Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rakyat yang berjiwa patriotik amat penting dalam sesebuah negera.

Patriotik
bermaksud cinta akan negara, iaitu sanggup berjuang dan mempertahankan negara
dalam apa-apa jua bentuk ancaman.

Perbuatan yang boleh menujukkan semangat patriotik ialah mengibarkan Jalur
Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan. Itu adalah cara paling mudah untuk kita,
menunjukkan rasa cinta kepada negara. Selain itu, kita harus berdiri tegak semasa
menyanyi lagu kebangsaan. Sifat patriotik boleh kita ditonjolkan apabila kita berasa
yakin untuk menggunakan produk tempatan bagi mengembangkan ekonomi negara.

Perbuatan segelintir rakyat yang tidak menggambarkan semangat patriotik
sering berlaku. Contohnya, tidak menghormati Jalur Gemilang. Kejadian ini sangat
menyakitkan setiap rakyat malaysia. Ini menunjukkan semangat patriotisme di
kalangan mereka kini semakin luntur. Kelunturan semangat patriotisme menyebabkan
pelbagai gejala sosial berlaku dan akan menjejaskan kestabilan sesebuah negara. Oleh
hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah perlu
dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme
yang tinggi.

Ketiadaan nilai patriotik dalam diri individu atau masyarakat akan membawa
padah kepada sesuatu negara. Negara akan mundur, kucar-kacir dan ketinggalan
dalam pelbagai segi sekiranya rakyat tidak cinta akan negara. Oleh yang demikian,
setiap individu menanam atau menyemai nilai patriotik dalam diri .

You might also like