Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PANDU PUTERI KADET

MINGGU 1

SEJARAH PANDU PUTERI



KANDUNGAN
Sejarah Pengasas
Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan di Malaysia
Tujuan Penubuhan
SEJARAH PENGASAS
GERAKAN KEPANDUAN DUNIA
Sejarah penubuhan Gerakan Pandu Puteri di dunia seiring
dengan perkembangan Pergerakan Pengakap.
Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap pada 1908 oleh Lord
Baden Powell, menyebabkan pengaruh yang luas di kalangan
kanak-kanak
Lord Baden Powell dilahirkan pada 22 Februari 1857 di London
dalam suasana keluarga yang sederhana.
Bapanya telah meninggal dunia sejak Baden Powell masih kecil.
Abangnya,Warington berjaya memasuki latihan kapal laut
semasa berusia 13 tahun.
Bertitik tolak dari sinilah dengan mengikuti abangnya,Baden
Powell turut dapat belajar sedikit demi sedikit tentang ilmu
pelayaran,kemahiran berkhemah dan memasak.

SEJARAH HIDUP
LADY BADEN POWELL
Lady Baden Powell merupakan
orang yang bertanggungjawab
dalam mengembangkan Pergerakan
Pandu Puteri ini.
Nama sebenarnya ialah Olave St.
Clair Soames yang dilahirkan pada
22 Februari 1889.
Beliau kurang berpuas hati dengan
kehidupannya yang terkongkong
daripada melakukan aktiviti lasak
kerana beliau dilahirkan dalam
keluarga yang berada.
Beliau inginkan kebebasan untuk
bergaul dengan rakan-rakan sebaya
dalam melakukan kerja-kerja amal.

SEJARAH HIDUP
LADY BADEN POWELL
Pada tahun 1912,sewaktu
melakukan pelayaran dengan
kapal laut ke S.S.Arcadian,beliau
telah berkenalan dengan Baden
Powell yang seterusnya berakhir
dengan perkahwinan.
Pada tahun 1916,Lord Baden
Powell telah menubuhkan
Pergerakan Pandu Puteri dan
Lady Baden Powell telah dilantik
sebagai Ketua Pandu Puteri.


SEJARAH HIDUP
LADY BADEN POWELL
Pada tahun 1918-1919,Lady Baden
Powell telah menubuhkan Majlis
Tanah Jajahan dan Majlis
Antarabangsa yang bertanggungjawab
secara langsung terhadap Pergerakan
Pandu Puteri di tanah jajahan takluk
Britain yang kemudiannya dikenali
sebagai Persatuan Komanwell
Majlis Antarabangsa pula
bertanggungjawab sebagai badan
perantaraan antara Persatuan Pandu
Puteri di sesebuah negeri dengan
Persatuan Pandu Puteri di negara-
negara lain.Kini Majlis Antarabangsa
dikenali sebagai Persatuan Pandu
Puteri dan Pengakap
Sedunia(WAGGGS).

SEJARAH HIDUP
LADY BADEN POWELL
Pada tahun 1970,beliau telah disahkan menghidap
penyakit kencing manis.
Dalam keadaan sedemikian,lawatan dan
pengembaraan beliau mula dikurangkan dan akhirnya
dihentikan terus.
Beliau sekadar menyumbang kata-kata perangsang
kepada ahli-ahli Pergerakan Pandu Puteri yang sempat
menemuinya.
Lady Baden Powell akhirnya meninggal dunia pada
tahun 1977 dalam usia 88 tahun.

SEJARAH HIDUP
LADY BADEN POWELL
Kata-kata beliau yang sering dijadikan perangsang,,

kita patut berusaha mewujudkan semangat
persaudaraan yang telen.Selepas itu kita perlu
semangat keazaman untuk mengatasi sebarang
kesulitan,termasuk perkara yang kita tidak suka dan
perkara yang berbahaya.Tetapi yang paling utama
ialah,kita boleh memupuk di kalangan ahli
pergerakan yang kita cintai ini semangat perpaduan
yang tidak mengenal batasan bangsa.


SEJARAH PENUBUHAN
Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada
tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang
meminta untuk menyertai perhimpunan ini.
Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap
perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi
mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan
Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa
beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah
mempunyai nama dan programnya sendiri.

SEJARAH PENUBUHAN
Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan
kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu
Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa
impak.
Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes,
mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk
kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu
Puteri dilahirkan.
Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula
bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu
Puteri.


SEJARAH PENUBUHAN
Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan
Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames
dan seterusnya berkahwin dengannya.
Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu
Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan
usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di
seluruh dunia.

PENUBUHAN DI SERATA DUNIA
Walaupun pergerakan Pandu
Puteri dilahirkan di Britain,
tetapi perkembangannya ke
tempat lain amat pantas.
Sebelum persatuan ini
ditubuhkan, telah wujud
beberapa kumpulan.
Pada tahun 1912, Pandu Puteri
telah bertapak di 10 negara.

PENUBUHAN DI SERATA DUNIA
Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan
Pergerakan ini.
Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai
sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang
memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah
Brazil, China dan Estonia.
Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha
ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan
berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai
peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita.
Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di
Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland)
dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu
membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.

SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA
Gerakan kepanduan di Malaysia bermula pada tahun 1917.
Kepanduan ini diperkenalkan oleh seorang guru muda iaitu Cik
Ballard yang mengajar di Sekolah Methodist,Kuala Lumpur.
Beliau mula memperkenalkan gerakan kepanduan ini kepada
murid-muridnya melalui sehelai risalah.Risalah ini dibawa beliau
dari England.
Cik Ballard telah menubuhkan satu pasukan Pandu Puteri di
sekolah tersebut iaitu Cik Marble Marsh telah memberi dorongan
yang kuat kepadanya.
Ahli pertama Pandu Puteri terdiri daripada murid-murid darjah
tinggi.
Cik Dorothy Prudy telah dilantik menjadi kapten pasukan
tersebut.Beliau dibantu oleh 3 orang pegawai berpangkat Leftenan
iaitu Cik Ford,Cik King dan Cik Pykett.

SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA
Secara rasminya penubuhan Pasukan Pandu Puteri
pertama di Kuala Lumpur dikelolakan oleh YMCA pada
tahun 1917.
Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri
di Calcutta India.
Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan
Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk
Malaya.
Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah
di Singapura sehingga tahun 1956.
Persatuan Pandu Puteri negara ini telah diterima secara
rasmi untuk bergabung dengan Persatuan Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri sedunia setelah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA
Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu
Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Pada Oktober 1966, Persatuan Pandu Puteri negara ini
diterima menjadi ahli penuh Persatuan Pandu Puteri
dan Pengakap Sedunia (WAGGGS)

TUJUAN PENUBUHAN
PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan
mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya
menjadi warga negara yang peka, berwibawa,
berketerampilan dan berdisiplin.
Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang
taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang
rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia
memberi khidmat untuk membantu orang lain.
Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan
latihan melalui program Pandu Puteri mengutamakan
sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri
utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.


SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like