Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

(INDIVIDU)

Nama Pelajar : Narermon Qetkeaw
Program : 8 PISMP Pengajian Sosial / P.Jasmani / B.Melayu
( Ambilan Januari 2011 )
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Siputeh
Projek : Kitar Semula
Tempoh Pelaksanaan : 13 Julai hingga 7 Ogos 2014

Objektif :
1. Memenuhi kehendak IPG yang menghendaki guru praktikum mengendalikan
program-program di sekolah.
2. Melatih murid-murid untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam
kehidupan seharian.
3. Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid.
4. Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan sekolah.
5. Menggalakkan murid melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
seperti program kitar semula.
6. Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid dalam menjaga kebersihan
dan keceriaan persekitaran sekolah
7. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah
yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
8. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada murid-murid
sekolah terutamanya murid tahun 5 untuk menjalankan aktiviti kitar semula.


Strategi Pelaksanaan:
1) Menganjurkan pertandingan antara kelas (tahun 5 sahaja) yang berjaya
mengumpul bahan-bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.
2) Menyediakan tong sampah kitar semula dengan melabel jenis-jenis sampah
(kertas, kaca dan tin aluminium/plastik) kepada setiap kelas tahun 5 agar
mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut
kumpulan yang betul.
3) Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada hari
penamat program ini.
4) Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara
aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini.
5) Menghubungi pihak yang berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar
semula yang berjaya dikumpul oleh murid-murid di setiap kelas.
Refleksi:
Kekuatan Projek/ Aktiviti
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang
terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Program Kitar
Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan
mengekalkan keindahan alam sekitar sejak bangku sekolah lagi. Program Kitar
Semula kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal (solid
waste), mendidik murid-murid tentang cara yang betul untuk membuang sampah
dan menanamkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab dalam kalangan murid-
murid.
Pada masa yang sama, semua murid juga berkesempatan mengenali bahan-
bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu, saya
juga telah menyediakan tong sampah kitar semula yang telah dilabel dengan jenis-
jenis sampah yang berbeza supaya murid dapat membezakan kumpulan bahan-
bahan kitar semula misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium. Di samping itu, ini
juga dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid akan kepentingan
kitar semula dapat mengurangkan pencemaran, manambah pendapatan dan
memupuk sikap jimat carmat.
Seperti yang diketahui, tajuk kitar semula memang dimasukkan dalam sukatan
mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Dengan melaksanakan program kitar
semula, sekolah dapat mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif dimana murid
dapat melatih dan meningkatkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan
juga menjadi rakyat yang mempunyai perilaku mulia dengan mengurangkan
penggunaan sumber. Sementara itu, saya juga menganjurkan pertandingan
Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula antara kelas dengan menyediakan
ganjaran kepada kelas yang berjaya mengumpul bahan kitar semula terbanyak.
Pertandingan ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kepimpinan dan
kerjasama murid-murid dimana ketua kelas akan membahagikan kerja kepada murid
lain supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang berlainan kategori untuk kelas
masing-masing. Melalui pemerhatian saya selama 4 minggu ini, penglibatan murid
dalam program ini adalah sangat aktif kerana mereka sanggup mengumpul semua
botol-botol plastik atau tin-tin aluminium walaupun di luar kawasan sekolah. Hal ini
menunjukkan murid-murid mula menyedari tanggungjawab mereka agar tidak
membuang sampah merata-rata tempat sesuka hati dan amalan memelihara dan
memulihara alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Kelemahan Projek/ Aktiviti
Tempoh masa Program Kitar Semula selama empat minggu ini adalah singkat
dimana kesedaran murid-murid terhadap tujuan sebenar kitar semula tidak jelas dan
efektif. Apa yang difahami oleh murid dalam empat minggu ini adalah bahan-bahan
yang boleh dikitar semula dan tujuan mereka ialah mamastikan kelas mereka
menang dalam pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula. Oleh itu, murid-
murid telah membawa semua surat khabar lama, kertas-kertas bercetak, botol plastik
dan sebagainya ke kelas masing masing untuk memenuhkan plastik kitar semula
yang diberi kepada setiap kelas. Mereka tidak menyedari dengan mempraktiikan kitar
semula akan dapat menjimatkan kos, sumber dan tenaga serta mengurangkan
penggunaan sumber kerana saya tidak memberi maklumat lanjutan tentang tindakan
yang boleh diambil selain daripada mengumpul bahan-bahan terpakai. Contohnya,
saya tidak menggalakkan murid-murid mengurangkan penggunaan plastik, polisterin
dan juga kertas haruslah digunakan kedua-dua belah sebelum membuangkannya.
Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini saya hanya sempat menyampaikan
maklumat asas tentang kitar semula kepada murid-murid dimana aktiviti ini
sebenarnya perlu diteruskan dalam jangka masa yang panjang dan dimana-mana
jua sahaja anda berada.
Cadangan Penambahbaikan:
1. Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang
berjaya menghasilkan program yang menpraktikkan kaedah guna semula
bahan-bahan secara berkesan.
Pertandingan yang diadakan hendaklah meliputi cadangan kaedah
pengurangan bahan-bahan yang dapat memberi kesan yang musibah
kepada alam sekitar.
2. Ganjaran seperti kupon diskaun membeli buku di koperasi sekolah boleh
diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang demi menjayakan
program kitar semula.
3. Aktiviti pengumpulan bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap
warga sekolah dengan menyediakan tong sampah kitar semula yang sesuai
agar setiap orang dapat membuang sampah mengikut kategori yang sesuai
dan mengurangkan pencemaran di sekitar sekolah.
4. Pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kantin sekolah agar mengelakkan
penggunaan plastik dan menyeru murid-murid membawa bekas sendiri ke
sekolah begitu juga dengan botol air.
5. Maklumat berkaitan dengan kitar semula seperti pengenalan, kepentingan,
barang-barang kitar semula dan sebagainya harus ditampal di setiap sudut
sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari semasa ke semasa.
6. program kitar semula perlulah disertai oleh semua warga sekolah bersama-
sama agar mendapat sambutan yang baik dan berjaya.



Kesimpulan:
Semua murid mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh
dikitar semula dan diguna semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkan kitar
semula merupakan satu amalan yang baik, menjadi insan yang mulia dan
bertanggungjawab serta menjadi contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas
kepentingan kitar semula agak tinggi dalam kalangan murid-murid sekolah ini, akan
tetapi sesetengah murid kurang menyumbang dalam aktiviti ini. Tabiat lama memang
sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Amalkan konsep kitar
semula selangkah demi selangkah untuk memelihara ruang hidup kita dan wujudkan
persekitaran yang lebih bersih dan sihat tanggungjawab semua rakyat. Tunjukkan
kesungguhan dan usaha anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi
sebahagian hidup anda.



Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ _______________________
(NARERMON QETKEAW) (NORHAIZI BT MAT)
Guru Pelatih, Mentor Program Internship,
PISMP Pengajian Sosial, SK Siputeh, Padang Sera,
IPG Kampus Perlis. Kedah.













LAMPIRAN

Bahan kitar semula yang telah berjaya dikumpul oleh murid tahun
5 sepanjang 4 minggu.

You might also like