Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2014


(SEBELUM INTERNSHIP)

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan
sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksana dan
menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat
kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada
seorang mentor.

Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu taklimat oleh
unit praktikum telah diadakan pada 3 Julai 2014 bersamaan hari Isnin di Dewan
Tanjung. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Praktikum, Encik Nor Azam Bin
Ariffin. Sepanjang taklimat, saya telah didedahkan dengan apa itu internship dan projek
yang boleh dijalankan di sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh
sepanjang hari taklimat dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan
Internship dengan lancar.

Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan
seperti penyediaan portfolio, menyediakan kertas kerja untuk setiap projek atau
program yang telah dirancang serta cara untuk menguruskan sesuatu program dengan
lancar dan berkesan. Penyediaan portfolio adalah wajib bagi pelajar untuk menyimpan
bahan bukti dan bahan proses pendokumentasian sepanjang menjalankan Internship.
Sebelum menjalani Internship, saya bersama tiga orang rakan saya telah merancang
projek yang akan dilaksanakan di sekolah kelak berdasarkan pemerhatian yang telah
dilakukan sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Desa Murni.

INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
Selain itu, semasa di sekolah nanti, saya juga perlu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Namun, waktu pengajaran pada kali ini
telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu sahaja untuk memberi ruang masa
melaksanakan dan menyiapkan segala projek yang telah dirancang sebelum
memulakan Internship di sekolah masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran
pada kali ini juga adalah lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan
rancangan mengajar dalam bentuk bertaip. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa
bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik dan lancar.
Sepanjang menjalani Internship, saya juga telah bercadang untuk mengumpul data bagi
Kajian Tindakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu
di sekolah.

Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba pengalaman
sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan sesuatu program atau aktiviti
yang akan menjadi kebiasaan kepada saya apabila menjadi bakal guru yang sebenar
kelak. Saya juga berharap agar dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada
sepanjang menjalani praktikum pada semester yang lalu terutama dari aspek
komunikasi antara saya dengan murid serta guru-guru.

Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi peluang dan
membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan tahap keyakinan diri,
ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran sebagai seorang bakal guru
kelak, membentuk sifat kepemimpinan serta akhlak yang baik serta dapat memupuk
dan menerapkan nilai profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan bakal guru
yang produktif serta efektif kepada bangsa dan negara.






INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2014
(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 1

Pada minggu pertama menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Desa Murni,
saya bersama tiga orang rakan saya iaitu Muhammad Izuddin, Mohd Zaki dan
Muhammad Zuhdi telah melaporkan diri terlebih dahulu di pejabat dan kami telah
berjumpa dengan PK Pentadbiran Encik Nordin untuk membincangkan mengenai
projek internship. Selepas itu, kami telah berjumpa dengan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kampar iaitu Encik Zakaria bagi membincangkan mengenai projek yang
akan dijalankan sepanjang menjalani Internship selama sebulan di sekolah. Saya dan
tiga orang rakan saya telah diberi projek yang telah dirancang oleh pihak sekolah yang
memerlukan kami untuk mengurus dan melaksanakan projek berkenaan seperti
membuat kertas kerja dan mengendalikan projek tersebut. Saya juga telah
membincangkan mengenai projek individu yang akan dijalankan di sekolah tersebut
iaitu mengendalikan Bengkel Penggunaan VLE Frog.

Pada minggu pertama, saya dan rakan saya masing-masing telah bertungkus
lumus merancang dan memulakan proses untuk membuat kertas kerja bagi projek yang
pihak sekolah beri. Saya telah berjumpa dengan mentor, Puan Norizah Binti Khalit bagi
membincangkan projek yang hendak saya laksanakan dan meminta bimbingan dan
nasihat. Setelah mendapat pandangan yang positif daripada mentor, saya telah
menyiapkan carta alir bengkel tersebut bagi membawa usul atau projek ini kepada guru
besar. Hasil bantuan dan idea yang diberikan oleh mentor, saya dapat membentangkan
projek yang bakal saya laksanakan di hadapan guru besar dan projek saya telah
diluluskan.

Sebagai setiausaha bagi projek ini, saya telah menyiapkan kertas kerja dan juga
borang soal selidik untuk diedarkan kepada beberapa orang warga Sekolah
Kebangsaan Kampar yang terdiri daripada guru, staff dan juga murid-murid.
INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
Alhamdulillah segalanya selesai pada hari pertama menjalani Internship kerana dibantu
oleh rakan-rakan saya serta guru-guru di sekolah tersebut.

Proses pelaksanaan menaiktaraf bengkel Kemahiran Hidup berlangsung pada
hari kedua. Pada hari kedua, saya bersama dua orang rakan saya telah mengemas dan
membersihkan bengkel. Kami telah memindahkan dan mengeluarkan segala barangan
dan peralatan yang terdapat di dalam bengkel tersebut serta menyusun semula supaya
kelihatan lebih teratur dan kemas. Proses pembersihan bengkel ini juga telah dibantu
oleh beberapa orang guru dan pekerja di sekolah berkenaan dan kami berasa berbesar
hati dengan pertolongan yang telah diberikan. Kerja pembersihan bengkel tersebut
selesai pada jam tiga petang.

Projek menaiktaraf bengkel ini diteruskan pada hari ketiga iaitu kami telah
memulakan proses untuk mengecat bengkel Kemahiran Hidup. Alhamdulillah kerana
pihak sekolah sudi untuk memberikan tiga tin cat yang berwarna putih, coklat dan biru
serta beberapa peralatan yang lain yang telah memudahkan kami untuk mengecat
bengkel tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat kesilapan apabila cat yang telah dibeli
adalah salah. Namun, kami berjaya mengatasi masalah tersebut dengan
mencampurkan cat tersebut dengan cat putih. Kami telah mengecat kembali
keseluruhan bengkel Kemhiran Hidup tersebut supaya kelihatan lebih menarik dan
ceria. Saya dan rakan saya telah bekerjasama dengan baik dan dapat menyiapkan
proses mengecat dengan lancar dan baik. Setelah selesai mengecat bengkel tersebut,
kami meletakkan kembali perabot yang telah dipindahkan ke tempat asal.

Pada hari keempat, kami telah mengecat dinding utama di bahagian luar bengkel
kemahiran hidup dan juga mengecat syiling di dalam bengkel Kemahiran Hidup untuk
menjadikan bengkel kelihatan lebih besar dan luas. Walaubagaimanapun, proses
mengecat dinding tidak dapat dijalankan kerana kehabisan cat putih. Proses mengecat
juga diteruskan dengan mengecat bingkai serta jaring yang terdapat di dalam bengkel
Kemahiran Hidup dengan cat minyak yang berwarna biru. Proses mengecat ini
mengambil masa yang agak lama kerana memerlukan terdapat banyak bingkai serta
INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
jaring yang perlu dicat. Walaubagaimanapun, proses mengecat ini telah disambung
pada keesokan harinya.

Pada hari kelima menjalani Internship, saya dan dua orang rakan saya telah
meneruskan proses mengecat bengkel dan mengecat bahagian dinding yang masih
belum di cat. Proses mengecat dan membersihkan bengkel pada masa yang sama ini
mengambil masa sepanjang waktu persekolahan pada hari tersebut dan alhamdulillah
akhirnya proses mengecat bengkel Kemahiran Hidup selesai selepas empat hari
bekerja keras untuk membersihkan dan menaiktaraf bengkel Kemahiran Hidup. Minggu
pertama di sekolah telah banyak memberikan pengalaman berharga kepada saya
dalam usaha meningkatkan pelbagai kemahiran yang belum saya cuba sebelum ini.

















PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
MINGGU 2

Program Internship di sekolah ternyata telah banyak membantu saya terutama
dalam aspek pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah di samping meningkatkan
kemahiran saya dalam pelbagai perkara. Di minggu kedua, saya dan rakan-rakan saya
telah meneruskan projek kedua kami iaitu projek individu iaitu melukis dan mewarna
mural bertemakan Budi Bahasa Budaya Kita seperti yang telah diminta oleh pihak
sekolah. Sebelum memulakan projek ini, saya telah menyiapkan kertas kerja pada
minggu pertama untuk memudahkan pelaksaan projek ini. Saya dan rakan saya telah
merancang pelbagai cara untuk melukis tiga buah mural pada dinding yang sama,
tetapi perancangan tersebut tidak dapat dilakukan kerana terdapat masala teknikal
yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, kami telah sepakat untuk melukis sebuah mural
yang besar di dinding utama sekolah berkenaan.

Proses melukis mural ini dimulakan dengan mengikis sisa cat lama pada dinding
supaya permukaan dinding apabila melukis dan mewarna mural tidak mengalami
masalah. Kemudian dinding telah dicat dengan cat berwarna putih untuk mencantikkan
dinding. Selepas selesai mengecat, kami telah cuba untuk melukis mural pada dinding
menggunakan teknologi LCD. Walaubagaimanapun, proses untuk melukis mural pada
waktu pagi tidak dapat dilakukan kerana pencahayaan telah menghalang LCD untuk
memancarkan gambar pada dinding. Akhirnya kami telah berbincang untuk melukis
mural tersebut pada waktu malam.

Pada hari pertama di minggu kedua ini juga, kami telah menyiapkan projek
mengecat meja di bengkel Kemahiran Hidup selepas berbincang dengan beberapa
orang guru untuk menjadikan bengkel tersebut lebih menarik. Kami juga telah mencuci
bengkel tersebut selepas selesai segala proses mengecat di bengkel tersebut.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama
daripada pelbagai pihak.

INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
Proses melukis mural telah dilakukan pada waktu malam hari kedua di minggu
kedua menjalani Internship. Keadaan cuaca yang tidak menentukan menyebabkan
kami terpaksa menangguh proses melukis mural yang sepatutnya dijalankan pada hari
Isnin. Justeru, saya dan rakan saya telah menyiapkan projek individu masing-masing
iaitu melukis mural di hadapan bengkel Kemahiran Hidup, menyiapkan papan
kenyataan dan juga menyiapkan label untuk tumbuhan di taman herba berhampiran
bengkel Kemahiran Hidup. Proses melukis mural pada malam tersebut telah berjalan
dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan dengan bantuan seorang guru dan
seorang staf. Kami juga telah melukis mural berbentuk perkataan pada dinding di
sepanjang kelas berhampiran dewan tertutup sekolah. Proses melukis mural tamat
pada jam 11.30 malam.

Pada hari ketiga, kami telah memulakan proses mewarna mural seawal jam 8.00
pagi. Proses mewarnakan mural bertemakan Budi Bahasa Budaya Kita ini telah
mengambil masa yang sangat lama kerana masalah dari aspek kekurangan warna dan
juga kekurangan tenaga untuk menyiapkan mural tersebut. Walaubagaimanapun,
segala proses mewarna mural telah dibantu oleh beberapa orang guru, pekerja sekolah
serta murid-murid yang majoritinya berasa teruja apabila melihat mural tersebut. Projek
mural ini akhirnya telah berjaya disiapkan dalam masa satu hari sahaja dengan bantuan
daripada pelbagai pihak. Selain itu, pada hari ketiga juga, kami telah mengikuti latihan
rumah sukan masing-masing yang telah dijalankan pada jam 2.00-3.00 petang.

Pada hari keempat, kami telah menyiapkan projek mural Budi Bahasa Budaya
Kita secara keseluruhannya dan telah menambah mural berbentuk tulisan iaitu pantun
budi di sebelah mural Budi Bahasa Budaya Kita. Kami juga telah mewarna mural
berbentuk kata-kata hikmah sebagai mural sampingan di dinding pada setiap kelas.
Pada hari keempat ini juga, saya telah menjalankan projek individu saya iaitu gotong-
royong bersama lapan orang ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Gotong-royong selama
satu jam itu bertujuan untuk membersihkan persekitaran bengkel Kemahiran Hidup.
Alhamdulillah objektif projek yang telah dijalankan telah berjaya dicapai dan murid-
INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
murid telah memberikan kerjasama yang baik serta mereka sangat komited dalam
melakukan kerja.

Pada hari kelima, kami telah melukis mural sampingan di dinding yang
berhampiran dengan tangga sekolah dan mewarnakan mural tersebut. Mural tersebut
dapat disiapkan hanya dalam masa satu hari dengan bantuan daripada guru-guru dan
pekerja sekolah. Pengalaman di minggu kedua menjalani Internship di sekolah sangat
membantu saya dapat pelbagai aspek terutama kemahiran berkomunikasi.





















PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)
INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)

MINGGU 3

Pada minggu ketiga menjalani Internship, kami telah bertungkus lumus untuk
menyiapkan kesemua projek di sekolah termasuk projek individu. Kami juga sibuk
menyiapkan portfolio Internship. Saya juga telah melukis gambar mural alatan tangan
pada dinding bengkel Kemahiran Hidup. Selesai melukis, saya telah mewarna mural
tersebut dan telah dibantu oleh rakan saya. Projek ini telah berjaya disiapkan dalam
masa satu hari sahaja.

Pada hari kedua telah diadakan Senamrobik Serentak 1 Murid, 1 Sukan 1
Malaysia. Saya dan dua orang rakan saya telah ditugaskan untuk menjadi instruktor
sepanjang senamrobik tersebut dan itu merupakan pengalaman pertama saya menjadi
instruktor dan Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan dengan bantuan daripada
guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan. Program senamrobik tersebut
merupakan program yang dijalankan serentak di seluruh sekolah dan semua institusi
pendidikan di Malaysia untuk dimasukkan dalam Malaysian Book of Record. Walau
bagaimanapun, program ini perlu penambahbaikan dari aspek tempat pelaksanaan
kerana kawasan dewan yang digunakan semasa senamrobik dijalankan adalah tidak
sesuai kerana terlalu sempit. Selain itu, saya dan rakan saya juga telah melukis dan
menyiapkan logo sekolah sebagai projek sampingan sewaktu menjalani Internship.

Pada hari ketiga, saya telah mengajar di kelas 5 Delima dan mengumpul data
yang diperlukan untuk kajian tindakan saya. Maklumat yang dikumpul adalah
berdasarkan latihan menulis lima ayat berpandukan gambar menggunakan Kaedah
Segitiga yang telah diperkenalkan oleh saya sewaktu menjalani praktikum fasa ketiga di
sekolah berkenaan. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar kerana
murid-murid telah dapat mengaplikasikan kaedah tersebut semasa membina ayat.
Selain itu, saya juga telah memulakan proses penulisan draf laporan bagi setiap projek
yang telah dilakukan bermula pada minggu pertama menjalani Internship.

INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
Pada hari keempat, saya telah mengemaskini portfolio Internship seperti menulis
pernyataan professional untuk minggu kedua dan minggu ketiga. Saya juga telah telah
menyiapkan beberapa lampiran bagi setiap projek yang telah dilaksanakan. Pada hari
keempat juga, saya telah meneruskan proses mengumpul data murid-murid taun 5
Delima untuk kajian tindakan saya.

Pada hari kelima, saya telah mulakan proses menulis laporan selepas kesemua
projek yang dijalankan selesai.




















PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SEMASA INTERNSHIP)

INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
MINGGU 4

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalani Internship di Sekolah
Kebangsaan Kampar. Hari pertama pada minggu terakhir ini dimulakan dengan
perhimpunan yang pada kebiasaannya dijalankan pada hari Isnin. Guru-guru telah
menyampaikan nasihat dan peringatan kepada murid-murid terutama berkaitan dengan
pelajaran mereka.

Pada minggu terakhir ini, pelbagai perkara perlu diselesaikan terutamanya saya
perlu menyiapkan portfolio Internship dan proses dokumentasi yang akan dijadikan
bahan bukti sepanjang menjalankan program Internship di sekolah sebelum diserahkan
kepada mentor dan guru besar sekolah untuk disemak. Pada minggu ini, saya perlu
menyiapkan kajian tindakan serta mengumpul data yang terakhir untuk dianalisis.

Selain itu, pada minggu ini juga saya diberikan peluang untuk menggantikan
beberapa orang guru yang tidak hadir ke sekolah dan peluang ini telah saya gunakan
sebaik yang mungkin untuk membantu murid-murid terutamanya murid tahun 6 yang
bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September dari aspek kaunseling dan
memberi nasihat kepada mereka untuk berusaha dalam peperiksaan tersebut. Melalui
sesi kaunseling yang telah dijalankan di salah sebuah kelas tahun 6, saya telah dapat
mengenalpasti beberapa masalah dalam kalangan murid yang perlu diatasi dengan
segera supaya prestasi mereka tidak merosot.

Tuntasnya, segala pengalaman yang telah ditimba sepanjang menjalankan
Internship selama sebulan di sekolah, saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan
segala ilmu dan kemahiran apabila menjadi bakal guru kelak.


PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012
(SELEPAS INTERNSHIP)

INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
Selepas sebulan menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Kampar, terdapat
banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh. Melalui projek yang telah
dilaksana telah banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran saya dalam
pelbagai aspek. Sepanjang menjalani Internship, segala proses pelaksanaan projek
telah dapat dilakukan secara efisien dan lancar bermula daripada proses merancang
projek yang akan dijalankan di sekolah sehinggalah selepas tamat projek. Kerjasama
daripada rakan-rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi pelaksanaan
program selama sebulan ini.

Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang, mengurus dan
melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses
tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berada di
sekolah kelak. Selain itu, melalui projek yang dirancang juga telah membantu
meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak
sekolah.

Di samping itu, melalui Internship juga, saya telah dapat meningkatkan tahap
keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan orang lain. Ini sekaligus dapat
mengeratkan ukhuwah saya bersama guru-guru dan juga warga sekolah.

Sebulan berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat banyak
perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang menjalani Internship
terutamanya menyiapkan projek yang telah dirancang bermula minggu pertama
menjalani Internship. Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan walaupun terdapat
banyak kekangan yang terpaksa dihadapi oleh saya dan rakan saya.


Kesimpulannya, program Internship telah banyak membantu saya daripada
pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman
daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan sangat baik dan
memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala pengalaman
INTERNSHIP | SK DESA MURNI (2014)
yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada
masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.

You might also like