Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Operasi Tolak

Operasi tolak diajar selepas operasi tambah. Operasi tolak berhubung dengan pengasingan
atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil iaitu songsangan operasi tambah.
Kemahiran yang diajar kepada murid adalah menulis ayat matematik, melengkapkan ayat
matematik menolak secara spontan fakta asas tolak, menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim
dan penyelesaian masalah berkaitan penolakan.

Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula
kepada tolak dengan mengumpul semula. Oleh itu murid perlu mahir kemahiran fakta asas
tolak, menolak nombor yang sama nilai tempatnya, nilai tempat bagi angka, menulis nombor
dalam bentuk tambah mengikut nilai tempat dan seterusnya menulis nombor berkenaan dalam
bentuk yang lain.

Tolak ialah proses untuk mencari beza atau baki apabila satu nombor dikeluarkan daripada
jumlah. Bentuk operasi tolak:
Ayat matematik : 9 5 = 4
Bentuk lazim : 9
- 5
4
Pendekatan yang boleh digunakan:
Pengasingan atau mengambil keluar, perbandingan, pelengkap dan penyekatan.
a)Pengasingan atau mengambil keluar bermula dengan satu set objek, satu subset
dikeluarkan.
Contohnya: Terdapat 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku dimasukkan ke dalam beg.
Berapa buah buku lagi kah yang tinggal di atas meja tersebut?

b)Perbandingan dua set objek yang berasingan diberi. Set objek pertama disusun semula
dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali sebagai
baki atau beza.
Contohnya : Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi
kek?

c)Pelengkap bermula dengan satu set objek. Kemudian fikirkan berapa objek lagi perlu
ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan.
Contoh : Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatkan 10 ekor kuda.
Berapa ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?

d)Penyekatan dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya
untuk menepati sesuatu syarat.
Contohnya: Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru
dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah?

You might also like