HT513 For Full Paper Submission

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kajian Tindakan Faktor Yang Menghalang Prestasi Baik Pelajar Bagi Kursus

HT513- Principles of Accounting for Tourism and Hospitality




Norzakiah bt Mohamed Bakhari

Wan Anuwar Affandy bin Wan Ali

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
02600 Arau, Perlis


ABSTRAK

Satu kajian tindakan terhadap pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin, Perlis telah dijalankan bagi melihat faktor-faktor yang menghalang pelajar DUP
dalam mendapat keputusan yang baik bagi kursus HT513- Principles of Accounting for Tourism
and Hospitality. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
pada semester 5. Sebanyak 14 faktor-faktor halangan yang telah dikenalpasti berdasarkan
kajian terdahulu dan pemerhatian yang dijalankan diberi pada pelajar. Satu soalan terbuka juga
diberikan pada pelajar untuk memberi pandangan mereka sendiri terhadap kursus perakaunan
ini. Hasil daripada dapatan kajian mendapati faktor halangan utama yang ketara ialah sikap
negatif pelajar terhadap kursus prinsip perakaunan itu sendiri yang menyebabkan pelajar tidak
mendapat keputusan yang baik. Terdapat pelajar yang beranggapan kursus HT513- Principles
of Accounting for Tourism and Hospitality merupakan kursus yang sukar, walaupun terdapat
pelajar yang mempunyai latarbelakang pendidikan perakaunan di sekolah menengah. Di akhir
kajian ini disertakan beberapa cadangan sebagai panduan dan tindakan bagi menangani faktor
halangan yang telah dikenalpasti.

Kata kunci : Pelajar, Principles of Accounting for Tourism and Hospitality, Halangan, Motivasi










1.0 PENGENALAN

Kursus perakaunan adalah merupakan salah satu kursus yang dilihat sukar untuk dicapai
dengan keputusan yang cemerlang. Bagi semua pelajar di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
mereka diwajibkan mengambil kursus HT513-Principles of Accounting for Tourism and
Hospitality. Bagi pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan kursus ini diambil semasa semester
lima (5). Kursus tersebut diambil dalam tempoh 15 minggu dan terdapat 7 topik asas
perakauanan yang perlu dipelajari. Buku rujukan yang digunapakai bagi kursus ini ialah buku
Principles of Accounting for Tourism and Hospitality yang ditulis oleh Fatin,Norzakiah & Wan
Anuwar Afendi (2014). Terdapat tiga jenis penilaian berterusan yang diberikan kepada pelajar
dan juga peperiksaan akhir yang perlu diambil oleh pelajar di hujung semester.

Kursus ini ditawarkan bagi membantu pelajar-pelajar memahami peraturan asas perakaunan
dan kaedah-kaedah simpan yang mengambil kira kepentingan penyimpanan rekod-rekod tepat
perakaunan perniagaan. Satu gambaran keseluruhan pelbagai komponen penyata kewangan,
Iangkah-langkah bagi menyiapkan satu set Iengkap penyata kewangan, kaedah-kaedah untuk
memantau bidang perniagaan berbeza dan penjelasan syarat-syarat utama yang didapati
dalam penyata kewangan. Di akhir pembelajaran, pelajar dapat memahami istilah perakaunan
kewangan, menjalankan operasi perakaunan asas termasuk lejar simpan, menyediakan
penyata perakaunan utama dan memahami serta menjelaskan konsep-konsep perakaunan
dalam skop hospitaliti.

Selama tiga semester kursus ini ditawarkan kepada pelajar didapati keputusan yang diperolehi
adalah ditahap sederhana. Masih lagi terdapat pelajar yang gagal kursus tersebut pada setiap
semester.

Rajah 1
Grade yang diperolehi pelajar HT513- Principles of Accounting for Tourism and Hospitality
bagi sesi Disember 2012,Jun 2013. Dan Dis 2013




Kajian ini adalah sebahagian daripada usaha dalam meningkatkan tahap prestasi pelajar yang
mengambil kursus HT513- Principles of Accounting for Tourism and Hospitality. Matlamat
utama kajian ini adalah untuk mengenalpastikan sebab-sebab bagi keputusan yang rendah
diperolehi pelajar bagi kursus tersebut dan mencari jalan bagi menangani masalah yang
dihadapi oleh pelajar.


2.0 SOROTAN KAJIAN

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu untuk melihat faktor penentu yang
mempengaruhi prestasi pelajar khususnya kursus perakaunan. Antara kajian yang telah
dijalankan ialah oleh Eskew dan Faley (1998), hasil kajian beliau mendapati prestasi pelajar itu
sendiri dipengaruhi oleh bakat akademik pelajar, prestasi sebelum dan semasa pengajian, serta
usaha/motivasi berkaitan pendidikan yang diterima dahulu bagi kursus perakaunan adalah
antara faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar bagi kursus perakaunan.

Manakala bagi Porter dan Lawler (1968) pula menyimpulkan pencapaian peperiksaan pelajar
adalah berdasarkan usaha, abiliti dan sifat-sifat serta peranan persepsi itu sendiri terhadap
kursus perakaunan. Peranan persepsi adalah merujuk pada aktiviti kelas seperti kuiz, ujian,
tugasan dan lain-lain. Pelajar mempercayai bahawa mereka perlu mengikuti setiap aktiviti
didalam kelas bagi membolehkan pelajar meningkatkan prestasi mereka didalam kelas.

Banyak kajian juga telah dibuat bagi menyiasat hubungan antara kefasihan bahasa Inggeris
dan prestasi akademik , Ayer dan Peter ( 1977 ) telah menjalankan kajian terhadap 50 pelajar
0
2
4
6
8
10
12
4.00 3.67 3.30 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67
Dis2012
Jun-13
Dis2013
asing di Universiti Teknologi Amerika. Kefasihan Bahasa Inggeris pelajar ini diukur
menggunalan peperiksaan TOEFL manakala akademik pula diukur menggunakan Purata
Markah Kumulatif (GPA). Kajian tersebut mendapati kefasihan bahasa Inggeris mempunyai
satu korelasi positif yang kuat dengan kejayaan akademik pelajar. Jochems (1991) menyatakan
bahawa pertukaran bahasa dalam pendidikan dari bahasa ibunda ke bahasa asing bererti
salah satu satu kerugian dalam pencapaian akademik pelajar sekiranya usaha pelajar kekal
tidak berubah ataupun usaha yang lebih tinggi diperlukan bagi meningkatkan prestasi belajar.
Penyelidikan juga telah membuktikan bahawa teknik pengajaran mempunyai kesan signifikan
terhadap prestasi pelajar perakaunan. Farrely dan Hundson (1985) telah membuat satu tinjauan
pada pelajar berkaitan keutamaan pelajar terhadap teknik pengajaran di dalam kelas
perakaunan. Hasilnya pelajar mensarankan teknik pengajaran seperti; (1) menyediakan salinan
jawapan bagi setiap penilaian yang dibuat sepeti kuz, ujian dan tugasan, (2) meletakkan manual
jawapan di perpustakaan, (3) menyediakan salinan kertas peperiksaan semester lepas, (4)
mengumpulkan semua tugasan dan memberi gred bagi setiap tugasan yang dihantar. Manakala
Elikai dan Baker (1988) menyatakan didalam kajian mereka dimana kuiz juga boleh dijadikan
alat bagi meningkatkan prestasi pelajar perakaunan apabila system ganjaran diberikan bagi
menimbulkan minat dan meningkatkan prestasi belajar.

3.0 METODOLOGI

Populasi Kajian

Mohd Majid (2000), menyatakan bahawa populasi akan menentukan bidang masalah yang
perlu dikaji bagi mendapatkan maklumat dan data. Seterusnya maklumat tersebut akan
dikumpul dan dianalisis. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan keseluruhan populasi
sebagai sampel kajian. Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar
program Diploma Pengurusan Pelancongan yang sedang mengambil kursus HT513- Principles
of Accounting for Tourism and Hospitality. Jumlah populasi adalah terdiri daripada 72 orang.

Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Penggunaan soal
selidik membolehkan pengkaji memperolehi maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang
sedikit (Mohd. Majid, 2000). Di samping itu, ia merupakan instrumen yang mudah ditadbir dan
senang diproses untuk analisis (Mohd Najib, 1999). Cadangan jawapan yang dikemukakan
akan memudahkan responden menjawab soalan dengan cepat. Terdapat tiga kategori
halangan yang dikenalpasti iaitu teknik pengajaran, motivasi dan usaha pelajar dan halangan
umum. Faktor-faktor ini dikenalpasti melalui kajian terdahulu. Satu soalan berkaitan samada
pelajar mempunyai asas perakaunan juga dibuat bagi melihat kaitan antara faktor halangan
yang dikenalpasti dengan pengetahuan perakaunan sediada.




4.0 ANALISIS DATA

Data kajian ini telah dianalisis tanpa menggunakan mana-mana perisian seperti SPSS atau lain-
lain. Penyelidik hanya mengguna peratusan untuk menganalisis data yang ada. Hasil analisis
data dipersembahkan dalam bentuk graf, berdasarkan soalselidik yang diedarkan kepada 72
orang pelajar program Diploma Pengurusan Pelancongan semester lima.

4.1 Soal Selidik

4.1.1 Teknik Pengajaran
Analisa data daripada soal selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa
konstruk teknik pengajaran bagi kursus HT513- Principles of Accounting for
Tourism and Hospitality adalah seperti Rajah 1 di bawah.

A1 A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8
Ya 37.5 29.17 31.94 22.22 25 72.22 58.33 25
Tidak 62.5 70.83 68.06 77.78 75 27.78 41.67 75
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
%

P
e
r
a
t
u
e
s

s
k
o
r

p
e
l
a
j
a
r

Rajah 2: Teknik Pengajaran
SOALAN
PETUNJUK
A1 Kekurangan latihan (kerja rumah)
A2
Kekurangan latihan di dalam kelas
A3
Kurang interaksi antara pelajar dan pensyarah
A4 Keadaan kelas yang tidak selesa
A5 Kekurangan kuiz dan ujian
A6 Masa menjawab kuiz dan ujian yang diberikan tidak mencukupi
A7
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris menghalang
pemahaman sesuatu topik.
A8
Buku teks dan rujukan yang digunakan tidak memuaskan. Khususnya, konsep dan
prosedur perakaunan tidak dijelaskan dengan tepat.
Merujuk kepada Rajah 2 di atas, peratusan skor YA tertinggi bagi setiap item
ialah pada item A6 iaitu berkaitan masa yang diberikan bagi menjawab ujian dan
kuiz adalah tidak mencukupi dengan skor sebanyak 72.22% . Pada masa ini
masa yang diberikan bagi menjawab kuiz adalah selama 15minit, manakala ujian
30 minit masa diperuntukan bagi menjawab soalan. Selain daripada itu faktor
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ketika proses PNP juga mendapat
skor sebanyak 58.33%. Ini menunjukkan apabila pengajaran dibuat selain dari
bahasa ibunda ia menyebabkan kesukaran dalam proses PNP disebabkan
pelajar terpaksa menambah usaha bukan sahaja memahami konsep perakaunan
tetapi pada masa yang sama pelajar perlu memahami bahasa yang digunapakai
oleh pensyarah. Manakala bagi item-item lain skor yang diperolehi adalah
dibawah 50% ini menunjukkan bagi teknik pengajaran faktor utama yang
menghalang pelajar memperolehi prestasi yang baik bagi kursus perakaunan ini
adalah disebabkan oleh masa menjawab kuiz / ujian, serta halangan bahasa
dalam memahami perakaunan.


4.1.2 Motivasi dan Usaha Pelajar
Analisa data daripada soal selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa
konstruk motivasi dan usaha pelajar bagi kursus HT513- Principles of
Accounting for Tourism and Hospitality adalah seperti Rajah 2 di bawah.

B1 B2 B3 B4
Ya 63.89 23.61 86.11 47.22
Tidak 36.11 76.39 13.89 52.78
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
%

P
e
r
a
t
u
s

S
k
o
r

P
e
l
a
j
a
r

Rajah 3: Motivasi dan Usaha Pelajar
PETUNJUK
B1 Masa dan usaha pelajar yang diletakkan ke dalam kursus ini tidak mencukupi.
B2
Kehadiran ke kelas yang lemah

Merujuk kepada rajah 3, bagi item B1 sebanyak 63.89% responden mengatakan
bahawa masa dan usaha pelajar yang diletakkan ke dalam kursus inia dalah
tidak mencukupi. Manakala bagi item B2, skor yang diperolehi ialah 23.61% ini
bermaksud kebanyakkan pelajar tidak mempunyai masalah dalam kehadiran
didalam kelas. Item B3 pula memperolehi 86.11% yang menunjukkan bahawa
terdapat kelemahan terhadap tabiat belajar pelajar, dimana ramai pelajar lebih
gemar untuk mengulangkaji pada saat akhir sebelum ujian/kuiz/peperiksaan
berlangsung. Item B4, memperolehi peratusan 47.22%, dimana responden
bersetuju bahawa motivasi belajar tidak diperkuatkan oleh teknik pengajaran
pengajar. Hasil dapatan yang diperolehi daripada kategori motivasi dan usaha
pelajar mendapati secara umumnya pelajar gagal adalah disebabkan oleh
kegagalan pelajar menguruskan masa dengan berkesan. Tabiat mengulangkaji
di saat akhir boleh menyebabkan pelajar akan berasa gelisah apabila menduduki
kuiz/ujian/peperiksaan disebabkan kurang persediaan.

4.1.3 Halangan Umum
Analisa data daripada soal selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa
konstruk halangan umum bagi kursus HT513- Principles of Accounting for
Tourism and Hospitality adalah seperti Rajah 3 di bawah.



C1 C2
Ya 88.89 76.39
Tidak 11.11 23.61
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
%

P
e
r
a
t
u
s

S
k
o
r

P
e
l
a
j
a
r

Rajah 4: Halangan Umum
B3
Kelemahan tabiat belajar (belajar hanya pada waktu malam sebelum peperiksaan
/ujian/kuiz atau kurang masa ulangkaji sendirian)
B4 Motivasi belajar tidak diperkuatkan oleh teknik pengajaran pengajar.

Merujuk kepada Rajah 4, di atas, bagi item C1 terdapat 88.89% responden
berpendapat bahawa sikap negatif pelajar terhadap kursus prinsip perakaunan
sebagai satu subjek yang sukar adalah antara faktor yang menghalang mereka
skor kursus ini. Ramai dikalangan responden mengatakan mereka tidak gemar
dengan nombor dan mempunyai persepsi bahawa perakaunan adalah kursus
yang sukar. Manala bagi item C2, 76.39% responden bersetuju bahawa mereka
mempunyai masalah dalam memahami konsep-konsep perakaunan dan
mengingati formula.

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.0.1 Perbincangan

Sikap terhadap pembelajaran kursus perakauanan telah dikenal pasti sebagai faktor
utama yang menyebabkan prestasi sederhana pelajar DUP dalam kursus HT513. Salah
satu sebab yang menyebabkan sikap negatif pelajar adalah pandangan bahawa kursus
perakaunan adalah satu kursus yang sukar berbanding dengan kursus lain dan
ketiadaan asas perakaunan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu tugas
pensyarah perakaunan adalah perlu sentiasa menegaskan kepentingan dan faedah
belajar kursus tersebut pada pelajar. Sikap negatif ini perlu dikikis dalam minda
pelajar.agar mereka terbuka minda untuk belajar kursus perakaunan dengan tenang dan
ilmu yang diperolehi adalah mudah. Kajian yang lebih terperinci mungkin diperlukan
agar pensyarah boleh menggunakan amalan pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan ciri-ciri rangsangan dan gaya pembelajaran pelajar.


Selain daripada faktor tersebut sikap pelajar yang gemar mengulangkaji disaat akhir
juga antara penyebab prestasi mereka kurang memuaskan. Bagi para pelajar yang
gemar belajar pada saat akhir, disebab persediaan hanya dibuat beberapa minggu atau
hari sebelum peperiksaan, menyebabkan apabila berada di dalam dewan peperiksaan
pelajar akan berasa gelisah. Hal ini tidak berlaku jika pelajar membuat persediaan awal
pelajar akan menghadapi peperiksaan dengan tenang. Manakala di pihak kaunselor
perlu mengadakan program-program yang dapat memberi pendedahan kepada pelajar
tentang kesan persepsi negative terhadap sesuatu kursus serta kesan belajar di saat
akhir .



PETUNJUK
C1
Sikap negatif pelajar terhadap kursus prinsip perakaunan sebagai satu subjek yang
sukar.
C2
Masalah dalam memahami konsep-konsep perakaunan dan mengingati formula.
5.0.2 Kesimpulan

Kajian ini diharapkan dapat mendedahkan dengan lebih jelas lagi faktor-faktor yang
menghalang pelajar DUP dalam mendapat keputusan yang baik bagi kursus HT513-
Principles of Accounting for Tourism and Hospitality. Hasil dapatan kajian di juga
diharapkan pensyarah kursus perakaunan HT513 dapat memupuk minat pelajar
terhadap kursus terseut adalah sangat penting dan secara tidak langsung
mempengaruhi persepsi terhadap perakaunan.

Oleh yang demikian, pengkaji berharap supaya pensyarah terutamanya perlulah
berusaha untuk memupuk minat para pelajar dalam sesuatu subjek. Dorongan dan
sokongan semua pihak juga perlulah dipertingkatkan lagi dan berterusan hendaknya.
Akhir kata, diharapkan kajian ini akan serba sedikit memberi manfaat dan kebaikan
kepada semua yang terlibat dalam dunia pendidikan atau pun tidak


RUJUKAN

Ayers, J. B., and R. M. Peters, (1977) Productive Validity of the Test of English as Foreign
Language for Asian Graduate Students in Engineering, Chemistry, or Mathematics,
Educational and Psychological Measurement, pp. 461-463.

Eskew, R.K and R.H Faley (1988). Some Determinants of student performance in First
College-level Financial Accounting Course, The Accounting Review, pp. 137-147

Elikai, F., and J. Baker, (1988) Empirical Evidence On the Effectiveness of Quizzes as a
Motivational Technique, Issues in Accounting Education, pp. 248-254.

Farrelly, G. E., and E. J. Hudson, (1985) How to Teach Introductory Accounting: Student
Views, Journal of Accounting Education,, pp. 47-55.

Jochems, W. (1991) Effects of Learning and Testing in a Foreign Language, European
Journal of Engineering Education, Vol. 16, pp. 309-316.

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Universiti
Teknologi Malaysia.

Porter, L. W., and E. E. Lawler., (1968) Managerial Attitudes and Performance (Richard
D. Irwin, Inc.,)

You might also like