atau susu pekat manis,
atau whipped + sos coklat , atau butter + kaya , atau whipped cream + blueberry.


Tips : untuk mendapat kan pancake yang cantik serta licin permukaan nye,gunakan kuali yang non- stick.
saya guna kuali biasa je ..tp mebi sbb kuali saya tu dah selalu di guna ,maka dah jadik macam non- stik
wok plak ..saya suka guna kuali sebab nanti bila saya tuang adunan pancake tu...dia akan jadi bulat elok
je....pastu..api mesti kecik ..kalu api besar nanti pancake akan jadi berkedut2...




~ Cucur Udang ~

BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel


BAHAN SOS LADA :
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata.
Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat
(sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun
bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk.
Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau
dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk
mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan
cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan
rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan
sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga
selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan
dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...




Cucur Jawa

bahan2nya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air kelapa - air biasa pn boleh



cara2nya:

1. panaskan air kelapa(saya guna air biasa je)+gula merah+gula pasir
setelah mendidih,biarkan suam dan kemudian di tapis
2. masukkan tepung gandum bersama tepung beras - gaul sebati -perap selama 4jam
3. panaskan minyak sesenduk dalam kuali - GUNAKAN API PERLAHAN
masukkan adunan sesenduk ke dalam minyak tadi
setelah adunan tepung masak baru di terbalikkan
dan goreng seketika,dan angkat..
4. boleh di makan begitu saja,sesuai utk hidangan sarapan pagi
atau minum petang..;))



656265814Like Share

RESEPI PAU


BAHAN:

-500GM TEP PAU BLUE KEY
- camb yis mauripan
-1/2 cawan gula bancuh dgn 260ml air
-1/4 cawan lemak sayur
-1 camt pelembut roti
-1/2 camt ammonia bikarbonat(ut elak pau dr kecut apabila masak pau juga lebih gebu kulit pau juga
berkilat)


Cara:

-gaulkan kesemua bahan kecuali air
-setelah rata masukan air uli- jadi doh yang lembut dan kenyal doh boleh di renggangkan seperti
-doh roti canai.
-bahagikan doh 1 ketul 40gm dan bentukan bulat2 setelah selesai kesemuanya
-pepetkan doh dgn menggelek masukan inti kesukaan tutup dgn kemas
-kemudian dibiarkan sehingga betul2 kembang lebih kurang 40-45 minit
- kukus lebih kurang 10 minit.

Nota: semasa mengukus pau bungkus tudung penggukus gdn tuala menghalang dr wap air jatuh atas
pau



KARIPAP PUSING

BAHAN:A

-80gm tepung gandum
-60gm lemak sayur


BAHAN:B

-150gm tepung gandum
-1/2camb gula
-1/2 camt garam
-30gm merjerin
-70-75ml air(lebih kurang)


CARA-CARA:


-Gaul bahan-bahan A sehingga jadi seperti adunan biskut bahagikan kepada 8 ketul
-bentukan bulat-bulat
- ut bahan-bahanB gaulkan merjerin dgn tep-jadi seperti serbuk roti
-bancuhkan gula dan garam bersama air
-masukan kedalam adunan tep uli-jadi doh yang lembut bahagikan kepada 8 ketul juga
-kemudian masukan A kedalam B bungkus kemas-kemas buat seperti ini sehingga habis kesemua 8 ketul
-ambil satu ketul gelek rata kemudian gulung kemas2 buat seperti ini habis
-kemudian gelek lagi sekali lagi dan gulung kemas2 buat habis
-Ambil salah satu ketul potong menggunakan pisau yang tajam satu ketul bahagi kepada 4 bahagian
-Kemudian gelek bagi nipis angkat letak diatas tapak tangan dgn bhg yg menghadap papan canai tu ut
letak inti masukan inti kelim tepi seperti biasa.
Nota: resepi karipap pusing ini merupa resepi yang paling memuaskan hati saya. Sangat rangup dan
masa menggoreng tak pecah walau pun sedikit.




Aiskrim

Bahan2nya;


1tin susu pekat manis
3 tin (tin susu tadi) air
1sudu besar tpg jagung
1sudu besar ovellet

Cara2nya :
Susu,air dan tepung d mskkan dlm periuk masakkannya atas api perlahan hingga mendidih , kemudian
sejukkan.
Selepas itu masukkan ovellet dlm bhn tadi putar pakai mixer dgn kelajuan tinggi putar hingga ringan
.perisa ikut suka la.saya bt perisa coklat,stawberi,durian dan blueberi .



Puding Coklat

Bahan-bahannya:

30 gram agar-agar tali - saya lebih mesra menggunakannya
3 senduk gula pasir
1 tin susu cair
11/2 kole air
1 cawan koko - 1/4 daripadanya milo, dibancuh dengan sedikit air panas

Cara-caranya:

1. Cuci agar-agar dan toskan airnya. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Tambahkan gula dan kacau hingga larut. Tambahkan dengan susu cair dan larutan kokomilo tadi.
Kacau sebati.
3. Masak hingga adunan agar-agar mendidih dan kelihatan berkilat.
4. Masukkan dalam acuan dan bekukan.




Kuih Bakar Hijau

Bahan2


2 cawan tepung
3 biji telur gred a
600 ml santan - saya tukar( air + santan yg siap perah)
sedikit pewarna hijau dan paste pandan
1 cawan gula- saya buat 1 1/2 cawan
2 camca mentega - saya tukar dengan margerin
bijan secukupnya
1/2 camca teh garam


Cara semua bahan kecuali bijan saya blend dan tapis
Masukkan dalam loyang yg telah di alas aluminium foil
Bakar dalam oven suhu 190'c, resepi asal 200 'c
selepas masuk oven 10 minit keluarkan dan tabur dengan bijan.
Saya bakar 1 jam



BISKUT CILI

BAHAN-BAHAN (BADANNYA)
2 CWN TEPUNG GANDUM
CAWAN MARJERIN
CAWAN GULA KASTOR
CAWAN TEPUNG JAGUNG
1 BIJI KUNING TELUR
SEDIKIT BAKING POWDER
SEDIKIT ESEN PISANG DAN SEDIKIT PEWARNA MERAH
2 SUDU BESAR AIR

BAHAN-BAHAN (INTINYA)
CAWAN GULA AISING
CAWAN PEANUT BUTTER
BAHAN INTI DIGAUL SEBATI

BAHAN-BAHAN (KULITNYA)
20 GM AGAR-AGAR
150 GM GULA BATU
1 CAWAN AIR
SEDIKIT PENCELUP MERAH
SEDIKIT ESEN ROSE

CARA-CARA (BADANNYA)
KACAU MARJERIN DAN GULA HINGGA KEMBANG, MASUKKAN KUNING TELUR DAN
DIKACAU LAGI.
MASUKKAN TEPUNG (TEPUNG GANDUM + TEPUNG JAGUNG + BP DIAYAK)
MASUKKAN ESEN PISANG, PENCELUP MERAH SATU PENUTUP, DIGAUL MENGIKUT
LEMBUT DAN BUBUH AIR.
BULATKAN SEBESAR SYILING 50SEN DAN MASUKKAN INTI PEANUT BUTTER KEDALAM
DAN BENTUKKAN LAH DOH TADI MENYERUPAI CILI.
CUCUKKAN DENGAN LIDI UTK MEMBUAT LUBANG DI TAMPUK NYA UNTUK DILETAKKAN
TANGKAI SETELAH DIBAKAR NANTI.
BAKAR ADUNAN SELAMA 20MIN 170`C
SETELAH MASAK CUCUK KAN KEMBALI LUBANG TADI SUPAYA IANYA TIDAK
TERTUTUP(CUCUK KETIKA BISKUT MASIH PANAS)
SEJUKKAN KIRA-KIRA 3JAM SEBELUM MEMBUAT KULITNYA PULA

CARA-CARA MEMBUAT KULITNYA :
BAHAN-BAHAN TADI HENDAKLAH DIMASAK SEPERTI KITA MEMBUAT AGAR-AGAR
- SETELAH AGAR-AGAR2 BENAR2 CAIR, MASUKKAN KE DALAM MUG BESAR
- CUCUKKAN BISKUT TADI DENGAN LIDI SATE, DAN DICELUPLAH KEDALAM MUG YG
BERISI AGAR2 TADI
- KERINGKAN BISKUT YG SUDAH DICELUP TADI DI DALAM MUG YANG LAIN JIKA TIDAK
BERKILAT, ULANGLAN SEHINGGA 2-3 KALI
SETELAH SIAP, AMBIL TANGKAI CILI MUDA DAN DICUCUK LIDI PENCUNGKIL GIGI SERTA
DIMASUKKAN KE DALAM LUBANG YG SUDAH DIBUAT SEBELUM BISKUT DIBAKAR


RESEPI DARI IBUNDA TERSAYANG HJH MUSTAHA MOHAMAD

*** SANGAT SESUAI DIJADIKAN HANTARAN PERTUNANGAN MAHUPUN PERKAHWINAN
***SEBIJI HARGANYA RM2.00



~PUDING DAN KOKTEL~

Bahan-Bahan untuk Puding

1 cawan tepung kastard
5 cawan air
2 sudu gula

Bahan-Bahan Untuk Kuah Koktel

1 tin Koktel
1 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
sedikit susu pekat
air masak
gula

Penyediaannya

Mulakan dengan membancuh tepung kastad dengan air kemudian bubuh gula.
Kacau dengan api yang kecil
Sehingga pekat dan berkilat
Masukkan puding tadi dalam bekas2 kecil dan sejukkan

Untuk kuah koktel...campurkan susu cair, susu pekat, gula dan air
Sekiranya cukup rasa masukkan koktel ke dalam kuah tadi dan sejukkan
Puding Kastad dan kuah koktel tadi bolehlah disatukan

You might also like