Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

1

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


FAKULTI PENDIDIKAN

PENULISAN AKADEMIK II
GGGB 6022

TAJUK:
RELATI ONSHI P BETWEEN RESI LI ENCE AND PERCEPTI ONS OF
BUSI NESS PERFORMANCE

PENSYARAH : PROF. DR. NOR AISHAH BINTI BUANG
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD SHAHIZAM BIN TAZALI
NO. MATRIK : P63949


2

HUBUNGAN DAYA TAHAN DAN PERSEPSI PERKEMBANGAN PERNIAGAAN
TEKNOUSAHAWAN DI MALAYSIA
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencapaian daya tahan teknousahawan dan
persepsi perkembangan perniagaan. Tiga dimensi daya tahan yang dikenal pasti iaitu kendiri,
kognisi dan jaringan sosial. Kajian ini berbentuk kaedah tinjauan yang menggunakan soal
selidik Understanding Technopreneurial Self Challenge yang dibina oleh MDeC pada tahun
2008. Responden soal selidik adalah seramai 133 orang teknousahawan di Selangor. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa keseluruhan pencapaian daya tahan teknousahawan berada pada
tahap sederhana dan tidak terdapat perbezaan persepsi perkembangan perniagaan berdasarkan
bilangan tahun perniagaan
Kata kunci: Daya tahan, teknousahawan, kognisi, kendiri, jaringan sosial, perkembangan
perniagaan.

PENGENALAN
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), salah satu daripada matlamat
kerajaan ialah membangunkan 150 000 usahawan pelbagai peringkat. Berdasarkan
perancangan ini, negara ingin melahirkan 30 000 usahawan setiap tahun bagi tempoh lima
tahun. Untuk mencapai sasaran ini, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
(MECD) telah mengatur beberapa strategi meliputi bantuan pembiayaan, latihan
keusahawanan serta galakan pemasaran di dalam dan di luar negara.
Walaupun pelbagai usaha dirancang tetapi setiap perancangan pasti ada kegagalannya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dari
tahun 2000 hingga 2005 sebanyak 13% daripada usahawan bumiputera gagal dalam
perniagaan. Sebanyak 65% gagal disebabkan disiplin dan integriti yang lemah manakala 35%
gagal kerana masalah perniagaan yang diceburi. Untuk tahun 2005 seramai 107 daripada
1040 usahawan bumiputera yang dilahirkan daripada skim yang diperkenalkan sejak tahun
2000 didapati gagal dalam perniagaan mereka. Menurut Pengarah Institusi Keusahawanan
Negara (INSKEN) iaitu Kamariah Yeop Abdullah, 90% usaha adalah daripada diri usahawan
3

sendiri manakala institusi hanya membantu 10% sahaja. Oleh itu, usahawan yang dilatih
perlu mempunyai daya saing dan berdaya tahan. Dengan ini usahawan boleh membuat
keputusan sendiri, berdikari, mempunyai rantaian dan jaringan sosial agar dapat menguasai
bidang perniagaan.

KONSEP DAYA TAHAN
Perkembangan teknologi yang pesat telah mempengaruhi aktiviti keusahawanan di
Malaysia. Istilah teknousahawan merupakan perkataan yang masih baru bagi usahawan di
Malaysia. Perkataan teknologi dan usahawan digabungkan untuk membentuk teknousahawan.
Teknousahawan merujuk kepada usahawan yang menggunakan teknologi yang tinggi untuk
menjalankan perniagaan baru yang membawa perubahan dan keuntungan (Norita et al. 2007).
Untuk berjaya teknousahawan perlu memiliki daya tahan yang kuat dari sudut jasmani,
emosi, rohani dan intelektual bagi menghadapi cabaran dalam perniagaan (Mohd Salleh et al.
2006). Gardon (1996) mendefinisikan daya tahan sebagai kebolehan menjadi lebih baik,
matang dan meningkatkan kompetensi dalam menghadapi keadaan yang sukar. Walsh (2003)
menyatakan daya tahan sebagai kebolehan menahan dan bangkit daripada cabaran hidup yang
membelenggu seseorang.
Daya Tahan Dimensi Kendiri
Konsep kendiri adalah seluruh kepercayaan, sikap dan pendapat seseorang yang
dirasakan benar tentang dirinya (Pukey 1970). Fitts (1971) menyatakan konsep kendiri
individu dilihat berdasarkan pandangan individu itu sendiri dan bukannya daripada
pandangan individu lain. Dalam kajian ini, daya tahan dimensi kendiri mengukur aspek
optimis, ketabahan dan kecergasan teknousahawan. Optimis merupakan aspek positif emosi
untuk menerangkan peristiwa yang baik dan buruk (Seligman 1998). Optimis merupakan ciri
yang penting dan utama untuk kejayaan usahawan (Walker 2004). Individu yang optimis
mempunyai personaliti yang proaktif (Hagevik 1998; Green & Campbell 2004) dan menjana
akan terhasilnya sesuatu yang positif (Brissette et al. 2002). Oleh itu, usahawan yang optimis
akan lebih tabah (Litts et al. 1992; Seligman & Schulman 1986), komitmen tinggi (McColl
Kennedy & Anderson 2005) dan berupaya untuk mengembangkan perniagaan (Ottesen &
Gronhaug 2005).
4

Aspek kedua dalam daya tahan dimensi kendiri ialah ketabahan. ketabahan adalah
salah satu ciri personaliti usahawan (Brockhaus 1982; Horneday & Aboud 1971; Powell &
Bimmerle 1980). Ketabahan ialah tingkah laku khusus mengikut masa (Kanfer 1990)
manakala Markman et al. (2005) mendefinisikan ketabahan sebagai kecenderungan untuk
berhadapan dengan kesusahan dan bencana. Proses untuk memajukan perniagaan mengambil
masa yang lama dan memerlukan ketabahan untuk mendapatkan hasil yang diharapkan. Oleh
itu, untuk berjaya usahawan perlu melalui proses-proses memulakan perniagaan dengan tabah
(Burke & Miller 1999; Conger & Kanunga 1988).
Aspek ketiga ialah kecergasan. Tahap kesihatan dan kecergasan yang baik merupakan
aspek penting kepada usahawan. Kecergasan adalah tahap kesihatan fizikal badan yang
memberikan kecegasan, ketahanan dan kekuatan tubuh badan (Myhealth portal 2006)
manakala Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan kecergasan sebagai melakukan
kerja tanpa rasa penat, mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti dan lebihan tenaga untuk
waktu kecemasan. Usahawan yang berjaya mempunyai tahap kecergasan diri yang tinggi
kerana sanggup bekerja lebih masa dan mempunyai tahap kesihatan yang baik (McClelland
1961; Burns & Dewhurst 1989; Casson 1991; Goodman 1994; Mariani 1994; Marx et al.
1998).

Daya Tahan Dimensi Kognisi
Kognisi ialah kemahiran berfikir yang digunakan dalam pemerolehan, pemprosesan
dan mengingati kembali maklumat (John 1997). Asas kepada kognisi ialah pemikiran.
Pemikiran merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, mencari idea baru, membuat pertimbangan untuk menyelesaikan masalah
seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dilalui (Som & Mohd
Dahalan 1998). Philips (1997) mentakrifkan pemikiran sebagai satu proses yang memerlukan
pengetahuan melibatkan pengolahan kemahiran mental yang tertentu untuk menyelesaikan
masalah. Daya tahan kognisi dalam kajian ini merangkumi aspek kompetensi, formulatif dan
penyelesaian masalah. Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan
seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kajian
McClelland dan Mc Ber & Co. (1985) menyenaraikan 13 jenis kompetensi yang membantu
kejayaan usahawan iaitu berinisiatif, merebut peluang, cekal, mencari maklumat,hasil kerja
5

berkualiti, komited, cekap mengurus kos, sistematik, kreatif, yakin diri, tegas, mempengaruhi
orang lain dan bijak menyakinkan orang lain.
Aspek kedua daya tahan dimensi kognitif ialah formulatif. Formalatif dalam konteks
ini adalah kebolehan teknousahawan untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran
berfikir secara kreatif adalah kemahiran yang memberi penekanan terhadap penghasilan idea
yang tidak terbatas dan boleh dikembangkan dengan meluas (Som & Dahalan 1998).
Kemahiran berfikir secara kreatif melibatkan pengembangan daya imaginasi untuk
mendapatkan idea-idea baru. Kemahiran ini melibatkan penggunaan data dan maklumat yang
sedia ada untuk menjana idea-idea baru agar dapat memenuhi tujuan tertentu (Alias Baba
1997). Marof dan Haslinda (2008) menyatakan individu pemikir kreatif cenderung untuk
memiliki ciri-ciri seperti fleksibiliti dan seronok berfikir, motivasi dalaman, sanggup
mengambil risiko dan penilaian kerja secara objektif. Pemikiran kritis didefinisikan sebagai
reflektif dan pemikiran yang munasabah dan difokuskan sebagai membuat keputusan
terhadap apa sahaja yang dipercayai dan perlu dibuat (Ennis 1991). Pemikiran kritis
melibatkan keupayaan melihat kesalahan dan kelemahan pada cara orang lain berfikir atau
pada suatu idea, hujah dan pandangan yang dikemukakan (Alias Baba 1997).
Aspek ketiga bagi daya tahan dimensi kognitif ialah penyelesaian masalah. Dunia
perniagaan penuh dengan masalah dan memerlukan usahawan kemahiran dalam
menyelesaikan masalah. Masalah dalam perniagaan akan membantutkan usaha-usaha
perniagaan jika tidak mencari jalan penyelesaian (Razali 1991). Penyelesaian masalah adalah
proses seseorang individu menggunakan kemahiran serta pemahaman yang lepas untuk
mencari penyelesaian terhadap masalah (Krulik & Rudnik 1996). Penyelesaian masalah
melibatkan usaha mencari strategi yang dapat menghasilkan maklumat yang belum tercapai
(Plotnik 1999). Usahawan perlu melihat apa yang berlaku dan mampu mencari
penyelesaiannya atau meminta bantuan pihak lain untuk menyelesaikan masalah (Lankford
2003).




6

Daya Tahan Dimensi Jaringan Sosial
Jaringan adalah satu proses pembinaan perhubungan yang baik dengan ahli-ahli
uatama dalam syarikat atau pihak luar bagi mencapai matlamat (Johns 1996). Dollinger
(1996) berpendapat jaringan sebagai satu proses untuk memperluaskan bulatan keyakinan
keusahawanan di kalangan usahawan. Melalui jaringan sosial hubungan antara usahawan dan
pihak luar untuk mendapatkan sumber-sumber untuk perniagaan dapat diperkukuhkan
(Johannisson 1988; Larson 1991). Usahawan meletakkan keutamaan jaringan sosial dalam
perniagaan yang diceburi (Borch 1994; Hansen 1995; Larson & Starr 1993; Reynolds 1991;
Starr & Mac Millan 1990). Jaringan sosial diperlukan bagi mendapatkan nasihat dan
memperoleh sumber-sumber untuk menubuhkan perniagaan kerana penubuhan perniagaan
memerlukan perhubungan dan sumber yang berbeza dalam setiap fasa (Grannovetter 1985,
1992; Greve & Salaff 2003). Selain itu, usahawan memerlukan maklumat, modal, kemahiran,
pekerja dan perhubungan (Aldrich & Zimmer 1986; Aldrich et al. 1991; Cooper et al. 1995;
Hansen 1995).

PERSEPSI PERKEMBANGAN PERNIAGAAN
Pada peringkat perkembangan perniagaan sesebuah perniagaan sudah berada dalam
zon yang selesa kerana saiz perniagaan, pertambahan bilangan pelanggan setia dan kadar
keuntungan yang meningkat (Norita et al. 2007). Dalam kajian ini perkembangan perniagaan
teknousahawan merujuk kepada persepsi teknousahawan bahawa perniagaan mereka boleh
diteruskan walaupun berhadapan dengan risiko dan rintangan. Persepsi perkembangan
perniagaan merangkumi tiga aspek iaitu teknousahawan boleh berpencapaian baik walaupun
perniagaan berisiko tinggi, teknousahawan terus mengekalkan kecekapan walaupun mereka
tertekan dan teknousahawan berupaya untuk pulih daripada kesusahan.

MODEL DAYA TAHAN
Model Tingkah Laku Organisasi Positif Luthans (2002, 2007) memberi penekanan
kepada modal psikologi agar tingkah laku organisasi positif akan terbentuk. Modal psikologi
terdiri dari aspek efikasi kendiri (keyakinan untuk berjaya), harapan (keazaman dan
7

kemajuan), optimis (realistik dan fleksibel) dan berdaya tahan (bangkit selepas gagal).
Pekerja harus melalui aspek-aspek ini agar mempunyai keyakinan untuk berjaya. Model ini
juga menyatakan bahawa daya tahan boleh dipelajari. Setiap kegagalan akan mendorong
pekerja tersebut untuk bangkit dan belajar dari kesilapan yang dilakukan.
Penyataan ini disokong oleh Model Pembelajaran Dan Pembangunan Daya Tahan
oleh Siebert (2000, 2004). Model ini fokus kepada pengajaran dan pembelajaran kendiri
untuk berdaya tahan. Individu yang positif akan melalui tiga peringkat daya tahan iaitu
perancangan pelan individu, pembelajaran tentang penyelesaian masalah dan belajar
menghadapi tekanan. Apabila individu melalui tiga peringkat ini individu tersebut akan lebih
berdaya tahan dan sentiasa mengekalkan sikap yang positif. Manakala Model Ketahanan Diri
Maddi Dan Khoshaba (2005) menekankan ketahanan diri menjadi asas kepada daya tahan
seseorang. Individu yang berdaya tahan didapati mempunyai tiga sikap iaitu pengelibatan
(commitment), penguasaan (control) dan cabaran (challenge). Menerusi galakan dan motivasi
3C ini, kumpulan berdaya tahan berupaya menghadapi sebarang perubahan dalam masalah
mereka, terus terlibat dengan persekitaran yang berlaku berbanding menghindarinya dan cuba
mempengaruhi hasil penyelesaian masalah berbanding berputus asa dengan masalah yang
dihadapi. Mereka perlu optimis dan mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi supaya
mampu melihat cabaran sebagai peluang untuk berkembang.
Kesimpulannya dari model-model daya tahan yang dikaji, daya tahan dapat dipelajari
oleh setiap individu dan proses pembelajaran bermula dari awal kerjaya sehingga berjaya.
Walaupun gagal dalam bidang yang diceburi tetapi individu yang positif akan bangkit untuk
berjaya dan belajar dari kesilapan lalu. Proses yang dilalui akan mematangkan seseorang dan
mampu berhadapan cabaran yang dihadapi.






8

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN










Rajah 4: Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual kajian ini menghujahkan bahawa komponen daya tahan
usahawan dalam kajian ini memberi fokus kepada tiga dimensi iaitu kendiri, kognisi dan
jaringan sosial. Pertama, tahap daya tahan untuk elemen kendiri terdiri daripada ciri-ciri
personaliti seperti optimis, ketabahan serta mempunyai kecergasan diri dari aspek mental,
fizikal dan kekuatan kerohanian. Kajian-kajian Rauch dan Frese (2000); Baun, Locke dan
Smith (2001) menerangkan ciri-ciri personaliti memberi kesan yang dinamik terhadap
pembentukan dan kejayaan perniagaan. Pada masa yang sama, De Vries dan Shields (2004)
juga menggunakan dimensi kendiri dalam kajian mereka tentang daya tahan pengurus
perniagaan kecil dan sederhana. Kedua, tahap daya tahan dimensi kognisi terdiri dari aspek
pengetahuan dalam perniagaan seperti kompetensi, formulatif dan penyelesaian masalah.
Kajian Markman dan Baron (2005) dan Alvarez dan Busenitz (2001) membuktikan aspek
kompetensi dan kognisi penting untuk perkembangan sesebuah perniagaan. Ketiga, tahap
daya tahan dimensi jaringan sosial. Menurut Ab. Aziz (2000) usahawan memerlukan jaringan
sosial agar dapat menjamin keselamatan, memperoleh kepercayaan rakan kongsi/kerja,
kebolehan mencari peluang atau meminta pertolongan orang lain dan memiliki komunikasi
DEMOGRAFIK
TEKNOUSAHAWAN
-Tahun perniagaan
-Umur
-Tahap pendidikan
KENDIRI
TEKNOUSAHAWAN
-Optimis
-Ketabahan
-Kecergasan
KOGNISI
TEKNOUSAHAWAN
-Kompetensi
-Formulatif
-Penyelesaian masalah
JARINGAN SOSIAL
PENCAPAIAN DAYA
TAHAN
TEKNOUSAHAWAN
PERSEPSI
PERKEMBANGAN
PERNIAGAAN
9

yang baik. Komponen persepsi perkembangan perniagaan memberi perhatian tentang
pencapaian yang baik walaupun berisiko tinggi. Di samping itu, usahawan dapat
mengekalkan kecekapan walaupun tertekan. Pada masa yang sama, usahawan berupaya pulih
daripada kesusahan. Daya tahan sangat diperlukan supaya individu dapat menyesuaikan diri
dengan sebarang perubahan dan bertindak cepat menghadapi krisis serta tidak melepaskan
sebarang peluang (Maddi & Khoshaba2005; Glicken 2006; Siebert 2005)

OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya kajian ini untuk meninjau persepsi teknousahawan terhadap daya tahan dan
perkembangan perniagaan. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap pencapaian daya tahan teknousahawan dari dimensi kendiri,
kognisi dan jaringan sosial.
2. Mengenal pasti tahap persepsi perkembangan perniagaan teknousahawan.
3. Mengenal pasti hubungan pencapaian daya tahan dimensi kendiri, kognisi, dan
jaringan sosial dengan persepsi perkembangan perniagaan teknousahawan.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik sebagai
alat kajian utama untuk mendapatkan maklumat tentang daya tahan teknousahawan dari
dimensi kendiri, kognisi dan jaringan sosial serta prestasi perniagaan. Soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini ialah Understanding Technopreneurial Self-Challenge (UTS)
yang dibina oleh Multimedia Development Corporation (MdeC 2008). Soal selidik ini terdiri
daripada tiga bahagian iaitu bahagian A untuk profil usahawan, bahagian B untuk profil
perniagaan dan bahagian C untuk daya tahan dan prestasi perniagaan. Skala Likert digunakan
dengan 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju). Populasi kajian meliputi
teknousahawan yang mendapat status MSC di Malaysia. Dalam kajian ini populasi
teknousahawan sekitar negeri Selangor sahaja yang dipilih iaitu 200 buah syarikat. Kaedah
10

persampelan secara rawak mudah digunakan dan jumlah sampel seramai 233 responden
digunakan.
Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini terdiri daripada faktor demogrrafik iaitu umur,
jantina bangsa, kelulusan pendidikan dan pengalaman bekerja serta pencapaian daya tahan
dimensi kendiri, kognisi dan jaringan sosial. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini
adalah persepsi perkembangan perniagaan yang terdiri daripada tiga aspek iaitu aspek
pencapaian baik walaupun berisiko tinggi, aspek mengekalkan kecekapan walaupun tertekan
dan aspek keupayaan pulih daripada kesusahan.





Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar
Rajah 5: Hubungan antara elemen yang dikaji
Kajian ini telah mendapat kebenaran daripada MDeC dan borang soal selidik diedarkan
kepada responden semasa siri-siri kursus teknousahawan anjuran MDeC dan berjumpa
sendiri dengan responden melalui temujanji. Daripada 150 set borang soal selidik yang
diedarkan kepada responden semasa siri-siri kursus dan temu janji, sebanyak 133 (87%) set
telah dapat dikumpulkan. Oleh itu kadar pemulangan ini agak tinggi dan melebihi sasaran
sebanyak 80% (Kerlinger 1986).

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Tahap Pencapaian Daya Tahan Teknousahawan
Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pencapaian daya tahan teknousahawan
sederhana untuk ketiga-tiga dimensi iaitu kendiri, kognisi dan jaringan sosial. Dapatan ini
FAKTOR
DEMOGRAFIK
-Tahun perniagaan
-Umur
-Tahap pendidikan
PENCAPAIAN DAYA
TAHAN DIMENSI
KENDIRI, KOGNISI
DAN JARINGAN
SOSIAL
PERSEPSI
PERKEMBANGAN
PERNIAGAAN
11

menggambarkan bahawa teknousahawan berdaya tahan pada tahap yang sederhana dan perlu
ditingkatkan kepada tahap yang lebih tinggi.
Jadual 1: Skor Min dan Tahap Daya Tahan
Aspek Daya Tahan Dimensi Daya Tahan Min Tahap Pencapaian
Keseluruhan
Optimis 3.525 Sederhana
Ketabahan 3.471 Sederhana
Kecergasan 3.424 Sederhana
Kendiri 3.473 Sederhana
Kompetensi 3.348 Sederhana
Formulatif 3.492 Sederhana
Penyelesaian
Masalah
3.411 Sederhana
Kognisi 3.417 Sederhana
Jaringan Sosial 3.417 Sederhana
Daya Tahan
Keseluruhan
3.436 Sederhana

Daya tahan muncul dalam individu yang mempunyai sikap tertentu, kemahiran
kognisi dan emosi serta pemahaman mendalam dalam menangani cabaran. Pada masa yang
sama ciri-ciri usahawan berjaya merangkumi aspek dimensi kendiri, kognisi dan jaringan
sosial (Maddi & Khoshaba 2005). Individu yang berdaya tahan juga lebih bermotivasi untuk
berusaha apabila mengalami kejayaan demi kejayaan dan mampu menangani sebarang
masalah dan menjadi lebih kuat dan lebih baik untuk meneruskan perniagaan mereka
(Bandura 1989). Kajian Brooks dan Goldstein (2003) mendapati bahawa individu berdaya
tahan mempunyai pembentukan minda berdaya tahan. Pembentukan minda boleh berubah
kerana kepercayaan seseorang tentang sesuatu perkara dapat memimpin tingkah laku. Teori
daya tahan menurut Richardson (2002) iaitu terdapat satu kuasa dalaman seseorang yang
12

mengarahkan mereka mencari hasrat diri, mengutamakan orang lain, pemurah, bijaksana dan
harmoni bersumberkan kekuatan kerohanian.
Aspek kendiri penting untuk kejayaan keusahawanan kerana usahawan perlu sentiasa
positif, lebih komited berhadapan dengan cabaran-cabaran dan memperbaiki situasi mereka
ke arah yang lebih baik (Litts et al. 1992; Ottesen & Gronhaug 2005; Walker 2004).
Kejayaan sesebuah perniagaan kerana kesungguhan, kepimpinan dan pengambilan risiko
(Niewenhuizen & Kroon 2001). Oleh itu, usahawan yang berjaya dapat meningkatkan
disiplin diri dan profesionalisme serta melaksankan kod etika yang bersesuaian. Selain itu,
usahawan yang berjaya mempunyai imej diri, ketahanan mental dan sikap tidak takut pada
perubahan serta kegagalan (Kuratko & Hodgetts 2001; Hisrich et al. 2000; Rosdi 2002).
Dimensi kognisi berada pada tahap sederhana. Untuk menjalankan perniagaan
usahawan harus menekankan aspek kognisi iaitu pengetahuan. Dengan pengetahuan yang
tinggi, usahawan dapat mengenal pasti masalah perniagaan untuk memastikan kelangsungan
perniagaan. Usahawan yang mendapat maklumat tentang pasaran dan peka keperluan
pelanggan berdasarkan pengalaman lepas akan membawa kejayaan kepada usahawan (Badrul
Hisham 1995; Check 2002; Hattan 1997). Kajian terhadap kegagalan usahawan pula
mendapati masalah tahap pendidikan, penguasaan teknologi yang rendah, kelemahan
pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan (Ab. Aziz 2000; Kamal Salleh & Hanafiah
1992; Mohd Hassan 2007; Rudy 2002; Zahri 1998).
Daya tahan memerlukan sokongan perhubungan dan dalaman keluarga. Perhubungan
ini akan mencetuskan kasih sayang dan kepercayaan. Dengan ini galakan dan keyakinan
membantu daya tahan seseorang. Individu yang mendapat sokongan keluarga atau
mempunyai jaringan sosial yang positif dapat memupuk minat dalam kerjaya keusahawanan.
Hubungan sosial yang meluas mempengaruhi daya tahan.

Tahap Persepsi Perkembangan Perniagaan Teknousahawan
Dapatan kajian ini menunjukkan tahap persepsi perkembangan teknousahawan adalah
tinggi. Kajian Kamaruddin (2007) bahawa motivasi memulakan perniagaan mempunyai
hubungan dengan kejayaan perniagaan usahawan bumiputera. Perkembangan perniagaan
13

yang berjaya ialah dari perspektif psikologi seperti mempunyai motivasi pencapaian yang
tinggi (McClland 1961).
Jadual 2: Skor Min dan Tahap Persepsi Perkembangan Perniagaan
Min Tahap Keseluruhan
Persepsi Perkembangan Perniagaan 3.895 Tinggi

Hubungan Pencapaian Daya Tahan Dengan Persepsi Perkembangan Perniagaan
Terdapat hubungan positif tahap sederhana variasi perkembangan perniagaan
disumbangkan oleh daya tahan dimensi kendiri.
Jadual 3: Hubungan Antara Pencapaian Daya Tahan Dimensi Kendiri dengan Persepsi
Perkembangan Perniagaan
Pemboleh Ubah Persepsi Perkembangan Perniagaan
Pencapaian Daya Tahan Dimensi Kendiri r = 0.627 r
2
= 0.393 p = 0.001
*

*
signifikan pada paras p<0.05
Hal ini aspek daya tahan dalam dimensi kendiri seperti optimis, ketabahan dan
kecergasan berada pada tahap sederhana. Optimis merupakan ciri yang penting dan utama
untuk kejayaan usahawan (Walker 2004). Sikap optimis mampu menjana keyakinan bahawa
sesuatu keyakinan bahawa sesuatu yang positif akan terhasil (Brissette et al. 2002). Individu
optimis sentiasa positif berhadapan dengan cabaran-cabaran dan memperbaiki situasi mereka
ke arah yang lebih baik. Individu yang optimis juga belajar daripada kesilapan yang
dilakukan dan mempunyai personaliti yang proaktif (Hagerik 1988; Green & Campbell
2004). Kurangnya sikap optimis dan ketabahan akan membawa kepada kegagalan dalam
perniagaan (Bird 1988; Mc Daniel & Sharpe 2002 ). Teknousahawan perlu tabah kerana
bidang perniagaan penuh dengan ketidakpastian dan usahawan perlu menjangkakan risiko-
risiko yang akan dihadapi. Asppek daya tahan juga berada pada tahap sederhana. Kecergasan
tidak dicapai dalam masa yang singkat tetapi merupakan proses sepanjang hayat dan dapat
dicapai dengan menggabungkan gaya hidup sihat. Banyak kajian berrkaitan personaliti
14

usahawan berjaya salah satunya ialah kesanggupan bekerja dalam jangka masa yang panjang
dan mempunyai kesihatan yang baik.
Terdapat hubungan positif tahap sederhana variasi perkembangan perniagaan
disumbangkan oleh daya tahan dimensi kognisi.
Jadual 4: Hubungan Antara Pencapaian Daya Tahan Dimensi Kognisi dengan Persepsi
Perkembangan Perniagaan
Pemboleh Ubah Persepsi Perkembangan Perniagaan
Pencapaian Daya Tahan Dimensi Kognisi r = 0.527 r
2
= 0.278 p = 0.001
*

*
signifikan pada paras p<0.05
Bidang teknousahawan memerlukan individu yang cekap dan berdaya fikir bagi
menghadapi situasi perubahan dalam teknologi. Prestasi seseorang yang mempunyai kognisi
cemerlang akan cemerlang dalam domain mereka (Glasser & Chi 1988). Kajian
membuktikan bahawa usahawan yang memiliki kompetensi dapat membantu mereka berjaya
dan lebih maju dalam perniagaan. Kompetensi juga menjadi faktor penting untuk berdaya
tahan dalam perniagaan. Dunia perniagaan yang penuh cabaran memerlukan usahawan
memiliki tahap pemikiran dan penyelesaian masalah yang tinggi untuk menghadapi masalah
yang dihadapi. Oleh itu usahawan yang berdaya tahan akan menyelesaikan masalah dengan
mencari dan melahirkan idea-idea baru secara kreatif.
Terdapat hubungan positif tahap lemah variasi perkembangan perniagaan
disumbangkan oleh daya tahan dimensi jaringan sosial.
Jadual 5: Hubungan Antara Pencapaian Daya Tahan Dimensi Jaringan Sosial dengan Persepsi
Perkembangan Perniagaan
Pemboleh Ubah Persepsi Perkembangan Perniagaan
Pencapaian Daya Tahan Dimensi Jarringan Sosial r = 0.495 r
2
= 0.245 p = 0.001
*

*
signifikan pada paras p<0.05
Dapatan kajian ini selari dengan kajian Mohd Hassan (2007) bahawa terdapat
hubungan positif yang sederhana antara jaringan sosial dengan kejayaan firma. Kajian
Kamaruddin (2007) mendapati bahawa tidak banyak usahawan yang bergantung kepada
15

persekitaran untuk membantu mereka ketika kesusahan. Dapatan ini sama seperti kajian yang
dijalankan oleh Mohd Fazely (2002) yang mendapati bahawa usahawan di Kelantan kerap
kali bergantung pada diri sendiri untuk mengatasi masalah perniagaan yang dihadapi.
Jaringan sosial memberi pengaruh yang signifikan terhadap prestasi syarikat kerana terdapat
interaksi pelbagai hala antara usahawan dengan pelbagai pihak untuk memajukan perniagaan
(Cawood 1992; Ab. Aziz 2000). Jaringan sosial merupakan aspek yang membezakan antara
firma yang berjaya dan gagal (Duchesneau & Gartner 1998). Hubungan baik antara usahawan
dengan jaringan-jaringan perniagaan amat penting bagi menjamin ketahanan usahawan dalam
bidan yang diceburi (Rosdi 2002).
Secara keseluruhan terdapat hubungan positif yang sederhana variasi perkembangan
perniagaan disumbangkan oleh faktor daya tahan.
Jadual 6: Hubungan Antara Pencapaian Daya Tahan Teknousahawan dengan Persepsi
Perkembangan Perniagaan
Pemboleh Ubah Persepsi Perkembangan Perniagaan
Pencapaian Daya Tahan Teknousahawan r = 0.624 r
2
= 0.389 p = 0.001
*

*
signifikan pada paras p<0.05
Menurut Mohd. Salleh et al. (2006) usahawan perlu memiliki daya tahan yang kuat bagi
mengharungi pelbagai cabaran dalam perniagaan. Hal ini kerana keupayaan fizikal amat
diperlukan untuk kejayaan usahawan. Usahawan juga perlu bersabar terhadap cabaran,
beretika dan mempunyai sikap ingin terus belajar tanpa rasa jemu. Teknousahawan yang
berdaya tahan mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya dan mampu meningkatkan
persepsi perniagaan (Siebert 2005; Glicken 2006).

KESIMPULAN
Perkembangan sesebuah perniagaan berkait rapat dengan pelbagai faktor. Menurut
Kamaruddin (2007) perkembangan perniagaan dikaitkan dengan perkara-perkara seperti
keberkesanan, kepimpinan, kegigihan, tidak mudah berputus asa, berani, mengambil risiko,
kualiti dan jenis produk, bijak mengambil peluang, mempunyai visi perniagaan yang jelas
dan kreatif serta inovatif. Teknousahawan yang berkualiti perlu memiliki ciri-ciri
16

keusahawanan seperti motivasi, kretiviti, inovasi, keyakinan diri, lokus kawalan dalaman dan
mengambil risiko sederhana dan perlu diterapkan dalam kurikulum keusahawanan (Chek
2002). Membina daya tahan bererti mencari jalan memastikan perniagaan diusahakan adalah
untuk jangka masa panjang. Terdapat beberapa langkah untuk teknousahawan boleh
meningkatkan daya tahan iaitu pertama, teknousahawan perlu berganding bahu dan tolong-
menolong antara satu sama lain untuk memajukan perniagaan mereka. Kedua,
teknousahawan berkongsi kepakaran dengan menubuhkan konsortium untuk mewujudkan
usahasama antara satu sama lain. Ketiga, teknousahawan tidak lalai terhadap perkembangan
semasa yang boleh memberi impak atas perniagaan di samping merebut peluang dan
kemudahan yang ada.

RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof. 2000. Usahawan dan Pengukuhan Jaringan Rakan Niaga. Penerbitan
Universiti Utara Malaysia.
Aldrich, H. & Zimmer, C. 1986. Entrepreneurship through social network. In D. Sexton & R.
Smiler (eds). The arts and Science of entrepreneurship : 3-23 New York : Ballinger.
Aldrich, H., Birley, S., Dubini, P., Greve, A., Johannisson, B., Reese, P.R & Sakano, T. 1991.
The generic entrepreneur? Insight from a multinational research project. Paper
presented at the Babson Conference on Entrepreneurship.
Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi : Penerbit
UKM.
Alvarez, S.A., Busenitz, L.W. 2001. The entrepreneurship of resources based theory. Journal
of Management. 27(6). pp.755-775.
Badrul Hisham Hj. Alang Osman. 1995. Pengaruh pendidikan formal dan non formal
terhadap prestasi usahawan. Tesis. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bandura, A. 1989. Regulation of cognitive processes through perceived self-afficacy.
Development Psychology. 25(5): 729-735.
Baum, J.R., Locke, E.A & Smith, K.G. 2001. A multidimensional model of venture growth.
Academy of Management Journal. 44(2). pp.292-303.
Bird, B. 1988. Implementing entrepreneurial ideas: the case for intention. Academy of
Management Review. 13 : 442-453.
Borch, O.J. 1994. The process of relational constracting: Developing trust-based strategic
alliances among small business enterprise. In P.Shrivastava, A. Huff & J. Dutton
(eds.), Advances in Strategic Management, 10B: 113-135.
17

Brissette, I., Scheier, M.F. & Carver, C.S. 2002. The role of optimism in social network
development, coping and psychological adjustment during a life transition. Journal of
personality and social psychology. 82(1) : 102
Brockhaus, R.H. 1982. The psychology of the entrepreneur dlm. Encyclopedia of
entrepreneurship Eds Kent, C.A, Sexton, D.C. Vesper, K.H. New Jersey : Prentice
Hall. 39 71.
Brooks, R. & Goldstein, S. 2003. The power of resilience: achieving balance, confidence and
personel strenght in your life. USA : McGra Hill.
Burke, L.A. & Miller, M.K. 1999. Taking the mystery out of intuitive decision making.
Academy of Management Executive. 13 : 91-99.
Burns, P. & Dewhurst, J. 1989. Small Business and Entrepreneurship. NY: Macmillan Press.
Casson, M.C. 1991. Entrepreneurship. Journal of Private Enterprise. 7(1): 20-35.
Cawood, D. 1992. Assetiveness for manager: Learning Effective Skills for Managing People,
3
rd
edn.. Canada: International Self Counsel Press Ltd.
Chek Pit Chow. 2002. Ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah di
Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Conger, J.A & Kanungo, R.N. 1988. Conclusion: patterns and trends in studying charismatic
leardership dlm. Charismatic leardership. CA: Jossey-Bass.
Cooper, A.C., Folta, T.B., Woo, C. 1995. Entrepreneural information search. Journal of
Business Venturing, 10(2):107-120.
Coutu, D. 2000. How resilience works. Harvard Business Review. 80(5) : 46-51.
De Vries, H., & Shields, M. 2006. Towards a theory of entrepreneurial resilience: an analysis
of New Zealand SME owner-operators. The New Zealand Journal of Applied
Business. 5(1): 33-44.
Dollingger, M. 1996. Entrepreneurship: Strategies and Resources. Illinois: Irwin
Duchesneau, D.A. & Gartner, W.B. 1988. A profile of new venture success and failure in an
emerging industry. Frontiers of entrepreneurship research. Babson College,
Wellesley, MA: 372-386.
Ennis, R. 1991. Evaluating critical thinking. Los Angelas. CA : Critical Thinking Press &
Software.
Fitts, W.H. 1971. The self concept and delinquency. NJ: Erlbaum.
Fredrickson, B.L. 1998. What good are positive emotions? Review of General Psychology.
Special Issue: New directions in research on emotion. 2 : 300-319.
Fredrickson, B.L. 2001. The role of positive emotions in positive psychology. The broaden
and built theory of positive emotions. American Psychologist: Special Issue. 56: 218-
226.
18

Gardon, K.A. 1996. Infant and toddler resilience: knowledge, predictions, policy and
practice. Paper presented at the Head Start National Research Conference in
Washington, D.C.
Glaser, R. & Chi, M. 1988. The nature of expertise. NJ: Erlbaum.
Glicken, M.D. 2006. Learning from resilient people. California: Sage Publication.
Goodman, J.P. 1994. What makes an entrepreneur. INC. 16(10) : 29.
Granovetter, M. 1985. Economic action and social structure : A theory of embeddedness.
American Journal of Sociology, 91(3) : 481-510.
Green, L & Campbell, J. 2004. The Kiwi effect. Avocado Press: Wellington.
Greve A, Salaff, J.W. 2003. Social Networks and Entrepreneurship. Entrpreneurship :
Theory & Practice, 28(1) :1-22.
Griffith, C. 1998. Building a resilience work force. Training. 35(1). Muat turun dari
pangkalan data ProQuest (Januari 2, 2009)
Hagevik, S. 1998. Careerconsultant: Resilience required. Journal of environmental health.
60(10).
Hansen, E.L. 1995. Entrepreneurial network and new organizational growth.
Entrepreneurship : Theory & Practice, 19(4): 7-19.
Hattan, T.S. 1997. Small Business Entrepreneurship and Beyond. New Jersey : Prentice Hall.
Hisrich, R.D., Peters, M.P. 2000. Entrepreneurship. 4
th
edition. Boston. Irwin McGraw Hill.
Hornaday, J.A & Aboud, J. 1971. Characteristic of successful entrepreneurs. Personnel
Psychology. 24 : 141-153.
Johannisson, B. 1988. Business formation: A network approach. Scandinavian Journal of
Management, 4(3-4): 83-99.
John Arul Philips. 1997. Pengajaran kemahiran berfikir: Teori dan amalan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Johs, G. 1996. Organiozational Bahaviour: Understanding and Managing Life At Work. 4
th

edition. New York: Harper Collins.
Kamal Saleh & Hanafiah Hussein. 1992. Mempertimbangkan Keusahawanan Bumiputera
dalam Industri Kecil dan Sederhana: Konsep pensyarikatan Bumiputera. Kertas Kerja
Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga, DPMM.
Kamaruddin b Mohd Akil. 2007. Motivasi memulakan perniagaan dan hubungan dengan
kejayaan perniagaan usahawan Bumiputera. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kanfer , R. 1990. Motivation theory and industrial and organizational psychology dlm.
Dunnette, M. & Hough, L. Handbook of industrial and organizational psychology.
CA : Consulting Psychology Press.
19

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. 2006. Statistik MeCD 2006. Kuala
Lumpur.
Kerlinger, F.N. 1986. Foundations of Behavioral Research Ed.ke-3. Orlando, FL: Harcourt
Brace Javanovich.
Krulik, S. & Rudnik, J.A. 1996. The new source book for teaching reasoning and problem
solving in Junior and Senior high school. Boston : Allyn and Bacon.
Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. 2001. Entrepreneurship a Contemporary Approach.
Harcourt.
Lankford, C. 2003. Entrepreneurship indexs.
http:/www.analyzemycareer.com/action/format.cfm?file=../templets/ei/koof50.html.
28 September 2005.
Larson, A., Starr, J.A. 1993. A network model of organization formation. Entrpreneurship :
Theory & Practice, 17(2) : 5-15.
Larson. A. 1991. Partner network: Leveraging external ties to improve entrepreneurial
performance. Journal of Business Venturing, 6(3): 173-188.
Litts , M.D., Tennen, H., Affleck, G. & Klock, S. 1992. Coping and cognitive factors in
adaptation to in vitro fertilization failure. Journal of behavioral medicine. 15. 171-
187.
Luthans, F. 2002. Positive organizational behavior. Developing and managing psychological
strenghts. Academy of Management Executive. 16(1) : 1-22.Muat turun dari pangkalan
data ProQuest (January 2, 2009)
Luthans, F., Youssef, C.M, Avolio, B.J. 2007. Psychological capital. New York : Oxford
University Press.
Marof Redzuan & Haslinda Abdullah. 2008. Psikologi edisi ketiga. Kuala Lumpur :
McGraw Hill Education.
Maddi, S.R. & Khoshaba, D.M. 2005. Resilience at work. NY: Amacom
Mariani, M. 1994. The young and the entrepreneurial. Occupational Outlook Quarterly. pp
3-9.
Markman, G., Baron, R., & Balkin, D. 2005. Are preseverance and self-afficacy costless?
Assessing entrepreneurs regretful thinking. Journal of Organizational Behavior. 29 :
1-19.
Marx, S., Reynders, H.J.J, Van Rooyen, D.C, Bosch, J.K. 1988. Business Management, 2
nd

ed. Pretoria: Van Schaik.
McClelland dan McBer & Com. 1985. Instrumen Kompetensi Keusahawanan.
www.komputer.com.my [12 Januari 2009].
McClelland, D.C. 1961. Entrepreneurship and Economic Development. New York: The Free
Press.
20

McColl Kennedy, J.R. & Anderson, R.D. 2005. Subordinate manager gender combination
and perceived leadership style influence on emotions, self-esteem and organizational
commitement. Journal of Business Research. 58(2) : 115.
McDaniel, B.A. & Sharpe, M.E. 2002. Entrepreneurship and innivation: an economic
approach. NY: M.E Sharpe, Armonk.
Mohd Fadzely Mohd Zain. 2002. A study of motivation in business start ups among Malay
entrepreneurs. Tesis Sarjana. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd Hassan Mohd Osman. 2007. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan
kredit makro di negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Salleh Hj. Din, Abu Bakar Hj. Hamed, Abd Isa Ismail, Hanisah A.Razak, Salniza Md.
Salleh, Aini Hayati Mohamed. 2006. Amalan Keusahawanan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Myhealth portal. 2006. Kecergasan dan anda. http://www.myhealth.gov.my
Nieuwenhuizen, C. & Kroon, J. 2001. Identification of Entrepreneurial Success Factors to
Determine The Content of Entrepreneurship Subject South Africa.
Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Mohamad
Yusop Mohd Jani, Mohd Khairuddin Hashim. 2007. Keusahawanan. Malaysia:
McGraw Hill Sdn. Bhd.
Ottensen, G.G & Gronhaug, K. 2005. Positive illusions and new venture creation. Creativity
and innovation management. 14.
Philips, J.A. 1997. Pengajaran kemahiran berfikir, teori dan amalan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Powell, J. & Bimmerle, C. 1980. A model of entrepreneurship: moving toward precision and
complexity. Journal of small business management. 18(1) : 33-36.
Purkey, W.W. 1970. Self-concept and school achievement. Englewood Cliffs, NJ: Prentice
Hall.
Razali Hassan. 1991. Sikap dan sifat-sifat yang diperlukan dalam pembangunan usahawan.
Seminar Daya Penggerak ke Arah Keusahawanan Berkualiti. Kementerian
Perusahaan Awam.
Reynolds, P.D. 1991. Sociology and entrepreneurship : Concepts and contributions.
Entrpreneurship : Theory & Practice, 16(2) : 47-70.
Richardson, G.E. 2002. The metatheory of resilience and resiliency. Journal of Clinical
Psychology. 58(3) : 307-321.
Rosdi. 2002. Faktor-faktor kegagalan usahawan Melayu. Majlis Amanah Rakyat, Johor
Bahru.
Rudy, As (April/Mei 2002). Usahawan Bumiputera, Usahawan Sukses. Pustaka Wira Sdn.
Bhd.
21

Seligman, E.P. 1998. Learned optimism. New York: Pocket Books
Seligman, M.E.P., & Schulman, P. 1986. Explanatory style as a predictor of productivity and
quitting amongst life insurance sales agents. Journal of personality and social
psychology. 50 : 832-838.
Siebert, Al. 2000. Resilence and longevity.
http://www.resiliencycenter.com/articles/resilong.shtml (Julai 24, 2008)
Siebert, Al. 2004. How to develop survivor resiliency.
http://www.resiliencycenter.com/articles/survresilency.shtml (Julai 24, 2008)
Siebert, Al. 2005. The resiliency advantages: master change, thrive under preasure and
bounce back from setbacks. CA: Barrett Koehler Publisher, Inc.
Som Hj. Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli. 1998. Kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK). Petaling Jaya, Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Starr, J., MacMillan, I.C. 1990. Resouce cooptation via social contracting : Resource
acquisition strategies for new ventures. Strategic Management Journal, 11 (Summer):
79-92.
Sun, J., Buys, N., Wang, X.C & Stewart, D. 2010. Entrepreneurs resilience and its
relationship with entrepreneurial type: a study of national chinese entrepreneur
sample. pp.815-827.
Vakola, M., Tsaousis, I., & Nikolaou, I. 2004. The role of emotional intelligence and
personality variables on attitudes toward organizational change. Journal of
Managerial Psychology. 18(2) : 88-110.
Walker, R. 2004. Jeff Bezos, Inc. 26(4) : 148-152
Walsh, K. 2003. Family resilience: A framework for clinical practice. Family Process. 42.
p.1-18.
Zahari Omar. 1998. Mata pelajaran keusahawanan di Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah: satu
tinjauan kurikulum ke arah pencapaian matlamat. Tesis Sarjana, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

You might also like