Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Henagon (atau monogon) ialah poligon dengan satu sisi dan satu bucu.

Digon ialah poligon dengan dua sisi dan dua bucu. Adalah mustahil untuk membuatnya di permukaan
rata kerana sisi akan sama, tetapi dapat dibina di sfera.

Segi tiga ialah nama suatu bentuk yang dibuat daripada tiga sisi yang berupa garis lurus dan tiga
sudut. Ahli matematik Euclid yang hidup sekitar tahun 300 SM menemukan bahawa jumlah
ketiga-tiga sudut di suatu segi tiga adalah 180 darjah. Hal ini memungkinkan kita mengira
besarnya salah satu sudut apabila dua sudut lainnya sudah diketahui.

Segi empat ialah poligon dengan empat sisi, empat bucu dan empat sudut.

Pentagon ialah poligon dengan lima sisi dan lima sudut.

Dalam geometri, sebuah heksagon ialah poligon dengan enam sisi dan enam bucu. Simbol
Schlflinya ialah {6}.
Sudut dalaman untuk heksagon biasa (di mana semua sisi dan semua sudut adalah sama) iaitu
120 dan heksagon mempunyai 720 darjah. Seperti segi empat sama dan segi tiga sama sisi,
heksagon biasa padan bersama-sama tanpa sebarang ruang untuk menjubinkan permukaan rata
(tiga heksagon bertemu di setiap bucu), dan juga amat berguna untuk membina jubin. Sel-sel
sarang lebah adalah berbentuk heksagon untuk tujuan ini dan kerana bentuk tersebut menjadikan
penggunaan ruang dan bahan binaan yang berkesan

You might also like