Malaysia Ialah Sebuah Negara Yang Pesat Membangun Dan Terkenal Sebagai Salah Sebuah Destinasi Pelancongan Dunia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun dan terkenal sebagai salah sebuah destinasi

pelancongan dunia. Dari segi geografi, Malaysia terdiri daripada dua bahagian iaitu Semenanjung
Malaysia dan Kepulauan Borneo yang dipisahkan oleh Laut China Selatan.

Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian kaum dan bangsa yang tinggal dalam suasana harmoni
iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala Kepulauan Borneo didiami oleh pelbagai kumpulan etnik
peribumi antaranya etnik Kadazan dan Murut di Sabah, manakala etnik Iban, Bidayuh, Penan dan Senoi
di Sarawak.

Gabungan budaya dan kaum rakyat Malaysia menjadikan negara ini diwarnai oleh sambutan perayaan
yang berbeza dan begitu meriah sepanjang tahun. Malah, Malaysia diibaratkan sebagai syurga makanan
kerana setiap kaum mempunyai menu-menu tradisi yang enak lagi tersendiri.

Tidak cukup dengan itu, Malaysia mempunyai banyak tarikan lain yang tiada tolok bandingnya.
Antaranya ialah keunggulan landskap dan seni bina di negara ini seperti rumah kayu, bangunan
pencakar langit dan juga kawasan percutian yang terdapat di kawasan pergunungan, pantai dan hutan
paya bakau.

You might also like