Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

1

PENGENALAN
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses
pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-
usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah
tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu
proses yang berterusan.
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya
dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus
menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan
negara.
Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan
terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila
berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai
alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan bahawa manusia
itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan
masayrakat itu sendiri
1

Kebudayaan melayu menjadi teras kebudayaan kebangsaan di Malaysia dan dapat
dikatakan sebagai suatu bentuk kebudayaan yang agak liberal.Perubahan dalam kebudayaan ini
dibuat supaya kebudayaan sukuan dan kaum yang lain turut dapat ditonjolkan.Misalnya,terdapat

1
A.Aziz Deraman. 2005. Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2

beberapa unsur kebudayaan daripada Cina dan India yang dapat diserap kedalam budaya Melayu
mengikut kesesuaian.
Melalui sejarah,perkembangan kebudayaan di Malaysia terus dipupuk sehingga
terbentuknya sebuah negara yang Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.Oleh
itu,dasar kebudayaan kebangsaan telah digubal untuk memupuk semangat perpaduan dan
menanam semangat kesetiaan serta menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.Kebudayaan
Melayu telah dipilih sebagai teras kebudayaan Malaysia kerana orang melayu merupakan
masyarakat asal yang menduduki rantau ini disamping dapat diterima oleh seluruh rakyat
Malaysia.Tambahan pula,kebudayaan melayu dapat menerima kebudayaan luar yang bersesuaian
seterusnya tidak bercanggah dengan lunas-lunas tertentu yang menjadi anutan masyarakat
melayu.










3

1.0.DEFINISI BUDAYA
Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi'
dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan
fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna
kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut,
budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.
Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai
"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes
of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are
learned but are too pervasive to be readily noticed from within"


Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal
budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan
sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Melville J. Herskovits dan
Bronislaw Malinowski mengemukakan bahwa segala sesuatu yang terdapat dalam
masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Istilah
untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism.
Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu
generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai superorganic. Menurut
Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi keseluruhan pengertian nilai sosial,norma sosial,
ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, agama dan lain-lain, tambahan

4

lagi, segala penyataan intelektual dan artistik menjadi ciri khas suatu masyarakat. Menurut
Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di
dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan
kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat. Menurut
Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi, kebudayaan adalah sarana hasil karya, rasa, dan
cipta masyarakat.
2

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama,
membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti; dan kedua, memupuk
kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara
pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh
itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang
dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan
keadaan sekeliling.
3

Kesimpulannya, dari berbagai definisi tersebut,kebudayaan dapat diertikan
sebagai sesuatu yang akan mempengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea atau
gagasan yang terdapat dalam pemikiran manusia, sehingga dalam kehidupan seharian,
kebudayaan itu bersifat abstrak. Kewujudan kebudayaan adalah benda yang diciptakan oleh
manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat
nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, agama, seni,

2
Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. 1983. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
3
ibid

5

dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan
kehidupan bermasyarakat.
2.0.FUNGSI KEBUDAYAAN MELAYU
Kebudayaan merupakan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi. Kebudayaan
bersifat dinamik dan mempunyai ciri ciri menerima dan menolak. ianya juga dapat
ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat melayu. Kebudayaan
Melayu berfungsi sebagai teras kebudayaan kebangsaan yang berfungsi sebagai suatu bentuk
kebudayaan yang agak liberal. Perubahan dalam kebudayaan dapat membuka ruang kepada
unsur unsur kebudayaan sukuan dan kaum yang lain.
4

Antara fungsi kebudayaan Melayu ialah merapatkan jurang perbezaan antara
kaum. Hal ini adalah bertujuan supaya rakyat dapat bersatu padu di bawah satu payung
kebudayaan yang dimiliki bersama dan menghormati lambang kebangsaan. Contohnya,
semasa sambutan hari kemerdekaan Negara, rakyat Malaysia yang pelbagai kaum bersatu
padu mempersembahkan variasi tarian yang terdapat di Malaysia seperti zapin, ngajat, inang,
dan tarian kipas.
5

Seterusnya kebudayaaan juga berfungsi bagi mewujudkan satu kesatuan
kebudayaan dan keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan
identiti bagi budaya Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia sering ditekankan
untuk mengamalkan budaya ketekunan, tolong-menolong, mengotakan janji, memegang
amanah, jujur, menghormati ibu bapa dan juga kepimpinan. Dapat dilihat di sini bahawa
walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan adat

4
Siti Hajar Abdul Aziz.2008. Bahasa Melayu. 1 Oxford Fajar,Shah Alam, Selangor :
5
ibid

6

yang berbeza, tetapi mereka masih menerapkan ciri-ciri kebudayan yang sama di mana ia
telah menjadi identiti masyarakat Malaysia.
Selain itu, kebudayaan turut menjadi landasan bagi menanam nilai-nilai
kebangsaan dan menolak nilai-nilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja. Hal ini
dapat dilihat dengan jelas di Malaysia iaitu walaupun Negara Malaysia terdiri daripada
masyarakat majmuk yang meraikan perayaan yang berbeza, setiap perayaan diraikan dengan
meriah oleh seluruh rakyat malah cuti umum turut diberikan bagi memberi peluang kepada
rakyat untuk meraikan perayaan tersebut. Banyak majlis rumah terbuka diadakan malah
terdapat juga majlis yang diadakan di dewan untuk memberi peluang kepada masyarakat
yang tidak meraikan perayaan tersebut untuk turut merasai kemeriahan sesuatu perayaan.
Sebagi contoh, perayaan hari raya aidilfitri turut diraikan oleh masyarakat bukan Islam.
6

Akhir sekali, kebudayaan Melayu juga merupakan amalan pada peringkat rasmi
dan tertinggi seperti sistem protokol, adat istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan dan
sebagainya. Hal ini adalah seperti yang masih dilaksanakan di dalam istana di mana ianya
merupakan kebudayaan daripada yang wujud sejak zaman berzaman. jika dilihat amalan
budaya ini masih berkekalan sehingga hari ini, malah sesiapa sahaja yang memasuki istana
harus mengikuti segala adat dan protokol istana tidak kira sama ada mereka berbangsa
Melayu mahupun bangsa-bangsa yang lain.
7




6
Siti Hajar Abdul Aziz.2008. Bahasa Melayu. 1 Oxford Fajar,Shah Alam, Selangor :
7
A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7

3.0.CIRI KEBUDAYAAN MELAYU
Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing dan kebudayaan tersebut berbeza
mengikut masyarakat yang mengamalkannya.Perkaitan antara masyarakat dan kebudayaan
amat erat.Kebudayaan tidak akan wujud sekiranya tiada masyarakat kerana kebudayaan
meliputi seluruh sistem hidup dan aktiviti kehidupan masyarakat
tersebut.Tegasnya,kewujudan sesuatu masyarakat akan mewujudkan suatu kebudayaan.Boleh
dikatakan kebudayaan itu bertitik tolak daripada kewujudan masyarakat kerana
masyarakatlah yang melahirkan kebudayaan.
Ciri-ciri kebudayaan melayu meliputi sebahagian besar daripada kebudayaan
negara Malaysia.Oleh itu,ciri-ciri kebudayaan Malaysia boloeh dianggap sebagai ciri-ciri
kebudayaan Melayu itu sendiri. Kebudayaan melayu bersifat dinamik kerana kebudayaan ini
mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan masyarakat yang
mendukungnya.selain itu,kebudayaan melayu turut dikatakan dinamik kerana individu dalam
masyarakat yang menjadi pendukungnya dapat menerima perubahan.ada kebudayaan yang
bersifat statik iaitu kebudayaan yang tidak mengalami sebarang perubahan atau mengalami
perubahan yang amat perlahan. Kebudayaan melayu yang dikatakan bersifat dinamik adalah
kerana individu dalam masyarakat melayu yang mampu menerima perubahan dan
menerapkannya dalam kehidupan seharian.
8

Di samping itu,kebudayaan melayu telah menerima dan menolak unsur tertentu.
Sifat ini terdapat pada semua budaya yang menerima kebudayaan sesuatu kaum dan
mengadaptasikannya ke dalam kehidupan seharian.Unsur menarik pula terutama dalam

8
A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8

melalui kemasukan idea-idea baharu dalam kebudayaan diterima pakai oleh golongan yang
bersikap liberal terhadap perubahan dan dapat menyesuaikan diri dengan cabaran zaman dan
perubahan dunia.Dalam penolakan sesuatu budaya,wujudnya unsur konservatif iaitu
segolongan yang mahu mempertahan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang
sedia ada.
Kebudayaan juga merupakan sesuatu yang daripada sartu generasi ke satu
generasi yang lain.Kebudayaan itu hidup bersama hidupnya masyarakat dan dikongsi
bersama yang membolehkan sesuatu budaya itu diwarisi.Melalui kebudayaan juga,sesuatu
masyarakat tersebut dapat dikenalpasti dan dibezakan dengan masyarakat atau kaum lain.
Proses kesinambungan yang wujud dalam setiap kebudayaan.Setiap kebudayaan
mempunyai proses kesinambungan dan perubahannya sama ada dalam bentuk seni
bina,peralatan ,budaya adat resam dan lain-lain.Sebagai contoh,proses kesinambungan dalam
binaan bangunan yang berterusan,akhirnya melahirkan sebuah bangunan yang berbagai-bagai
bentuk dan semakin maju.

4.0.JENIS DAN BENTUK KEBUDAYAAN MELAYU

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam
proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan

9

politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan
rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan
kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan
bangsa dan ketahanan negara. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting
bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti
Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud
dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta
perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta
pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai
sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari
pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
9

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip
yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu berteraskan
kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini.Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia,
Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan

9
A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10

Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian
utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.
Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan
Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan
keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini
digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa
Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian
dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,
lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang
menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal
rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras
kepada Kebudayaan Kebangsaan.
10

Selain itu,kebudayaan kebangsaan mempunyai unsur-unsur Kebudayaan Lain
Yang Sesuai dan Wajar Diterima.Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa
berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan
itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi
penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian
penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan
dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-

10
Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. 1983. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

11

asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara
khasnya.
Islam juga menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha
bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang
penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya
sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam
yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan
Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.Kebudayaan Melayu yang menjadi teras kebudayaan
kebangsaan amat penting bagi menanamkan nilai-nilai yang progresif dan
dinamik,demokratik dan rasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.Dalam kebudayaan
Melayu,terdapat berbagai-bagai jenis dan elemen yang melambangkan identiti bangsa
Melayu.
5.0.IDENTITI MASYARAKAT DAN BUDAYA MELAYU
5.1.Identiti Individu
Sebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membezakan dirinya
daripada individu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image
atau identiti diri dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing.

12

Pengenalan diri yang berasaskan identiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya perlakuan,
suaranya, cara berjalan, dan berbagai perkara.
Seseorang individu itu boleh membina image atau identiti, yang menunjukkan ciri-ciri
pengenalannya dengan berbagai cara. Image atau identiti seseorang yang popular dan dikenali
ramai dalam masyarakat itu selalunya ditiru atau cuba diikuti orang lain pula. Misalnya, identiti
seorang penyanyi popular dengan mudah pula dapat mempengaruhi peminat-peminatnya.
Identiti di peringkat individu itu merupakan pengenalan image yang dibina secara sedar atau
tidak sedar, sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu dan anggota masyarakat.
5.2.Individu dan Budaya
Seorang itu sebagai anggota masyarakat dipengaruhi nilai-nilai sosial, yang memupuk
nilai-nilai itu bagai membolehkannya hidup dalam masyarakatnya. Oleh itu, individu itu
mempelajari dan menerima budayanya. Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya
memainkan peranan penting dalam menyatakan identiti sesuatu budaya itu. Image atau
identiti yang dibina oleh individu itu adalah tidak terpisah daripada budayanya.
Walau bagaimanapun individu turut memainkan peranan dalam menyumbangkan
nilai-nilai sosial dalam membina identiti itu. Dengan kata lain, individu itu sebagai
anggota masyarakat dapat membawa perubahan atau memperkukuhkan identiti
masyarakat dan budayanya. Identiti masyarakat dan budaya itu dibina oleh individu.
Anggota-anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab penting dalam menentukan
identiti masyarakat dan budayanya. Sebaliknya berasaskan identiti yang dibina itu
selalunya menerngkan sifat-sifat anggota masyarakat. Melaluinya juga sesuatu
masyarakat dan budaya dikenali umum.

13

Identiti individu dan masyarakat itu turut menyatakan nilai-nilai sosial.
Pengenalan diri yang melibatkan perasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial
dibina demikian sehingga terbina image atau identiti masyarakat dan budaya.


5.3.Identiti dan Perubahan Budaya
Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial atau
proses sosialisasi. Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat dipertahankan.
Individu sebagai anggota masyarakat menyedari identiti masyarakat dan budayanya
yang berbeza daripada masyarakat dan budaya lain.
Dalam masyarakat itu terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina
image dan identiti tersendiri. Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam
membina kesedaran rasa kekitaan, maka ia berusaha mempertahankan image atau
identiti kelompoknya. Berbagai kelompok sosial dalam sesuatu masyarakat itu membina
sub budaya yang membina kesatuan di peringkat masyarakat dan budaya yang lebih
luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakat Melayu itu merupakan khazanah
yang menyatakan kekayaan budaya Melayu itu.
11

Masyarakat berusaha mempertahankan identitinya yang menyatakan dengan jelas
kekuatan masyarakat itu. Identiti itu mahu dipertahankan selama-lamanya. Di samping
itu, anggota-anggota masyarakat mahukan perubahan. Perubahan yang berlaku itu

11
Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. 1983. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

14

menyatakan dengan jelas tentang budaya itu dinamis. Tetapi perubahan yang berlaku itu
tidak pula menghilangkan identiti yang diwarisi sejak sekian lama. Dalam perubahan
yang berlaku masih boleh diteliti identiti yang dipertahankan. Budaya Melayu yang
dinamiks, berkemampuan menerima dan menyesuaikan dengan perubahan, tetapi
mempertahankan identiti Melayu sejak sekian lama. Dengan tu dapat dikatakan, tidak
Melayu hilang di dunia.

5.4.Identiti dan Prasangka
Identiti masyarakat dan budaya yang dibina itu diakui dan disedari anggota-anggota
masyarakat. Mereka berbangga dengan identiti budaya yang mereka warisi dan mereka
bina sekian lama. Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk dikenali sehingga ke
peringkat global. Tradisi yang diwarisi itu mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang ingin
dipertahankan
Dalam membina identiti seperti di atas itu bermakna anggota-anggota masyarakat
melihat dan menilai ke dalam masyarakat dan budaya sendiri yang sentiasa dipandang
tinggi. Sebaliknya mereka juga melihat keluar, iaitu melihat masyarakat dan budaya lain.
Dalam melihat keluar atau orang luar melihat budaya Melayu, kerapkali melibatkan
prasangka, iaitu melihat identiti budaya lain berasaskan sentiman, misalnya memandang
rendah masyarakat dan budaya lain dalam konteks mengagongkan budaya sendiri.
Adakala prasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapi semata-mata timbul dari sentiman
yang terbina dalam masyarakat. Adakala prasangka itu dibina berasaskan kepentingan
tertentu.

15

Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan ethnik, boleh menimbulkan
prasangka antara satu dengan yang lain dan seterusnya boleh membawa kesan dalam
hubungan antara kumpulan ethnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan bagi
mengurangkan prasangka buruk antara satu dengan yang lain. Orang luar yang melihat
orang Melayu secara luaran, sebagaimana yang pernah ditulis oleh orang-orang barat
masa lalu, adakala menggambarkan orang Melayu sangat buruk. Mereka tidak
memahami masyarakat dan budaya Melayu. Pandangan mereka berasaskan budaya
mereka, dan inilah yang dikatakan ethnocentric.
12

5.5.Krisis Identiti
Dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami proses perubahan, terutama tekanan
daripada peradaban asing dan proses globalisasi, anggota-anggota masyarakat
menghadapi masalah dalam mempertahankan tradisi. Mereka menghadapi krisis dalam
mempertahankan tradisi sebagai menyatakan lambang identiti masyarakat dan budaya
Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu, selalunya unsur-unsur budaya tradisi
diketepikan, dan gaya hidup moden menjadi pilihan. Dalam keadaan menghadapi krisis
identiti itu, terdapat pula gerakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang
mempertahankan identiti, terutama unsur-unsur budaya tradisi yang diwarisi sekian
lama.
Krisis identiti juga turut dialami di peringkat individu. Dalam pesatnya perubahan
yang melanda orang-orang Melayu, turut membawa kesan kepada individu, dalam
menentukan bahawa perubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan, maka ia juga

12
A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

menghadapi krisis dalam mengekalkan tradisi. Krisis identiti ini turut dialami individu
yang ibu atau bapanya bukan Melayu. Ia menghadapi masalah dalam menentukan
identiti, sebelah ibunya atau sebelah bapanya. Dalam keadaan ini selalunya identiti yang
lebih dominan mempengaruhi seseorang itu.


5.6.Mencari dan Mengenali Identiti
Dalam membina identiti sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini dapat
dilakukan secara luaran, melalui rupa bentuk fisikal dan sesuatu yang dihasilkan dalam
melambangkan identiti itu berasaskan kepada struktur luaran. Selain itu, identiti itu juga
melibatkan secara dalaman, iaitu jiwa Melayu itu. Oleh itu dalam mengenali identiti itu
perlu juga difahami aspek dalamannya, iaitu struktur dalaman sebagaimana yang
dinyatakan oleh anggota-anggota masyarakat.
Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat itu adakala berusaha membina
identiti sendiri sebagai melambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam membina
identiti itu berbagai cara pernah dilakukan, misalnya melalui agama kelompok sosial itu
menyatakan lambang-lambang tersendiri, di samping memupuk nilai-nilai sosial yang
berkaitan. Ada kelompok pula amat terpengaruh dengan kemodenan barat dan
menyatakan identiti berasaskan nilai-nilai itu. Walau bagaimanapun kelompok-
kelompok sosial itu tidak terpisah daripada masyarakat dan budaya Melayu yang
dianggap dominan.

17


5.7.Identiti Sosial dan Identiti Budaya
Masyarakat membina identiti berasaskan berbagai-bagai aspek kehidupan, termasuk
aspek sosial dan budaya. Dengan berbagai-bagai aspek kehidupan itu secara keseluruhan
dalam konteks yang lebih luas masyarakat itu membina identiti. Antara aspek atau
sistem yang memberikan sumbangan kepada pembinaan identiti itu adalah seperti
dinyatakan di bawah:
13


Kekeluargaan dan perkahwinan termasuk dalam menyusur galur keturunan.
Sistem sosial struktur sosial, meliputi aspek hiraki sosial, status sosial
tradisi dan moden.
Sistem kepimpinan dan politik kedudukan pemimpin.
Agama dan kepercayaan termasuk simbol/lambang yang berkaitan seperti
masjid.
Sistem ekonomi termasuk demografi. Kegiatan cari makan, budaya kerja dan
sebagainya. Penempatan kampung bandar.
Simbol status/kelas sosial. Kekayaan, kekuasaan.
Pakaian, makanan.
Berasaskan identiti budaya pula termasuklah nilai dan norma sosial, adat, dan seumpamanya,
atau dalam konteks visual dan bukan kebendaan.Melihat kepada perkara-perkara yang

13
A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

diterangkan di atas itu, identiti masyarakat dan budaya itu meliputi keseluruhan aspek kehidupan
masyarakat.

6.0.NILAI-NILAI DALAM KEBUDAYAAN MELAYU
Memandangkan kebudayaan mencakupi segala bidang kehidupan manusia, adalah penting
untuk membincangkan secara ringkas aspek sosial, politik, adat dan istiadat, serta ekonomi.
Aspek ini hampir menerangkan kebudayaan masyarkat Melayu sehingga kini. Aspek sosial
meliputi kepercayaan dan agama sejak pra-sejarah hingga kedatangan Islam, struktur
masyarakat, perhubungan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Aspek budaya politik
termasuklah konsep raja dan kerajaan yang melibatkan asal keturunan raja, kebesaran, taat
setia rakyat dan penubuhan sesebuah kerajaan atau negeri serta sistem pemerintahan. Aspek
kebudayaan juga menyentuh adat istiadat yang merupakan undang-undang dan peraturan
seperti pertabalan, perkahwinan dan kematian. Disini bentuk serta perlaksanaan adat istiadat
akan dititikberatkan. Aspek ekonomi merujuk kepada ekonomi tradisional yang sering
dikaitkan dengan orang Melayu seperti ekonomi sara diri (secukup hidup). Pendedahan dan
penyesuaian masyarakat Melayu dengan budaya baru dari luar telah mengubah nilai budaya
mereka. Namun bukan semua yang mengalami perubahan. Aspek kepercayaan animisme
masih lagi dikekalkan. Pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama,
berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan.
6.1.Akidah Islam
Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai
agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat

19

dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu
seperti peribahasa, perumpamaan dan pepatah-pepatih. Terdapat pelbagai perkara yang
boleh dibuat untuk menunjukkan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Pengaruh
kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak mengubah budaya Melayu.
Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan perkara yang paling penting
dalam agama Islam. Ia melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada
kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala
yang dilarang oleh Allah S.W.T. adalah sebahagian daripada cara bagaimana orang
Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini, pandangan semesta
masyarakat Melayu berunsurkan tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah
Islam.
6.2.Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin
Sejarah masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat
Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar
oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat
Melayu amat menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan atau
Raja telah menjadi sebahagian budaya orang Melayu. Nilai inilah yang membentuk
budaya masyarakat Melayu menjadi orang yang berdisiplin. Dalam agama Islam
pemimpin adalah khalifah Allah S.W.T. di muka bumi. Dalam pepatah Melayu:
Ada raja adat berdiri, Tiada raja adat mati
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Biar mati anak, jangan mati adat dan, raja adil raja disembah, raja zalim raja
disanggah.


20

6.3.Berpegang Teguh kepada Adat Resam
Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan
hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan
adat isitadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun. Antara adat istiadat yang
masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan
mematuhinya. Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum
dijunjung. Terdapat beberapa upacara rites de passage gabungan unsur Islam dan adat
diadakan pada hampir setiap tahap kitaran hidup. Contohnya, sebelum seseorang itu
dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang diikuti. Ibu yang mengandung dilarang
melakukan perbuatan yang buruk atau keji. Dengan berbuat demikian, dipercayai anak
yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak mewarisi perangai kedua-dua ibu bapaya (yang
dilakukan semasa ibu mengandungkannya).
14

6.4.Memuliakan yang Tua
Dalam masyarakat Melayu, menghormati dan memuliakan orang yang tua adalah satu
nilai yang jelaskan sekali berlaku. Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat
Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman
berbanding orang-orang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa dipandang
penting dalam masyarakat Melayu. Golongan muda digalakkan merantau untuk mencari
pengalaman lain. Dalam konteks Islam, Baginda S.A.W. tidak mengiktiraf umat yang
tidak menghormati orang yang tua dan menyayangi orang yang orang muda.

14
Mohd Aris Haji Othman. (1985). Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Petaling Jaya.

21

Menghormati dan mendengar nasihat orang tua, orang muda tidak akan melakukan
kesilapan dan kesalahan dalam hidup mereka. Apa yang penting ialah kerjasama antara
orang muda dengan orang tua harus dipupuk untuk menjamin keharmonian masyarakat
sekeliling.
15

6.5.Saling Menghormati
Salah satu nilai budaya orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang
Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu
digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak
membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah.
6.6.Meraikan Tetamu
Meraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melyu. Mengikut
ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan dengan sebaik
mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri
demi menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dipandang
baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.
6.7.Bertimbang Rasa
Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan.
Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaannya
semata-mata. Pemikiran ini memerlukan kita tidak mengikut perasaan sahaja, ia
memerlukan pertimbangan perasaan orang lain. Nilai bertimbang rasa ini adalah salah

15
Mohd Aris Haji Othman. (1985). Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Petaling Jaya.

22

sifat terpuji dalam Islam. Dalam masyarakat Melayu kini, orang muda haruslah meminta
kepada orang tua sesuatu yang termampu dan tidak melampau. Begitu juga, dengan
permintaan terhadap rakan-rakan, seharusnya rasional dan wajar. Setiap permintaan dan
kelakuan harus ada timbang rasa. Budaya inilah yang akan menaikkan masyarakat
Melayu.
6.8.Bersopan Santun atau Berbudi Pekerti
Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan
santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang
berkaitan dengan beradab (atau civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa
orang yang beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya, manakala yang tidak
beradab dianggap kasar. Sesuai dengan penegasan Nabi S.A.W. bahawa: Baginda
diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam menganjurkan
pengikutnya sentiasa bercakap benar dan melarang pembohongan. Begitu juga di bidang
penulisan, terutama dalam konteks laporan berita, isi karya yang dihasilkan mestilah
benar dan tidak mengandungi penyelewengan. Ia harus membantu dalam meninggikan
pemikiran masyarakat.
Dalam berpakaian, selain bersih, Islam juga menekankan pentingnya menutup
aurat. Namun, sesetengah orang Melayu/Islam moden gemar mengamalkan budaya
dedah. Pendidikan moral memang sesuai untuk membentuk masyarakat lain yang sopan.
Tetapi, masyarakat Melayu dan Islam amnya amat perlukan pendidikan Islam. Untuk
membina masyarakat sopan, kita harus mulakan dari institusi keluarga. Ibubapa
memainkan peranan penting kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-

23

anak bangsa menjadi orang berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan
keharmonian keluarga dan tidak bercerai-berai. Sekitaran yang harmoni dapat
merangsang perkembangan mental dan rohani anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Misalnya, mereka tidak harus
bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjejas jiwa anak-anak mereka.
Banyak masalah sosial yang melanda masyarakat berpunca daripada kelalaian ibu bapa
mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibubapa Melayu/Islam perlu menilai
kembali pegangan hidup mereka demi mengekalkan citra sopan Melayu.
16

6.9.Bekerja bersungguh-sungguh
Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga
sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan halal dan
kesungguhan bekerja. Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi
sebahagian daripada darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila kita
melakukan perkerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan
sempurna, perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri
dan ahli keluarga. Ia mampu untuk membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok.
Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa Allah S.W.T. amat menyukai mukmin yang
tekun dan teliti apabila menunaikan satu-satu pekerjaan yang diamanahkan. Terdapat
pemimpin Negara kita yang mengutamakan nilai bekerja bersungguh-sungguh.
Antaranya, Perdana Menteri Malaysia Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau sentiasa mengingatkan masyarakat agar menerapkan nilai ini dalam kerjaya.

16
A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24



6.10. Bergotong-royong
Salah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan
dengan bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan
dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan
rumah ibadat dan tanah perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotong-
royong dalam melaksanakan apa sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling.
Antara sifat masyarakat Melayu ialah dalam membersihkan masjid, surau dan
sebagainya. Dalam membersihkan masjid, amalan ini dilakukan sejak awal kedatangan
Islam di Alam Melayu. Sifat ini menggambarkan budaya Melayu sentiasa bersatu padu
dalam apa jua cabaran dan halangan.
17

6.11. Bermesyuarah dan Bermuafakat
Nilai masyarakat Melayu iaitu bermesyuarah ataupun bermuafakat adalah cara
bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramai. Orang Melayu selalu
menyebut Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Orang ramai
diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan
mengambil kira semua pendapat. Sesuai dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran :
Supaya sentiasa bermesyuarat dalam semua urusan hidup mereka (surah al-
Syura, ayat 38)

17
Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

25




6.12. Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim

Dalam budaya masyarakat Melayu adalah satu perkara penting yang harus diketahui
oleh masyarakat kini iaitu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan
silaturahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk,
nenek, along, angah, pak cik dan mak cik. Apa yang paling jelas sekali ialah cara
bagaimana mengikat hubungan silaturahim orang Melayu. Orang Melayu bersifat
bekerjasama dalam mengadakan kenduri kendara dan saling ziarah menziarahi. Amalan
ini amat berkesan dalam memupuk ikatan kekeluargaan malah dalam persahabatan.
18









18
Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

26

RUMUSAN
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses
pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-
usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah
tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu
proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti
di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan
rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan
ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan
ketahanan negara.
Budaya Melayu tradisional pernah berkembang secara popular masa lalu dalam konteks
budaya rakyat. Budaya popular tradisional itu berbeza daripada budaya popular moden yang
telah mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Perkembangan ekonomi, teknologi dan
pendidikan moden memainkan peranan penting dalam melahirkan fenomenon budaya popular
moden Melayu. Ini boleh dikesan sejak perkembangan bandar-bandar moden semasa
pemerintahan kolonial. Budaya popular Melayu merupakan urban product yang membawa
ciri-ciri kemodenan dan pembandaran.
Kesimpulanya, Nilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara
bangsa. Adalah penting untuk mempertahankan nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat
setempat. Sebagai sebuah negara bangsa yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama
seharusnya memiliki pelbagai nilai dan norma. Hal ini dapat diperhatikan dalam perlakuan-
perlakuan harian masyarakat setempat. Bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi

27

pembentukan tamadun Malaysia hingga kini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan
perlakuan seseorang dalam meletakkan kedudukannya dalam masyarakat. Seperti yang telah
dibincangkan dalam kajian ini, pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu amat
mendalam sekali. Sehingga membentuk sebuah masyarakat yang memiliki nilai-nilai yang jelas
dalam kehidupan harian














28

BIBLIOGRAFI
A.Aziz Deraman. 2005. Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdul Rahman Al-Ahmadi. 2003. Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur:
Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.
Anwar Ridhwan. 2005. Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Ibrahim Salleh. 2008. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra Malaysia.
Serdang.
Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu, Satu Kajian Daripada Aspek Persejarahan Budaya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Aris Haji Othman. 1985. Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti. Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
Mohd Taib Othman. 2004. Budaya dan Bahasa Melayu, Masalah dan Harapan. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. 1983. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robiah Sidin dan Juriah Long. 1998. Nilai Budaya Masyarakat Desa, Kajian Etnografi di
Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang. Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz.2008. Bahasa Melayu. 1 Oxford Fajar,Shah Alam, Selangor :
Shamsul Amri baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
Wan Hashim Wan Teh dan Ismail Hamid. 1998. Nilai Budaya Masyarakat Desa, Kajian
Etnografi di Wang Kelian, Perlis. Jilid 1.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Abdul Kadir. 2010. Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu (Malaysia-
Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)
Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. 2004. Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like