Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BENTUK

Soalan objektif
1. Mana satu yang menghuraikan definisi bentuk dengan tepat? (C)
A. permukaan sesuatu objek
B. berfungsi sebagai hiasan
C. bersifat 3 dimensi (3D)
D. boleh dikesan pada objek alam sekeliling

2. Pilihkan ciri-ciri bentuk? (D)
I mengandungi ketinggian, kelebaran dan kedalaman
II boleh membentuk isipadu dengan tepat
III mempunyai lebih daripada satu permukaan
IV mempunyai kesan cahaya dan bayang
A. I, II dan III sahaja
B. I, II, dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

3. Mana satu rajah yang menunjukkan bentuk konkrit? (A)
I II

III IV

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I dan IV sahaja

4. Mana satu gambar-gambar menunjukkan rupa dan bentuk? (D)
I II

III IV

A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I,III dan IV sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

5. Apakah cara-cara menimbulkan betuk ilusi? (D)
I Teknik Garisan
II Teknik Kolaj
III Teknik Catan
IV Teknik Cetakan
A. I dan II sahaja
B. I, II, III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

Soalan struktur
1. Bagaimanakah anda boleh membezakan bentuk konkrit dan bentuk ilusi?
Bentuk konkrit merupakan bentuk 3 dimensi dan boleh dirasai pada setiap
permukaan manakala bentuk ilusi merupakan bentuk 2 dimensi dan hanya boleh
dinikmati melalui penglihatan deria.

2. Bagaimanakah rupa dan bentuk boleh dihasilkan?
Rupa dan bentuk boleh dihasilkan melalui teknik seni lipatan kertas, teknik
potongan kadbod dan teknik lipatan kain.

3. Berikan contoh berdasarkan jawapan yang diberi anda pada soalan 2.
Teknik seni lipatan kertas origami, teknik potongan kadbod polihidera, teknik
lipatan kain napkin.

4. Berikan 2 contoh gabungan garisan dan bentuk.
Anyaman buluh dan anyaman rotan.

5. . Bagaimanakah bentuk tembikar boleh dibentuk?
Bentuk tembikar boleh dibentuk melalui teknik picit, putaran, kepingan atau
lingakaran.

Esei
Huraikan cara untuk menghasilkan bentuk figura manusia.
Bentuk manusia dewasa boleh dihasilkan mengikut kadar banding dengan
menggunakan bahagian kepala sebagai ukuran adalah lebih kurang 7
bahagian. Manakala 1 bahagian badan manusia sama dengan 2 bahagian
kepala. Panjang tangan ialah 3 bahagian kepala dan 1 bahagian kaki sama
dengan 4 bahagian kepala.

JALINAN
Soalan objektif
1. Pilihkan yang manakah ialah DEFINISI unsur jalinan. (C)
A. mempunyai struktur jisim dan isi padu.
B. Struktur bentuk dalam tiga dimensi yang dapat dilihat dan dirasa pada setiap
permukaannya
C. sifat permukaan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek dan boleh
dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan.
D. merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni
yang bersifat realistik.

2. Pilihkan yang manakah merupakan jenis-jenis jalinan. (C)
I jalinan sentuh
II jalinan kontra
III jalinan tampak
IV jalinan harmoni
A. I, II, dan III sahaja
B. I,II dan IV sahaja
C. I dan III sahaja
D. II dan IV sahaja

3. Apakah fungsi-fungsi jalinan? (A)
A. jalinan boleh bertindak sebagai hiasan,cengkaman dan keselamatan.
B. Jalinan bertindak sebagai sejenis seni.
C. Jalinan boleh dibahagikan kepada jalinan tampak dan jalinan sentuh.

Soalan sturktur
1. Apakah itu jalinan?
Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek dan
boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan.


2. Nayatakan jalinan yang ada di sekitar kita.
Jalinan boleh terbahagi kepada jalinan yang terdapat pada permukaan objek
alam sekeliling dan juga objek buatan manusia.

3. Nyatakan jenis-jenis jalinan yang ada.
Jalinan terbahagi kepada 2 jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

4. Sila jelaskan apakah itu jalinan sentuh dan berikan contoh jalinan sentuh.
Jalinan Sentuh ialah jenis jalinan yang dapat dikesan melalui deria sentuhan.
Contohnya, permukaan tayar kereta, tapak kasut, kulit buah durian, kulit kayu,
permukaan jalan raya dan sebagainya. Kesan corak jalinan sentuh boleh
dipindahkan menjadi jalinan tampak dalam bentuk 2 dimensi (2D) melalui teknik
gosokan atau capan.

5. Apakah itu jalinan tampak dan berikan contoh jalinan tampak?
Jalinan Tampak ialah jalinan yang hanya dapat dilihat, tetapi tidak dapat dirasai
secara sentuhan.Jalinan ini b0leh dilihat secara ilusi pada alam benda, karya
seni dan di atas kertas 2D yang telah dipindahkan melalui teknik gosokan atau
capan daripada permukaan jalinan sentuh.

6. Nyatakan sifat-sifat jalinan.
Sifat-sifat jalinan yang utama terbahagi kepada 4 jenis iaitu kasar,tajam,lembut
dan halus. Contoh jalinan kasar ialah permukaan jalan raya.contoh jalinan tajam
ialah kulit durian. Contoh jalinan lembut ialah permaidani. Contoh jalinan halus
ialah sayap rama-rama.

7. Nyatakan fungsi-fungsi jalinan.
Jalinan yang terdapat pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia
mempunyai fungsi tertentu seperti: keselamatan,cengkaman dan hiasan.Fungsi
keselamatan dan penyamaran iaitu harimau belang mempunyai kulit yang
berbulu halus lembut dan menyerupai warna tumbuh-tumbuhan. Cengkaman
iaitu corak pada tayar kereta adalah untuk memberi kestabilan.Hiasan iaitu
jalinan corak pada tekstil adalah untuk menarik minat dan kesesuaian kpada
pemakai seperti baju, kain dan tali leher.

Esei
Tuliskan satu esei tentang fungsi-sungsi jalinan dan nyatakan contoh aplikasi
jalinan dalam kehidupan.

Jalinan yang terdapat pada objek alam sekeliling dan objek buatan
manusia mempunyai fungsi tertentu.Salah satu fungsi jalinan ialah bertindak
sebagai keselamatan dan penyamaran Sebagai contoh, harimau belang
mempunyai kulit yang berbulu halus lembut dan menyerupai warna tumbuh-
tumbuhan.Hal ini memudahkan harimau untuk menyembunyi dalam semak
samun dan menyerang mangsanya tanpa diketahui oleh mangsanya.

Seterusnya,jalinan juga boleh bertindak sebagai cengkaman.Sebagai
conoth corak pada tayar kereta merupakan salah satu jenis jalinan yang boleh
memberi kestabilan kepada kereta.Selain itu,jalinan juga membolehkan kereta
untuk berjalan dalam jalan yang licin.

Seperkara lagi,jalinan juga boleh berfungsi sebagai hiasan.Sebagai
conoth,jalinan corak pada tekstil adalah untuk menarik minat dan kesesuaian
kpada pemakai seperti baju, kain dan tali leher.

You might also like